Wednesday, December 30, 2009

~Erti bahagia

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani.. Alhamdulillah bersyukurnya daku keatasMu Ya Tuhan Alhamdulillah sekali lg bersyukurnya daku atas segala limpah nikmat dan kurniaanMu utkku Susah dan senang yg Engkau beri adalah tarbiyah terbaik utk daku dlm melalui jalan kehidupan yg sementara cuma ini.. Engkaulah yg Maha Agung dalam menyusun hari2 dlm hidupku Memberi daku peluang terjun dalam kancah dakwah Memberi satu dimensi baru yg bermakna dalam hidup ini Sesekali diri lalai mengingatiMu Kau cucuk semula jarum semangat dengan dugaan yg kecil cuma Pernah hambaMu ini terfikir Begitu jua Batin ini pernah jua menjerit ‘Daku ingin yg lebih dari ini Ya Tuhan!’ Namun selayaknya hy Engkau yg mengerti Tahap mana kemampuan ini Syukran syukran syukran Ya Rahman Tidak pernah daku berasa tiada Engkau syg padaku Sepenuh hati hambaMu ini meyakini Mehnah yg kulalui adalah tarbiyah yg sgt indah Bahagia dan terlalulah hambaMu ini bahagia Dengan mehnah sebegini rupa Syukran syukran syukran Ya Rahim Kerana tidak pernah melupakan daku Memberi daku peluang Hidup dlm tarbiyahMu Jua tidak Engkau lupa Memberi magfirah dan ibrah yg membantu Daku ingin lebih kuat Ya Allah Hy Engkau yg lebih mengerti Sesungguhnya solatku,ibadahku hidup dan matiku hy untukMu Ya Allah Wallahualam
~puisi ni dh lme sy tulis..mase jg adik sakit kt hospital kuantan..juz nk share dgn semua..^_^..semoga ada manfaatnya..insyaallah~
hmm,hampir sebulan x menulis disini, terasa lme meninggalkan rakan alam maya. Salam bertemu kembali. Buat teman seangkatan dlm study, selamt menempuh semester baru. Semoga sem ni kita lebih mantap dari segi belajarnye, gerak kerjanya dan tentunya setiap detik kurniaan ilahi kita gunakan utk kebaikan cuma. Lillahi Taala. InsyaAllah
Sepanjang cuti semester yg lalu, cuti terasa sekejap cuma. Bermula dengan settle kan final projek. Belum sempat siap draft writing report projek, segera balik kg bila adik jatuh sakit dan masuk wad. Kemudian dtg semula ke UM utk jmpa supervisor then balik kg semula bila adik masuk wad utk kali kedua. Nak kata jarak KL-Keratong xdelah jauh mane. Naik bas, 4jam perjalanan jer tapi bg sy yg tak pandai mane nk manage lambakan tugasan yg tertangguh menyebabkan batin ni menjerit jer ‘Padan muka aku tak berusaha siapkan lbh awl!’.. Dengan tak sempat nk join usrah kabilahnye..Sedihhh… But the reality is…… I’m still dpt rasa semua ni adalah tarbiyah dr Allah. Sgt cantik dan indah flow cerita susunan ilahi.. N finally sy fhm bhw tarbiyyah dlm hdp ni bkn ada dlm usrah jer. Usrah adalah basic part dlm tarbiyyah hasanah. Sebb tu selalu kene bersihkan hati dengan usrah. Then, semua perjalanan kehidupan kita sehari-harian dr segi pemikiran kita, cara menangani masalah dan cara kita hadapi dugaan adalah pelaksaan apa yg kita terima dlm usrah secara fizikal n mental. Bermakna usrah adalah teori dan tentunya segala gerak kerja kita adalah praktikalnya. Bila penyampaian dlm usrah diserap secara maksimum maka terlahirlah tindakan praktikal yg memberi kesan terbaik kpd banyak pihak. Sebagai cth mudah; mungkin sebelum usrah, bila kita senyum kat org, then org tu jeling kt kita menyebbkan kita geram n menyumpah2, tp bila dh join usrah bila situasi tu berlaku kt kita, kita pun berbisik dlm hati.. ’Alhamdulillah, semoga Allah bukakan pintu hatinya utk menerima hidayahMu.amin’... Haaa, inilah yg bermakna segala teori dlm usrah telah diserap masuk menjadikn kita muslim yg praktikal. Baik utk kita, org sekeliling dan juga agama kita. InsyaAllah
hmmm, jd sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri blk dengan segala ketentuan Allah buat kita. Yakinilah bhw itulah yg terbaik itk kita..
Dan utk sy sendiri Apa2 pun..INILAH YG TERBAIK BUAT SY.. Apa2 pun jua...ALHAMDULILLAH YA ALLAH.. HambaMu ini sgt yakin bahawa semua ketentuanMu adalah yg terbaik buatku, org sekekelilingku dan tentunya agamaku ini..InsyaAllah aminnn Selepas ini, sudah pastinya tidak sy lupa utk terus berlari pantas ats pentas yg sy pilih..selepas hampir setaun ditarbiyah, tidak sabr rasanya utk mencari anak2 usrah dan tentunya mentarbiyah mereka sehingga mereka juga dpt merasai nikmat indahnya hidup dibawah bayangan Al-Quran bersama tuntunan Ilahi. Ya Allah, hidup dan matikanlah daku dlm mengingatiMu dan rasulMu. Amin
Wallahualam

Tuesday, December 8, 2009

~Dugaan sekali lagi

Org bertakwa dgn Tuhannya
Tuhan memberi nikmat kepada org yg bertakwa kerana kasih sygNYA Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sygNYA juga Kerana Allah hendakkan mereka lebih mulia Dan Disimpan 'asset' selebihnya sebagai harta disyurga Kalau diberi banyak pula Itu juga adalah kasih sygNYA Kerana dengan nikmat yg byk itu Dapat diagih-agihkan kepada org lain pula Sekaligus akan melahirkan rasa syukur dan ramai juga yg terbela Sekiranya org yg bertakwa itu diuji dan dibala Itu juga adalah kasih syg Tuhan kpd mereka Agar dosanya diampun atau Ditinggikan darjat mereka di syurga Sungguh indah perbuatan Tuhan buat org yg bertakwa Senang dan susah Miskin dan kaya Sakit dan sihat Ada nilai disisi Tuhannya Kerana itulah org yg bertakwa Dalam apa jua keadaan Mereka tetap tenang bersahaja Diwaktu senang tidak tidak terlonjak-lonjak Diwaktu susah tidak pula rasa derita Mereka tetap bersyukur atas apa saja kurniaanNYA Mereka tetap faham kerja-kerja Tuhan mereka Jiwanya senang dan tenang sahaja OH BAHAGIANYA Begitulah hidup org mukmin bersama Tuhannya.. Petikan puisi oleh ustaz ashaari muhammad, bekas pemimpin al arqam
Malam td mak telefon dr kelantan..Katanya akan balik ke Keratong dalam pukol 10mlm.. Suka dengar mak gelak..Tp tgh2 gelak tu, boleh mak ckp;
"Tau tak kisah adik ko nih?" "Eh, mana mum tau..umi kenapa mak?" ~Umi is my adik.. " Dia masuk ward kat muazam..Kene denggi.." "innalillahi wainna ilahi rajiun.." ..................................
Hmmm, dalam hati sy menangis..Mak nih, anak kene sakit denggi dia boleh lagi gelak..Hakikatnya, sy dah tahu sangat kenapa mak tak tunjukkan kesedihan..Seumur hidup mak, dugaan sekecil ni dah berulang kali berlaku..Mungkin dah biasa menghadapi situasi ni.. Sebab ketiga-tiga anak perempuan mak memang masa sekolah mesti kene penyakit..Dari kakak, sy and nw umi (my adik syg )..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Mungkin kalau Engkau tidak menguji kami sekeluarga, tiada kami kekal bersyukur dengan nikmatMu..
Pg td sy kol rumah, mak dah sampai rumah dr kelantan-keratong...Alhamdulillah...
" hmmmm, adik ko perangai sama ngan ko dl..Sakit demam teruk, duduk dalam bilik sorang2 dengan tuala basah, air n apa lagi. Ajak g hospital tak mau..Abah paksa juga la tu baru nak g." ~inilah kalau mak tak ade kat rumah..umi bukan nak dengar ckp abah~ " macammana umi? teruk k?" "doktor nak cek darah lagi.. Kalau terus terus turun kene bawa g kuantan la." ~berair dah mata aku. Ya Allah peliharalah adikku..Terasa nk blk sekarang tp ada pekara yg belum diselesaikan.=(~ "Yela mak, sama-sama doakan. InsyaAllah, mum balik lepas siap experiment jumaat nih. Kalu tak sape nak bergilir dengan mak jaga umi." ...................................... Dalam pukul 11pg td mak kol lagi, "Tazah, platlet ko dl brape masa bw ke ktn?" "platlet start 20 (ribu) then turun sampai 2 br g ktn n kl. Umi brape sekarng mak?" ~Normal dam 100 ribu keatas ~ "Platlet die sekarang 13. Doa-doakan ye kat muazam jer la. jauh pula nak ke ktn lagi....." ............................
Ya Allah, seandainya dugaan yg Engkau berikan ini sebagai ujian buat kami, maka bantulah kami, berikanlah kekuatan kepada kami dalam melaluinya. Dan seandainya dugaan ini sebagai balasan atas dosa-dosa kami, maka ampunkanlah kami. Sesungguhnya hy Engkau yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Amin
Semoga semuanya selamat dan kembali seperti sediakala..Al-Fatihah buat adik saya yg tersayang, Umi Syazwani Maridi dan kami sekeluarga. Wallahualam

