Wednesday, December 29, 2010

~benci vs cinta

aku teringat kata-kata ustaz wan minggu lepas;
"Berilah ruang dan peluang untuk diri kita dibenci." dan aku terfikir. "ya, dulu rasulullah dan para sahabat telah melalui pelbagai cercaan dan pelbagai kerenah kebencian orang sekelilingnya..dan aku?" Ya Allah, hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan rasulMu..Cukuplah Engkau redha dan tidak membenciku. amin
Mungkin kerana kebencian manusia, salah satu kekuatan kita juga ada pada manusia, manusia yang sama-sama menjadi ghuraba, bertemu mereka cukup melegakan rasa, sama-sama kita bercerita tentang cinta, cinta kepada Dakwah, cinta kepada Tarbiyyah, cinta kepada ukhwah, dan cinta kepada segala cinta yang membawa kita kepadaNya. wallahuallam
Sesungguhnya Engkau tahu, bahawa hati ini telah berpadu, berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan, menegakkan syariat dalam kehidupan, Kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, terangilah dengan cahayaMu, Yang tiada pernah padam, Ya Rabbi, bimbinglah kami Ya Allah, lapangkanlah dada kami, dengan kurniaan iman, dan indahnya tawakkal padaMu, hidupkan dengan makrifatMu, matikan dalam syahid dijalanMu, Engkaulah pelindung dan Pembela,
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(8:63)

Monday, December 27, 2010

~bauan syurga di bumi jakarta(HAMKA10)

salam,
alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kurafa'kan kepada Allahu rabbi atas segala nikmat yang dikurniakan kepadaku..terasa entri kali ni penuh dengan curahat dan air mata.. so, kalau rasa tak nak menangis, tak payah la baca.heeee..tapi mungkin juga aku jer yang syok sendiri sebab nikmat itu benar2 menjadi inspirasi untuk aku terus berlari. nikmat yang mengikat kita kepada jalan ini. itulah dia nikmat yang sangat hebat kurniaan ilahi. hebatnya nikmat ukhwah itu.
sebenarnya, baru semalam cuma aku meninggalkan bumi jakarta yang subur tarbiyahnya. aku kesana bersama beberapa akhawat malaysia. sangat terasa berbezanya jalan-jalan akhawat dengan jalan-jalan mereka. Sebelum pergi, berkali-kali aku mengingatkan diri untuk betulkan niat dan tanamkan kesediaan untuk menerima segala bentuk tarbiyyah dari Allah sepanjang permusafiranku ini.. disebabkan aku kesini lewat berbanding akhawat yang bercuti(cikgu dan student), makanya tidak sempat langsung untuk keluar menghayati kota jakarta. tidak sempat juga untuk menziarahi iqra' center tempat 'kisah sang murabbi' yang glamer..malam itu kami tidur di RI zilal dan esok paginya terus ke bukit bogor untuk daurah(hamka).4hari kemudian, turun dari bukit langsung kami ke airport utk pulang ke malaysia. tapi inilah tarbiyyah. dia mengajarkan kami untuk sentiasa membersihkan keterikatan dan nawaitu permusafiran kami hanya kerana Dia, hanya untuk DnT ini. alhamdulillah alhamdulillah3x,waqi' yang berbeza mengajarkan aku bentuk tarbiyyah yang berbeza. himmah yang tinggi terlakar dari wajah-wajah setiap akhawat disana. mengharapkan supaya bumi itu terus mekar selepas kepulangan mereka kelak. mengharapkan kesedaran yang lebih 'segera' kepada adik-adik yang kebanyakannya ambil jurusan medic dan dentistry. memang kalau diikutkan, terlalu banyak yang ingin aku coretkan disini bermula dari hari pertama diri ini menjejakkan kaki kesini. hatta 5 hari cuma aku berada disana, namun aura-aura tarbawi yang kuhirup dari akhawat disana mampu menggugah saraf zahir dan batinku supaya sedar bahawa aku sedang berusaha menginfakkan segala apa dalam diriku untuk jalan ini..tolonglah jiwa, bangunlah dan sedarlah bahawa tiada masa lagi untuk 'selain islam' dan 'selain jihad'. tidak mampu kukongsikan semua, namun nak jugak cerita..(^__^) malam terakhir aku bersama mereka, terasa seperti tak nak tidur. pulang dari pengisian bersama ustaz wan, aku duduk diluar beranda rumah untuk mendapatkan ilham apa-apa saja yang aku boleh buat sebelum aku pulang esoknya. Aku perlu bekerja lebih lagi untuk malam ini. dan alhamdulillah cantiknya susunan Allah bilamana Dia memberikan aku 3 orang adik untuk menemani malamku. 'yanti, nak kemana?'tanya aku usai melihat yanti seperti tercari-cari port untuk duduk. 'yanti,nisa ngan elly nak recap semua pengisian sebab tak berapa dapat tangkap,' 'wahhh,nak ikut sama boleh. boleh kita share macam-macam...' sangat2 terkesan bila mereka sanggup 'overnight' untuk recap semua pengisian. dan malam itu, kami berempat duduk ditepi kolam renang bersama-sama bunyi air terjun yang menutup bunyian serangga cengkerik. alhamdulillah juga, sehabis baik aku gunakan masa itu untuk menyelami perasaan adik2 itu, kekangan mereka, dan perancangan mereka. terasa sesi malam itu lebih kepada qodoya. dan paling mengharukan aku bila mereka mencurahkan segala rasa mereka kepadaku. Ya Allah, indahnya Engkau susun segala rentetan cerita kami yang berjuang atas jalan ini. "akak, saya nak bergerak tapi tak yakin." "akak, tak tahu macammana nak mula. sekarang sangat bersemangat tapi takut lepas seminggu, rasa semangat itu lemau." "akak, kenapa saya belum rasa sepertimana apa yang akak2 cerita. nikmat tarbiyyah dan perubahan itu?" soalan demi soalan yang keluar dari mulut mereka menjadikan aku lebih bersemangat untuk berkongsi segala rasa dan pendapat. aku seolah-olah melihat cermin diriku dalam diri mereka. kita sama duhai adikku. setiap mereka yang melalui jalan ini akan melalui fasa itu. tapi takkan mungkin akan ada tsabat(tetap) tanpa tsiqah(percaya) dan tajarrud(menanggalkan). dan tentunya himmah(cita-cita) tinggi dan hamasaah(semangat) yang terpancar dari mereka mengalir dalam diriku. aku ingin terus berlari supaya kami boleh bersama-sama merasai syurga.amin. ukhwah itu sangatlah indah. walaupun kali pertama cuma kita bertemu namun ikatan yang terbina atas dasar cinta kerana Allah, gerak kerja kita untuk meninggikan syariat Allah, bersatu kita dalam memikul beban-beban dakwah ini bersama telah menjadi pengikat hati-hati kita. alhamdulillah3x.
bila difikirkan,jika dilayan perasaan sayang kepada ukhwah itu, pasti akan meleburkan takbur. sememangnya jika dilayan rasa kasih itu, sudah pasti akan mekar tarbiyyah dan sekaligus akan melahirkan amal yang syumul dalam membawa islam dalam diri kita. insyaallah amin sedikit cuma mampu aku share disini bersama semua. aseef jidan jiddan atas kekurangan. rasa itu terlalu sukar untuk dizahirkan melalui penulisan atau penerangan. semoga Allah memberi nikmat rasa ini kepada semua kita.amin " Ya Allah, Engkau hadirkanlah islam dalam diri setiap kami dalam apa saja bentuk yang Engkau Redhai.amin" akhirnya,sangat2 suka dengan kata-kata ukhti jakarta yang disayangi. K.I.T.A selalu Kuat Iman Tambah Amal. jazzakunnallahukhairan kathira kepada semua yang bersamaku jauh atau dekat, sudah bertemu atau belum dalam jalan DnT ini. ukhwah fillah abadan abada

