Monday, May 30, 2011

Untukmu jiwa-jiwa kami!



baru-baru ni, seringkali aku terhidu bauan padang pasir..bahang debu-debunya juga melekat sehingga masuk kedalam mimpi-mimpiku.. apakah aku terlalu rindu untuk kesana?

3 tempat impian honneymoon aku:

1. Mekah
2. Madinah
3. Palestin

namun, jiwa aku lebih termimpikan tanah jihad fisabilillah itu..Palestin..

Tanah jihad anugerah ilahi..

bak kata seorang activist aqsa syarif;

palestin itu anugerah kepada ummat sejagat!kerana adanya palestin, kita berpeluang untuk melakukan sesuatu untuk agamaNya. adanya palestin, terbuka mata kita tenteang erti sebenar jihad fisabilillah.

teringat juga kata-kata seorang palestinian yang aku jumpa bulan lepas;

"mekarnya semangat jihad dalam diri wanita-wanita muslim, maka akan lahirlah rijal-rijal hebat dan mantap dalam jihad fisabilillah."

Allahuakbar!

Aku ingin membina rijal-rijal yang tidak memandang dunia sebagai matlamatnya..amin3x.

semoga Allah bantu, semoga Allah perkenankan..amin

Ya Allah, tsabatkan kami..tsabatkan kami..tsabatkan kami..

Ya Allah, Kau mekarkanlah semangat jihad dalam diri kami sehingga tiada lain yang kami lihat melainkan untukMu jiwa-jiwa kami..amin

wallahuallam

Tuesday, May 24, 2011

cukuplah

jam sudah menunjukkan pukul 12.46 pagi. Kalau ikutkan mata yang mengantuk mahu saja aku tidur mengadap laptop ni. Tetapi suasana yang sangat sunyi benar-benar meruntun hatiku untuk muhasabah sebentar. Sudah lama aku tidak menukilkan rasa dari hati yang dalam....disini..

sungguh aku rindu, untuk melakarkan kisah-kisah cinta dalam hidupku disini, sehari-hari..malah setiap hari.
setiap kali aku melalui detik tamparan 'tarbiyah' direct dari Ilahi, memang hati sangat berbunga-bunga untuk melakarkan kisahnya disini. macam-macam yang aku rancang untuk nukilkan disini. namun, sebaik manapun kita rancang, atau sehebat manapun semangat kita untuk melakukan sesuatu, kita tetap hambaNya....Dan Allah lah sebaik-baik perancang setiap detik kita.

Ya Allah,
Sungguh aku sangat terharu dengan setiap detik yang kau anugerahkan kepadaku,
Nafasku lebih bermakna setelah mengenalMu,
hidupku lebih indah dengan adanya rasa sedar akan kehadiranMu.

Ya Allah,
Maafkan segala kekurangan dalam memberi kepadaMu,
Maafkan segala kekhilafan dalam menunaikan hak-hakMu,
Pandulah hati-hati kami agar sentiasa hidup dalam rahmat dan cintaMu.

Ya Allah,
Dalam larianku yang kekadang samar dan gelap,
Tiada yang lain melainkan Engkau yang memandu,
Dalam kepayahan gerakku,
Tiada yang lain melainkan Engkau yang memberi kelapangan masaku.

Cukuplah sekadar Engkau tidak benci kepadaku,
Cukuplah sekadar engkau tidak berpaling wajah dariku,
Cukuplah Engkau redha denganku.

Cukuplah sekadar Engkau tsabatkan aku.

wallahuallam

amin

-mati itu pasti, hidup itu insyaAllah-

Monday, May 23, 2011

Law of Cause and Effect-suratan takdir atau kebetulan(I)

“Akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. 
Salah seorang sahabat bertanya:
“Apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit?”. 
Rasulullah menjawab :
“Jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” 
Lalu ada yang bertanya lagi :
“Apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” 
Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”.
(Silsilah hadith shahih no.958).


Kalau kita amati hadith diatas, jelas 2 sebab lunturnya tarbiyah islamiyah dalam diri muslim kini adalah kerana penyakit wahan dan takutkan mati. Atas sebab ini juga para pendakyah menyerang kita dari pelbagai aspek hanya untuk menyuburkan rasa cintakan dunia dalam diri ummat islam sedari 1800M lagi. Pelbagai hiburan lagha dihidangkan dikaca televisyen dan lagu-lagu sentimental yang kononnya boleh menghilangkan 'stress' makin berlambak di pasaran kini. Akhirnya, ummat islam sendiri sangat jauh dari sistem hidup islam. Tetapi, secara sunnatullahnya sistem islam itu tetap berjalan walau ramai yang melaksanakan sistem yang bercanggah darinya dan langsung tidak menyedari tentang kewujudan sistem islam yang sedang mengalir dalam diri para mukmin yang mencintai jihad fisabilillah.