Sunday, December 6, 2009

~Jawapan kepada persoalan

Salam ukhwah fillah buat semua…
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!!.. Teruskan! Teruskan dan teruskanlah hidup dalam tarbiyah yang sejahtera. Semoga dapat melepasi penjara dunia dengan kesejahteraan akhirat hendaknya. InsyaAllah, Amen.. Hidup dibawah bayangan Al-Quran menjadikan hati lebih tenang dalam mengharap redha Ilahi. Bagaimana pula dengan redha insani?..Aku insan biasa...Dan sebagai insan biasa, sudah pastinya pernah berasa kepayahan sekaligus tertewas dalam menjaga hati setiap insan yang disayangi disisi. Bertindak demi kebaikan diri sendiri atau mengorbankan sedikit keperluan diri untuk kebahagiaan atau kepuasan hati orang lain. Menjaga hati diri sendiri atau menjaga hati insan disisi?.. Mengikut fatwa hati yang boleh melukakan hati teman disisi atau menentang fatwa hati demi memuaskan hati mereka yang disayangi?..
Kagum daku dengan seorang sahabat yang sanggup mengorbankan masanya untuk kebaikan orang lain, sedangkan bila ditanya tentang tugasnya yang tertangguh, dengan tersenyum dia hanya membalas senyuman sambil berkata,
“Semoga Allah memudahkan urusan seterusnya.”
WOW! Jelous tak?..hehe..Tapi saya ??..huhu
Duhai diri! berusahalah untuk menjadi muslim yang bermanfaat buat orang lain..Berusahalah! Daku memohon padaMu Ya Allah,
‘Berikanlah keputusan yang terbaik dalam setiap apa yang hambamu ini lakukan. Engkau tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diriku dan buangkanlah sikap2 mazmumah yang ada dalam diriku. Tetapkanlah pendirianku dalam keputusan dan jauhkanlah daku dari melukakan insan yang berinteraksi denganku.amin.’..
Alhamdulillah, leganya hati saya.. Inilah salah satu cara untuk saya zahirkan suara hati. Sejak kecil, suka sangat merepek macam2 atas kertas.Lepas tu, campak merata-rata. Mak, abah, cikgu jumpa, habis kene gelak. Uisshh, malunya la bila ingat kisah zaman kecik2..Tapi sekarang dah modern..Guna blog pulak luah perasaan. Malu memang malu, tapi tak kisah..sebab saya dah besar..Dah tau mana yang boleh diluah umum, mana yg patut disimpan..Apa yang penting, nawaitu untuk menjadikan ia sebagai pengajaran dan perkongsiaan ilmu tu adalah paling aula.. Oklah, panjang sungguh mukaddimah atas tu..apa-apapun masalah atau mehnah dalam hidup seharian, kembalilah kepada Al-Quran kerana disana ada ketenangan sekaligus jawapan. Entri kali ni saya ambil dari folder tarbiyyah dalam ladtop saya..Kebetulan masa baca ni saya pun tengah bersedih. Alhamdulillah, da dapat semangat baru, so mari kita kongsi bersama. Lagi-lagi sapa yang tengah tension dengan thesis yang nak disiapkan, atau sedih sebab belum dapat kembangkan dakwah dan tarbiyyah, atau sedih dalam menghadapi mehnah yang pelbagai dalam kehidupan sebagai daie ni...mari2 muhasabah diri sebentar!
Beberapa persoalan yang sedang mencengkam naluri yg lemah... Saat kita lemah inilah syaitan bersorak meniupkan api kekalahan dalam mujahadah, rosaknya benih-benih iman, lunturnya pengharapan pada Allah yang satu serta cairnya rasa yakin pada qada’ dan qadar.. tetapi, sebagai muslim yang telah ditarbiyah pastinya kita tahu jawapan yang pasti untuk semua ini hanya ada pada Al-Quran. Mari kita rujuk semula ayat-ayat cinta DIA untuk kita!
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah memuji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” –Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” –Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” –Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” –Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA?
“Wahai orang-orang yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan).” –Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yg khusyuk” –Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…” –Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” –Surah At-Taubah ayat 129AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir” –Surah Yusuf ayat 87
~KHAS UNTUKMU AKHAWATKU~
“Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah berusaha sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan airmatamu. Bila engkau rasa kehilangan dan rasa masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa disisimu. Bila engkau terlupa apa tujuan usaha itu, kembalilah kepada Allah. Dia ada jalan penyelesaian. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAh adalah jawapannya Dan sudah pastinya bila engkau perlukan teman, carilah daku yg sentiasa menyokongmu..”
Alhamdulillah.. Lega tak?..kalau masih belum terkesan, berinteraksi lebihlah dengan Al-Quran dan Allah kita.. Semoga dapat merasai kemanisan iman..InsyaAllah.. Wallahualam

Thursday, December 3, 2009

~Mencapai Tahap Muslim Luar Biasa~

Salam kemuliaan buat pembaca sekalian. Apa kabar semuaa?..apa kabar iman?..

Jantung berdegup,

mata terbuka,

takkan hati masih tertutup

untuk menerima hidayah Dia?

Wallahualam..Pengorbanan, jihad dan mujahadah adalah yuran untuk kita meraih cinta Dia..Mari sama-sama kita berusaha. Bertakwalah kepada Allah. Semoga nikmat iman dan islam dapat kita hayati. Ya Allah, hidup dan matikanlah kami dalam mentaatiMu dan RasulMu.Aminn..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk saya meng’update’ blog nie. Maaflah ye, dalam 2-3 bulan ni tak berapa aktif sangat. Benarlah kata seorang sahabat, komitmen yang ada lebih banyak dari masa yang dikurnia. Walaupun begitu, bersyukur sangat kerana sejak ‘faham’ nih, tak pernah pula terasa kosong dengan kehidupan. Even duduk diberanda rumah atau duduk saja dalam LRT, masih terasa seperti berinteraksi dengan alam. Duhai alam, walaupun kejadian kita berbeza tetapi fitrah kita tetap sama. Allah lah pengawalan dan pengakhiran kita. Subhanallah

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda2 kebesaran Allah bg orang yang berakal” (3:190)

“Iaitu orang yg mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang prnciptaan langit dan bumi seraya berkata,

‘Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau lindungilah kami dari azab neraka’” (3:191)

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!…

Daripada Dia kita datang dan hanya kepada Dia kita dikembalikan.

Wallahualam

Sebenarnya, entri kali ni saya nak berkongsi kisah dan pendapat tentang tahap manusia luar biasa..Tapi saya suka guna ‘tangga keimanan muslim’ sebab memang dari sini, kita boleh ukur tahap keimanan dan kecintaan kita kepada Allah... Ilmu ni saya dapat masa ke daurah intensif oz/nz di rumah akhawat ansar di PJ minggu lepas. Hehe..jom kita tengok!

Tangga keimanan muslim :

  1. TAKUT iaitu melakukan amal kerana takutkan azab Allah
  2. HARAP iaitu melakukan amal kerana mengharapkan balasan kebaikan dunia dan akhirat dari Allah
  3. CINTA iaitu melakukan amal kerana cintakan Allah

Secara generalnya tak berapa faham lagi kn apa kaitan ketiga-tiga diatas dengan tahap keimanan kita??...hehe....tepuk dada ty iman!