Tuesday, December 21, 2010

~projek 3bulan siap!!

jom sama-sama berdoa dan berusaha. insyaallah 3bulan akan datang, projek ini akan terlaksana. bukankah ini boleh menjadi salah satu hujah kita dihadapan Allah kelak. kita berusaha dan kita tetap berjihad bersama-sama mereka. Bukankah kita telah berjanji bahawa kita bersaudara? (al-hujurat:10) biarpun RM1, andai itu yang termampu....renung-renungkan.... by fz_tarbiyah;PJ

Sunday, December 19, 2010

~beckham dan daeiyah

dakwah adalah praktikal.
kenapa mahu mengalah sebelum bermula?
kalau sekolah tarbiyah bola sepak boleh membina manusia yang 'tsabat' atas jalan bolanya.
kalau sekolah tarbiyah bola sepak boleh membina manusia yang sanggup berkorban apa sahaja demi bolanya.
kalau sekolah tarbiyah bola sepak boleh membina pribadi-peribadi yang unggul gerak kerja bolanya,komit dengan jemaahnya...
jom selidik semula...
adakah beckham dibina melalui teori sahaja?
Oh tidakkkk...........
bakat dia diasah,ditonjol dan di'improve' dalam medan 'sekolah tarbiyyah bola sepak'nya...
padang adalah medan sebenar dia..
bukan kelas teoritikal yang mengajar bagaimana cara sepakan padu yang boleh menembuskan bola masuk terus kedalam jaringan gol..
tapi padang!!!
jatuh bangun di padang yang menjadikan dia tahu setiap sudut tentang bolanya..
dan dakwah?
adakah dakwah kita hy berlandaskan teoritikal?
tidak....tentulah tidak...
kerana kita juga perlu turun padang untuk pembinaan yang mantap..
tanfiz(bergerak) adalah proses tarbiyah terbaik untuk kita kenal medan amal sebenar kita...
belajarlah untuk belajar dan menerima...
banyakkanlah memberi dari mengharap...
wallahuallam
by fz_tarbiyah;PJ

Friday, December 17, 2010

~formula mentarbiyah dan ditarbiyah;rabbani

salam dimusim cuti semester begini, bentuk pentarbiyahan berbeza yang aku lalui. begitu juga tarbiyah yang berbeza aku salurkan kepada mereka. benarlah dakwah itu bukanlah seperti biskut chips more. dalam usrah kita all out membasahkan hati, ber'qodoya' tentang gerak kerja DnT, tapi diluar halaqah, boleh saja minum kopi depan TV. DnT bukan begitu..DnT menuntut segala macam dari kita. oleh itu bagaimanakah proses mentarbiyah adik-adik diwaktu cuti begini? wajarkah murabbiah menyerahkan tanggungjawab itu 100% kepada usrah kabilah semata? iyerlah, bila anak-anak bercuti, murabbi sangat sibuk dengan daurah intensif lokaliti lain, kerja-kerja admin dan penyusunan planat semester depan dan macam-macam agenda yang disusun untuk adik2 selepas habis bercuti kelak. sebenarnya, diwaktu adik2 sedang bercuti inilah saat Allah menguji tahap keikhlasan kita dalam membawa mereka. Benarkah kita selidik keperluan mereka dan benarkah kita memberi kepada mereka mengikut keperluan itu? dan paling syoknya, diwaktu cuti beginilah dakwah fardhiyah perlu dimaksimumkan untuk memastikan hamasaah tarbawi 'maintain' dalam diri. jika tidak, jangan terkejut jika mereka mengelak untuk datang usrah atau daurah, sekembalinya mereka ke kampus nanti. wallahuallam "akak, saya tengah sharing dengan kawan2 sekolah. Lebih satu jam bincang masalah tak settle2 lg. camane ye kalau kita keluar sama kwn2 perempuan, tengok wayang, makan2,main bowling. sekadar fun. apa hujah nak guna untuk kata tak boleh?" -mesej dari mutarabbiku 2 minggu lalu. (jawapan:rujuk hadith 12 dalam hadith 40 imam nawawi) "akak, banyak soalan pasal ISK saya nak ty, tolong call saya." -mesej dia lagi minggu lepas dan minggu ni, aku pastikan untuk call dia sebelum dia contact aku.alhamdulillah. hadiah daripada Allah. seorang adik yang berhimmah besar dan izzah membawa kefahaman yang baru ditemuinya. Sangat proaktif untuk bertindak sebelum murabbiahnya bertanya. logamnya adalah 'cakap'. dia tidak malu untuk memberitahu apa yang dia tahu dan tidak tahu. suka gilap 'pendapat' dia dalam sitting kami. alhamdulillah disebabkan aku tahu dia tidak membaca disini, sukalah aku nukilkan kisah tadi. dan benar, sebagai murabbiah, carilah titik logam terbesar dalam diri mutarabbi kita untuk disalurkan pada tempatnya. Bukan kita nak syok sendiri untuk menentukan posisi adik2 kita tetapi kita sedang mengasah/menggilap logam itu agar digunakan sepenuhnya dalam islam. "manusia itu ibarat logam, baiknya dia ketika jahiliyah, baiklah dia ketika islam, sekiranya dia faham." dan aku pasti dengan logam itu, insan rabbani dapat dibentuk tanpa mengubah logam adik2 kita sebelum dan selepas. kadang-kadang aku terfikir untuk memberi kehaman kepada adik2 yang datang dari sekolah biasa atau tidak disentuh dengan term 'tarbiyah wa usrah' lebih mudah berbanding mereka yang pernah mengikuti tapi belum tahu untuk menghargai.astagfirullahal azim. apakah 'indicator' yang kita gunakan untuk menentukan kefahaman kita? apakah 'indicator' yang kita gunakan untuk menentukan kesyukuran kita dengan nikmat iman dan islam ini? cukupkah dengan komited dengan daurah dan usrah? tapi bila diminta untuk turun padang; "kak, saya belum bersedia." "kak, saya takut tak mampu." selalu kita kata; 'tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada.' apakah tanggungjawab itu hanya jatuh keatas mereka yang dah bersdia dan yang tak takut? ingat lagi saat pertama aku menerima satu nama sahaja untuk disantuni. satu malam aku tak mampu tidur kerana membelek al-quran mencari ayat apa yang best untuk aku kongsi. aku takut, aku sangat takut untuk menerima tanggungjawab 'membina'. alhamdulillah, betapa janji Allah itu pasti; (47:7) 'remainder' juga kepada saya yang sering terlepas pandang untuk meletakkan diri ditempat mereka. seringkali berfikir mereka ingin sepertimana yang aku ingin. seringkali berfikir mereka faham sepertimana yang aku faham. seringkali aku berfikir mereka sedar sepertimana kesedaranku. astagfirullahal azim3x. adik-adik yang kusayangi; betapa dalam al-quran banyak mengajar kita. betapa dalam sirah banyak pengajarannya.
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.(3:79)
dan untuk mendapat rabbani itu, kembalilah melihat dalam hati. iman yang tertanam dalam hati. untuk menghidupkan hati kita memerlukan sebagimana jasad kita perlukan; 1. imunisasi kepada dunia.(tajarrud kepada dunia) 2. makanan (wasilah yang mendekatkan diri kepada Allah) 3. rawatan (tidak tunduk kepada futur) sebagaimana jasad kita perlukan ketiga-tiga itu untuk sihat, maka hati kita juga perlukan ketiga-tiga itu untuk mencapai rabbani. wallahuallam. dan bila kita singkap sirah terdahulu, sememangnya ciri pertama tarbiyah rasulullah s.a.w adalah 'rabbani'. takwa yang mantap dalam diri para sahabat. begitu juga dengan tarbiyah dari madrasah Assyahid Hassan Al banna yang sangat2 menekankan konsep rabbaniah. dan aku? aku malu untuk mengatakan tapi disaat ini, inilah yang aku rasa. aku sedang membina diri sendiri menjadi insan rabbani, dan aku ingin mengajak akhawat fillah bersama-sama mentarbiyah diri menjadi insan rabbani. bukankah kita telah berjanji kepadaNya?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111)
"ya Allah, Engkau hidupkanlah dakwah dalam diri setiap muslim dalam bentuk apa sahaja yang Engkau redhai." amin by fz_tarbiyah;PJ

