Thursday, January 27, 2011

~Inikah RABITAH HATI?

aku terasa ingin menangis.. Ah! bukan terasa tapi sememangnya aku sedang menangis.. baru sebentar cuma aku bercerita tentang 'interaksi dengan al-quran'.. dan tiba-tiba suasana sayu itu hadir hanya kerana sedikit kekacauan.. mungkinlah benar begini sifat perempuan. sangat mudah berubah emosi dan kurangnya sifat sabar dalam menghadapi kegalauan.. sememangnya tarbiyah banyak mengajarkanku untuk 'manage' emosi dengan baik..alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan hadirnya rasa 'cinta' dan 'faham' itu... pernah aku bertanya kepada seorang ukhti.. "bagaimana untuk mengurangkan rasa sayang?" "bagaimana untuk mengurangkan takungan airmata?" dan kami sama-sama bercerita tentang perasaan itu..akhairnya kami faham.. ~teruslah memberi dengan penuh kasih sayang....~ ~teruslahhhh mendoakan dan mengalirkan aura kasih dan sayang~ mungkin tidak kepada semua orang disisiku yang aku zahirkan rasa itu.. tetapi benarr.. Allah menghadirkan rasa itu buat kalian... dakwah itu benar-benar mengajarkanku untuk memandang setiap manusia dengan rasa sayang dan kasihan.. sayang kepada akhawat.. kasihan kepada ummat.. ahhhhh! aku tidak boleh lemah... dan aku tersentak kembali bila membaca mesej mutarabbiku yang seolah-olah faham situasiku..
"salam kak mum. jangan lemah tau, kuat semangat tau. Kak mum kene kuat, walau diuji....."
mungkin inilah cara Allah memujukku tatkala ini.. inikah RABITAH HATI? dan inboxku dipenuhi dengan bait2 cinta dari akhawat..
"Love u fillah."
"Semoga Allah memberi keizinan untuk akak memberi dengan penuh kasih sayang kepada mereka..."
Ya Rabbi, dalam sujud...dengan penuh kehambaan kumohon kepadaMu... tetapkanlah hati-hati kami atas jalan ini. hidup dan matikanlah kami dalam mentaatimu dan RasulMu.. sungguh....dakwah itu adalah cinta.. aku tidak mahu mati melainkan dengan rasa cinta.. Allahu rabbi.. hy padaMu aku berserah..dan hy padaMu aku memohon pertolongan.. wallahuallam

~berinteraksi dengan al-quran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Bila hati mula berbicara tentang cinta..terasa murahnya airmata ini..kukira, tangisan ini bukanlah kerana terlalu rindu, atau terlalu cinta atau terlalu taksub dengan rasa cinta itu.

Tetapi airmata ini hanya sebagai tanda ada rasa syukur kerana dikurniakan perasaan faham nilai sebuah cinta itu.

Yang mungkin pernah suatu ketika, aku tidak kenal ertinya dan bagaimana menghargainya.

Yang dulunya, terasa murah harga sebuah ‘rasa cinta’ bila aku hanya meletakkan dunia dan seisinya sebagai perbandingan.

Dan kini baru aku perasan bahawa itu bukan cinta yang sebenarnya..

Nilai tertinggi cinta itu adalah apabila kita mampu me’relate’kan segala apa yang kita cinta dengan Dia.

Apabila cinta kita kepada apa sahaja disandarkan kepada Dia dan dibandingkan dengan keagungan cintaNya.

Jika kita mampu memiliki rasa itu, rasa cinta kepada segala yang membawa kita kepada cintaNya, maka tidak akan mungkin kita mengeluh dengan segala yang kita ada, segala yang kita lalui dan segala yang kita rasai.

Mungkin bicara aku disini terlalu umum…tapi untuk aku gambarkan apa yang berlegar dalam fikiranku..

aku hanya melihat satu kisah ‘aku’.dan satu soalan ‘aku’ yang dulu.Kisah aku yang mencari siapa ‘aku’?

Kisah aku yang sentiasa menyoal mengapa ’aku’?

Kisah aku yang selalu menangisi bagaimana ’aku’?