Selama ini kita beribadah dan beramal kerana apa?

Pernah tak ada org ajak buat maksiat?..then, kita pun jawab ;

"eh, takutlahh..Api neraka sangat dahsyat weiii…"

Pernah tak, ada orang datang rumah kita mintak derma bencana alam ke, derma anak-anak yatim ke??...then, dalam hati kita suka sangat nak bagi sebab dah tau Allah akan bagi ganjaran pahala yang besar kerana bersedekah.

2 perkara diatas memang selalu sangat kita alami kn??...Kebaikan dan ibadah kita mengharapkan balasan pahala dari Allah dan mengelakkan diri dari perkara yg dilarang kerana takutkan azab pedih Allah..takut dan harap ni bagus jer..Bukan tak bagus tapi jika nak dibandingkan, tahap cinta tu adalah kemuncak sebenar tahap iman.. Tetapi, tahukah kita tahap keimanan CINTA itu bagaimana pula?..Insyaallah dihujung pembacaan ni nanti, antum akan faham..Hehe

Cuba kita tengok kalau manusia-manusia bercinta macammana. Kalau betul terlalu cinta, onak dan duri, lautan api pun sanggup direnangi knn??.. Kenapa org cakap cinta itu buta? Kenapalah ada apek yg sanggup bunuh diri kerana cinta yg ditolak?..ish3x!!!.Dahsyat kan aura cinta tu?...

Cuba pulak kita relate kan cinta manusia-manusia tu dengan cinta manusia-Allah pulak.. Adakah Allah akan tolak cinta kita sebagaimana manusia?..tentulah tidak knn..Sebab itulah perasaan cinta manusia-Allah akan melahirkan satu anjakan yg sangat hebat lagi mantap!..Apatah lagi bila anjakan itu digunakan untuk kepentingan diri dan orang lain..Pada masa ni lah kehebatan dan aura yang sangat hebat lahir dalam diri kita menjadikan kita seorang muslim luar biasa.. Segala apa yang kita buat adalah kerana nak meraih cinta Dia, sayang sangat sampai tak sanggup sesaat pun ingatan jauh dari Dia..Bak lirik lagu P.Ramlee tuh..

‘Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.’

Sememangnya tak mudah kan nak mencapai tahap ketiga tu?..Saya pun selalu berdoa mintak dijauhkan dari azab siksa neraka sebab takut sangat kat neraka, takut gak kat Allah..Tak lupa juga berdoa mohon dimasukkan kedalam syurga kerana nikmat yang tak tergambar untuk dinikmati..Begitu juga tahap kecintaan masih tidak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu Allah kurniakan benih iman dalam jiwa.. MasyaAllah…Seperti wali Allah, Rabiatul Adawiyah.. Tak tergambar dalam diri saya bagaimana kehebatan cinta dan kemanisan iman yg dirasainya. Dialah muslim luar biasa yang paling hebat antara ahli tasawuf atau para pencinta Allah. Hal ini dipersetujui oleh Hassan Al-Basri yang menyatakan dirinya sangat kerdil jika nak dibandingkan dengan Rabiah. Padahal beliau adalah ulama’ dan ahli sufi yang terkenal hebatnya pada masa tu. Hebat kan?..Pabila membaca doa yang rabiah amalkan, terlalulah meruntun jiwa. Tidaklah mampu dan sanggup untuk saya melafazkan doa sedemikian rupa..Apatah lagi terasa memang tidak layak untuk saya meminta sedemikian dari Allah s.w.t…Mari sama-sama kita renungkan doanya:

Ya Allah ya Tuhanku,

Bintang-bintang bersinar indah,

Telah tertutup mata-mata dengan lenanya,

Semua pemilik telah menurunkan tirainya,

Dan setiap yang bercinta telah bersatu dengan pencintanya,

Dan disinilah aku berada dihadapanMu

Demi kesucian dan keagunganMu,

Aku tidak akan lena daripada beribadah kepadaMu,

Setiap malam dan siang,

Kecuali dengan tidak kusengajakan,

Sampailah daku mengadapMu,

Wahai Tuhanku,

Apakah Engkau akan membakar hati yang mencintaiMu,

Dan lidah yang menyebut namaMu,

Dan hamba yang takut kepadaMu,

Jika aku sujud kepadaMu Kerana gerun dengan api nerakaMu,

Maka bakarlah aku didalamnya,

Dan jika daku sujud kepadamu kerana inginkan syurgaMu,

Maka halangilah daku daripadanya,

Tetapi jika daku sujud kepadamu kerana kecintaanku kepadaMu,

Maka kurniakanlah daku balasan yang besar,

Izinkanlah daku melihat wajahMu,

Yang Maha Agung Lagi Maha Mulia itu.

Wahai Tuhanku,

Jadikanlah neraka itu untuk seteru-seteruMu,

Dan syurga pula untuk pencinta-pencintaMu,

Dan adapun untukku,

Memadailah hanya Engkau semata.

Sumber dari buku riwayat bidadari syurga oleh munif ahmad

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!...Hebatkan wali Allah nih..hebatnya rabiah..Sememangnya syurga dan Allah selayaknya untuk dia. Kerana tidak akan Allah sanggup menjauhkan diri dari hamba yang hanya mencintaiNYA..Tiada yang lain dihati, jiwa dan sanubarinya melainkan Allah Yang Satu.. Semoga kita diberi peluang untuk menikmati dan merasai kemanisan iman, cinta dan sayang hanya untuk Allah semata. Bahagianya…Insyaallah…Itulah dia tangga keimanan muslim..bukan mudah untuk meraih cinta yang sebenar-benar cinta sebagaimana Rabiatul Adawiyah dan Zulaikha zaujah kepada Yusuf a.s.. Semua itu memerlukan pengorbanan mengurangkan taksub dengan nikmat dunia...So, apa lagi, marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai tahap muslim luar biasa, bermanfaat buat org lain, apatah lagi untuk agama islam..Semoga kita tergolong dalam mereka yg disebut-sebut oleh Allah kerana kecintaanNya kepada kita. InsyaAllah..

Wallahualam

Friday, November 20, 2009

dedikasi buat akhawat DL2

salam...
oh kenapalah begitu murahnya airmata ini mengalir lagi.. bukan kerana 2 cinta.. tp kerana letihnya mengharungi dunia.. tidak kusangka dugaan yg dtg begitu menguji jiwa.. walau tidak sehebat jihad sahabat suatu masa.. tetapi tetap memberi impak yg sgt besar dalam jiwa.. Semoga dalam kepayahan Allah berikan daku kekuatan... Semoga segalanya akan kembali seperti sedia kala.. Insyaallah.. Buat teman2 yg sentiasa disisi.. Akhawat2 DL2.. Ramlah,kak ain,kak shi,kak nad, kak ct, kak nonie,kak dija,kak mun, kak aida, mas, syida...jazakumullahu khairan kathira.. Antunna semua adalah sumber kekuatanku dalam jalan jihad ini.. Semoga bertemunya kita didunia..kekalnya sampai kesyurga..amin..salam sayang yg tak terhingga dari mumtazah buat semua akhawat2 yg mengenali saya.. 'Ya Allah, Engkaulah yg memegang hati2 kami..Dengan izinMu, tetapkanlah kami atas jalan ini, terimalah urusan jual beli ini.. Peliharalah kami dari kedahsyatan seksa nerakaMu.. Belailah kami dengan rahmat dan kasih sayangMu agar ketenangan idaman makhlukMu menjadi milik kami selama-lanya..Perkenankanlah kami mencintaiMu semampu kami..Maafkanlah kekurangan kami dalam menyerah cinta padaMu..Anugerahkanlah nikmat kekusyukan kepada kami sepertimana mereka yg telah Engkau berikan nikmat itu terlebih dahulu dari kami.' Aminnnn.. wallahualam

