beramal kerana taat itu lebih indah daripada mengharap habuan kemanisan iman atau kemenangan
Friday, February 18, 2011
~akulah ghuraba
Ya Rabbi,
sungguh ummat ini sedang sakit..
masyarakat kini sedang tenat..
dan aku yakin..
jika tidak aku,
maka siapa?
dari hati yang dalam,
kumelihat kerakusan manusia mengecap cinta sementara,
menjadi hamba kepada dunia,
dan adakah aku hy mampu melihat bersahaja?
butakah hati?
kerlinglah kehadapan.
memandang hakikat hidup ini tidak lama...
maafkan daku duhai insan sekeliling yang terluka..
sungguh!
aku tidak mampu tersenyum dan ketawa..
kerana aku adalah ghuraba'..
yg jelas menepis jahiliyah bermaharajalela..
mood: Ya Allah, Kau peliharalah agamaMu dalam diriku. Kau tanamkanlah rasa cinta kepada mereka dengan deenul islam ini.amin
wallahuallam
by fz_tarbiyah; KL
Tuesday, January 25, 2011
~kisah cinta K.I.T.A
akhawat fillah,
aku ingin berlari bersama-sama antunna disisi..
mengejar cinta hakiki..
membina mahligai peribadi disyurga idaman hati..
mungkin didunia kita kurang privasi..
kerana segala perkara kita kongsi..
luahan rasa,hatta harta jua kereta...
tiada pernah berkira-kira..
masing-masing berlapang dada..
mungkin inilah syurga dunia bagi kita..
bila Allah menyatukan hati kita yang bertemu dalam jalan cinta menggapai redhaNya...
membina manusia dan berusaha bersama mengamalkan islam sepenuhnya..
menegakkan syariatnya membawa islam menuju tangga ustaz kepada alam..
begitulah cerita dan impian kita..
jalan yang sangat panjang dan sangat mendebarkan..
bersama kita...
hanyalah dua cita-cita dalam kehidupan..
"MENANG ATAU SYAHID"
untuk itu akhawat fillah...
aku tidak ketahui adakah hari esok untuk aku katakan...
ana uhibbukifillah..=)
sayang akhawat kerana Allah.
jom kita pimpin tangan sama-sama...
semoga telah tersedia mahligai indah untuk kita berehat dan bermain disyurga sana.amin
by fz_tarbiyah; PJ
Tuesday, January 11, 2011
~cinta taruhan dunia & akhirat
Cinta,
Pabila telah menguasai diri,
tiada yang lain yang diharapkan,
melainkan apa yang dicintai.
Tatkala ini,
ada satu rasa dari hati yang dalam,
tetapi terlalu sukar untuk dizahirkan,
apatah lagi melalui penulisan.
terasa panas dimataku,
sepertinya akan pecah benteng kecintaan,
tetapi tetap disalut ketakutan,
risau andai diri bertepuk sebelah tangan.
tiadalah daku layak untuk menerima,
pandangan yang agung lagi mendamaikan,
dari kejauhan semahunya aku hanya memandang
penuh takjub pada setiap kecintaan
melalui setiap pemberian.
Ya Rabbi,
Aku telah mempertaruhkan cinta itu hanya kepadaMu, (6:162)
Aku telah menjual diriku hanya kepadaMu,(61:10-11)
Ya Rabbi,
Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan RasulMu,
Tetapkanlah hatiku dalam mencintaaiMu,
mentaatiMu dan cinta kepada beribadah kepadaMu,
Ya Rabbi,
ampunkanlah daku dalam setiap kekurangan memberi kepadaMu,
ampunkanlah daku dalam keterlanjuran mengalih pandangan dari syukur kepadaMu.
Sunday, January 9, 2011
~kaffarah
Saturday, December 11, 2010
~dakwah bukan untuk orang yang manja

“dakwah bukanlah untuk orang yang manja
tetapi dakwah akan menuntut dimanjakan oleh kita”
sejak dua tiga menjak ini, aku cuba menulis puisi
seperti biasa dulu-dulu kala. Tapi tiba-tiba aku rasa kaku,kering dan tiada idea.
Apakah keseniaan, ‘kejiwangan’(title zaman sekolah dl2..heee
) dan anugerah itu telah ditarik balik.
Aku terasa seperti kehilangan seni itu. Kehilangan feel dan kehilangan iidea bagaimana untuk mengidupkan cinta dalam puisi.
Ohhh…lantas sengaja aku mengabaikan puisi yang terbengkalai tu.
Tapi tadi, dayah mintak disambungkan puisinya…dakwah bukan untuk orang manja..huuuu…
Terasa nak sahut pulak permintaan itu..hmmmm..(boleh k?)
Kalau dulu aku suka bermadah pujangga melalui puisi, mungkin sekarang aku lebih suka menulis jer rasa hati ini.
