Showing posts with label Surat kepada Allah. Show all posts
Showing posts with label Surat kepada Allah. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

~berinteraksi dengan al-quran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani

Bila hati mula berbicara tentang cinta..terasa murahnya airmata ini..kukira, tangisan ini bukanlah kerana terlalu rindu, atau terlalu cinta atau terlalu taksub dengan rasa cinta itu.

Tetapi airmata ini hanya sebagai tanda ada rasa syukur kerana dikurniakan perasaan faham nilai sebuah cinta itu.

Yang mungkin pernah suatu ketika, aku tidak kenal ertinya dan bagaimana menghargainya.

Yang dulunya, terasa murah harga sebuah ‘rasa cinta’ bila aku hanya meletakkan dunia dan seisinya sebagai perbandingan.

Dan kini baru aku perasan bahawa itu bukan cinta yang sebenarnya..

Nilai tertinggi cinta itu adalah apabila kita mampu me’relate’kan segala apa yang kita cinta dengan Dia.

Apabila cinta kita kepada apa sahaja disandarkan kepada Dia dan dibandingkan dengan keagungan cintaNya.

Jika kita mampu memiliki rasa itu, rasa cinta kepada segala yang membawa kita kepada cintaNya, maka tidak akan mungkin kita mengeluh dengan segala yang kita ada, segala yang kita lalui dan segala yang kita rasai.

Mungkin bicara aku disini terlalu umum…tapi untuk aku gambarkan apa yang berlegar dalam fikiranku..

aku hanya melihat satu kisah ‘aku’.dan satu soalan ‘aku’ yang dulu.Kisah aku yang mencari siapa ‘aku’?

Kisah aku yang sentiasa menyoal mengapa ’aku’?

Kisah aku yang selalu menangisi bagaimana ’aku’?

Dan benarrrr....tarbiyah telah memberi jawapan kepada semua persoalan itu.

Dan tarbiyah telah memperkenalkan kepadaku nilai hidup dibawah bayangannya.

Dan tarbiyah telah mengajarkan kepadaku keindahan hidup bersama ’surat cinta’ dariNya.

Dan kali ni, nak sangat share tentang salah satu kisah ’aku’ yang teraba-raba mencari cinta.

”Hidup dibawah bayangan Al-Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.”

Mukaddimah Zilalil Quran oleh Syed Qutb.

Kekadang, untuk menterjemah rasa sayang kepada makhluknya, mungkin kita boleh zahirkan melalui pemberian, sentuhan atau pertuturan.

Sebagaimana sayangnya kita kepada kucing, kita akan membelai dan menjamunya makanan.

Sebagaimana sayangnya kita kepada kedua ibu bapa, kita selalu menyatakan sayang dan sebolehnya menggembirakan mereka.

Itulah tindakan spontan kita sebagai bukti cinta…

Bagaimana pula dengan Allahu rabbuna?

Selalu sangat lafaz dibibir menyatakan cinta..

Sangat2 kerap kita memohon segala yang ‘best2x’ dari Dia..

Tapi, setakat mana pemberian kita kepadaNya?

Dia memberi kepada kita dengan percuma..

Dia menghadiahkan sebuku Al-Quran sebagai manual kehidupan kita..

Dia melahirkan rasa sayang, cinta, sedih, gembira sebagai bukti Dia ‘concern’ dengan kita..

Tapi kita selalu terlepas pandang kan?

Selalu terlupa yang ’instead of’ buku2 motivasi yang berlambak-lambak dipasaran sekarang, adanya satu BUKU MOTIVASI AJAIB namanya AL-QURAN

Selalu terlupa ’instead of’ buku-buku resepi bahagia rumahtangga yang berlambak-lambak dipasaran, adanya satu BUKU MEMBENTUK BAITUL MUSLIM BAHAGIA namanya AL-QURAN.

Mungkin persepsi kita memandang Al-Quran itu hanyalah kisah Muhammad s.a.w...Kisah-kisah nabi-nabi terdahulu...ayat2 penurunan syariat..ayat2 suruhan berbuat baik dan pelbagai lagi..

Tidakkah kita cuba menilai dan menghargai Al-Quran sebagai satu diari kehidupan kita yang sekejap cuma ini?