Monday, November 2, 2009

~Antara dua cinta

Ya Tuhan yg Maha Agung Seagung keindahan wajah dan kebesaran kerajaan alam buana Mu Milik Engkaulah segala apa yg ada dilangit dan dibumi MilikMu jualah hati ini Hati seorang hamba yg sering kerinduan Hati seorang hamba yg mendamba Cinta dari Engkau yg mencipta cinta Pernah Kau uji daku dengan cinta seorang insan Ku terima dikala kejahilan Walaupun rasa cinta disalutkan rasa kehambaan Kekadang tetap kalah dengan dugaan Pernah kau kuketepikan diantara 2 cinta Maafkan daku Ya Tuhan Tatkala tersedar Hati merindu fitrah yg dikurnia Jiwa meronta menggugah fizikal Agar kembali kepada fitrah Lantas aku membuka hijab hidayah Yg Kau kurnia sekian lama Dalam sendu aku mencari Dan terus mengharap hy padaMu Tatkala daku dapat merasa, Sentuhan kasih dan rahmatMu membelai jiwa, Terharunya daku Ya Tuhan, Terkesimanya aku Ya Rahman, Betapa takkan Engkau biarkan hambaMu keseorangan Selangkah ku kepadaMu, berlari Kau kearahku Betapa kasihMu tak terbanding dengan segala nikmat yg kau kurnia Dalam sujud, Syukurku membelah jiwa Terima kasih atas kurniaan cinta dan rinduku padaMu Betapa tak terungkap rasa yg terbungkam dijiwa Segalanya hanya untukMu Ya Tuhan Ya Rahim, Milik Engkaulah hati ini, Rela daku kehilangan cinta dari mereka yg bergelar insan Tetapi Janganlah Engkau uji daku dengan hilangnya rasa cinta padaMu Hidup dan matiku hanya untukMu Bimbing dan peliharalah daku Ya Tuhan Janganlah Engkau membiarkan daku menentukan nasibku sendiri Dalam sekelip mata atau jangka waktu yg lebih singkat dari itu Hidup dan Matikanlah daku dalam mentaatimu dan RasulMu... Amin
Airmata mengalir lagi.. Kerana 2 cinta.. ‘Ya Allah, andai benar Engkau redha dengan aku dan ......, tunjukkanlah jalannya Ya Allah. Peliharalah kami. Tetapkanlah hati dan langkah kami dalam bimbinganMu. Dan andai sebaliknya yg Engkau kehendaki, Kau buangkanlah rasa cinta ini dalam hati kami berdua Ya Allah...Redhakanlah kami dengan ketentuanMu..’ 4 tahun doa ini menjadi kekuatan buatku. 4 tahun bukanlah tempoh masa yg singkat. Sememangnya iman manusia kadang naik kadang turun. Aku akui pernah terlagha dalam memuja cinta manusia. Astagfirullah.. Namun indahnya rasa cinta 2 jiwa yg Allah kurnia, tetap akan kembali mencari fitrah cinta itu sendiri. Fitrah dari Dia yg Mencipta cinta. Iaitu CINTA ILAHI...Dalam pencarian aku menemui kasih hakiki.. Dalam rintih, aku memohon kembali.. ‘Ya Allah yg Maha Mengetahui. Jauhkanlah daku dari perkara yg boleh menjauhkan daku darimu. Kerana cinta pada hambaMu, kekadang hati terkurang memberi padaMu.. Ketahuilah Ya Tuhan, Daku lebih rela kehilangan cinta manusia daripada cintaMu. Janganlah Kau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu. Sesungguhnya aku ingin meninggalkan ........ hanya keranaMu. Andai Engkau redha dengan kami, ketemukanlah kami dalam keadaan yg lebih baik disisiMu dan para malaikat dan andai sebaliknya yg Engkau kehendaki, dengan izinMu aku masih tetap hambaMu yg bersyukur..amin’ Untuk mentafsir perasaan hati, Hy Allah yg Maha Mengetahui, Airmata yg mengalir, Menjadi bukti kepada fitrah dalam jiwa, Daku mengetahui kasih Dia tetap disisi, Hy kepada Engkau aku berserah, Hy kepada Engkau jua daku memohon pertolongan, Dan hy lepada Engkau daku memohon ampón, Atas kelemahan dan kekurangan diri, Dalam mencintaiMu Ya Tuhan, Daku cinta padaMu, Ya Rasul s.a.w, Daku cinta kamu, Ya Tuhan, Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu Adanya cinta dan rahmatMu, Aku mampu bernafas dalam kesesakan dunia, Antara 2 cinta, Allah dan dia, Aku memilih Allah, Kerana, Hy Dialah yg berhak memberi daku cinta. Wallahualam
Sayonara jahiliyah

Friday, October 30, 2009

~Nak tuntut hutang atau biarkan?~Exam~Pecutan terakhir

Salam ukhwah fillah…^_^..Mari basahkan hati sebentar… Dari Abu Hurairah r.a berkata, nabi s.a.w bersabda, “Barangsiapa yg membebaskan org mukmin dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan di hari Kiamat. Barangsiapa yg memberi kemudahan org yg mengalami kesulitan maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib org muslim maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya. Barangsiapa yg meniti jalan untuk memperoleh ilmu, Allah akan memberikan kemudahan baginya jalan menuju syurga……..” …(Hadith riwayat muslim) Sebenarnya sy terbaca hadith ni semalam..Memang pernah baca sebelum nih, tapi semalam baca dan terus terkena pada diri sendiri..Semuanya bermula 2 minggu lepas. Kawan lama saya tetiba mesej untuk pinjam duit dalam RM500 laa.. Nak bayar yuran katanya..Alhamdulillah, without fikir panjang, terus bagi.. Tapi hari sabtu hati tu, balik rumah mak tanya bila nak sambung lesen moto kete.. ‘Hmmm,maafla mak..ingat memang nak sambung tapi tangguh sem depan la yee..Duit dah ke tempat lain…’ ‘Haii,kemana pulak nihhh??’tanya mak… cuak juga saya nak menjawab. ‘Kawan mum pinjam buat bayar yuran. InsyaAllah sem depan boleh la mum siapkan lesen tu ye makkk…..’ Pastu mak senyap je..risau juga saya..Apa lah agaknya yang mak fikir yee…huhu.. Ni yang buat saya sangat serba salah..Sampailah malamnya, mak cakap sesuatu yg betul2 wat saya lega…Mak tak kisah katanya..Semoga mulut dan hati mak berpihak pada saya..InsyaAllah.. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa masa kawan mesej ckp nk pinjam duit tu, saya tak teringat langsung yg mak pesan guna duit biasiswa sem ni untuk ambil lesen. Huh, dah terbagi baru teringat..Mula2 rasa bersalah sangat..Macam dah buat mak kecik ati jer..Almaklumlah, abah dah kurang sihat. Adlist kalau saya dah ada lesen, bolehlah tolong sikit2 pergi beli baja and racun kelapa sawit k kat segamat cuti2 nanti..Sebab tu teringat pasal ni semalam sedih..rasa macam nak jer mesej kawan tanya bila boleh bayar. Lepas tu, nak dijadikan cerita Betapa Allah itu maha mengetahui kan… lepas solat Asar semalam, bukalah hadith 40 nih, tup tup terus terbuka muka surat hadith nih… Subhanallah Ya Allah, betapa rahmat Dia sentiasa bersama hambaNya kannn… Bersyukur sangat..Syukran Ya Allah…
Apatah lagi malamnya saya terbaca satu ayat al-quran dari surah al-Baqarah
'Dan jika orang berhutang itu dalam kesukaran maka berilah tangguh sampai dia kelapangan(2:280)'.... Alhamdulillah
Tak perlu ragu lagi..Allah dah bagi jawapan yg benar2 tepat disini… Selagi kita boleh membantu saudara seagama kita bantulah… InsyaAllah Dia akan tunjukkan jalan untuk kita.knnn???...Alhamdulillah…
Ayat yg kelima dalam hadith tu pulak..
cuba kita relate kn dengan diri kita yg nak exam nihh…
Uisshhh, sapa tak nak syurga kann...
Haaaa, Allah dah bagi semangat kat kita.. So, marilah kita berjihad dimedan ilmu… Sebelum tuuuu SILA PUTUSKAN CONNECTION BETWEEN ‘USAHA’ DAN ‘HASIL’ Faham kan apa maksudnyeee???....hehe Allah tak pandang pun hasil result exam kita tuuu…
Yakinlah, setiap usaha dan kesakitan kita semasa menuntut ilmu ni,
ada ganjarannya disisi Allah.. InsyaAllah.. So, apa lagi!!! JOm kita PECUTTT!!!...hehe
6 NOV 2009
SCES3110(INORGANIC CHEMISTRYIII)
3P.M
DTC
11 NOV 2009
SCES 3130( PHYSICAL CHEMISTRY III)
3P.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
13 NOV 2009
SCES 3140 (INDUSTRI CHEMISTRY II)
8.30A.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
17 NOV 2009
SCES 3324 (NATURAL PRODUCT CHEMISTRY)
11.30A.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
18 NOV 2009
SCES 3336 (LIQUID CRYSTAL CHEMISTRY)
8.30A.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
19 NOV 2009
SCES 3311( ANALYTICAL CHEMISTRY II)
11.30A.M
ARAS 1 BANGUNAN PEPERIKSAAN
ALHAMDULILLAH...
'Dan org2 yg berjihad untuk mencari keredhaan Kami benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 kami....'
Apa lagiii!!!Jom berusaha...Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah..
wallahualam

