Thursday, March 29, 2012

Esok buat Jerusalem




Esok-30 March 2012-

Esok,
Bakal kulihat kubah kelabu yang kurindu,
Dome Sakkara kekuningan bercahaya,
Tetapi gersang,
Tandus perikemanusiaan.

Esok,
Derap kaki pejuang fisabilillah,
Melangkah izzah ke Jerusalem,
Menggencarkan jiwa-jiwa pengecut,
Yahudi yang menyorok dibalik dinding ketakutan.

Esok,
Walaupun aku hanya disini,-malaysia-
Namun bukan tanah yang menyekat semangat jihad dalam jiwa,
Walaupun aku disini,-malaysia-
Aku menghidu aroma syahid,
Dan sungguh kurindu untuk pulang kesana.
-syurga-

-mengharapkan bertemu hatta dalam mimpi-Jarusalem

Sempena Global March to Jerusalem
30 march 2012 dalam sejarah

Tuesday, March 27, 2012

adikku, kejarilah kemanisan iman sebelum lainnya

Salam kemuliaan buat adik-adikku dan anak-anakku..

(surat cinta dari someone special.jazzakillahukhair antunna yg mewarnai hidupku.)


Adikku,
Aku tahu engkau letih dan lelah. Lg2 dengan dunia yang sungguh menyesakkan dada dan fikiran.. Bila dunia itu lebih dominan, kita terasa sungguh bahagia dan happy dan cukup je dgn sedikit amal yang kita buat..

tetapi bila akhirat tu lebih dominan dari dunia, baru kita sedar betapa dahsyatnya situasi dunia kini.. kekejaman, kezaliman, kebodohan, kepapaan.. sehingga bila difikirkan, kita terduduk dan sungguh! Keharuan..

Adikku,
Bersabarlah dengan sedikit cuma ujian. andai engkau dihina kerana tudung labuh yang engkau pakai, yakinlah bahawa itu adalah hadiah dari Allah menunjukkan bahawa dakwah tudungmu telah sampai kepada manusia yang menghinamu.

Bersabarlah dengan sedikit cuma ujian. Andai engkau terasa geram dengan akhawat yang tidak memahamimu, berapa kali kuingin katakan;


"tak de sesiapa boleh memahamimu selain Allah. hatta dirimu sendiri tidakkan mampu memahami seluruh ertikata dlm hidupmu kecuali Dia sahaja. maka serahkanlah segalanya kepada Dia."


Adikku,
Bersabarlah dengan sedikit cuma ujian. andai engkau rasa geram dengan orang yang menolak ajakanmu untuk ke usrah, takpun mereka yang menolak untuk ditarbiyah... Yakinlah itu bermakna Allah sedang mendidik kesabaranmu dalam berhadapan dengan masyarakat yang lebih advance dari itu.

Hakikatnya aku ingin dirimu dan diriku BERSABAR dengan apa sahaja yang dihidangkan Allah kepada kita.. Bukankah kita yakin RedhaNya takkan mungkin kita peroleh sebelummana kita tidak REDHA denganNya?

(9:100)

Pupuklah..suburkanlah keimanan yang bertunjangkan amal yang ikhlas.. Peliharalah allah maka akan kau dapati Dia juga memeliharamu..

Banyak perkara yang ingin kukatakan.. Kekadang setiap peristiwa ketika bersamamu ingin aku nukilkan disini.. agar engkau memahami bahawa akakmu sungguh 'concern' dengan butiran kata-katamu..

Dalam amalmu,

1. Bersabarlah
2. Kuatkanlah KESABARANmu
3. Ikhlaskanlah hy kerana Allah
4. Berlaku ihsan lah dengannya

Ingatlah, seberat manapun ujian yang sedang kau hadapi, ertinya allah sedang memberimu peluang untuk meningkatkan 'TAKWA' disisiNya..Tidakkah itu satu peluang besar yang harus engkau grab?