Dan benarrrr....tarbiyah telah memberi jawapan kepada semua persoalan itu.

Dan tarbiyah telah memperkenalkan kepadaku nilai hidup dibawah bayangannya.

Dan tarbiyah telah mengajarkan kepadaku keindahan hidup bersama ’surat cinta’ dariNya.

Dan kali ni, nak sangat share tentang salah satu kisah ’aku’ yang teraba-raba mencari cinta.

”Hidup dibawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.”

Mukaddimah Zilalil Quran oleh Syed Qutb.

Kekadang, untuk menterjemah rasa sayang kepada makhluknya, mungkin kita boleh zahirkan melalui pemberian, sentuhan atau pertuturan.

Sebagaimana sayangnya kita kepada kucing, kita akan membelai dan menjamunya makanan.

Sebagaimana sayangnya kita kepada kedua ibu bapa, kita selalu menyatakan sayang dan sebolehnya menggembirakan mereka.

Itulah tindakan spontan kita sebagai bukti cinta…

Bagaimana pula dengan Allahu rabbuna?

Selalu sangat lafaz dibibir menyatakan cinta..

Sangat2 kerap kita memohon segala yang ‘best2x’ dari Dia..

Tapi, setakat mana pemberian kita kepadaNya?

Dia memberi kepada kita dengan percuma..

Dia menghadiahkan sebuku Al-Quran sebagai manual kehidupan kita..

Dia melahirkan rasa sayang, cinta, sedih, gembira sebagai bukti Dia ‘concern’ dengan kita..

Tapi kita selalu terlepas pandang kan?

Selalu terlupa yang ’instead of’ buku2 motivasi yang berlambak-lambak dipasaran sekarang, adanya satu BUKU MOTIVASI AJAIB namanya AL-QURAN

Selalu terlupa ’instead of’ buku-buku resepi bahagia rumahtangga yang berlambak-lambak dipasaran, adanya satu BUKU MEMBENTUK BAITUL MUSLIM BAHAGIA namanya AL-QURAN.

Mungkin persepsi kita memandang Al-Quran itu hanyalah kisah Muhammad s.a.w...Kisah-kisah nabi-nabi terdahulu...ayat2 penurunan syariat..ayat2 suruhan berbuat baik dan pelbagai lagi..

Tidakkah kita cuba menilai dan menghargai Al-Quran sebagai satu diari kehidupan kita yang sekejap cuma ini?

Al-Quran Allah kurniakan kepada kita sebagai manual..ia adalah words from Allah yang Maha Agung.

”Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu mendapatinya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.”(59:22)

Dan al-Quran akan memberi apa sahaja yang kita nak ambil darinya...sains, perbankan,penyelesaian rumah tangga, penyelesaian masalah sosial, cerita-cerita, idea-idea, syariat,muamalat,munakahat...

Cubalah...kelak, kita akan bahagia..tiada langsung susah dihati atau beban difikiran..kerana kita yakin dan sedar, semuanya adalah NIKMAT HIDUP DIBAWAH BAYANGAN AL-QURAN...

..tbc..(interaksi dengan Al-Quran)

Tuesday, January 25, 2011

~kisah cinta K.I.T.A

akhawat fillah,

aku ingin berlari bersama-sama antunna disisi..

mengejar cinta hakiki..

membina mahligai peribadi disyurga idaman hati..

mungkin didunia kita kurang privasi..

kerana segala perkara kita kongsi..

luahan rasa,hatta harta jua kereta...

tiada pernah berkira-kira..

masing-masing berlapang dada..

mungkin inilah syurga dunia bagi kita..

bila Allah menyatukan hati kita yang bertemu dalam jalan cinta menggapai redhaNya...

membina manusia dan berusaha bersama mengamalkan islam sepenuhnya..

menegakkan syariatnya membawa islam menuju tangga ustaz kepada alam..

begitulah cerita dan impian kita..

jalan yang sangat panjang dan sangat mendebarkan..

bersama kita...

hanyalah dua cita-cita dalam kehidupan..