Thursday, December 16, 2010

~Muliakah kamu wahai orang yang ditarbiyah

Aku hidup dibawah bayangan al-quran dan aku dapat merasakan seoalah-olah Allah bercakap kepadaku melalui AQ. Ya..Dia berkata-kata kepadaku, hamba yang kerdil dan amat kecil ini. Manakah penghormatan yang lebih tinggi dari penghormatan ilahi yang amat tinggi ni?~Syed Qutb

Subhanallah. Benar dan benar. Nikmat hidup dibawah bayangan AQ hanya dapat difahami oleh mereka yang turut merasainya. Inilah nikmat yang meluhur,memberkati dan membersihkan usia seseorang. Terusik sangat dengan entri seorang ukhti yang jauh dimata tentang rasa itu. Rasa yang sangat sukar untuk diterjemahkan melalui tulisan. Rasa nikmat dan faham indahnya hidup bertuhankan Dia. Nikmat DnT ini. Nikmat bersama kafilah yang menelusuri jalan cinta para pejuang.Alhamdulillah, Alhamdulillah.

namun benarkah nikmat ini telah yang menjadi titik tolak pandangan Allah kepada hambaNya?benarkah nikmat ini yang menjadi 'indicator' kepada taraf hamba Ilahi?

jom kita baca satu kisah. sharing dari seorang ukhti yang bersama dengan kita yang sedang menelusuri jalan DnT ini.