Wednesday, October 28, 2009

~Mari basahkan hati~^_^~

salam kemuliaan buat semua..alhamdulillah bertemu lagi dialam maya.
Bertemu tanpa suara
penilaian bukan pada merdunya suara atau indahnya paras rupa
tetapi ilmu yg ingin disampaikan
dicedok dan dijadikan teladan
sama2lah kita memperbaiki diri
semoga Allah menilai semua ini sebagai ibadah. InsyaAllah. Entri kali ni sy ambil dr perkongsian usrahmates ukhti ain yg disayangi. Syukran ain..jazakillahu khairan khathira..
Apa khabar iman hari ini? (Soalan yang sering ditanya naqibahku.hihi…)
Adakah makin menggebu cinta kita pada Allah?
Atau makin kurus?
Make sure bagi iman kita makan banyak-banyak.
Biar mantap dan kuat. InsyaAllah. Hari ni nak share on 2nd thing yang amat terkesan di hati saya masa ISK hari tu.
Tak berniat nak sampaikan ISK dalam blog ni sebenarnya.
Sebab ISK tu tak berkesan hanya dengan membaca je. Kena guna semua deria semasa daurah. Baru la ada feeling and lebih faham.
Hidup untuk bekerja Vs. Bekerja untuk hidup?
Soalan ni amat relevan pada saya terutamanya. And perkataan bekerja tu boleh digantikan dengan perkara lain. Contohnya belajar, kawen, tidur, makan, etc. Sebelum ni saya rasa matlamat hidup saya dah betul. Selagi perkara tu baik, baiklah ia. Tapi lepas dengar ISK kedua, tanggapan saya berubah. What make me change my mind? Ok let me share with you all.
Before that, I would like to ask you few questions. Think before you answer!
Kenapa Allah ciptakan manusia?
Untuk apa sebenarnya?
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu main-main sahaja? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Al Mu’minun: 115)
Mesti semua orang dah tau tujuan kita dihidupkan kan?
Apa dia ek? (Please state the ayat/surah)
1. Khalifah Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi“. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.(Al Baqarah: 30)
Apa tu khalifah ek?
Sounds like selalu dengar kan. But do we know the implied meaning of it? Sebelum ni saya fikir yang khalifah tu sekadar memakmurkan bumi Allah sahaja. That what we heard during school day dulu kan? Sebenarnya tidak… Tugas khalifah ialah untuk menyeru kepada semua manusia, sama ada Islam atau kafir, untuk tunduk sujud kepada Tuhan yang Satu. Dan memastikan semua manusia terus berada dalam landasan yang benar. Pendek kata, ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Bunyi macam senang je kan? But adakah semua orang memainkan peranannya? Kalau semua memainkan peranan, saya sangat yakin tak akan ada jenayah dan gejala sosial berlaku di dunia ni. Tetapi ramai yang tidak mengetahui. (Allah banyak sebut ayat ni dalam Quran. Perasan tak?) Teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Masa jadi PPI. Sibuk suruh orang turun surau. Make sure semua kena kosongkan dorm. Ingatkan mereka untuk solat dan hal-hal agama yang lain. Perhatikan kalau ada yang mendedah aurat ke. Bila nampak PPI je, semua macam pijak semut tak mati. Tau tengah buat salah. And tau pulak malu bila PPI nampak. Paling best gotong royong kat surau masa weekend kan. Apa yang bestnye? Rahsia. Huhu… But itulah tarbiyah untuk menjadi seorang khalifah. Sentiasa saling memperingati kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Semoga terus tsabat di atas jalan ini. Sebenarnya banyak lagi tugas khalifah. Kalau ikut graf ISK, tuntutan khalifah tu mengikuti tuntutan peredaran zaman. Nak discuss everything here tak mampu la kot. Should be enough to discuss the basic thing. The remaining part, need to either attend usrah or daurah. We will understand it better. Dan bersedialah untuk mengubah persepsi hidup. Sama ada akan rasa seperti dipukul dibelakang kepala atau dihimpap batu besar. Feel dizzy and berat kepala. But kalau ada yang beri alasan tak nak datang kerana tak bersedia nak berubah, rugilah anda. Allah memilih siapakah yang akan diberi hidayah. But once He has give you but you didn’t grab it, takut-takut tiada lagi hidayah selepas ini. Na’uzubillahiminzalik…
2. Ibadah “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu(Adz-Dzaariyaat:56)"
"Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu(Adz-Dzariyaat:57)"
"Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.(Adz-Dzaariyaat:58)"
Cukuplah untuk lihat disekeliling kita. Betapa ramai yang lupa bahawa kita hanyalah hamba. Hamba yang dimuliakan. Tapi dengan kemuliaan itu membuatkan manusia lupa akan status diri. Cukuplah untuk cakap bab solat, perkara pertama yang akan dihisab di padang mahsyar. Betapa angkuhnya manusia. Dan betapa beruntungnya umat akhir zaman. Tak ditimpa bencana besar apabila sesuatu kaum mengkufuri nikmat Allah seperti umat-umat terdahulu. And ayat kedua ni sangat related dengan topic kali ni.
“Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki“.
Yakinlah pada Allah , Tuhan yang memberi rezeki. Ada yang bekerja sehingga lupa pada tanggungjawab sebagai khalifah dan abid. Ada yang bekerja macam nak gila seolah-olah tak pernah cukup apa yang ada. Contoh yang paling mudah ialah semasa bekerja or belajar, some people prefer to complete their task before solat. Takut tak sempat siap kerja la. Takut nanti lupa till which part yang kita dah berhenti. Ada pula yang cakap, “Tengah semangat nak blaja ni. Bila dah slow siket I solat la”. Boleh pulak gitu ek? Allah tu second choice ke? Or hanya tempat mengadu apabila ditimpa kesusahan? Astaghfirullah al azim. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya. Adakala terlalu leka bekerja sampai tak sempat nak jeling jam dah masuk waktu solat ke belum. Tapi bila lunch tak payah tengok jam pun dah tau time makan. Or pernah bagi alasan pada diri sendiri, “lagi siket je nak habis ni..” So bad....InsyaAllah setelah diberi kesedaran, kita berusaha untuk berubah. Letakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Tanpa Allah, bukan setakat nak buat kerja, untuk bangun keesokan harinya pun belum tentu kita mampu melakukannya. Bersyukurlah apa yang ada na… Tapi jangan cepat puas hati pulak. Usaha tak sekuat mana, beserah jela. Tu la penyakit orang kita. Imbalance. Satu perkara yang menarik perhatianku pada sahabat Rasulullah dan mujahid-mujahid ni. Contohnya pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh. Allah telah berjanji akan memberi kemenangan kepada umat Islam. Tapi adakah mereka menunggu kemenangan itu akan tiba begitu sahaja? Mengapa mereka perlu berjuang dan berperang sedangkan Allah telah menjanjikan kemenangan? Sesungguhnya Allah akan menepati janjiNya. Dan Allah akan memberikan kemenangan itu kepada orang yang mencarinya. Kerana itulah Sunnatullah.
“Bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya”
Mampukah kita menyeimbangkannya? Boleh. Umat Islam pasti boleh. Kan hari ini mesti lebih baik dari semalam? Fikir-fikirkanlah… Wassalam…

Friday, October 23, 2009

seimuslimah: X l a b M A T E S ^_^

Salam kemuliaan..
entri ni sebenarnya dedikasi buat tutor lab fizikal kami sem ni..
group T second cycle lab fizikal kimia III..
Murah rezeki Kak Munirah dan Kak Fana..
jazakillah..
Terima kasih jugak buat Ramlah kerana post entri nih..
minta link yee..
Syukran jazilan..
salam kemuliaan dan semoga berjaya dalam exam..
amin..
Selamat menduduki peperiksaan semua teman2 seperjuangan..
ingatlah sesungguhnya mereka yg berjihad dijalan Allah demi mencari redhaNya maka Allah akan menunjukkan jalan buatnya kelak..
Insyaallah..
wassalam