"MENANG ATAU SYAHID"

untuk itu akhawat fillah...

aku tidak ketahui adakah hari esok untuk aku katakan...

ana uhibbukifillah..=)

sayang akhawat kerana Allah.

jom kita pimpin tangan sama-sama...

semoga telah tersedia mahligai indah untuk kita berehat dan bermain disyurga sana.amin

by fz_tarbiyah; PJ

Sunday, January 23, 2011

~macam-macam cerita

salam, mataku sangatlah berat ketika menulis ni.. namun, tetap berharap dapat mengalirkan segala perasaan hati disini. aku menulis disini bukanlah untuk pembaca semata, namun, ia lebih untuk diriku sendiri.. mungkin kerana itu, aku amat senang menggunakan kata ganti diri "aku" itu... kerana aku tidak kisah andai tiada seorangpun yang berminat untuk membaca, namun inilah cerita "aku" yang panjang.. yang akan aku singkap dan ulang tayang pabila aku memerlukan. sepertinya, aku ingin melihat perkembangan diri sendiri dari sudut penulisan dan kefahaman tentang cinta ini. cinta kepada Allah dan RasulNya. cinta kepada segala apa yang membawa aku kepada cintaNya. dan tentunya cinta aku kepada jalan yang sukar dan mendebarkan ini. dan tentunya aku sangat suka andai kamu membaca..atau sesiapa sahaja membacanya.. kerana itu akan menjadi bonus dan bukti kepadaku.. bahawa aku sedang bekerja... meng'kreatif'kan method2 dakwah.. dan bakal menjadi hujah dan saksiku didepanNya kelak... duhai diri dan semua insan yang sedang hidup di dunia, sungguh! tiada apa didunia ini melainkan tipu daya belaka.. dan ketahuilah! dan ingatlah! bahawa kita sedang membina satu jambatan menuju antara DUA PENGAKHIRAN! SYUGRA @ NERAKA wallahuallam
(hmmmm, sebenarnya mukaddimah jer yg atas tu..heeeeee) ***************************************
subhanallah, sebenarnya sangat banyak yang aku nak share disini tetapi kekadang sangat sukar untuk menzahirkan perasaan melalui tulisan. mungkinkah aku yang belum pandai menterjemahkan rasa kedalam bait-bait ayat @ sebab apa yaaaa? (huh,monolog dalam hati)
***********
"akak, pernah tak akak rasa penat dan tak nak buat dah dakwah?" "akak, macammana nak maintain ruhi kita?" "akak, kenapa kesedaran itu kejap ada kejap xde?" arrrggghhhh, sekali lagi aku terasa seperti dihempap dengan batu balingan dari langit yang mungkin akan mematikan aku.. banyaknya soalan2 dari mereka dan semuanya adalah soalan2 aku dulu kepada akak2.. memang terasa macam melihat cermin diriku setahun yang lalu..sepertinya, mungkin inilah perasaan akak2 yang menerima soalan yang terpacul dari mulutku tatkala qodoya bersama-sama dulu. adikku, untuk dapat jawapan panjang.....adik2 perlukan masa yang panjang....bersabar ye.. tapi untuk diri akak, macammana akak dpt jawapan dari soalan tu dulu.. (sebab akak2 pun tak jawab..die senyum je) semua jawapan itu telah terjawab bila akak sendiri turun kemedan dakwah PRACTICALLY! not 'TEORI'tically ok! kita akan banyak belajar dimedan.. kita akan banyak faham juga dimedan... kita akan banyak pengalaman juga dari medan.. tak percaya??? rujuk (3:79), (65:23) untuk menjadi rabbani, formulanya (give and take).. kerana DAKWAH BUKAN TEORI.. tapi PRAKTIKAL.. teori(usrah,daurah,jaulah etc) itu hanyalah salah satu wasilah tarbiyah.. dan syura itu adalah methodologi untuk capai keyakinan langkah kita.. kerana dakwah takkan muntij(berkesan) jika kita sorang-sorang jer syok sendiri buat semua benda.. namun, dakwah takkan rugi andai kehilangan seorang dari kita yang suka tidur dalam gerak kerja.. jadilah pemerhati..andai itu yang kita nak Allah beri diakhirat nanti.. sangat2 terkesan dengan kata-kata murabbi "Dakwah tidak memerlukan orang yang lemau fikirannya, tidur dalam gerak kerjanya, beralasan dalam tanggungjawabnya." (sangat2 spark aku dulu dan kini!ranting kering dalam cabang pokok dakwah.dush3x) ingat! bukan manusia yang layak untuk meng'eliminate' ranting2 kering dalam cabang pokok dakwah yang sanat besar dan sentiasa membesar ini, tetapi Allah yang melakukannya.. tidakkah kita takut untuk di'eliminate' oleh Allah? Allah tidak akan meng'eliminate' orang yang serius dalam kerjanya kan? so, kita kene yakin dan tambahkan kesabaran dalam menggenggam janji2 kita untuk membawa islam sehingga Allah menentukan kita menang atau syahid dengannya. semoga kita terus tsabat atas jalan cinta para pejuang ini..amin wallahuallam mood: teringat dia.. "andai matahari ditangan kananku, dan bulan ditangan kiriku, tidak akan aku tinggalkan dakwah ini sehingga Allah menentukan samada islam menang atau aku mati keranyanya." by fz_tarbiyah; KL