'Ana nak tanya antum. Apa hebatnya kita ini berbanding orang-orang yang tidak duduk di dalam halaqah ini?', bibir tua itu mengukir senyum. Tersirat.
'Ada sesiapa yang boleh jawab?' Lalu seorang anak muda bangkit mahu menjawab. 'Ustaz. Pada pandangan ana, kita berbeza kerana kita ditarbiyyah'. 'Lalu, apa yang enta maksudkan dengan tarbiyyah itu?' Terdiam sebentar anak muda itu. 'Ustaz, bagi ana, ana merasakan tarbiyyah itu seperti satu tembok yang memisahkan diri ana dengan orang-orang yang sedang sibuk bergelumang dengan duniawi'. Semakin lebar senyum si guru tua itu. 'Jazakallah. Bagaimana dengan orang lain?' 'Ana, ustaz'. Seorang pemuda yang lain menggangkat tangan. 'Ana mahu beri pandangan. Ana rasa, kita mulia kerana kita melaksanakan dakwah kerana dakwah inilah jalan hidup para rasul dan orang-orang beriman'. Penuh semangat bicaranya. Semua mata yang berada di bilik kecil itu memandangnya dan mengangguk-angguk tanda setuju dengan bicara anak muda berkopiah coklat itu. Guru tua itu menarik nafas, mahu menyambung bicara. Riak wajahnya masih tenang seperti tadi. 'Anak-anak ku. Apa mulianya kita ini? Antum kata kita ditarbiyyah. Antum kata kita berdakwah. Adakah ini kemuliaan yang sebenar?' 'Mengapa ustaz? Salahkah?', potong seorang pemuda. 'Yalah ustaz. Bukankah Rasulallah juga ditarbiyyah? Dan bukankah Rasulallah juga berdakwah?', lelaki yang lain pula menambah. Guru tua itu senyum sahaja. Matanya memandang wajah bersih anak-anak muda yang berada di sekelilingnya. 'Anak-anakku. Tidak dinafikan, Rasulallah juga berdakwah dan Rasulallah juga ditarbiyyah. Tarbiyyah yang direct datang daripada Allah melalui perantaraan jibril a.s . Rasulallah juga berdakwah, tanpa penat, jemu, lelah, dan putus asa'. Keadaan sepi sebentar. 'Namun anak-anakku, adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita lalui ini menjanjikan kemuliaan bagi kita disisi Allah? Tidak. Tidak. Lupakah antum akan apa yang Allah kata tentang kemuliaan? Allah sebut dalam surah al-Hujurat, bahawa sungguh! kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa'. Pemuda-pemuda di sekelilingnya mengaguk-angguk tanda faham. Antara mereka, ada yang mencatat sesuatu. 'Taqwa. Satu perkataan tapi ianya sangat besar maksudnya. Di dalam taqwa lah, wujud dakwah dan wujud juga tarbiyyah' 'Tadi, saudara kita ada berkata bahawa kita mulia kerana tarbiyyah dan dakwah. Ana terkejut juga sebenarnya. Apa kita layak mengatakan diri kita, satu produk tarbiyyah sedang kita hanya menjadi taqwa di dalam halaqah ini? Dan apa kita merasa kita layak mendapat kemuliaan dan taqwa sedang kita hanya berdakwah, dalam halaqah ini?' Anak-anak muda itu senyap. Mereka ternanti-nanti bicara seterusnya dari guru yang sangat mereka kagumi itu. 'Anak-anakku. Apa erti taqwa sebenarnya? Taqwa itu ialah kehidupan kita, bukannya lakonan kita. Taqwa bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat kerana kewujudannya sangat seni dan halus'. 'Ana memetik kata-kata Imam Ghazali tentang akhlak. Akhlak ialah apa yang keluar dari dalam diri kita secara automatik, tanpa perlu kita fikir. Tahukah antum semua, akhlak ini adalah lambang dan bukti wujudnya taqwa?' Mereka menggangguk. 'Dan, islam juga bukan satu sandiwara. Ia juga bukan satu aktiviti. Ia adalah cara hidup. Apa yang berlaku sekarang, ana lihat dalam banyak keadaan kita berasa diri kita ini mulia kerana kita join usrah, tabligh atau mana-mana jemaah sedangkan dalam masa yang sama, ketaqwaan kita tidak ditonjolkan'. 'Antum faham tak maksud ana?' "Kurang faham...", hampir serentak anak-anak muda itu menjawab. 'Beginilah. Antum perlu faham bahawa taqwa itu ialah apa yang perlu ada dalam diri kita setiap saat, bukannya hanya ketika dalam halaqah atau semasa berdakwah. Tidak! Sebaliknya taqwa wajib wujud dalam diri antum setiap saat, setiap masa'. 'Antum tahu apa tuntutan taqwa?' 'Senang nak faham, taqwa memerlukan kepada penghayatan. Dan siapakah qudwah atau model insan bertaqwa? Semestinya Rasulallah. Antum lihat sirah. Lihat bagaimana Rasulallah berdakwah. Dakwahnya bermacam-macam cara. Dari sekeras-keras mata pedang, hinggalah kepada selembut-lembut roti yang disuap ke mulut wanita tua dan buta yang mencaci Baginda, dakwah tetap bergerak'. 'Ustaz, boleh cerita tentang wanita Yahudi itu? Ana kurang faham'. 'Wanita Yahudi itu sangat tua dan buta. Tapi, tersangat kuat kebenciannya kepada Rasulallah. Setiap hari, Rasulallah akan datang kepadanya untuk memberinya makan. Setiap kali itulah, wanita itu akan mengata Baginda kerana dia tidak tahu bahawa yang memberinya makan itu ialah Baginda. Baginda s.a.w sendiri menghancurkan roti di mulutnya sebelum disuap ke mulut wanita itu kerana mahu memudahkan wanita itu makan'. 'Rasulallah datang dan melaksanakan perkara yang sama hari-hari. Memberi makan, dan menerima cacian. Tiap kali itu jugalah, Baginda akan tersenyum dan diam. Amalan Baginda berterusan hingga Baginda wafat. Lalu, Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulallah memberi makan kepada wanita itu. Tapi malang, wanita itu tahu bahawa yang memberinya makan bukan orang yang sama, tapi orang yang lain kerana layanannya tidak selembut layanan Rasulallah. Lalu, wanita itu bertanya dimana manusia yang sangat baik yang memberinya makan sebelum ini. Lalu dijawab dalam tangis rindu Saidina Abu Bakar bahawa lelaki itu ialah Rasulallah. Wanita itu masuk islam akhirnya'. Subhanallah. 'Anak-anakku, untuk kita menegakkan islam, kita harus terlebih dahulu meleburkan takbur kita. Kita merasa kita hebat kerana kita berilmu. Tidak dinafikan, memang kita alim, banyak ilmu. Tapi apa gunanya alim kita jika diselit takabbur?' Semua orang tunduk. Bermuhasabah diri. 'Ana berpesan sungguh-sungguh kepada diri ana, jua kepada antum semua. Jangan kita merasa diri kita hebat hingga dengan mudah, kita label orang itu sebagai 'tertutup hati' dan seumpanya. Seperkara lagi, taqwa itu bukan hanya mesti dilahirkan semasa kita liqo' dan duduk dalam halaqah, sebaliknya ia harus dizahirkan dalam setiap inci perbuatan kita'. 'Ketahuilah juga bahawa bukan amal soleh kita yang memasukkan kita kedalam syurga, sebaliknya yang memasukkan kita kedalam syurga ialah keampunan dan rahmat Allah. Amal soleh hanyalah kerana perintah Allah. Maka,jangan sesekali kita berasa amal kita ini hebat. Belum tentu'. 'Belum tentu orang yang ditarbiyyah dan berdakwah ini baik. Tapi orang yang baik, tentu akan ditarbiyyah dan berdakwah. Inilah sebenarnya yang sedang kita cuba lakukan. Moga-moga Allah terima usaha kerdil kita ini'. Guru tua itu menghabiskan bicaranya. Kelihatan, anak-anak muda disekelilingnya seperti sedang kesedihan, mungkin kerana 'terkesan'. Maka, guru tua itu membacakan firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 77: "Dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan kepadamu..."
***
Semoga kita semua faham, bahawa agama itu bukannya sesuatu yang sifatnya 'sekejap ada-sekejap tiada'. Agama juga bukan sesuatu yang harus dipakai dalam situasi-situasi tertentu sahaja. Dan agama juga sesuatu yang boleh dijual-jual untuk mendapatkan kemahsyuran atau sanjungan. Sebaliknya agama ialah pakain. Maka, tutuplah keaiban diri kita dengan menjadi orang beragama. Ingat, kita bukan Tuhan yang boleh menghukum orang yang tidak mahu tarbiyyah dan tak mahu menerima dakwah. Sebaliknya, kita lihat diri kita. Sejauh mana tarbiyyah itu berjaya membentuk kita menjadi hamba. Sesungguhnya, kita hanyalah makhluk yang asalnya setitis mani...hina..dan akan terus hina tanpa redha-Nya. subhanallah3x sungguh, menjadi peringatan dan meningkatkan kefahaman dalam diri. astagfirullahal azim3x