Ingatlah seberat manapun mujahadahmu untuk melawan keinginan hati dan kemarahan akal, hanya Allah yang mampu menilai dan memberi ganjaran. Bukan akakmu, bukan ibumu, bukan adik bradik usrahmu.. tetapi Allah Yang Satu.

Ingatlah, jalan tarbiyah ini datang bersama dengan kasih dan sayang.. Kemanisan dalam mujahadah hanya akan kau dapati setelah melalui kelelahan dan kepenatan dalam melaksanakan amalmu hanya keranaNya.. sehingga suatu ketika Dia juga yang berhak memberi hadiah rasa itu. Rasa cinta paling dalam hanya kepadaNya.


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)


Dan ketika kau milikinya (kemanisan iman) tidakkan engkau mahu yang lain lagi... cukuplah tawakkal kepadanya atas segala urusan lainnya..insyaallah

wallahuallam

with love,
kakakmu/ummimu

Wednesday, March 21, 2012

Muhasabah infiru!(berangkatlah!)






Aku berlari-lari sambil menyapu airmata yg tumpah dipipi.. Oh kucuba tidak memandang kebelakang agar kesedihanku  tidak terlihat oleh adik-adikku yang membontoti langkahku.. Mungkin bagi mereka lambat tiba dimedan perang adalah perkara biasa tetapi bagiku ia adalah jenayah paling besar dalam medan dakwah dan jihad fisabilillah..

Kerana aku telah beriman bahawa setiap keyakinan itu akan diuji, setiap kata-kataku akan diuji dan setiap lafazku akan diuji.. Seringkali aku mengingatkan adik-adikku supaya 'infiru!' (berangkatlah!') tetapi bila tiba masanya seperti hari ini, langkahku jadi lambat kerana urusan dunia..kerja dan menunggu manusia.. Aku kaget!

"Mereka(org munafik yg tak ikut berperang) akan mengemukakan alasannya kepadamu.."(9:94)

Sesampai di kedutaan syiria, aku dan rombonganku hanya sempat mengaminkan doa yang dibacakan oleh pemimpin yang tidak kukenali suaranya.. hatiku berkecai, remuk redam dan sangat2 malu dengan Allah yang melihat kelewatanku..Teringat kisah Kaab.. Aku hanya mendiamkan diri..

"jangan kemukakan alasan..Allah lebih mengetahui.."-bisik hatiku.

Keesokannya, apabila melihat video dan gambar-gambar yang dipaparkan dalam facebook dan youtube menyebabkan lagi laju airmataku mengalir.. Rindu perasaan hamasah yg membara-bara itu..

Mungkin perasaan itu hanya 1/1000000000 daripada realiti yang dirasai oleh saudaraku di syiria..Allahhhhh

Dan kerana hamasah itu.. dan peristiwa itu.. makin menambahkan keimanan dan keyakinanku..

BENARRR!!! islam akan menang.. adakah aku hanya mahu melihat? ataupun terlibat?

Aku pernah bergelumang dengan jahiliyah, dan aku merasai ia sangat jijik untuk diualang kembali.. amat jijik untuk dicalitkan kembali..

aku ingin terus tsabat..terus kuat.. dan terus sabarrrrrrrr...

kerana islam itu hanya akan menang setelah diterajui, dipimpin, dibawa dan digenggam oleh mreka yang BERSUNGGUH-SUNGGUH dengan apa yang diimaninya..
aku ingin menjadi orang yang BERSUNGGUH-SUNGGUH itu..bukan bersungguh dalam gerak kerja semata tetapi dengan TARBIYAH aulanya..

muhasabah demo free syiria; 16mac2012

wallahuallam

Tuesday, March 20, 2012

Adikku, cintailah Dia sebelum dia

Salam kemuliaan buat adik-adikku sayang,

Sebenarnya, akak tidak berapa gemar bercerita tentang cinta manusia disaat saudara kita dibumi palestine dan syiria sedang bermandi darah hanya kerana mempertahankan CINTA mereka kepada aqidah yang diimaninya.Mereka bergelumang dengan senjata,tanah dan darah dalam mempertahankan CINTA mereka kepada islam dan tanahair mereka sedangkan kita sedang bergelumang dengan perasaan yang bergundah gulana hanya kerana CINTA seorang manusia. wallahuallam.