Saturday, January 22, 2011

~ketika cinta bertasbih

suatu ketika, tatkala hidayah menjentik jiwa, sekaligus! menangisi usia. lantas, ketika cinta bertasbih, gemersik suara meruntun jiwa, sekaligus! menghidupkan ruh yang kering kerna dunia, ketika cinta bertasbih, sesak dada menahan rasa, sekaligus tertanya-tanya! bagaimana untukku menzahirkan cinta? ~epilog seorang aku yang sedang mencari cinta~ ~cinta akn melahirkan kita yang melakukan apa saja demi cinta kita.~
by fz_tarbiyah; KL

Thursday, January 20, 2011

~lagi-lagi cinta

alhamdulillah,
alhamdulillah,
alhamdulillah...
syukur kehadrat ilahi, syukur yang tak terhingga atas rahmat dan kasih sayangNya dalam memberi segala apa yang ada padaku. apatah lagi nikmat faham tentang islam itu sendiri.
sungguh, itulah satu nikmat terbesar dan terindah bagiku didunia ini.
sesiapa yang Allah hendak beri kebaikan kepadanya, maka akan diberikannya faham didalam DEEN(cara hidup).(sahih bukhari)
maka, kepada sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima islam.....(6:125)
dan nikmat itu akan mengalir melalui saraf dan salur darah kita sehingga tiada apa yang dipandang melainkan islam belaka.
dan ketika itu juga setiap rongga dan nafas, setiap gerak dan langkah akan terasa lebih hidup dan memberi manfaat.
beginikah indah sekali cinta dan erti sebenar nikmat hidup dibawah naungan tarbiyah?
'LAGI-LAGI CINTA...'
bosankah kamu yang membaca..
aku ini, penulis ini...asyik2 cinta...asyik2 Dia...apakah itu sahaja erti hidupnya?
hmmmmm.....kerana setiap nafasku adalah tanda cintaNya...dan setiap gerakku adalah anugerah dariNya...dan setiap rasa dari hatiku adalah lambang kasihNya....
kerana itu, aku tidak akan berhenti bercerita tentang cinta Dia.....
" Ya Rabbi, janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu, dan cinta untuk mengejar cintaMu, dan cinta kepada segala yang membawa daku kepadaMu...amin"
*******************************************************************
berkali-kali adikku bertanya, inikah tarbiyah kak?
adakah rasa begini adalah tarbiyah juga kak?
subhanallah,
jelousnya denganmu adikku,
....ketika saat pertama hati itu mekar berbunga..
adikku,
itulah nikmat rasa yang Allah telah jentik kedalam hatimu.
indahnya bila kita dapat rasa setiap detik dan peristiwa yang dilalui itu adalah tarbiyah direct dari Allah..
adikku,
tahukah dikau mengapa tidak semua dari kita dapat merasai nikmat tarbiyah itu hatta selepas setahun, dua tahun atau lebih dari itu dia bersama dengan kafilah ini(tarbiyah dan dakwah)?