Al-Quran Allah kurniakan kepada kita sebagai manual..ia adalah words from Allah yang Maha Agung.

”Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu mendapatinya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.”(59:22)

Dan al-Quran akan memberi apa sahaja yang kita nak ambil darinya...sains, perbankan,penyelesaian rumah tangga, penyelesaian masalah sosial, cerita-cerita, idea-idea, syariat,muamalat,munakahat...

Cubalah...kelak, kita akan bahagia..tiada langsung susah dihati atau beban difikiran..kerana kita yakin dan sedar, semuanya adalah NIKMAT HIDUP DIBAWAH BAYANGAN AL-QURAN...

..tbc..(interaksi dengan Al-Quran)

Saturday, August 28, 2010

Tsabat!Tajarrud!!

subhanallah..terasa br2 ni terbengkalainya tanggungjawabku pada blog ni. semoga ada yg mengambil manfaat dr apa yg terkandung dlmnya walaupun sedikit cuma perkongsiaan yg direkodkan. hakikatnya terlalu byk yg ingin dikongsi. andai emosi boleh aku lontarkan disini, maka itulah yg aku ingin beri. andai fikrah dan auranya boleh disalurkan terus melalaluinya, berbesar hatilah daku mengalirkan aura2 tarbiyah tanpa wayar berselirat @ lelah otak memikirkan methode2 dakwah. alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas segala nikmat yg tak terhitung kurniaannya. sentiasa aku terfikir benarkah setiap nafas yg kuhirup dan kuhembus, telah kuletakkan wala' hy kpd Dia. benarkah telah aku berikan seluruh hidupku hy utk Allah? betapa jahiliyah yg telah menguasai sekelilingku selama 20tahun benar2 membungkus jasadku dlm kondisi yg selesa. memang sgt sukar utk aku menentng arus dlm mentarbiyah diri. mujahadah ya mumtazah!!... mujahadah dlm mentajarrudkan diri.sangat best la bile teringat perkataan tajarrud..puas juga sy fikir ape ye perkataan yg best tu..alhamdulillah ilham dtg utk mengingatkan aku dan pembaca ttg tajarrud. tajarrud @ membersihkan/mengosongkan/menanggalkan..sememangnya kite sedang dlm proses membersihkan karat2 jahiliyah dan mengosongkan diri kite daripada selain islam.menanggalkan pakaian2 sisa2 hasil binaan ghuzwul fikr,dan hasil tarbiyah dr madrasah syaitan yg sgt kejam!biarkan syaitan menangis bila kite tersedar dgn hizbulsyaitan VS hizbullah! 'katakanlah aku berlindung dr tuhannya manusia,raja manusia,sembahan manusia,dr kejahatan syaitan yg dtg dan menghilang,yg membisikkan kejahatan kedalam dada manusia,iaitu dr kalangan jin dan manusia.'(annas,114) 'drpd tnda2 keislaman seorang ialah apabila dia meninggalkan perkara yg tidak bermanfaat bgnya'(hadith ke 12 dr hadith 40 imam nawawi) wallahuallam sgt suka membandingkan diri dgn paara sahabat pemegang risalah yg berada di madrasah tarbiyah rasulullh s.a.w.. betapa wala' mereka 100% diberi kpd Allah dan rasul semata. hebtnya ruhi dn jasadi mereka..tingginya nilai tajarrud mereka sehingga islam dpt kita rasai sehingga sekarang..dan kita?akan adakah lg sinar islam utk next generation?akan adakah penyambung dakwah dan tarbiyah utk kemudian?akan tertegakkah cita2 tertinggi membawa islam ke ustaziatul alam?akan tergapaikah mardhatillah yg diinginkan?...mampukah segalanya kite capai selagi mana tiada tajarrud dlm diri kita? sememnagnya janji2 Allah adalah pasti..namun persoalannya adakah kita yg menjadi salah seorang yg mentajarrudkan dirinya,menjadi kuli kpd Allah semata ,dan yg membina rijal2 penyambung dakwah dan tarbiyah sehingga islam mencapai ustaziatul alam kelak? astagfirullahal azim..3x seringkali juga daku mengingatkan diri bahawa Allah akn menguji daku sehingga benar2 terbukti kesabaran dan penghambaanku hy kpd Allah semata.jujur dr hati, takut tetp ada dlm diri bilamana sendiri meletakkan jawatan as a daei dan menyhut seruan firman allah 'wahai org yg beriman!'..
ya allah, lemahnya daku disisiMu tiada daya daku tanpaMu tiada mampu daku tanpa bantuanMu tiada beriman daku tanpa izinMu kuatkan langkahku atas landasan menuju cintaMu tiada jalan lain melainkan jalan cinta para pejuang yg telah lebih dahulu Kau uji yg telah lebih dahulu Kau kurnia nikmat terindah khalifah didunia nikmat terindah penghuni disyurga tsabatkan daku atas jln ini tsabatkan akhawat fillah bersama daku tsabatkanlahkami dan mereka yg sedang menyusuri jln yg sama sepertimana kekasihMu telah dahulu melaluinya
wallahuallam