Tetapi setelah membaca beberapa entri dalam blog adik-adikku..Allahhhh, terasa sangat crucial untuk aku menjawab persoalan-persoalan yang bermain dalam jiwa kacau mereka.. Berkaitan CINTA..

Apakah erti cinta bagimu?

Bagiku cinta itu perlu satu lagi link iaitu Allah. cinta itu tidak akan hadir tanpa Allah..dan cinta itu tidak akan pergi tanpa Allah.. hebat kan? Iya, memang hebat kerana Dia yang mencipta cinta.. bukan kamu, bukan akak, bukan dia atau bukan mereka yang banyak mengajarkan kita erti cinta.


Rasulullah pernah bersabda:


Jika allah mencintai seorang hamba maka Dia akan memanggil Jibril;


“Sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia.”


Jibril pun mencintainya lalu jibril menyeru penduduk langit;


“ Sesungguhnya Allah mencintai si polan maka cintailah dia.”


Maka penduduk langit mencintainya sehingga kemudian dia mendapat penerimaan cinta makhluk dibumi.


HR Bukhari




Adikku sayang,

Sememangnya cinta kepada insan itu adalah fitrah. Contohnya rasa sayang dan cinta kepada kedua ibubapa dan keluarga. Itu adalah fitrah kita sebagai seorang manusia. Tetapi bila difikirkan kembali, jika kita sayang mereka hanya kerana mereka ibubapa yang melahirkan, menjaga, membesarkan dan memberi segala keperluan kita..Oh alangkah ruginya kita. Jika cinta kita kepada mereka hanya atas dasar duniawi semata dan reasonnya hanya kerana itu(sebab dia mak kita,ayah kita,dah besarkan kita,dah bagi duit kat kita) semata maka apalah beza kita dan orang kafir?

Alangkah indahnya jika kita benar-benar menghayati erti cinta sebenar yang total disandarkan kepada Allah, kerana Allah dan hanya kepada Allah. Yakinlah dengan hanya memiliki cinta Allah maka kita akan punya segala cinta yang lain.

Oh! Okay..akak straight to the point.. jikalau adik-adikku sayang terjatuh cinta kepada seorang insan yang bergelar lelaki.. beristighfarlah sebanyak-banyaknya. Semoga allah memlihara dirimu dari panahan syaitan yang sangat dekat dengan sudhur(hati)mu..

Adikku,

Kerana kita hanya manusia biasa, sejujurnya ia adalah normal. Perasaan itu SUNGGUH! normal.
Suatu kisah dari saidatina Fatimah ra, kisah yang kupetik dari buku pemilik cintaku setelah allah dan rasulnya hasil tulisan Fatimah syarha;

Selepas Fatimah bernikah dengan ali ra malamnya Fatimah berkata;

“Kanda, dl sebelum kita nikah, dinda teringin sangat menjadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.”

Dengan penuh cemburu sayidina Ali bertanya;
“Habis tu, adinda menyesal menikah dengan kanda?”

Lantas Fatimah menjawab dengan nakal;

“Tidak sayang kerana orang itu adalah kanda.

Lihatlah hakikat perasaan cinta seorang wanita kepada seorang lelaki itu adalah fitrah, tetapi adikku, jangan sesekali menjadikan perasaan fitrah itu kepada fitnah.

Janganlah sesekali kau lari dari mujahadah dalam mengawal rasa fitrah itu. Janganlah sesekali kau lari dari mujahadah bersungguh-sungguh untuk meraih cintaNya yang hakiki.

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih mengetahui betapa dirimu berusaha meraih cintaNya sebelum dia?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami mujahadahmu dalam mendidik diri jika tidak Dia?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami betapa tersiksanya dirimu dalam menyimpan perasaan dan menjaga hatimu dari dinodai oleh bisikan syaitan yang berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH! Untuk mencemarkan kesucian cinta dan hatimu dari terus tulus mencintai Dia yang mencipta cinta?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami kesabaranmu dalam mendaki cinta hakiki untuk dimiliki dan cinta seorang lelaki yang halal untuk kau cintai?