“Mereka berupaya untuk memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas semua agama meskipun orang-orang musyrik benci.” (Ash-Shaff: 8-9)

Sedang asyik mereka bermaharajalela menawan hati-hati ummat islam sehingga ke akar umbi, tanpa sedar akhirnya kita dilalaikan dengan satu slogan 'law of cause and effect'. Satu perancangan rapi yang telah diprogramkan dalam minda kita sehingga ia menjadi satu batu asas kepada setiap tindak tanduk kita.

Apa 'law of cause and effect' tu?

-bersambung-

Monday, May 9, 2011

Kisah Ms. Italiana

Diceritakan kisah benar ini dari seorang syeikh yang aku kagumi. Betapa kata-katanya benar-benar menusuk masuk kedalam jiwa yang sedang rapuh dalam medan kefuturan. Ketika naqibahku mewar-warkan kedatangannya di dalam satu program umum, aku rasa lelah dan ragu samaada mahu mengikutinya atau 'ignore' sahaja.

Nah!bila naqibah kata wajib, maka kukuatkan jua kaki untuk melangkah. Tatkala ini, tiada apa yang menjengah akalku melainkan firman Allah yang turun tatkala buah kurma sedang masak ranum di kebun-kebun sekitar madinah sedangkan semboyan ke medan jihad telah dialunkan.
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At Taubah:41)
Pantas, kedatanganku kesini sungguh tidak sia-sia. makin membina himmah dan menambah perasa keimanan dalam jiwa. alhamdulillah, tiada lain melainkan syukur dengan nikmat yang Allah kurnia..Ingin aku kongsikan satu cerita menarik yang tidak akan senang tidurku hatta beralaskan tikar mengkuang semata sebelum aku menceritakan kepada ikhwah wa akhawat sekalian.

Kisah seorang remaja perempuan Italy yg berumur 18 tahun. Sukalah aku namakan dia sebagai Ms.A. Iyaaaa, Ms. A..

apa 'special' nya Ms.A ini?

Ms.A hanyalah seorang remaja perempuan yang berasal dari Italy. Kisah hidupnya menjadi 'special'  setelah melakar sejarah kerana meninggalkan kemewahan dan keselesaan di tanah tumpah darah sendiri semata-mata untuk melaksanakan agenda besarnya di bumi Cameroon,Afrika.  Sanggup merentas perjalanan lebih 3000km hanya untuk menyampaikan satu 'dakyah' yang diimaninya.

Bayangkan seorang remaja perempuan sanggup ke negara Afrika yg dipenuhi dengan semak samun, ular dan binatang berbisa hanya semata-mata utk "berdakwah" supaya semua Muslim yang ada di Afrika memeluk agama Kristian yang diimaninya.

Dimaklumkan seramai 1500 muslim yang berada di Cameroon dan semuanya hanya Muslim atas nama..Untuk beribadah sebagaimana seorang Muslim, jauh sekali kerana tiadanya sumber ilmu dan usaha  dakwah di sana.

Setelah setahun enam bulan berlalu, akhirnya Ms. A berjaya memurtadkan seramai 1499 orang muslim hasil usaha dakyahnya.Bayangkan, Ms. A hanya menggunakan 1 tahun enam bulan untuk memurtadkan seramai 1499 org Muslim.

Setelah itu, hanya seorang Syeikh yang masih 'maintain' dalam islam yang diimaninya.

Namun,  Syeikh ini juga hampir-hampir kehilangan semangat untuk melawan arus kristianisasi di sekelilingnya. Malah, telah menemui jalan buntu bagaimana mahu mengembalikan ahli masyarakat yang telah dipesongkan dari jalan Allah ini..
Alhamdulillah, disaat kebuntuan maha dahsyat, Allah telah mengilhamkan syeikh  ini untuk bertemu dengan seorang ikhwan dan membincangkan masalah besar yang melanda kampung Cameroon. Ikhwan tersebut telah memberi motivasi dan semangat kepada syeikh untuk terus kuat dalam memegang islam yang diimaninya. Malah, mereka sama-sama berbincang  cara terbaik bagaimana untuk berdakwah kepada Ms. A Italiana tersebut...