Monday, August 16, 2010

~Cinta Yg Satu

Rebah daku dlm sujud
mengharap cinta hy Dia
Jauhkan daku dr jahiliyah lalu
Kuatkan daku dlm menuju gerbang cinta
takutku andai ujian menggugat jiwa
risau andai diuji cintaMu tak kurasa
mampukah daku bermujahadah tetap cuba
meraih cinta agung tiada tara
kuatkan langkahku atas jalan yg Kau kurnia
pelihara daku dengan cara yg Kau suka
tsabatkan daku bersama pemburu syahid mengejar cinta
hy satu Ya Tuhan
tetapkanlah daku bersama mereka
tetapkanlah hati kami atas jalan ini
jalan menuju syurga cinta
tiada yg lain melainkan kpd Engkau
Tiada yg lain melainkan kerana Engkau
wallahuallam

Tuesday, July 27, 2010

~Ijazah vs risalah

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi yg mencipta dan mentadbir alam buana mengikut kehendakNya,seiring sunnatullah dan janji-janjiNya. Tiada yg lain melainkan Dia yg lebih berkuasa menentukan segala takdir lg Maha mengetahui segala sesuatu. Syukur jua atas segala nikmat drnya yg x terhitung hikmah dan rahmatnya. sesekali Dia menguji kita, tentunya sebagai ingatan bahawa sebesar manapun pengorbanan kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah,namun tentunya tiada langsung mengurang atau menambahkan kekayaan dan keagunganNya..betapa besar jua yg kita korbankan hatta tenaga,wang ringgit atau masa, namun segalanya tidak langsung membantutkan tugasan Allah dlm mentadbir alam buana..ini kerana, segala apa yg kita usahakan hylah utk diri kita sendiri. Pembinaan kehidupan dan cara hidup kita di dunia akn membentuk mahligai tertentu utk kehidupan abadi di akhirat yg bakal tiba. Penuaian di akhirat kelak akn membuktikan segala bayaran jual beli kita di dunia ini. betapa Pengasih Lg Penyayangnya Dia kerana dgn lemah lembut memberi peluang dan ilham utk kita berjuang di medan dakwah dan tarbiyah..kekadang enaknya melalikan kelapangan yg lalu..dan tentunya kekadang kesempitan menambahkan kesabaran, cuba jauh dr tersungkur..segalanya hy kerana Dia.wallahuallam