Yakinlah.. Kerana allah ingin menguji ketaatan dan kesetiaanmu kepadaNya, maka diuji sedikit hatimu dengan rasa itu. Sungguh aku tidak menipu, diantara dua cinta..Dia dan dia…Kau PASTI akan bahgia jika kau memilih Dia.

Alirkanlah kecintaan yang selain itu melaluiNya..Insyaallah Dia akan membantu dirimu untuk menyampaikan cinta itu kepada mereka yang kau cintai. Apa yang penting kini, ikhlaskanlah diri untuk terus mengejar cintaNya. Semoga cinta dari segala yang mencintaiNya juga akan datang kepadamu.. amin..YAkinlah!

Wallahuallam


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)
Bagaimana mungkin kita mampu menikmati indahnya beribadah andai hati kita sangat jauh dari cintaNya.. Lagi-lagi kepada adikku yang ditarbiyah.. Yakinlah itulah sumber kekuatanmu untuk lebih dekat denganNya. Sibukkanlah dirimu dengan isu-isu yang lebih besar diluar sana. Kenangilah saudaramu di palestine, di syiria dan di negara-negara lain yang kebanyakannya sedang struggle untuk survive dalam mempertahankan aqidah mereka.

Benar.. cintailah Allah dan Rasul yang pertama.. Kobarkanlah semangat jihad dalam dirimu agar pemuda-pemuda diluar sana tergugat dengan keimananmu. Jadikanlah dirimu sebagai srikandi dan bakal ibu kepada mujahid dan mujahidah yang bakal lahir melalui madrasah tarbiyahmu.

wallahuallam

"Seorang ibu itu adalah madrasah. apabila engkau mendidik anak-anakmu, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul."-Penyair.

kakak yg mencintaimu,
mumtazah

Monday, March 19, 2012

MAJALAH JOM!!!jom beliiiii!

salam akhawat... semoga post ni menemui antunna dalam keadaan iman yang mantap, hati yang tenang dalam mengingati Allah..amin

JENG3x!!!

MAJALAH JOM dah keluarrrrrrrrrrrrrrrrr!

JOM! beli..

utk area KL (xkisah la kalau bkn KL pn)
bolehlah dapatkan dari saya, mumtazah(0136966757)

hehehehe...sila2..

saya teringat kata-kata seorang adik junior UM yang sy temui baru2 ni.
"Akak, sekarang ramaiiiiiiiiiiiiiii sangat orang nak jadi baik kan?"
huhuu..benar sangat. kalau awal2 1996 ketika astro mula ditubuhkan, habis 76 channel memang dahsyat lah..tapi sekarang alhamdulillah banyak juga channel yang melawan arus modenisasi. channel yg bertungkus lumus untuk melawan arus jahiliyah dengan menyampaikan misi2 islam.wallahuallam

nampaknya semua sedang bekerja..alhamdulillah..sungguh,Allah melihat usaha kita, tidak hasilnya..


Wednesday, March 14, 2012

Kepada jundullah

Salam,

semua manusia akan mati..samada mati kerana sakit..mati kerana tua..mati kerana heart attack..mati kerana jihad fisabilillah..

maka beruntunglah orang yang mati kerana syahid mempertahankan agamanya, hartanya dan negaranya.. beruntunglah mereka yang syahid kerana mempertahankan akidahnya..