jawapannya, tepuk dada tanyalah diri kita sendiri..
adakah kita telah menyediakan bejana hati untuk disuburkan dengan tarbiyah?
adakah kita sudah 'setting mind' untuk berlapang dada dengan segala bentuk tarbiyah ilahi?
adakah kita cinta untuk merebut cintaNya dan menerima tarbiyahNya?
kalau kita lihat para sahabat terdahulu yang 'sami'na wa ato'na(kami mendengar dan kami taat)', maka adakah itu sikap kita untuk menerima segalanya dari Ilahi?
Nah!
inilah kunci untuk kita merasai kemanisan dan keindahan tarbiyah..
makanya, sediakanlah bejana-bejana hati yang kosong tetapi penuh dengan iltizam untuk 'tidak berkira' dengan apa sahaja tarbiyah yang akan kita terima.
kalau para sahabat terdahulu diuji dengan kemelaratan, tekanan mental yang melampau dan penyiksaan fizikal yang amat teruk dari pihak quraisy, namun betapa berlapang dadanya mereka dengan tarbiyah ilahi....
syahadah itu tetap disemat utuh tanpa kompromi atau ragu-ragu..
oleh itu, begitu juga dengan kita kannn???
wajarkah kita berpaling selepas melihat dan merasai sendiri keindahan berada dibawah naungan tarbiyah?
sesungguhnya orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan HARTA DAN JIWANYA pada jalan Allah, mereka itulah orang yang benar.(49:15)
subhanallah!
jom sama-sama kita perkasa langkah, tingkatkan iman dan amal...moga2 nikmat hidup dibawah bayangan tarbiyah akan dirasai oleh kita. amin.
bukankah dakwah itu cinta..dan bila kita benar-benar sudah jatuh cinta....
tentulah tiada yang lain, melainkan kita sentiasa nak mendampinginya..
nak hidup bersamanya..
sehingga...................?
cukuplah sehingga Allah tentukan samada kemenangan atau kita syahid dengannya...
itulah nikmat jalan cinta para pejuang.
bukan dibayar murah dengan perempuan,
bukan dibayar murah dengan kemewahan,
bukan dibayar murah dengan airmata kerana ditinggalkan insan...atau kekecewaan atas perkara remeh dunia semata..
namun jalan cinta kita dibayar dengan HARTA DAN JIWA...
darah dan airmata..
kekeringan wang dan mujahadah jiwa...
dan semua itu berbaloi kerana kita yakin dengan janji-janjiNYA..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin baik JIWA mahupun HARTA mereka, dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga; mereka berjuang dijalan Allah maka diantara mereka ada yang membunuh dan terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah didalam Taurat, injil dan AQ. dan siapakah yang lebih menepati janji selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu. Dan demikian itulah kemenangan yang agung.(9:111)
wallahuallam
by fz_tarbiyah; KL