Tapi aku tetap nak cuba juga membuat puisi semula.
Maaf yer andai berbelit-belit, sukar difahami atau tunggang terbalik.insyaalah ini yang lahir dari hati.
dakwah bukan untuk orang yang manja
Namun dakwah akan sentiasa meminta
Meminta segala perhatian kita
Dakwah akan meminta dimanjakan oleh kita
Namun tidak sekali-kali kita dmanjakan olehnya
Bukankah kita telah bersetuju bahawa dakwah itu cinta.
Dan cinta menuntut segala-galanya dari kita.
Nafas kita, gerak kita, fikir kita, tidur dan bangun kita hanyalah untuk dakwah semata.
Taksub pada dakwah itu indah
Kerana bakal membawa kita kepada Dia
Cinta kepada dakwah akan membawa kita terus kepada pencipta.
Bukankah kita telah bersetuju jalan dakwah ini tidak dipenuhi dengan wangian dan hamparan permaidani merah semata
Namun dakwah akan menuntut goresan luka jasad dan jiwa
Menuntut harta yang tidak sedikit dari kita
Hatta perasaan kepada manusia

Namun dimanakah kekuatan kita?
Dan
Bagaimana dakwah mengajarkan kita?
Sehingga kita yakin bahawa dakwah itu bukan untuk orang yang manja
Sehingga kita kuat untuk menangkis tujahan-tujahan jahiliyah yan rakus menghentam kita
Singkapan sirah dan sejarah benar-benar membuktikan
Sunnatullah orang yang berjuang bukanlah dihidangkan dengan kemewahan @ manja-manjaan
Selesa,santai dan bersahaja dalam baring, tidur dan lena malamnya dengan mimpi masuk syurga
Tipu!Tipu! dan kamu menipu!
Sudah melakukan kerja dakwah andai sakitnya tidak dirasa
Walau tidak sehebat para anbiyak dan sahabat terdahulu
Namun pasti!pasti ada ujian yang menggugat iman dan fikrah kita
Namun atas dasar cinta itu
Atas asar faham pada pegangan itu
Tidakkan kita melepaskan genggaman deen itu untuk menerima dunia semata
Dan tidak mungkin!tidak mungkin!
Tidak mungkin kita mampu tsabat bersama kafilah dakwah
Andai kita lari dari proses tarbiyah
Kerana dari sirah dan sejarah
Tarbiyah lah yang membentuk generasi pertama alquran yang unik
Tarbiyah lah yang membentuk jundi-jundi yang rindukan syahid, tidak takut mati
Tarbiyah jua yang menaikkan islam sehingga mecapai ustaziatul alam
Hilangnya proses tarbiyah
Maka hilanglah kefahaman dalam diri mereka yang islam
Kurangnya proses tarbiyah
Maka lemahlah cinta mereka kepada jihad fisabilillah
Tiadanya tarbiah
Maka jatuhlah islam sejatuh-jatuhnya sehingga dinjak oleh kuffar
Begitulah sunnatullahNya
Tarbiyah dan dakwah adalah perasa kepada daei yang tidak manja
Tarbiyah dan dakwah adalah hati kepada jasad kita
Tarbiyah dan dakwah adalah kehidupan kita
Syurga itu mahal
Layakkah dimiliki oleh orang yang manja-manja?
Bermain-main dalam membina islam untuk Pencipta Yang Esa.
wallahuallam
Wahai orang-orang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, dan apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya, kepadaNya kamu akan dikumpulkan. (Al-Anfal, 8:24)
p/s:fiqa, akak pn sgt suka dgn ayat ni.-)
Tuesday, June 29, 2010
~dedikasi buat ..........
Wednesday, May 26, 2010
~Jahilnya sEmalam, CintanYa haRi ini dAn pEngharapan hAri Esok~
Hari Ini,
kuRaSakan terlalu panjang,
menanti SAAt ajal disaat kEmanisan dlm keRinduan,
sIapalah aku untuk meraih CINTAMU TUHAN,
namun aku tahu,
dEngan satu pErjuangan,
aKan KAU bayar dengan janji-janji tErdaHulu sejak azali,
sEbesar mana sangatlaH perjuanganku YA TUHAN,
naMUN aku yakin KAU lbh mengetahui taRaF kemampuan,
YA TUHAN bantulah aku,
kuRniakanLah aku ilham untuk terus istiQAmah dLm perjuangan daKwahMU,
JadikanLah aku sAlah sEorang yg membanTu dlm Kebangkitan agamaMU,
seSungguhnya seluruh jiwa,raga,hati DaN JASADku kusErah padaMU.
EsoK yg mAsih dlm kEsamaran,
naMun hamparan dOa berharap pd KejayAAn,
sEmoga dunia diSinari Cahaya barakahMU YA TUHAN,
moGa haTi sEtiap inSan tiada Kekacauan,
sEmoga sYurga yg KAU kurnia menJadi bertambah pEnghuninya,
bErkat pemcapaian DUNIA BARU ISLAM..