Tuesday, December 14, 2010

~Tom & Jerry & kita

"najib, tom and jerry mana lagi jahat?" ty aku.
"Tom laaa..tom selalu buat jahat kat jerry." balas anak sedaraku yang cute miut.
" Eh tak laaa najib...kalau tom and jerry and najib, sapa lagi jahat?" tanya aku lagi. dan najib tercengang...
"apa kejadahnya soalan mak cik aku nih." mungkin itu yang difikirkan budak kecik tuh..heee
"sebenarnya antara kita dan mereka, mungkin kita lebih jahat dr mereka. mereka tetap islam, mereka islam ijbari, mereka islam secara total, mereka tunduk dan patuh, mereka sentiasa berzikir dan mengikut sunnatullah. sedangkan manusia?".....itulah dibenak fikiranku tatkala itu.
hmmmm, betapa adik2 kecil pun telah terkena serangan pemikiran (ghuzwul fikr) yang telah dihidangkan oleh golongan hizbut taghut itu. tanpa kita sedar, tanpa kita rancang dan tanpa kita harapkan sedikit demi sedikit dakyah golongan itu menular dalam sendi2 kita.
begitulah yang dikatakan kita telah menerima tarbiyah dari jahiliyah tanpa kita sedar sejak kita kecil lagi. dan kemudian, setelah 20 tahun kita menerimanya dan merasakan perkara itu sekadar 'fun' untuk menghiburkan perasaan, suka-suka sekadar mengenakkan lena dan mimpi, akhirnya kita telah tersadung dengan satu bentuk tarbiyah yang amat berbeza.
totally berbeza.
tarbiyah yang mengajar kita bahawa jahiliyah itu satu dan islam itu satu. tiada percampuran antara dua 'satu' itu.
dan sekarang, kita sedang merangkak kembali kepada tarbiyah islamiah yang satu, cuba mengikis dan menghapuskan segala bentuk fikr jahiliyah lagi satu itu.
Kita dalam proses membina, membaja, menyiram dan menyuburkan fikrah2 islami yang syumul. memang tidak mudah, tapi kita bahagia dan bersedia untuk bermujahadah. bukankah begitu akhawat fillah?
insyallah..
sama-sama kita memperbaik situasi dan mengurangkan mangsa keadaan.
ibrah dari kisah tom and jerry:
mustahil tak dari kisah tom and jerry itu, anak2 kita telah disogokkan dengan
"kucing jahat, tikus baik"
hmmm, bukankah kucing itu binatang kesayangan Abu Hurairah r.a?
sedang kisah sahabat r.a mensajikan untuk kita sayang kepada makhlukNya, tapi kartun2 yang dianggap 'fun' telah menghidangkan penyataan yang kontra dengan yang sepatutnya.
setelah 10 tahun anak2 kita belajar dari TV, dari cerita tom and jerry nya, akhirnya termaktub dalam kepala anak2 kita bahawa kucing jahat, tikus baik.
dan suatu hari, tak mustahil situasi dibawah ini akan berlaku kepada kita bilamana kita menegur anak kita yang membaling batu kepada kucing:
"anak, anak kene sayang kucing..kucing baik..." kata ibu. "tidak!!!tidak bu, kucing jahat. tikus lagi baik."balas si anak. "sapa kata?"ty si ibu lagi. "TV yang ajar bu."si ibu tercengang. Oh no!!!..anak zaman sekarang memang lebih suka dengar kata TV dari kata ibunya.hmmmm wallahuallam
buat diri sendiri, aku sangat takut untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. kalau anak2 para sahabat terdahulu menangis kerana tidak diizinkan untuk turun berperang, bagaimana anak2 sekarang menangis kerana tidak diizinkan untuk berkahwin, tidak diizinkan untuk tengok movie, tidak diizinkan untuk bermain-main. hatta sebelum solat pun, anak2 akan menangis dulu kerana dirotan. wallahuallam.

aku sangat takut. "Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami. dan JADIKANLAH KAMI PEMIMPIN KEPADA ORANG YANG BERTAKWA." (25:74) Amin

Monday, December 13, 2010

~hidup dan mati

kerehatan ketika sakit bukanlah nikmat bagiku,
tetapi ia adalah ketakutan,
semoga ia tidak menjadi alasan untuk aku melemah dalam DnT.
Ya Rabbi,
hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu
amin

Saturday, December 11, 2010

~dakwah bukan untuk orang yang manja

“dakwah bukanlah untuk orang yang manja

tetapi dakwah akan menuntut dimanjakan oleh kita”

sejak dua tiga menjak ini, aku cuba menulis puisi

seperti biasa dulu-dulu kala. Tapi tiba-tiba aku rasa kaku,kering dan tiada idea.

Apakah keseniaan, ‘kejiwangan’(title zaman sekolah dl2..heee

) dan anugerah itu telah ditarik balik.

Aku terasa seperti kehilangan seni itu. Kehilangan feel dan kehilangan iidea bagaimana untuk mengidupkan cinta dalam puisi.

Ohhh…lantas sengaja aku mengabaikan puisi yang terbengkalai tu.

Tapi tadi, dayah mintak disambungkan puisinya…dakwah bukan untuk orang manja..huuuu…

Terasa nak sahut pulak permintaan itu..hmmmm..(boleh k?)

Kalau dulu aku suka bermadah pujangga melalui puisi, mungkin sekarang aku lebih suka menulis jer rasa hati ini.

Tapi aku tetap nak cuba juga membuat puisi semula.

Maaf yer andai berbelit-belit, sukar difahami atau tunggang terbalik.insyaalah ini yang lahir dari hati.

dakwah bukan untuk orang yang manja

Namun dakwah akan sentiasa meminta

Meminta segala perhatian kita

Dakwah akan meminta dimanjakan oleh kita

Namun tidak sekali-kali kita dmanjakan olehnya

Bukankah kita telah bersetuju bahawa dakwah itu cinta.

Dan cinta menuntut segala-galanya dari kita.

Nafas kita, gerak kita, fikir kita, tidur dan bangun kita hanyalah untuk dakwah semata.

Taksub pada dakwah itu indah

Kerana bakal membawa kita kepada Dia

Cinta kepada dakwah akan membawa kita terus kepada pencipta.

Bukankah kita telah bersetuju jalan dakwah ini tidak dipenuhi dengan wangian dan hamparan permaidani merah semata

Namun dakwah akan menuntut goresan luka jasad dan jiwa

Menuntut harta yang tidak sedikit dari kita

Hatta perasaan kepada manusia

Namun dimanakah kekuatan kita?

Dan

Bagaimana dakwah mengajarkan kita?

Sehingga kita yakin bahawa dakwah itu bukan untuk orang yang manja

Sehingga kita kuat untuk menangkis tujahan-tujahan jahiliyah yan rakus menghentam kita

Singkapan sirah dan sejarah benar-benar membuktikan

Sunnatullah orang yang berjuang bukanlah dihidangkan dengan kemewahan @ manja-manjaan

Selesa,santai dan bersahaja dalam baring, tidur dan lena malamnya dengan mimpi masuk syurga

Tipu!Tipu! dan kamu menipu!

Sudah melakukan kerja dakwah andai sakitnya tidak dirasa

Walau tidak sehebat para anbiyak dan sahabat terdahulu

Namun pasti!pasti ada ujian yang menggugat iman dan fikrah kita

Namun atas dasar cinta itu

Atas asar faham pada pegangan itu

Tidakkan kita melepaskan genggaman deen itu untuk menerima dunia semata

Dan tidak mungkin!tidak mungkin!