Sunday, January 16, 2011

~hati aku sedang merindui

bila hati aku merindui, aku mula menulis. sukarnya nak zahirkan segala rasa melalui perbuatan.
mungkin aku sangat mudah tersentuh dengan apa sahaja bila mula 'bertafakur'...
"akak, adakah akak dah rasa halawatul iman?"ty dia suatu hari.
arrgghhhh, seriusly...
akak tak tahu camana nak jawab soalan tu dik..
sebab akak malu untuk merasakan diri ini sudah mencapai halawatul iman..
dan akak juga sangat takut untuk menidakkan..takut kelak hati akan tertutup untuk berusaha mencarinya..
tapi disini, mungkin boleh untuk aku jelaskan berpaksikan rujukan dari hadis Rasulullah s.a.w:
"tiga perkara yg sesiapa memilikinya, maka dia memperoleh kemanisan iman;
1. Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya
2. dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah
3. Dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan kedalam api neraka."
(riwayat al-bukhari)
inilah 3 ciri yang disabdakan oleh rasullullah s.a.w..
tepuk dada, tylah diri masing2..
hakikatnya,
bukankah ketiga-tiga itu akan kita peroleh bila kita cinta kepada Dia..
kerana setelah kita mencintaiNya, tentunya Dia juga yang akan menghadirkan rasa cinta dalam hati kita untuk kekasihNya rasulullah s.a.w..
dan sekaligus, tentulah Dia akan menghadirkan cinta dalam hati kita untuk segala perkara yang
dicintaiNya..
pokoknya, cintailah Dia, nescaya akan hadir segala cinta yang hanya menjerumuskan kita kepada cintaNya..
namun mengapa sangat susah untuk kita memperoleh cintaNya???
tentulah kerana dua tarikan yang selalu bermain-main dalam gelodak jiwa kita..
tarikan iman-tarikan nafsu berlandaskan syaitan
tarikan iman itu adalah anugerah..tarikan nafsu itu adalah padah..
namun nafsu itu ibaratnya kuda liar yang boleh dijinakkan oleh tuannya iaitu kita sendiri..
berusahalah dalam mujahadah..semoga Allah memberi kita menikmati nikmat kemanisan iman itu selepas mujahadah yang panjang..
aku sangat suka mengulang-ulang ayat ini..
"bukankah syurga itu mahal??layakkah dibayar hanya dengan seposen dua dari kita untuk membeli tiketnya?"
"bukankah syurga itu mahal..wajarkah kita beli hanya dengan mujahadah ala kadar jer?"
inilah nikmat...bilamana kepayahan mujahadah itu dibalas Allah dengan nikmat kebergantungan kepadaNya, kecintaan kepadaNya, dan rindu kepada segala-gala tentangNya..
merindui untuk pulang ke kampung halaman kita...iaitu di syurga..
jom sama-sama kita perkasa langkah, tingkatkan amal dan hamsaah..
semoga kita sama-sama berpimpin tangan dengan gembiranya, ketika melangkah ke syurga..aminnn
mood sekarang;
aku sangat merindui mereka,
walau tidak pernah bersua,
namun aku yakin mereka tetap ada,
hadir dan memanggil-manggil kami untuk bersama mereka,
bertuahnya mereka,
ruh digenggam oleh malaikat dan ada jua yang digenggam oleh Allah azza wa jalla,
tentu mereka sedang berbahagia,
merasai sendiri janji-janji Allah kepada mereka,
Ya Rabbi,
sampaikanlah salam ingatan dari seorang saudara yang tiada apa ini,
mungkin hanya satu persamaan kita,
walau aku hanya duduk di saf paling belakang mungkin,
namun kita masing-masing cinta,
untuk syahid atau dipandang mulia disisiNya,
Ya Rabbi,
sampaikanlah salam rindu buat mereka,
yang mungkin sedang ketawa melihat kepayahan kami,
yang mungkin sedang melaung kata-kata semangat untuk kami,
kumohon kumohon dan kumohon duhai para syuhada,
tetaplah berdoa moga kami tsabat atas jalan cinta kita,
sehingga antara dua yang Allah kurniakan,
MENANG @ SYAHID..
" dan jgn sesekali kamu menyangka bahawa orang2 yang gugur dijalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup disisi Tuhannya mendapat rezeki."(3:169)
" mereka bergembira dengan kurniaan yang diberikan Allah kepada mereka dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."(3:170)
wallahuallam
by fz_tarbiyah: KL