Wallahualam
Monday, May 24, 2010
~Duhai diri yg sedang berrmujahadah
Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat khudwah yg dirindui ummat, Ya Rasullullah s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat dan pejuang yg terlebih dahulu mengikuti jalan cinta para pejuang..
Tersangat lama blog ku menyepi, berhabuk sudah..Hmmmm, semoga Allah ampunkan daku yg kurang baik dalam menguruskan masa berbaki. Banyak berehat mungkin, banyak bercakap mungkin, dan banyak berangan mungkin daripada bergerak dalam jalan yg tidak pernah sunyi dengan kiat-kiat dakwah yg indah..Astagfirullahal azim.
Baru-baru ini, kurasakan jalan mujahadah terlalu payah sehingga beberapa kali langkah tersadung hampir terkebelakang memandang langkah hitam nan silam. Setiap kali hati menangis, teringat ayat2 cinta drNya cuma yg menjadi penguat diri,
“Dan org2 yg berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah bersama-sama org yg berbuat baik.” (29:69)
Sememangnya baru sekarang aku faham erti ayat2Nya dari surah al-ankabut
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hy dengan mengatakan ‘kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?” (29:2)
Ya Allah Ya Tuhanku,
Bantulah hambaMu ini dalam kepayahan jalan mujahadah
Kekadang terasa kaki hampir tersadung dalam langkah
Sungguh Ya Allah,
Tiada daya daku tanpaMu
Tiada kuat daku tanpa bantuanMu
Tiada mampu daku tanpa petunjuk dan ilhamMu
Dan tentunya
Tiada beriman daku tanpa izinMu.
Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah,
Tiada yg lain kuharapkan melainkan Engkau Ya Allah,
Tetapkanlah hatiku atas satu dasar cintaMu cuma Ya Rahman,
Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu Ya Rahim,
Sungguh jasadku tidak berdaya tanpa magfirahMu Ya Ghaffar,
Sungguh hatiku tidak berdaya tanpa cintaMu Ya Latiff,
Sungguh lemahnya jiwa dan jasadku bila kaki jauh kebelakang tanpa bimbinganMu,
Bantulah daku dalam mujahadah ini,
Semoga Engkau menilainya sebagai ibadah,
Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu,
Tiada kuharapkan melainkan Engkau Ya Allahku,
Hasbunallah Wa Nikmal Wakeel.
wallahualam
Monday, February 15, 2010
~Setahun sudah
Selama ini jua,
Nikmatnya erti hidup bermatlamatkan Allah
Nikmatnya selama hidup dibawah suluhan Al-Quran
Nikmatnya selama hidup dibawah bayangan tarbiyah
Nikmatnya..nikmatnya..nikmatnya..
Ukhwah yg terjalin dalam halaqah
Alhamdulillah
Hidup dibawah bayangan tarbiyah
Menjadikan aku lupa enaknya erti rehat
Menjadikan aku ketagih mencari modal-modal dakwah
Menjadikan aku haus untuk mencari wasilah perjuangan
Namun,
Hati yg sedang basah
Tetap punya rasa takut
Gusar dan gundah
Pada qadar akan datang
Bukan aku takut pada kematian
Bukan aku takut pada kesusahan
Bukan aku takut pada kefakiran
Namun,
Aku amat takut andai kaki berpaling kebelakang..
Mencari yg dibalik perjuangan
Berpatah pada permainan dunia
Nauzubillah
Ya Tuhan yg memegang hati2 kami
Tetapkanlah kami atas jalan kebenaran ini
Tsabatkanlah kami atas jalan ini
Panjangkanlah usia kami
Dalam mentaatimu dan RasulMu
Terimalah urusan jual beli kami
Sehingga kami mati
amin
~mumtazah140210~Tuesday, January 19, 2010
~Aslim Taslam
Ketika Tuhan berfirman kepadanya iaitu Ibrahim,
” Berserah dirilah!”
Dia menjawab,
“ Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam”.(2:131)
Subhanallah! Setelah kali yg keberapa terbaca ayat ni sejak awal hidup dibawah bayangan Al-Quran, akhirnya mlm td meruntun jua hati yg sedang basah. Basah dgn aura2 hidayah..InsyaAllah..Dan tentunya tiada yg lain aku lakukan melainkan luahan dr hati yg dalam.
Katakanlah,
“Apakah kita akan memohon kpd sesuatu selain Allah, yg tak dpt memberi manfaat dan tdk pula mendatangkan mudarat kpd kita,
Dan apakah kita akn dikembalikan kebelakang, setelah Allah memberi petunjuk kpd kita seperti org yg tlh disesatkan oleh syaitan dibumi dalam keadaan kebingungan…(6:71)