Tidak mungkin kita mampu tsabat bersama kafilah dakwah

Andai kita lari dari proses tarbiyah

Kerana dari sirah dan sejarah

Tarbiyah lah yang membentuk generasi pertama alquran yang unik

Tarbiyah lah yang membentuk jundi-jundi yang rindukan syahid, tidak takut mati

Tarbiyah jua yang menaikkan islam sehingga mecapai ustaziatul alam

Hilangnya proses tarbiyah

Maka hilanglah kefahaman dalam diri mereka yang islam

Kurangnya proses tarbiyah

Maka lemahlah cinta mereka kepada jihad fisabilillah

Tiadanya tarbiah

Maka jatuhlah islam sejatuh-jatuhnya sehingga dinjak oleh kuffar

Begitulah sunnatullahNya

Tarbiyah dan dakwah adalah perasa kepada daei yang tidak manja

Tarbiyah dan dakwah adalah hati kepada jasad kita

Tarbiyah dan dakwah adalah kehidupan kita

Syurga itu mahal

Layakkah dimiliki oleh orang yang manja-manja?

Bermain-main dalam membina islam untuk Pencipta Yang Esa.

wallahuallam

Wahai orang-orang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, dan apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya, kepadaNya kamu akan dikumpulkan. (Al-Anfal, 8:24)

p/s:fiqa, akak pn sgt suka dgn ayat ni.-)

~mereka meminta

dengan nama Allah Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
"apa yang antunna nak. tak kisahlah dari ummi atau dari diri antunna sendiri." tanya aku kepada mutarabbiku.
melihat gelak tawa mereka dan jauh berfikir mereka, dalam pandangan mereka kepadaku, aku jadi tergelak sendiri.
"mereka cari skema jawapan dari muka aku k?"
antunna masih tak kenal lagi ke ummi yang tak suka jawapan dari otak semata(kering). insyaallah hati itu lebih dekat untuk menyampaikan hasrat otak kita.
dan disini, aku nukilkan jawapan mereka supaya ia tidak sekadar beku dalam 'rancangan jangka pendek semester depan' sahaja.kalau jahiliyah boleh plan dan bekerja 724 untuk dakyah mereka, kita perlu lebih 724 untuk dakwah kita. ..
along,angah: nak plan rehlah untuk adik2 yang di DF(dakwah fardhiyah-dakwah perseorangan)
ateh,achik: nak mutabaah amal
alang,ucu: nak jaulah dengan akhawat
dan alhaamdulillah dua daripada tiga itu selesai dibincangkan bersama-sama juga semalam. semoga segalanya menjadi pemangkin dalam gerak kerja kita bersama. Dan rancangan untuk jaulah, tentunya perlu dibincangkan bersama murabbiahku. insyaAllah.
******************************************
*******************
adik-adikku/anak-anakku/ukhti-ukhtiku,
Jalan DnT ini telah mengajarkan kita banyak perkara,
telah memberi banyak benda kepada kita,
mungkin kita tak perasan perubahan itu atau dah terlupa bezanya kini bagaimana bicara kita, bagamana fikrah kita.
aku sangat terpesona bila ada diantara mutarabbiku yang bercita-cita m
enjadikan dakwah sebagai nafas hidupnya. Kerana dengan cita-cita dan keinginan itu, aku nampak bahawa mereka rela dibina. rela untuk ditarbiyah dalam membentuk individu muslim. rela dibina dan digunakan tenaganya untuk DnT ini. rela menjadi kuli dakwah,hamba Allah, hamba deenul islam. rela juga untuk disusun diposisi manapun dalam bangunan under construction ini(ustaziatul alam. semangat rijal itulah yang akan melahirkan individu ber'himmah(matlamat)' besar, mempunyai hamasaah(semangat) untuk membawa islam itu.
sentiasa aku berpesan kepada mereka. dan tentunya peringatan buat diri juga;
"kita bukan nak bawa orang kepada kita @ kepada jemaah, tapi kita nak membawa mereka kepada Allah."
"dan bagaimana kita nak membawa mereka kepada Allah andai kita tidak dekat dan kenal Allah. binalah hubungan dengan Allah, maka Allah akan membantu hubungan kamu dan manusia. seterusnya kamu akan mudah untuk membawa mereka bersama-sama kepada Allah."
"jagalah Allah, maka Allah akan menjaga kamu"~hadith ke 19 dalam hadith 40 imam nawawi
itu sahaja, itu sahaja formula untuk membawa dakwah.
jika kita singkap sirah para sahabat r.a, bagaimana mereka mentajarrudkan (menanggalkan) segala pakaian jahiliyah kepada islam dalam masa yang sangat singkat dan drastik, kekuatan mereka hanya terletak pada Allah. keyakinan yang mantap dan jiwa yang kental meyakini islam itu benar. mereka izzah(bangga) dengan islam dan membawa islam. dari situ kita nampak bagaimana bentuk tarbiyah rasullullah s.a.w membentuk generasi Al-quran yang sangat-sangat unik. sumber mereka hanyalah wahyu dan kata-kata rasulullah. sedangkan kita? terlalu banyak bahan rujukan dan tafsiran yang terpaksa kita rujuk untuk mendapatkan kepekatan fahaman itu. insyaallah Allah lebih tahu menilai usaha kita. dan hanya Allah juga yang berhak memberi hasil terbaik untuk kita.
dan kita, dalam mujahadah ada kemanisan. yakinlah dengan janji Allah. semoga kita tergolong dalam golongan hawariyyun yang menyahut seruan isa putra maryam(61:14), pemuda dihujung kota yang sanggup meninggalkan tempat tinggalnya untuk islam(36:20), pemuda kahfi yang beruzlah untuk akidah islami(18:9-26).
amin
"Ya rabbi,hidup dan matikanlah kami dalam mentaatiMu dan RasulMu."
amin
p/s=rindu dengan adik2 unais yang dah lama bercuti. Ya Allah, berikanlah mereka kefahaman sebagaimana engkau berikan daku kefahaman dalam islam.amin