Duhai mujahideen dan mujahidah palestine dan syiria... berbanggalah dengan kematianmu..semoga ia menjadi percikan harapan dan kemenangan islam yang agong..amin..Ya allah, kuatkanlah kami dengan kekuatanMu..Sabarkanlah kami dengan kesabaranMu..amin

-mood: hari ni tak tahan airmata..asyik menangis kerana terasa jauhnya jihadku berbanding mereka..tiba2 terasa rindu untuk mati dijalanNya..Ya allah, izinkanlah..amin

wallahuallam



Kepada Jundullah - Izzatul Islam

Saat genderang perjuangan bertalu
Musuh tegak dihadapan
Teguhkan hatimu usahlah kau ragu
Wahai orang-orang beriman

Berdzikirlah sebanyak engkau mampu
Agar kemenangan jadi milikmu

Taatilah Allah dan Rasul-Nya
Qiyadah penghulu perjuangan
Tetap bersama dalam barisan
Buang segala ego nan hina

(Kembali ke Reff)

Hindarkanlah berbantahan
yang kan membuat hatimu gentar
dan menghilangkan kekuatan
karena Jundullah.. karena Jundullah
pantang terpencar

(Kembali ke Reff)

Jangan silau dengan jumlahmu
yang angkuhkan hatimu
Jangan silau dengan jumlahmu
yang angkuhkan hatimu

Riya dihadapan manusia
kau dihalangi insan dijalan-Nya
Riya dihadapan manusia
padahal Allah tahu apa yang kau kerjakan

Tuesday, March 13, 2012

Kisah tidak bertajuk I



Ya Tuhan yg Maha Agung
Seagung keindahan wajah dan kebesaran kerajaan alam buana Mu
Milik Engkaulah segala apa yg ada dilangit dan dibumi
MilikMu jualah hati ini
Hati seorang hamba yg sering kerinduan
Sebutir cinta dari Engkau yg mencipta cinta

Pernah Kau uji daku dengan cinta seorang insan
Ku terima dikala kejahilan
Walaupun rasa cinta disaluti rasa kehambaan
Kekadang tetap kalah dengan dugaan
Maafkan daku Ya Tuhan

Tatkala tersedar kesalahan dan kerakusan
Hatiku merindu
Jiwaku meronta
Mendesak agar kembali kepada fitrah insan
Lantas aku membuka hijab hidayah Yg Kau kurnia sekian lama

Dalam istikarah yang panjang
Aku menyerah total segala perasaan,
sehingga daku dapat merasa,
Sentuhan kasih dan rahmatNya membelai jiwa

Terharunya daku Ya Tuhan,
Terkesimanya aku Ya Rahman,
Betapa takkan Engkau biarkan hambaMu keseorangan
Selangkah ku kepadaMu, berlari Kau kearahku
Betapa kasihMu tak terbanding dengan segala nikmat yg kau kurnia

Dalam sujud
Syukurku membelah jiwa
Terima kasih atas kurniaan cinta dan rindu yang Kau kurnia
Betapa tak terungkap rasa yg terbungkam dijiwa
Segalanya hanya untukMu Ya Tuhan

Milik Engkaulah hati ini
Rela daku kehilangan cinta dari mereka yg bergelar insan
Tetapi Janganlah Engkau uji daku dengan hilangnya rasa cinta padaMu
Hidup dan matiku hanya untukMu
Bimbing dan peliharalah daku Ya Tuhan
Janganlah Engkau membiarkan daku menentukan nasibku sendiri
Dalam sekelip mata atau jangka waktu yg lebih singkat dari itu
Hidup dan Matikanlah daku dalam mentaatimu dan RasulMu... Amin

Satu cerita lama yang ditulis pada 2/9/09

Friday, March 9, 2012

bahagia

Allahuakbar!

Pejam celik, pejam celik rupanya sudah hampir 2 tahun aku tamat pengajian ‘degree in chemistry’. Pantasnya masa berlalu. Aku muhasabah kembali, dalam tempoh 2 tahun ni apakah sumbanganku kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan pendidikan bidang yang sedang aku ceburi ini? Akhirnya aku tertunduk malu.. Apakah amal terbaik yang mampu aku hidangkan dihadapanNya kelak? –mengalir airmata..

Baru-baru ni, seorang officemate aku meluahkan masalah peribadi keluarganya. Cerita tentang kakaknya yang sudah berumahtangga. Suaminya gila bayang dengan wanita lain. Apa perlu dia lakukan sebagai adik untuk membantu keporak perandaan keluarga kakaknya?