Wednesday, January 12, 2011

~dibawah bayangan AQ

"Aku hidup dibawah bayangan AQ,
dan disana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku miliki sebelum ini.
Nikmat yang benar-benar meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.
dan aku terasa seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku melalui AQ..
Ya!!
Dia bercakap kepadaku, seorang hamba yang amat kerdil lagi kecil.
Manakah penghormatan yang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini?
~Syed Qutb dalam Mukaddimah Fi Zilalil Quran~
Mukaddimah zilalil quran..
hatta berpuluh kali aku baca dan ulangi, namun kesannya tetap mendalam setiap kali pembacaan.
benarlah Syed Qutb telah mengeluarkan puzzle2 AQ dan pati-pati kandungan AQ didalam mukaddimah yang panjang ini.
tak tahu nak terangkan macammane..
disaat ini, aku terasa nak menangis..(Oh mumtazah, benteng dimataku ini memang amat rapuh..huuuu)
sememangnya benar juga bait-bait kata dari Syed Qutb juga..
nikmat hidup dibawah bayangan AQ hanya mampu dirasai oleh mereka yang turut merasainya..
kerana sangat sukar untuk diterjemahkan melalui kata-kata hatta penulisan ini..
benar3x...tiada hidup ini lebih indah melainkan bila Allah kurniakan kita rasa dan nikmat syukur dan cinta untuk mencintaiNya..
"Dan orang2 yang terdahulu lagi dan pertama-tama masuk islam diantara orang2 muhajirin dan ansar dan ORANG2 YANG MENGIKUTI MEREKA dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, Allah menyediakan bagi mereka syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai2. Mereka kekal didalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang agung."(9:100)
sungguh..sungguh..sungguh...
ayat ini benar-benar menusuk kalbuku..
bila Allah redha dan kita pun redha..bukankah sangat dalam cinta itu..
mungkin mereka yang dah berBM(baitul muslim) pernah merasai saat redha meredhai dan cinta mencintai...tapi itu sekadar sekelumit cinta dunia..bagaimana pula cinta teragung teragung dan TERAGUNG dari DIA?
semoga kita tergolong dalam kalangan 'orang2 yang mengikuti mereka' itu..amin..
Sungguh tiada erti dunia ini, jika hilangnya rasa cinta untuk mencintaiNya.
kerana dari Dia kita datang dan hy kepada Dia kita kembali.
tinggalkanlah, jauhkanlah diri dari tertipu dengan pujuk rayu syaitan yang bersembunyi didalam dada kita(114:5)..
wallahuallam
sungguh disaat ini,
aku tidak mampu menulis lebih lagi..
sekadar airmata menjadi bukti..
indahnya andai Engkau matikan daku disaat ini.
by fz_tarbiyah; KL

Tuesday, January 11, 2011

~cinta taruhan dunia & akhirat

Cinta,

Pabila telah menguasai diri,

tiada yang lain yang diharapkan,

melainkan apa yang dicintai.

Tatkala ini,

ada satu rasa dari hati yang dalam,

tetapi terlalu sukar untuk dizahirkan,

apatah lagi melalui penulisan.

terasa panas dimataku,

sepertinya akan pecah benteng kecintaan,

tetapi tetap disalut ketakutan,

risau andai diri bertepuk sebelah tangan.

tiadalah daku layak untuk menerima,

pandangan yang agung lagi mendamaikan,

dari kejauhan semahunya aku hanya memandang

penuh takjub pada setiap kecintaan

melalui setiap pemberian.

Ya Rabbi,

Aku telah mempertaruhkan cinta itu hanya kepadaMu, (6:162)

Aku telah menjual diriku hanya kepadaMu,(61:10-11)

Ya Rabbi,

Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan RasulMu,

Tetapkanlah hatiku dalam mencintaaiMu,

mentaatiMu dan cinta kepada beribadah kepadaMu,

Ya Rabbi,

ampunkanlah daku dalam setiap kekurangan memberi kepadaMu,

ampunkanlah daku dalam keterlanjuran mengalih pandangan dari syukur kepadaMu.

“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.(7:17)
by fz_tarbiyah:PJ

Sunday, January 9, 2011

~layakkah seorang daei itu untuk futur

"akak pelik macammane seorang daei boleh kata dia lemah semangat,futur. menyampah pun ada." terngiang-ngiang kata-kata murabbiahku.

sememangnya ayat itu benar-benar mem'buzz' aku. Benar-benar menggugah jasad dan ruh aku. hatta ayat itu dilontarkan 2 minggu yang lepas, namun sehingga kini menjadi aliran elektrik yang bila-bila masa jer memberi impak dalam sarafku.

alhamdulillah, disaat aku sangat takut kesakitan yang sedang aku alami menjadi alasan untuk aku melemah, ayat itu benar-benar menggugah aku untuk kuat dalam meneruskan pentarbiyahan dan tentunya sekaligus lebih melaju dalm dakwah.