Tuesday, October 20, 2009

~Kesan-kesan hati yg basah adaptasi dr ISK~

ini gambar lama. ISK kali ni tak sempat ambil gambar..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur sangat sebb diberi kekuatan untuk meng'updete' blog ni.. Kekangan masa dengan pelbagai kerja dan tanggungjawab lain menyebabkan aku terasa ragu yg mana lebih aula. Alhamdulillah, Allah tetap memilih aku untuk pergi ke 'program ISK' sekali lagi hujung minggu lalu.
'Ramlah, kita kene jugak cari masa untk post entri ISK ni dalam blog.'
Lebih kurang macam ni la aku cakap kat Ramlah. Setelah 2 hari baru kami berkesempatan menulis untuk 1 jam..Hanya satu jam je masa yg kami peruntukkan untuk meng'update' blog. Semoga Allah permudahkan untuk urusan kami yg seterusnya. Aminn. Untuk kali kedua, presenter yg berbeza memberi banyak input yg berbeza. Kak Mimi yang lembut orangnya membuatkan penyampaian mudah sampai dan meresap kedalam hati kami. Fitrah manusia yg sukakan kebaikan, kecantikan dan kelembutan. Apatah lagi segala medium penyampaian yg berhikmah ditunjangkan atas dasar LILLAHITAALA..InsyaAllah...^_^.. Beberapa perkara yg baru dan menusuk hatiku malah memberi impak maksima dalam jiwa. Insyaallah sama-sama kita berusaha dalam meraih CINTA YANG SATU.. 1) 'Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta orang yang berbuat baik.(29:69)' MasyaAllah..mukaddimah dari kak mimi ni betul2 menghempap atas kepala aku.Setelah terhempap, aku terasa basah dan lembut hati. Syukur2 kerana Allah memilih aku untuk berada disini.. inilah kekuatan buat kami yg dalam perjuangan. Sesungguhnya kami yakin dengan janji2 Allah. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik buat kami dalam segala urusan dan pemilihan.Amin 2) 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman iaitu " berimanlah kamu kepada tuhanmu', maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan2 kami, dan wafatkanlah kami beserta orang yang berbakti. Ya Tuhan Kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul2 Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.(3:193-194)' Subhanallah walhamdulillah Allahuakabar.. Masa Ummi Ina (penceramah) sebut ayat ni, aku rasa nak melonjak-lonjak tau..Kenapa aku tak perasan doa ni dalam kalam Allah sebelum2 ni!!??? Geram sangat. Rasa nk cium2 semua orang.. Plg power terasa nk cium2 Allah s.w.t..tapi apakan daya..Layakkah daku??...(((( Dari ayat ni, aku teringat tentang 'bertawassul' (memohon sesuatu dari Allah dengan menggunakan wasilah kebaikan amal yg pernah kita lakukan)...... Macam Ummi Ina explain kat kami, amalkanlah doa ni. Semoga kami tergolong dikalangan mereka yg mendengar seruan iman dan diampunkan dosa2 kami. Insyaallah dan hanya Allah yg mampu menilai semua ini. Tapi aku yakin dengan janji2 Allah buat hambaNya. Siapa lagi yg lebih hebat dalam menunaikan janjinya selain ALLAH knn?..^_^.. 3) STUDY VS DAKWAH haaa, ni yg paling aku suka dengar...=)..Merujuk kepada hadith ke empat daripada hadith 40 imam nawawi (nak tulis terlalu panjang), sejak dialam roh lagi ada 4 perkara yang telah Allah tentukan buat kita. Sure punyalah! iaitu rezeki, ajal, amal, dan sengsara atau bahagia. So, sunnatullah ini telah ditetapkan!..Tak perlu kita bersusah payah cari nasib hidup sendiri padahal telah Allah tetapkan segalanya untuk kita.. Hakikat sebenarnya, sebelum kita lahir lagi Allah dah tahu berapa pointer kita masa sem ni..hahaha...so, buat apa kita study?..study or not, our result still the same as tercatat di luh mahfuz..jeng3x..Kenapa yek aku study?.. Kawan2, ketahuilah bahawa Allah tak pandang segala result2 kita yang cantik atau hodoh tu...Apa yang Allah pandang adalah usaha kita. Yakinlah dengan janji2 Allah.. Bersangka baiklah padaNya. Dan kalau difikirkan dakwah dan study mana yg lebih aula. Contohnya ada program ISK sabtu depan. hari isnin tu kita nak exam.. Macammaneee yek!?...
'Hai orang2 yg beriman, apabila dikatakan kepadamu berlapang-lapanglah dalam majlis ilmu", maka lapangkanlah nescaya Allah akan beri kelapangan untukmu.(58:11)'
Percayalah pecutan kita untuk mengejar kedua-duanya dipandang tinggi oleh Allah. Untuk kali ini, alhamdulillah saya dan Ramlah dapat merasai kemudahan urusan dalam belajar setelah balik dari ISK yg lalu. 2 malam kami berkampung di library UM untuk menyiapkan assignment,presentation dan tutorial. Terima kasih Tuhanku..'miss u a lot'..(hy untuk ALLAH kk)..hehe.. Kesimpulannya,betapa bahagianya kita orang islam kn?...ayat2 cinta dari Allah sajalah yg mampu menjawab segala ragu dan resah dihati. Semoga Allah tetapkan hati kita dalam iman, islam dan ehsan.. Apa yang penting buat pendakwah, dae'2 seperti kita, study dan dakwah takkan boleh di'separate' kan.. Once kita gagal dalam study, maka kita akan menggagalkan aktiviti dakwah itu sendiri dan begitu juga sebaliknya. Dan andai benar kita gagal dalam belajar walaupn telah berusaha untuk kedua2nya(dakwah dan study), yakinlah dengan janji2 Allah..DIAlah Yang Maha perancang atas segala-galanya..Bak kata Kak Mimi..
'MUNGKIN ITU YANG TERBAIK BUAT KITA'..
wallahualam..Alhamdulillah..walaupun sedikit tetapi aku bersyukur kerana mampu menyampaikan disini. Tak mampu rasanya nk tulis semua. Andai teknologi rasa hati boleh diaplikasikan disini, akan kuserah segalanya yg terbuku dihati. Namun, aku hylah manusia biasa. Hanya berharap akan redhaNya.WALLAHUALAM. Semoga apa yg termampu kutulis ini tetap bermanfaat. InsyaAllah..Salam syg buat semua..LILAHITAALA..