Thursday, December 9, 2010

~ada kekuatan pada ukhwah, ada kekuatan pada JAHILIYAH

dengan nama Allah
aku cuba membina kekuatan dengan ukhwah
semoga ikatan itu boleh menjadi satu pemangkin dalam dakwah
dan menjadi perasa indah dalam tarbiyah
ya benar,
ukhwah adalah salah satu wasilah penerusan tarbiyah
adanya ukhwah
cinta aku pada dakwah semakin mekar dan kuharapkan ia terus mekar
dan bagiku,
satu lagi kekuatan,
inspirasi kepada perjuangan,
wasilah penerusan tarbiyah,
juga sebagai peringatan,
apakah itu?
ianya adalah kisah silam...
atau dalam bahasa sharing mudahnya
'turning point'
yang mencampakkan aku kedalam kafilah dakwah dan tarbiyah ini
pernah,
aku tersadung hampir terkebelakang
lalu,
jahiliyah semalam menampar,sepak dan terajang
'mengapa engkau masih memandang kebelakang,
mencari yang kotor dan hampas bangkai dunia,
sanggupkah engkau menjatuhkan diri kedalam paya yang busuk, lembah yang hina,
sedangkan ada padang ragut yang cantik, taman-taman yang indah untuk bermain?'
~mukaddimah zilal quran
aku bertanya,
aku bertanya.
aku bertanya,
mahukah aku mencampakkan diriku kedalamnya?
islam datang melahirkan satu kehidupan baru
mezahirkan transformasi syumul kepada ruh dan jasad
suci lagi unggul
dan mengapa?
mengapa manusia masih mencari yang di baliknya?
(59:19)
(3:187)
Dan (ingatlah) ketika Allah mengadakan perjanjian dengan orang yang diberi kitab itu bahawa: “Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya,” tetapi mereka melemparkan perjanjian itu ke belakang, dan mereka menjualnya dengan harga yang sedikit. Alangkah buruknya apa yang mereka tukarkan itu.
nau'zubillahimin zalik
Ya Allah,
tetapkanlah kami atas jalan dakwah dan tarbiyah ini
tetapkanlah langkah kami,
bimbinglah kami dalam jalan cinta para pejuang ini
hidup dan matikanlah kami dalam mentaatiMu dan rasulMu
amin
akhawat fillah,
ana uhibbukifillah..=)
benarlah dalam cinta ilahi dan segala yang membawa kepada kecintaanNya,ukhwah dan hatta jahiliyah, adanya kekuatan pemangkin dakwah.

~kekuatan cinta

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.
Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari:
  • Fikiran kita.
  • Perhatian kita.
  • Berjalan kita.
  • Duduk kita.
  • Tidur kita.
Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai. Memang seperti itulah hakikat dakwah.
Ia menyedut :
Saripati tenaga kita.
Sampai ke tulang belulang kita.
Sampai ke daging terakhir yang menempel di tubuh kita.
Tubuh yang sudah tidak berdaya dan mulai lemah diseret-seretnya serta dipaksa berlari.
Seperti itulah pula apa yang berlaku kepada rambut Rasulullah saw di mana kepalanya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan oleh Allah swt.
Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.
Dia memimpin hanya sebentar, namun kaum muslimin benar-benar kagum dengan usahanya di mana tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah di zamannya dan tubuhnya yang mulia itu terkoyak-koyak.
Sukar membayangkan sekuat mana khalifah Umar bekerja. Tubuh yang segar bugar pada mulanya itu mulai ditimpa kelemahan dan kesakitan.
Hanya dalam dua (2) tahun ia jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia walaupun memang itu yang diharapkannya iaitu mati dalam keadaan jiwa yang tenang.
Dakwah bukannya :
a. Tidak meletihkan. b. Tidak membosankan. c. Tidak menyakitkan.
Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Rasa letih dan sakit itu sentiasa bersama mereka sepanjang hidup yang dilalui.
Justeru kerana rasa letih dan sakit itu sentiasa mereka rasakan, sentiasa menemani mereka, sentiasa mengintai ke mana pun mereka pergi, maka akhirnya ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan.
Kalau iman dan godaan rasa letih sentiasa bertempur, pada akhirnya salah satunya mesti mengalah dan rasa letih itu sendiri yang akhirnya mulai lemah untuk mencekik iman lalu iman itu terus berkobar di dalam dada.
Begitu pula rasa sakit di mana luka tidak akan terasa lagi sebagai luka sehingga ‘hasrat untuk mengeluh’ tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan dengan jihad yang begitu mempesonakan.
Maka oleh sebab itu, bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan dan kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari :
1. Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.
2. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.
3. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.
4. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.
5. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.
Dalam doa Rabithah, Imam Hasan Al Banna telah melakarkan bait-bait berikut :
‘Ya Allah Engkau tahu, Hati-hati ini telah Berkumpul dalam cinta-Mu, Bertemu dalam taat-Mu, Menyatu menolong dakwah-Mu, Berjanji memperjuangkan syariat-Mu, Maka eratkan ikatannya, Dan abadikan cintanya.....’. (Doa Rabithah)
Tidak ada penjelasan sejarah tentang suasana yang melatari Imam Hasan Al Banna di kala menulis beberapa potongan doa tersebut.
Ia menyebutnya sebagai ‘Wirid Pengikat’.
Pengikat hati yang sedang dibangunkan untuk memikul bebanan dakwah bagi kebangkitan umat di mana mereka memahami bahwa :
  • Beban mereka berat.
  • Jumlah mereka sedikit.
  • Musuh mereka banyak.
Jadi mereka memerlukan landasan yang kukuh dan pengikat yang kuat. Maka oleh itu :
  • Landasannya adalah iman.
  • Pengikatnya adalah cinta.
Cinta menjalin jiwa-jiwa mereka dalam kelembutan yang cukup menenangkan, maka setiap mereka adalah hamparan permaidani halus yang empuk dan masing-masing dengan bentuk yang unik mampu duduk bersama dalam keadaan santai.
Cinta mereka sentiasa mampu menampung semua bentuk perbezaan di mana ada kebebasan berpendapat namun tidak ada sikap yang melukakan hati saudaranya, begitu juga ada sikap keterbukaan tapi objektif dan matlamat tetap di atas segalanya.
Cinta melahirkan pertanggungjawaban di mana setiap mereka sentiasa bertanya tentang sejauh mana mereka mampu mempertanggungjawabkan sikap mereka di depan Allah swt nanti?
Cinta juga melahirkan kelembutan di mana perbezaan-perbezaan mereka dikelolakan dalam etika yang mampu menenangkan jiwa kerana setiap perbicaraan mereka sentiasa berakhir dengan amal. Perbezaan di antara mereka tidak akan mengubah situasi mereka sepertimana kata-kata penyair Mohamad Iqbal iaitu:
‘Umpama penyapu lidi yang diikat dengan cinta untuk membersihkan kehidupan.’
Cinta juga memberi mereka tenaga di mana para pemikul beban kebangkitan itu pastilah akan menempuh jalan perjuangan yang penuh liku dan pendakian yang menyukarkan. Pada setiap satu jarak waktu dan tempat, nilai bebanan mereka semakin bertambah.
Hakikatnya mereka pasti mengalami proses penuaan diri, sepertimana sabda Rasulullah saw:
"Surah Hud dan saudara-saudaranya telah mengubankan rambutku."
Kalau bukanlah dengan tenaga yang kuat dan dahsyat itu, siapakah yang sanggup mendaki gunung sambil memikul bebanan di atas bahunya?
Itulah Cinta, sumber segala kekuatan.
Tenaga cinta menolak mereka untuk tumbuh, bergerak dan membangun dalam tempoh yang cepat di samping ikatan cinta yang mengatur irama mereka dalam keserasian yang begitu indah. Itulah sumber yang membuatkan mereka kuat, tenang dan tidak pernah tergugah. Jadi benarlah apabila Imam Hasan Al Banna mengumumkan kembali cintanya:
‘Maka Eratkan Ikatannya Dan Abadikan Cintanya.’
Ya Allah, tumbuhkanlah perasaan cinta di dalam hati kami terhadap saudara-saudara seperjuangan kami. Eratkanlah ikatan iman itu melalui ikatan cinta yang abadi sehingga ia menjadi tenaga yang mampu menegakkan tulang belulang kami dan meneruskan perjalanan dakwah yang panjang hingga kami mendapatkan kemenangan atau gugur syahid di jalanMu. Ameen Ya Rabbal Alameen
sumber