"nikmat Allah yg mana lg harus engkau dustakan?"(55:13) “Dan kunci2 segala yg ghaib ada padaNya,tidk ada yg mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yg ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pn yg gugur dan tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pn dlm kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yg basah @ yg kering yg tidak tertulis dalam kitab yg nyata(luh mahfuz).(6:59)” Melalui ayat ni, telah jelas bahawa segala yg telah berlaku,akan berlaku, dan telah berlaku adalah drNya semata. Mengimbau kembali kisah panjang INI SEJARAH KITA, telah jelas kisah2 terdahulu yg membentuk satu formula yg boleh kita gunakan utk mencapai matlamat dunia baru islam. Melihat ummat sejagat yg sedang tenat terhoyong-hayang mencari erti kehidupan, terasa sgt kasihan dan betapa aku menzalimi diri sendiri, lemahnya mujahadah bila hy mampu membeku dan menyimpan hasrat yg bernanah dlm jiwa yg sakit. Sangat sakit pabila diri tidak mampu meluahkan dan mengalirkan aura tarbiyah kepada mereka yg bergelar manusia awam..namun alhamdulillah terasa sgt bersyukur juga kerana dibukakan mata dan hati utk menyedari ttg betapa ummat sekarang sedang tenat, alhamdulillah kerana diberi kekuatan utk bergerak dimedan tarbiyah dan dakwah dan tentunya alhamdulillah bila diberi kefahaman bhw dakwah dan tarbiyah bukanlah laluan jln karpet merah dan bunga2 mewangi, bukan utk memanjakan diri atau SPA kn jasadi. “Apakah kamu mengira bhw kamu akn masuk syurga padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad diantara kamu dan belum nyata org2 yg bersabar.”(3:142) Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
lagu IKRAM Bila mengenang blk zaman jahiliyah yg lalu, betapa tak terungkap kesyukuran bila dikurniakan nikmat kefahaman bermula dengan pertemuaan dan percintaan yg terbina dlm usrah. Starting with usrah, aku start mengenali apa erti cinta, kasih dan syg yg dtgnya dr Dia. Pernah daku bertanya pada murabbiah bagaimanakah utk kita maintain dalam dakwah.. dan satu2nya jawapan tiada lain melainkan maintainkan diri dalam tarbiyah(usrah)..jika kita tercicir dalam usrah, tiada harapan utk meneruskan perjalanan dakwah..Tuntutan dakwah tidak memerlukan kita untuk belajar semata namun kita perlu mengajar..give and take!
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(3:79)
~DALIL KEPENTINGAN USRAH~
dan apabila kita tercicir dr tarbiyah...
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.(43:36)
Oleh yg demikian,betapa jelasnya kepentingan tarbiyah dalam penerusan penyampaian risalah. Perasankankah kita bhw risalah ini adalah satu anugerah Allah buat manusia? inilah nilai penghargaan dan pengijazahan dr Allah Yg Maha Agung, betapa agungnya Dia krn memberi satu risalah yg takjub utk kita fahami dan yakini. Dan risalah yg dibawa bukanlah utk kebanggaan ‘degree from Allah’ semata, namun risalah yg agung ini mempunyai satu kepentingan utk dunia dan ummat sejagat. Cita2 kami bukanlah setakat membina kehidupan kami sendiri, namun inilah risalah yg dibawa utk melepaskan ummat manusia drpd penghambaan sesama manusia semata. Allahu ghatuna, Ar Rasul qudwatuna, Al-Quran dusturuna, Al Jihadi sabiluna, Al Mautufi sabilillah, asma amanina.. ‘Allah mengutuskan kami utk kami selamatkan manusia dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Allah semata” Tiada yg lain melainkan kerana Allah Tiada yg lain melainkan kpd Allah

Monday, May 24, 2010

~Duhai diri yg sedang berrmujahadah

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat khudwah yg dirindui ummat, Ya Rasullullah s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat dan pejuang yg terlebih dahulu mengikuti jalan cinta para pejuang..

Tersangat lama blog ku menyepi, berhabuk sudah..Hmmmm, semoga Allah ampunkan daku yg kurang baik dalam menguruskan masa berbaki. Banyak berehat mungkin, banyak bercakap mungkin, dan banyak berangan mungkin daripada bergerak dalam jalan yg tidak pernah sunyi dengan kiat-kiat dakwah yg indah..Astagfirullahal azim.

Baru-baru ini, kurasakan jalan mujahadah terlalu payah sehingga beberapa kali langkah tersadung hampir terkebelakang memandang langkah hitam nan silam. Setiap kali hati menangis, teringat ayat2 cinta drNya cuma yg menjadi penguat diri,

“Dan org2 yg berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah bersama-sama org yg berbuat baik.” (29:69)

Sememangnya baru sekarang aku faham erti ayat2Nya dari surah al-ankabut

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hy dengan mengatakan ‘kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?” (29:2)

Ya Allah Ya Tuhanku,

Bantulah hambaMu ini dalam kepayahan jalan mujahadah

Kekadang terasa kaki hampir tersadung dalam langkah

Sungguh Ya Allah,

Tiada daya daku tanpaMu

Tiada kuat daku tanpa bantuanMu

Tiada mampu daku tanpa petunjuk dan ilhamMu

Dan tentunya

Tiada beriman daku tanpa izinMu.

Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah,

Tiada yg lain kuharapkan melainkan Engkau Ya Allah,

Tetapkanlah hatiku atas satu dasar cintaMu cuma Ya Rahman,

Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu Ya Rahim,

Sungguh jasadku tidak berdaya tanpa magfirahMu Ya Ghaffar,

Sungguh hatiku tidak berdaya tanpa cintaMu Ya Latiff,

Sungguh lemahnya jiwa dan jasadku bila kaki jauh kebelakang tanpa bimbinganMu,

Bantulah daku dalam mujahadah ini,

Semoga Engkau menilainya sebagai ibadah,

Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu,

Tiada kuharapkan melainkan Engkau Ya Allahku,

Hasbunallah Wa Nikmal Wakeel.

wallahualam

Monday, March 22, 2010

~merindu

Semalam, lepas hbs program, tengah basuh pinggan teringat pula adik yg dah nk hbs bercuti sekolah..mesti akn balik asrama..Terfikir jugak kt sini, aku beria jaga adik2 org, adik aku? Allahuakbar.. teringat juga mak yg demam macammana la ye.. Tak mau bertangguh-tangguh aku tinggal jer pinggan kt sinki, g kol mak sat.. memang aku betul2 tak mampu kali ni..dengar suara mak, aku terus nangis.. 'Mak sihattt?' 'alhamdulillah..semua sihat..' ............... ...... 'Makkk,minggu depan ada program lagi..' 'ooo xpelah, g program..nanti abg kawin jgn sampai tak balik sudah..' 'insyaallah..mintak maap makk..lame tak balik...' 'xpee,lagipun nk periksa dah ni..mak doakannn..' (mesti mak senyum..) aku memang byk senyap dr cakap..tolong mak,jgn berhenti becakap,jgn berhenti menasihatkanku,jgn berhenti membebel dgnku...sememangnya aku rindu utk memelukmu.. batinku menjerit nk sgt balik rumah...start cuti mid-sem(26/1) dah 2bulan tak balik, masa blk 3 hr cuti mid-sem dl pn, x sempat sembang pn ngan mak abah yg sibuk g rewang kenduri jiran sebelah rumah.. masa nk blk ke Kl semula pn, mak x de pn kt umah.. Allahuakbar
Ya Allah, bergetarnya hati aku aku sangat merindui mereka... sangat merindui mereka... peliharalah mereka ya Allahku kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil 'sesungguhnya aku sangat kasih kepada mereka...maka kasihilah mereka jua ya Allahku..' 2minggu lalu, kak nad cerita betapa sedih masa dengar kabar berita kematian ayah kak mun,pak cik azizi..minggu lepas pulak, ayah asma, pak cik ramon zaheidin pula kembali kpdNya.. sebenarnya, masa sembang dengan kak nad tu...memang mum akui perasaan yg sama kita lalui. bila kabar kematian parents akhawat atau sahabat kita menjengah telinga, dada tetap berderau, airmata tetap menitis..Sekaligus akn terkenang org tua tersayang dikampung..terasa nak aja kaki ni berlari utk menjenguk, peluk cium mohon ampun buat bonda dan ayahanda.. sememangnya inilah perasaan cinta dan kasih... kukasih jua kpd mereka sebab tu aku teruskan jua langkah tarbiyyah ini baik dalam keadaan ringan atau berat jasadku lebih cenderung disini inilah jalan terbaik buat kita tarbiyyah dan dakwah takkan mengejar kita tarbiyyah dan dakwah tiada rugi tanpa kita tp kitalah yg berkejaran kearahnya kitalah yg rugi meninggalkannya kerana tarbiyyah dan dakwah takkan berhenti tanpa kita tapi kita??? siapakah kita? 'significantkah kita dimata manusia?' 'significantkah kita dimata Allah?' 'tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadah kepadaku..(51:56)' semoga allah menilai pengorbanan ini sebagai ibadah dan kukirimkan pahalanya buat kedua ibu bapaku yg tetap bersabar...
'inilah perjuangan'
katakanlah, jika 1.bapak-bapakmu, 2.anak-anakmu 3.saudara-saudaramu, 4.isteri-isterimu, 5.keluargamu, 6.harta kekayaan yg kamu usahakan, 7.perdagangan yg kamu kuatirkan kerugiannya, dan 8.rumah2 tmpat tinggal yg kamu sukai, lebih kamu cintai drpada Allah dan Rasulmu serta berjihad dijalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya..(At-Taubah,9:24) wallahualam