Wednesday, October 7, 2009

dedikasi buat Ramlah dan Kak Shi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani
Gambar diatas diambil masa walimah kak shi(my naqibah) dengan nor hafiz(abang haziana). Semoga Allah memberkati pasangan ini dan memberi zuriat yang memberi manfaat untuk Islam. InsyaAllah....petang semalam, sambil tengok2 gambar ni teringat pulak Ramlah yang jauh dimata. Rindu kot!Telefonlah dia..huhu ‘Ramlah nape balikkk??...aku nak nangis ko tak de...’ Ini lah antara ayat aku mase telefon Ramlah. Sejak aku sekolah menengah sampai masuk universiti, aku tak pernah terasa aku tak mampu hidup and survive seorang diri...i mean pergi kelas sorang, makan sorang,study sorang.. tapi hari ni aku rase sangat kosong. Seakan aku kehilangan something yg pernah aku ada. Aku cuba ingati banyak kenangan tapi aku masih belum pasti apa yang aku rindukan dan kehilangan. Mungkinkah aku rindu dengan semua orang yang pernah aku kenali?..Sebab bila aku teringat Diana aku nangis, aku teringat Kak Shi, aku nangis..aku teringat Ramlah aku nangis..What happen mumtazah?..Aku benar-benar tak tahu. Hati aku terasa sangat kosong..I miss something..Ya Allah, berikanlah jalan terbaik kepadaku utk terus berada dalam tarbiyyahMu. Jauhkanlah daku dari perkara yang boleh menjauhkan daku dariMu... Lama aku muhasabah diri, aku sedar sesuatu, apa yang aku cari, apa yang aku rindu, yang sebenarnya aku rindukan Tarbiyyah Andai dihitung hakikat sebenar tarbiyyah(didikan) yg aku terima selama ni especially dalam kelas sgt byk tetpii Aku rindukan tarbiyyah lain... Yg hanya aku dapati dari usrah yg baru aku join tak sampai setahun cuma Aku mengenali apa itu usrah secara generalnya sejak sekolah menengah tetapi aku faqih dan fuquhu ttg apa itu usrah baru jer.. Mungkin juga hari ni baru aku benar-benar sedar kepentingan usrah. Sebab apa yee???...Sebab aku telah benar-benar rindukannya. Berada dalam halaqah, bersama Ahli usrah DL2~~Kak Shi,Kak Nad, Kak Mun, Kak Aida, Kak Noni, Ain(supposely kakak juga), Kak CT, Diana, Ramlah,Kak Dija~~ Tadabbur Al-Quran dengan nawaitu mencari redhaNya, membersihkan jiwa sambil berusaha memperbaiki diri kejalan islam yg sebenarnya, bukan islam atas nama semata-mata. Sama-sama kita gelak ketawa, berkongsi ilmu, tangis dan tawa apatah lagi tanpa kita sangka Allah benar-benar mengikat tautan hati-hati kita dalam halaqah ini. Beginikah erti ukhwah kerana Allah yang sebenarnya?..Rindu dan cinta daku buat insan hanya keranaMu Ya Allah..Lindungilah dan peliharalah semua insan disisiku Ya Allah. Amin..Ketahuilah teman, setiap ingatanku padamu kuiringi dengan doa dan Al-Fatihah.. Buat Kak Shi, tulus ikhlas dari hati ini, secara peribadi mengucapkankan salam selamat pengantin baru..Barakallahu lakuma.. i miss you soo much.. mengenali Kak Shi memberi ruang buat saya memilih tariq terbaik sepanjang perjalanan hidup ini..Syukur Ya Allah Dalam halaqah kita bertemu Bermula dengan tadabbur wahyuMu Akhirnya telah mencairkan kekerasan hati ini Melunakkan naluri yang telah lama sepi Memberi erti ukhwah fillah abadan bada Ketahuilah daku amat yakin dengan jalan ini Meskipun kekadang terasa masih rapuh dalam langkah Namun hati tetap dalam cinta Sangat mengharap redhaNya Hanya mampu berdoa Supaya Allah kekalkan kita dalam jalan tarbiyyah ini Semoga Allah ketemukan kita dalam keadaan yg lebih baik Samaada didunia mahupun diakhirat InsyaaAllah Buat Ramlah, bila aku dengar lagu ni automatik teringat ko..teringat gak diri aku.. sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dalam mencari redha Ilahi.. Semoga Allah tetapkan hati2 kita dijalanNya..InsyaAllah.. ~Rapuh by Opick~ Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka Tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi Berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Diantara Lelahnya jiwa Dalam resah Dan airmata Kupersembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidupku Meski kurapuh dalam langkah Yang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada kuharap hanya DiriMu yang bertakhta

Saturday, September 12, 2009

maaf buat diri sendiri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Maafkan daku, membuat kau kecewa, membuat kau tersedu, membuat kau keletihan, dlm sehari yg menyesakkan, sakit yang menjengah rasa menusuk hati, apatah lagi mencucuk organ2 kurniaan, Maafkan daku kerana menyesakkan nafasmu dalam dunia. Setiap hari melalui perjalanan yg panjang, Untuk mencari ilmu yang belum nampak kesan, menunggu bas seawal jam, kekadang penantian satu jam mengecewakan, apabila bas yg dtg tidk beri peluang, penantian terpaksa diteruskan, atau terus berlari menentang arus kenderaan, mengharapkan sempat sampai sebelum guru datang, sarapan pagi dengan menghirup udara pencemaran, pin pon bunyi bising sangat membingitkan, mungkin inilah cara hidup makhluk terbaik alam, maafkan daku wahai diri, kerana mencampakkan kau dimedan. selewat jam 7ptg baru pulang, dengan kudrat keletihan membawa beban, mungkinkah ilmu hari ini sempat dipraktikkan? menjelang malam, Engkau berusaha beliakkan mata, mengharap mampu berjaga utk ulangkaji pelajaran, namun, kepenatan berlarutan mengalahkan keazaman. maafkan daku wahai diri, membiarkan kau melalui kepayahan, namun, percayalah diri, sedikit kepayahan ini adalah satu nikmat tak terperi, kerana dalam kepayahan pasti ada kesenangan. Tolonglah yakin dengan janji Tuhan, Kerana daku hy mampu memujuk hati, tekad dan tindakan seiring memahami, dalam hidup ini, lukisan kebahagiaan terletak pd tangan, Semoga bahagia milik kita utk kemudian. Amin
Semoga Allah permudahkan urusan. utk makluman teman yg membaca entri saya, saya akan bercuti dari menulis sehingga tamat final semester. Insyaallah...Semoga Allah tetap beri kelapangan untuk saya mengutip sisa ilmu apatah lagi redhoNya benar-benar kuharapkan. Dibulan ramadhan yang mulia ni,marilah sama-sama kita improve our ibadah,our knowledge and our daily life..insyaallah..wallahualam

Monday, August 24, 2009

~My Syurga Dunia~

Kalu difikirkan apa makna syurga dunia,mesti macam-macam persepsi orang kn..Bagi saya segala nikmat dan rahmat yang Allah beri adalah syurga dunia. Sihat,sakit,senang,susah,keluarga,kawan2,teman2, sahabat handai,makanan minuman..issshh banyak sangat kn??...tak terhitung dengan akal kita..Alhamdulillah..
Maka nikmat Allah yang mana lagi yang engkau dustakan?(55,Ar-Rahman:13)..Nilah diantara nikmat dunia yang membuatkan saya sangat bahagia.Alhamdulillah..syukur,syukurrFamily first..my mak,abah,kakak,abang-abang,adik,anak sedara. Termasuklah sedara mara yang dekat dan jauh..=)
Sahabat handai,teman seperjuangan yang berada disisi atau diluar sisi..Zaman kecik,sederhana sehinggalah saya berusia 21 tahun nw...hehe..^_^..
Tinggal di Keratong yang bertaraf kampung,hulu dan yang sewaktu dengannya. Gambar ni pemandangan belakang rumah saya. Masa kecik2 dulu ada paya,selalu sauk ikan n udang..berkubang pn pernah..manisnya zaman kecik2..sekarang air dah kering..pemanasan global=( Masyarakat sekeliling. Ni gambar kat rumah jiran lepas majlis bacaan yasin untuk muslimah sahaja..hehe..^_^..Mana anak muda???..haaa home sweet home..inilah rumah persinggahan didunia sementara...rumah persinggahan juga dalam perjuangan menuntut ilmu..pemandangan malam yg sangat cantik..syg sgt seisi rumah ni.. Sekadar perhiasan..nak bagitahu jer hakikat sebenar syurga dunia ni,kita jer yang mampu tafsirkan..Hargailah setiap nikmat kurniaan Allah samaada baik atau buruk kerana hikmah disebaliknya yang kita rasai itu adalah syurga dunia yang sepatutnya kita kecap sebelum mampu mengecapi syurga akhirat.Sebenarnya kebahagiaan dan kesengsaraan tu,kitalah yang mampu menilainya sebagai apa.Kegembiraan,kebahagiaan,dugaan,balasan,pengorbanan,kekuatan....Inilah kata-kata Ustaz Asri yang menjadikan saya berfikir ada benarnya kn????..wallahualam