Akhirnya Syeikh tersebut mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ms. A Italiana dengan niat utk berdakwah !! Harapan yang sangat besar oleh Syeikh tersebut , sekiranya remaja ini memeluk Islam, sudah tentu ahli masyarakat yg lain juga akan berjaya di Islamkan kembali..

Lain pula perasaan Ms. A Italiana tatkala diajak untuk berdiskusi berdua.. pelbagai agenda dan 'dalil' pekat disediakan untuk menguatkan dakyahnya kepada syeikh tersebut, dengan harapan hati syeikh tersebut akan cair dengan dakyah kristianisasinya.

Perjumpaan telah diatur dengan penuh semangat dan debaran dalam hati kedua-duanya.. Dengan bantuan Allah, penerangan dan dakwah yg penuh hikmah serta dalil-dalil yang jelas telah membuatkan Ms. A berfikir kembali tentang setiap tutur bicara syeikh tersebut. Lagi-lagi tentang keagungan Allah swt..akhirnya, kembalilah Ms. A Italiana tersebut kepada "Fitrah Azali" seorang hamba Allah kepada PenciptaNya..
"Manusia itu seperti logam. baiknya dia ketika jahiliyah, maka baiklah dia ketika islam, sekiranya dia faham."-hadith riwayat muslim

Sebagaimana Umar Al-Khattab tatkala menerima Islam sebagai 'deen' hidupnya, begitulah juga dengan Ms. A yang telah menyerah diri kepada Allah semata. Tanpa kompromi, tanpa banyak soal bicara, remaja ini mentajarrudkan diri dari segala unsur-unsur kristian sekaligus memasukkan dirinya kedalam islam secara kaffah.
Begitulah hakikatnya...bila manusia menggunakan logam dalam dirinya untuk perkara fitrah yang diilhamkan oleh Allah, secara automatik, matlamatnya sangat jelas dan amalnya mantap menggambarkan wala'  hanya untuk Allah semata.

Ms. A  telah disedarkan akan silap besar yang  dilakukan oleh syeikh tersebut bahawa perbuatan dia yg terdahulu boleh menjadi asbab dicampak kedalam neraka jahannam dan hanya satu cara yang boleh menebus semula kisah jahiliyah itu iaitu DAKWAH. Tanpa banyak soal bicara, Ms. A dengan penuh tekad dan keazaman mengubah dakyahnya kepada dakwah lillahi taala. Dan, hasil kesungguhan atas apa yang baru diimaninya ini, akhirnya 1499 orang yang murtad diatas tangannya telah kembali kepada islam semula.

Subhanallah!Subhanallah!Subhanallah!

dan lebih dahsyat lagi gempak bila kejayaan dakwahnya hanya mengambil masa  enam bulan sahaja. Yaaaa! 6 bulan sahaja iaitu separuh daripada masa dakyahnya.

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

akhawat wa ikhwah sekalian.

apa perasaan antum ketika membaca kisah ini?

Tidak terujakah kita mendengar kisah yg meniupkan semangat ini....

tepuk dada, tanyalah iman dalam hati kita..

adakah kita sudah benar-benar mengimani jalan ini adalah satu-satunya cara untuk kita membawa islam kepuncak dunia?

adakah kita sudah benar-benar mengimani jalan ini adalah satu-satunya 'short cut' untuk kita bertemu Allah dalam redha?
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar."(9:100)


Bagaimana kesungguhan kita dalam membawa dakwah dipundak bahu kita?

Bak kata syeikh yang menceritakan kisah ini kepadaku;

Kita tidak perlu pergi ke Afrika untuk jalankan usaha dakwah seperti mana Ms. A Italiana ini, tetapi lihatlah di sekeliling kita..

masyarakat,jiran,ahli keluarga, universiti dan remaja-remaja kita.atau di mana sahaja ruang dan medan yang kita ada....

Bagaimana seharusnya kita bertindak keatas mereka dan segala apa yang berlaku di persekitaran kita?

bukankah tarbiyah telah mengajarkan kita bahawa dakwah itu adalah nafas dalam gerak dan tidur kita?

fikir-fikirkanlah, apakah sumbangan kita dalam membawa islam kepada puncak ustaziyatul alam?

tidak malukah kita dengan Ms. A italiana yang berusia 18 tahun cuma?

wallahuallam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...