bila dah biasa keluar hujung minggu, bila tak keluar minggu ni ada satu rasa yang meragukanku;

'aku tak berdakwah ke ni?'

astagfirullahal azim3x..

saje jer syaitan nak usik aku..huuuu,nyah kau pergi dari sini..

inilah antara tarikan iman dan tarikan nafsu. Kalau ikutkan tarikan iman, insyaallah suara hati itu akan menggerakkan jasad untuk bermujahadah melakukan apa yang termampu disaat itu sedangkan kalau diikutkan tarikan nafsu, lebih bersenang-lenanglah aku merehatkan diri dari berfikir tentang ummat ini.

“bukankah rasa indahnya kerehatan adalah kebinasaan bagi daei.”

semoga rasa takut pada kerehatan itu menjadi pemangkin untuk aku lebih bermujahadah dengan tarbiyah dzatiyah.alhamdulillah, Allah mengilhamkan banyak perkara yang boleh aku lakukan sepanjang 2 hari ini.

benar dan memang benar, sebagai seorang mukmin yang mengaku daei, mana mungkin sindrom futur itu menguasai diri kita. sedangkan pelbagai bekalan dan pelbagai bentuk tarbiyah persekitaran kita lalui sepanjang hari, sepanjang masa. bukankah setiap apa yang kita lalui harus dipandang melalui kacamata islam. dipandang melalui kacamata tarbiyah dari Ilahi.

sedangkan kita telah berjanji kepada Allah bahawa wala' kita hanya kepadaNya. layakkah dipertengahan jalan kita berbicara tentang kefuturan yang melekat dalam diri.

"bahawa orang yang berjanji setia kepadamu sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah diatas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa melanggar janji maka sesungguhnya dia melanggar atas janjinya sendiri; dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Dia akan memberi pahalaNya yang besar."(48:10)

bukankah janji itu satu bekalan yang paling kukuh untuk kita melepaskan diri dari sindrom kefuturan.

(layakkah aku untuk futur setelah Dia menghadiahkan nikmat ukhwah itu kepadaku?..i love u)

kalau mengikut mustafa masyhur, ada 17 bekalan sepanjang jalan kita yang sangat panjang, sempit, berdebu dan payah ini. Dan dalam dakwah, dalam tarbiyah itu sendiri ada bekalan. Kerana itu pentingnya kita ‘ give and take’…

untuk jalan tarbiyah, sudah pasti kita kene banyak menerima baru dapat memberi..

maksud banyak menerima disini, bukanlah menerima ilmu2 dari naqibah semata, tetapi banyak menerima dari kacamata diri sendiri. Kalau diikutkan menerima, setiap saat kita menerima tarbiyah direct dari Allah… segala apa yang kita ada adalah anugerah dari Allah..tarbiyyah untuk kita sentiasa bersyukur. Oleh sebab itu, alasan kurang menerima,kurang ilmu itu adalah tidak logik untuk kita tidak memberi?...

kalau bahasa kasarnya, bukankah kurang bersyukur maknanya itu?

"apakah penciptaan kamu yg lebih hebat ataukah langit yg telah dibangunkanNya?"

"Dia telah meninggikan bangunanNya lalu menyempurnakannya."

"dan DIa menjadikan malamnya(gelap gelita) dan menjadikan siangnya(terang benderang)."

"dan setelah itu, bumi Dia hamparkan."

"darinya Dia pancarkan mata air dan ditumbuhkan tumbuh-tumbuhannya."

"dan gunung-gunung dipancang dengan teguh."

semua itu untuk kesenanganmu..."

(an-naziat,79:27-33)

“Dialah yang menciptakan segala apa yang ada DIBUMI UNTUKMU…”(2:29)

Terlalu banyak yang Allah beri untuk kita. Seluruh isi bumi dan alam ini untuk manusia. Fikir-fikirkanlah, adakah jawapan ‘kurang menerima’ itu akan diterima dihadapan Allah kelak sebagai alasan untuk kita berlengah melaksanakan syahadatul haq ini..wallahuallam

by fz_tarbiyah;KL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...