~NotHing~

Alhamdulillah,selayaknya lafaz syukur untukMu Ya Allah. Hanya Allahlah yang mengerti apa yang tersirat dihati kecil ini. Segala rasa yang berbaur dalam hati ini jua adalah kurniaanMu dan hanya Engkau yg Maha mengetahuinya.. Sedih,gembira,terharu,sayang,cinta dan rindu.. Hakikat yang aku percaya, segala rasa hati ini adalah anugerah yang patut aku syukuri. Dan aku percaya kurniaanMu ini juga adalah salah satu ujian buat insan sepertiku ini. Sememangnya aku hanyalah insan biasa. Yang mempunyai satu hati.Iman yang bercambah kekadang merudum pabila kurang diperhati. Lagi-lagi dengan pelbagai kerenah dunia yang terpaksa daku lalui setiap hari. Pabila aku terlalu bersedih dalam menghadapi masalah dunia yg sekelumit cuma, Kau datang meniupkan semangat dan kasihMu mengingatkan aku supaya berSABAR. SABAR dengan ragam dunia yang hanya pentas dan permainan semata-mata. Terasa diri ini terlalu lemah dengan sekelumit kepayahan. Sesekali aku jatuh terduduk dalam menanggung kesakitan. Terasa beban jiwa inginkan ruh lembut menyapa. KasihMu menggapai lara. Kutahu tak mungkin ada cinta manusia sehebat cintaMu Ya Allah.’Ya Allah,kuatkanlah daku dalam melayari ranjau kehidupan ini.Letakkanlah aku dikalangan hambaMu yang bersabar..aminn.’.Adakah Allah perkenankan doaku ini?..Mungkinkah ujian itu salah satu kekuatan untukku?..Mungkin aku yg tidak menyedarinya..Sehinggalah aku terbaca artikel tentangnya.’ Ada pepatah mengatakan, seandainya kita meminta untuk menjadi kuat, nescaya Allah akan turunkan ujian untuk menguatkan kita’..Subhanallah,mungkin inilah yang dikatakan seni Allah.Tanpa aku sedari,telah berkali-kali Allah berikan daku peluang untuk menjadi kuat..Alhamdulillah..Aku bersyukur dengan segala dugaan yg pernah Kau berikan padaku
Memori menjadikan aku matang dalam membuat keputusan Memori juga membuatkan aku berfikir panjang sebelum membuat keputusan Memori meransang aku supaya bernas dalam tindakan Lagi-lagi memori mampu membuatkan aku gelak sendiri,tawa dalam sendu jua Dan yang paling penting Memori memberikan aku kekuatan untuk bertahan dengan hidup ini Memori menjadikan aku rindu untuk diuji Memori menjadikan aku rindu untuk melalui kepayahan sebelum mengecapi kebahagiaan Memori membuatkan aku gembira dengan kesederhanaan.. Dan mungkinkah memori membantu aku dalam kepayahan akan datang?I’m waiting….^_^…..
Jalan tarbiyyah
Setelah hampir 6 bulan berada dalam tarbiyah, aku mula memahami tugas yang terpikul. Lagi-lagi setelah pulang dr Syahadatul Haq..Tapi terasa diri masih belum bergerak dalam melaksanakan SH.Aku masih berada dalam keadaan selesa.Apatah lagi tatkala cuti seminggu,aku hy menghabiskan masa dirumah,menggapai bahagia bersama keluarga,,Memang perasaan bahagia yg terlalu amat,tapi…aku tak sedap duduk..Kenapa??...Kerana aku teringat SH,aku teringat matlamat utk mencapai ustaziyatul alam dan yg paling aku ingat,aku akan mati..!Apa yang perlu aku lakukan?..Aku ingin lakukan tapi bagaimana?.Yang aku tahu dan amalkan sekarang hanya proses perbaiki diri sendiri...Mungkin aku perlu banyak belajar lagi.=(((..Sangat sedih..Terasa diri lebih banyak berehat dari melaksanakan..Apatah lagi bila terbaca satu artikel dalam folder ‘tarbiyyah’..Ayat akhir yang berbunyi. ‘Kewajipan lebih banyak dari masa...tak cukup tidur didunia ..rehat sepuasnya diakhirat!!’..How come MUM!!??..What can I do??...i’m very sensitive..Dengan sedikit ayat touching macamni..i’ll menangis semahu-mahunya.Lemahnya aku tak mampu berdiri sendiri. Aku perlu guider k??....Help me Ya Allah…Help yourself also Mumtazah..i wanna be ansorullah… Mungkin sahabat yg terbaca diari ni tak faham apalah yg aku bebelkan ni kan??..Nevermind..huhu..Wallahualam

Saturday, August 15, 2009

~5 syarat untuk buat maksiat~

salam buat teman seperjuangan..^_^...tengok pada tajuk,scary x???..huhu...apa-apapun mari kita baca story ni sama-sama yeee...
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
Ibrahim berkata lagi,"Yang kedua,kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! "
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab,
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Wallahualam..masyaAllah...apa yang terlintas difikiran pembaca sekarang???...Dengan sedikit amal dan banyaknya alpa dalam kehidupan,adakah aku layak utk bergelar khalifah dimuka bumi??..Ampunkan daku Ya Allah..Marilah kita sama-sama memperbaiki diri,muhasabah setiap hari dan yang paling penting memngingati mati. Dengan itu insyaallah hati akan sentiasa terpelihara..wallahualam..

Thursday, August 13, 2009

~6 Persoalan Hidup~

Kisah semalam,11/8/2009
'Ramlah,kalau kita mengadu kat Allah yang kita penat ngan dunia ni boleh x?'ty aku.
'Hmmmm, tak berapa baik la mum,'jawab Ramlah..Dalam hati aku beristighfar beberapa kali..Betapa aku ni jahil dalam bab ni..Ampunkan daku Ya Allah..
'Tapi kalau ko tak mengadu pn,Allah da tau..'balas Ramlah lagi. Kami ketawa...hehe..betul la tu. Ampunkan daku ya Allah. Yang sering mengadu atas perkara remeh dunia. Hakikat kerinduan tak bertepi,menjadikan aku gila untuk mati. Walaupun terasa diri kekurangan dalam amal,terasa ngeri memikirkan kedahsyatan hidup dalam kubur,apatah lagi alam akhirat yang kekal abadi,namun aku tak tahu kenapa...hati lebih memikirkan kerinduan padaNya daripada semua ketakutan dan kengerian itu. Aku bukan seperti Rabiatul Adawiyah. Yang sanggup berdoa sanggup keneraka..Siapalah daku untuk dilamarMU Ya Tuhan tapi daku tetap mendamba cintaMu.
Doa Rabiatul Adawiyah
'Ya Allah,andainya aku takut kepada nerakaMu maka Kau masukkanlah daku kedalamnya, andainya aku inginkan syurgaMu, maka Kau jauhkanlah daku darinya dan seandainya aku rindu dan cinta padaMu,dengan itulah Kau terima aku sebagai kekasihMu'...(lebih kurang macam ni la)...wallahualam..
Lantas kemudian,aku buka foder tarbiyah dalam ladtop aku..Tajuk artikel '6 persoalan hidup' sangat menarik perhatian aku untuk membacanya..terasa ingin berkongsi dengan sahabat...Semoga bermanfaat.InsyaAllah..
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah.
Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah
"memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat. Lantas pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Wallahualam

Wednesday, August 5, 2009

Andai kumampu

Andai kumampu melakarkan kisah lampau
Andai kumampu mentafsir masa hadapan
Andai segalanya mampu kuulang
Andai dunia penuh ceria
Andai bahagia tiada derita
Andai cinta berbalas rasa
Andai segala-galanya aku mampu teroka
Dan seandainya andaian ini berterusan
Bermain-main difikiran
.................Lantas..................
Merosakkan!
Menggoyahkan!
tautan perasaan
AKU dan DIRIMU
Maafkan daku Ya Tuhan
Pulang dari UM semalam,aku terus kebilik. mengenangkan esoknya ada test Natural Product, maka aku terus siapkan diri untuk study..Makan?..mi segera sudah..Separuh jalan belajar,aku berhenti seketika. Sunyi..My roomate(Ramlah) masih di kampung. Housemate yang lain keluar mid valley untuk beli barang dapur. Sayunya..Automatically hati tersentuh. kenapa ye?
Aku tak pasti
tetapi aku mencari sesuatu. Aku rindukan sesuatu..
Aku menangis...
Fikiranku galak berfikir
Saat seperti ini,aku terasa letih dengan kehidupan dunia
Bahagianya hidup disyurga
Layakkah daku?
Dalam sendu aku mengharapkan cintaMu
Andai Kau matikan daku saat ini
Aku redha
Kerana rinduku padaMu
Adakah kau akan menghukum hambaMu ini?
Daku pasrah dalam pengharapan ampunanMu
Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan rasulMu
ameen
Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu Tapi aku Tidak mengerti Mengapa cinta Masih tak hadir Tapi aku Tidak mengerti Mengapa rindu Belum berbunga Sesungguhnya Walauku kutip semua permata Didasar lautan Sesungguhnya Walauku siram Dengan air hujan Dari tujuh langitMu Namun cinta Takkan hadir Namun rindu Takkaan berbunga Kucuba menghulurkan Hadiah kepadaMu Tapi mungkin kerana isinya Tidak sempurna tiada seri Kucuba menyiramnya Agar tumbuh dan berbunga Tapi mungkin kerana airnya Tidak sesegar telaga kauthar Ulang c/o Jika tidak mengharap rahmatMu Jika tidak menagih simpati padaMu ya Allah Tuhan, Hadiahkanlah kasihMu kepadaku Tuhan, Kurniakanlah Rinduku kepadaMu Moga kutahu Syukurku adalah milikMu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...