Tuesday, March 16, 2010

~Jatuh Cinta Semula

Jatuh cinta menjadikan aku lupa utk memandang siapa aku Sedaya upaya aku berlari dan berkejaran utk mengumumkan siapa kecintaanku, apa kecintaanku, dan dimana cintaku. Ya Allah yg memegang hati2 setiap insan ciptaanNYA Bukalah pintu hati mereka utk menerima cintamu Tunjukkanlah kepada mereka kehebatan cinta padamu Perlihatkanlah kpd mereka hebatnya jalan2 berliku menujuMu Dan alangkah manisnya hidup ini kerana BERTUHANKANMU Ya Allah ya Rahman ya Rahim ~2 matlamat tetapi satu tujuan~ hidup mulia atau mati syahid kedua-duanya akn pasti bersamaMu Kudambakan cinta tiada tara ALLAHUAKBAR

Tuesday, January 19, 2010

~Aslim Taslam

Ketika Tuhan berfirman kepadanya iaitu Ibrahim,

” Berserah dirilah!”

Dia menjawab,

“ Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam”.(2:131)

Subhanallah! Setelah kali yg keberapa terbaca ayat ni sejak awal hidup dibawah bayangan Al-Quran, akhirnya mlm td meruntun jua hati yg sedang basah. Basah dgn aura2 hidayah..InsyaAllah..Dan tentunya tiada yg lain aku lakukan melainkan luahan dr hati yg dalam.

Ketika Tuhanku berfirman,

“Berserah dirilah”

Daku menjawab,

“Ya, hambaMu ini berserah diri padaMu Tuhan semester alam.“

“Ya, hambaMu ini berserah diri padaMu Tuhan sekalian makhluk.“

“Ya, seluruh jiwa, hati, jasad dan segalanya kuserahkan padaMu Tuhan yg menciptakan.“

Aku bermonolog sendiri

Beberapa kali dialog ini berputar dalam benak fikiranku

Dr hati, akal menterjemah terus kebibir

Sekadar utk didengar telingaku cuma

Ya Tuhanku,

Belailah daku dengan rahmat dan kasih sygMu

Agar daku tenang dalam mengharungi persinggahan yg melekakan ini

Belailah daku dgn cinta dan kehangatannya

Agar tiada lain yg kuharap selainMu

Dalam sujud

Pecah jua takungan air dipelopak mata

Sedu sedan dipagi yg hening

Seolah-olah jasad dan roh sujud disisiNya

Inikah interaksi antara makhluk dan penciptaNya?

Dia melihatku

Dia mendengarkanku

Dan tentunya

Dia menyayangiku

Oh!

Atau apakah sebaliknya?

Siapalah daku Ya Allah

Tiadalah sehebat waliMu Ya Rahman

Bukanlah a’bid seperti mereka yg terdahulu dicintaiMu Ya Rahim

Namun

Duhai Allahku

Inilah kemampuanku

Dengan izinMu

Perkenankanlah daku mencintaiMu semampuku

Maafkanlah daku dlm kekurangan memberi padaMu

Ampunkanlah keterlanjuranku berlebih-lebihan dlm urusan dunia

Dalam sujud daku mengharap

Pengampunan dan redhaMu cuma

Cukuplah Allah bagiku,

Tiada Tuhan selain Dia,

Hy kepada Dia daku bertawakkal,

Dan Dia adalah Tuhan yg memiliki singgahsana yg Agung.

Wujudkah cinta lain sehebat Dia?

Allahku,

Hidup dan matikanlah daku dlm mentaatiMu dan RasulMu

Wallahualam

Katakanlah,

“Apakah kita akan memohon kpd sesuatu selain Allah, yg tak dpt memberi manfaat dan tdk pula mendatangkan mudarat kpd kita,

Dan apakah kita akn dikembalikan kebelakang, setelah Allah memberi petunjuk kpd kita seperti org yg tlh disesatkan oleh syaitan dibumi dalam keadaan kebingungan…(6:71)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...