Selain tu ada seorang mak cik meluahkan tentang seorang janda yang memerlukan bantuan segera untuk memberikan tuisyen kepada anak lelakinya. Tuisyen agama katanya. Terasa sebak didada bila dengar kisah-kisah dari masyarakat.

Aku tahu banyak lagi kisah yang lebih dahsyat dan menyayat hati daripada ini. Cukuplah jika kita membelek didada-dada akhbar setiap hari. Mana pernah sehari ia sunyi dari cerita-cerita keruntuhan sosial dan budaya masyarakat kita. Jauh dari islam yang sebenarnya.

Sesungguhnya seorang muslim itu akan menjadi hebat apabila dia mengamalkan deen islam sepenuhnya. Sebagaimana Bilal bin Rabah. Beliau seorang hamba. Tiada apa-apa dimata manusia apatah lagi dimata tuannya umayyah bin khalaf suatu ketika dulu. Tetapi dengan Islam, Allah mengangkat darjat beliau disisiNya sehingga Rasulullah saw mendengar bunyi terompah beliau ketika dimikrajkan kelangit. Tidakkah itu hebat? Sumayyah juga hanyalah hamba. Tetapi dengan akidah islamiyah yang diimaninya, syurga tersedia untuknya.

Untuk menjadi manusia yang hebat, tidaklah perlu kita memikirkan pandangan manusia kepada kita didunia yang sementara ini. Hakikatnya pandangan kita dimata Allah, itulah aulanya. Biarpun kita tidak cantik dimata suami yang kurang imannya, cukuplah kita mengharapkan cantik pandangan Allah kepada kita. Seperti Asiah isterinya firaun. Kekufuran suaminya, kekejaman suaminya langsung tidak menggugat aqidah dan keimanannya kepada allah. Lantas kerana itu, maka Allah menyediakan baginya istana istimewa disyurga.

Hakikat kebahagiaan atau kesengsaraan itu asalnya datang dari dalam diri kita.Hati kita. Jiwa kita. Ruh kita. Sakitnya mereka, maka sakitlah amal kita. Kerana ruh/jiwa itu yang menolak jasad kita untuk melakukan amal. Baiknya ruh itu maka baiklah amal kita. Seperti sabda baginda;

“ Ketahuilah bahawa didalam jasad manusia ada seketul daging, jika ia baik maka baiklah jasad tersebut keseluruhannya. Jika ia rosak maka rosaklah jasad tersebut keseluruhannya. Ketahuilah bahwa seketul daging Itu adalah HATI.”-HR Bukhari dan muslim



Sebenarnya kita sangat-sangat beruntung kerana punya title ‘muslim’ didada. Hakikatnya, ia sudah cukup untuk menjadikan kita hebat dimata manusia dan Dia. Lihatlah orang putih yang kita agung-agungkan kononnya hebat. Mengapa mereka hebat? Mengapa mereka berjaya? Sebenarnya hanya kerana sedikit ajaran islam yang mereka aplikasikan dalam kehidupan mereka maka Allah jadikan mereka hebat. Kebersihan, sistem, menjaga hak orang yang tidak berkemampuan, saling bertegur dan memberi salam. Sedikit amalan yang dianjurkan islam telah menjadikan mereka hebat. Bayangkan jika kita yang sememangnya muslim mengamalkan ajaran islam secara total, bagaimanakah?

“Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.”(al-fath:1)

Aku yakin, perubahan itu bermula dalam diri kita kerana kita yang memilih untuk menjadi apa dan bagaimana. Dihadapan Allah nanti, kita seorang denganNya. Allah tidak tanya; ‘Apa amal suamimu?’ atau ‘Apa amal naqibahmu?’. Tetapi dia akan bertanya; ‘Apa amalmu untukku?’.

wallahuallam

Sunday, March 4, 2012

militansi

….. ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militan dan radikal. Bukan bererti mengangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga. Di jalan cinta para pejuang, kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa. Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu. Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...