Friday, December 3, 2010

~dedikasi khas untuk cinta

Allahu rabbi
dalam DnT(dakwah dan tarbiyah) ini,
cintaku sangat banyak,
tapi salah satu daripada cintaku adalah mereka.
alhamdulillah,
sangat2 bersyukur, minggu ini aku mampu ziarah mereka 2kali dan ada yang 3 kali..
betapa dakwah fardhiyah boleh menjadi pemangkin dan push faktor kepada adik2 ini untuk menggerakkan diri mereka yang kadang ragu-ragu.
terasa sangat2 teruja(subhanallah) bila aku ziarah mereka kelmarin di surau K, terlukis besar graf ISK dan iklan mereka.
'ummi, ade isk esok malam, semalam dah cerita siket pasal mukaddimah.'
subhanallah, mereka sudah mula berjalan,
melihat hamasah yang sedang berbunga kembang dalam diri mereka membuatkan aku mengucap hamdalah dan subhanallah dengan rahmatNya.
betapa hidayah dan hati itu benar2 dipegang oleh Dia.
Dia yang memberi ilham kepada setiap gerakan jasad kita.
Dia yang memberi nikmat DnT kepada mereka yang sedang merasai
bahawa tanggungjawab mentarbiyah itu jatuh keatas bahu setiap kita yang mengaku mukmin.
Semoga Allah memberi ilham kepada mereka untuk terus berusaha dalam wasilah DnT ini.amin
sebelum itu, sitting yang lalu, ketika menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang dari mereka,
sempat aku memberi hadiah kepada mereka semua.
hadiah yang sekadar sekeping kertas kosong tertulis nama mereka untuk mereka lakarkan segala rasa hati disaat itu.
hadiahkah itu?heee
mungkin aku lebih senang mengatakan ini adalah taktik.
taktik untuk mendapatkan respon dari mereka.
yang mungkin ada sesuatu tidak mampu mereka luahkan @ tegur melainkan dengan menulis.
dan jujurnya,
aku menangis membaca setiap bait2 penulisan mereka.
Ya Allah, betapa Engkau memberikan hati-hati mereka untuk ditarbiyah olehku,
sememangnya tiada aku melakukan apa-apa selain segala dari keizinanMu semata.
aku mencintaiMu dan aku tahu hanya dakwah ini sahaja yang mampu membawa aku kepadaMu.
dan kerana rasa cinta itu, aku sangat ingin berkongsi nikmat itu.
aku ingin mereka turut merasa nikmat menginfaqkan diri atas landasan dakwah ini.
sememangnya aku nak sangat berkongsi rasa rabitah hati yang mekar atas dasar dakwah ini.
dan aku ingin mereka merasai nikmat keinginan melangkah kesyurga bersama-sama.
kita berpimpin tangan bersama-sama melangkah kesyurga,
senyum yang meleret dengan nikmat hasil kepayahan di dunia.
bukankah sering kita bicara.
"cukuplah rehat bagi kita disyurga"
aku benar-benar menghargai mereka,
sebagai hadiah dari Allah dan menjadi salah satu wasilah pentarbiyahanku.
sering aku cuba meletakkan diriku di tempatnya, supaya tidak aku menzalimi mereka.
mungkin mereka tidak tahu,
mungkin mereka tidak sedar,
bagaimanakah tarbiyah mengubah mereka.
setahun aku bersama mereka,
sehabis baik aku cuba mengalirkan aura-aura tarbawi dengan sentuhan kalbu,
aku tidak mahu mereka menjadikan usrah sekadar tempat mengutip ilmu-ilmu ukhrawi,
atau sekadar tranformasi ruhi untuk diri sendiri.
aku cuba memahamkan mereka bahawa tarbiyah kita adalah proses pembinaan.
dan pembinaan kita bukanlah membina bangunan yang kaku,static dan rigid,
tapi pembinaan kita adalah manusia.
pembinaan manusia dan penanaman fikrah yang menghidupkan ruh2 islam,
itulah sebabnya mujahadah menjadi santapan wajib kepada kita.
ketahuilah adikku sayang,
sebagaimana antunna sedang dibina, tidak mungkin nikmat mujahadah itu antunna mampu rasa,
selagi keterikatan yang ada membantutkan dakwah dan tarbiyah kita.
wallahuallam.
p/s=
kepada along,
ummi faham perasaan itu. cukuplah pelukan along memberitahu nikmat kesyukuran itu.=)
kepada angah,
aseef jiddan2 atas perbicaraan tentang masalah itu sehingga menyebabkan angah terlalu berfikir tentangnya. insyaallah,selain dari itu, ada perkara lain lebih aula perlu kita fikirkan. abaikanlah kisah cabang dua jalan yang berbeza tapi serupa ini.biarkan Allah yang menentukan kedudukan dan kebaikan untuk angah dan DnT itu sendiri.
kepada achik,
jazzakillahukhair atas saranan untuk ummi enjadi lebih tegas dan garang..mungkin antunna masih belum perasan keseriusan ummi dalam halaqah kita dan perubahan antunna dalam menerima. itulah tanda akak berjaya mengubah biah sitting kita slow motion.=)
kepada ateh,
subhanallah,semoga jalan ini terus diwarnai dengan gelagat kita.sememangnya sangat mengimpikan saat itu.syurga yang mahal perlu kita beli dengan harga yang mahal..saling mendoakan untuk kita terus tsabat.=)
kepada alang,
hidayah itu milik Allah dan Dia berhak memberi kefahaman tentang deen kepaa sesiapa yang Dia kehendaki..tunjukkanlah kesyukuran kita dengan amal yang membawa kita dan manusia kepadaNya.
kepada ucu yang memang bongsu,
Yakinlah dengan tarbiyah susunan ilahi. bukankah kita hidup untuk memberi?
wallahuallam,
jazzakunnallahukhairan kathira adik2 yang mewarnai dakwah dan tarbiyahku.=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...