Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Sehingga cinta sujud dalam mihrab taat kepadaNya


Perlakukanlah cinta selayaknya,
Sehingga ia sujud di mihrab taat kepada Allah dan RasulNya..

“Akak, camane nk buat kalau kita terjatuh cinta?”

Soal adik usrahku ketika  dalam perjalanan menghantarnya ke kolej, lewat malam semalam. Aku yang duduk di seat driver hanya tersenyum.

“ Kembalikanlah cinta itu kepada yang memberi rasa iaitu Allah. Insyaallah Dia akan tunjukkan cara. Yakinlah cinta adalah segala apa yang membawa kita kepada Allah. Selain daripanya hanyalah dusta.” Jawabku. 



Tidak pasti samada dia dapat memahami sedalamnya atau tidak apa yang kukatakan.

Seusai beredar dari kolej tersebut, kereta menyusur kejalan utama menuju highway. Sepanjang perjalanan aku beristighfar, mengharap Allah mengampunkan segala kekuranganku sebagai hamba. Sangat takut andai dosa-dosa yang menempel dalam diriku telah menghijab rahmat Allah untuk sampai kepada adik-adik usrahku atau kepada aku sendiri. Astagfirullahal azim3x.

Lewat ini, aku melihat ramai mereka yang senang membicarakan isu ‘cinta’. Setiapkali usrah, ada je soalan tentangnya yang diajukan kepadaku. Aku tak berapa pasti adakah kerana sudah ada cincin dijariku maka mereka rasa aku senang untuk diaju soalan-soalan begitu. Atau kerana aku sering menyebut perkataan ‘cinta’ setiapkali bersama mereka . Setiapkali memulai pengisian, aku suka untuk mengajak mereka sama-sama mensyukuri nikmat iman,islam dan faham yg telah Dia beri. Nikmat kecintaan yang Dia suburkan dalam hati-hati yang hadir disini.

Sebenarnya, aku tidak berapa gemar mengaitkan cinta itu dengan istilah perhubungan manusia-manusia semata-mata.. Cinta itu selayaknya hanyalah hubungan manusia-Allah dan kemudian atas dasar kasih sayang Ilahi maka Dia mengalirkan cinta kita kepada manusia lain pula. Maka terbentuklah link cinta sebenar yang suci Manusia-Allah-Manusia. Hatta boleh juga jadi manusia-Allah-kerja dan segalanya

Manusia à Allah à X ;
 X= apa sahaja yang sepatutnya diletakkan dalam telur putih(alat), bukan telur kuning(matlamat)



Kerana itu, cinta itu adalah kehidupan. Tanpanya, kita akan kering dalam melayari bahteri hidup penuh kepayahan. Hatta untuk memabwa dakwah, tanpa cinta.. boleh jadi ia akan mati ketandusan.

Sejak aku kecil, aku mencintai banyak perkara dalam diam. Samada main-main atau serius. 

Aku pernah mencintai mamoru chiba, jejaka hansome kekasihnya sailormoon, sehingga aku bercita-cita untuk menjadi sailormoon. Paling kelakar, aku pernah bergaduh dengan rakan sekelas darjah 3 hanya kerana sailormoon dan mamoru chiba.. (allahuakbarr)

Aku pernah mencintai siti nurhaliza sampai bila ada kawan lain suka siti nurhaliza juga, aku tak bagi. Aku rela bagi kawan aku naik basikal dan aku berjalan kaki untuk ke sekolah hanya kerana tak nak bagi dia suka siti nurhaliza juga. (astagfirullahalazim3x)

Lagi-lagi bila naik sekolah menengah aku tahu ada sorang rakan sebatch aku adalah sepupu siti nurhaliza. Aku jeles sampai rasa nak tumbuk orang tu, tapi alhamdulillah tak pernah berjaya. (astagfirullahalazim).

Begitukah sebenarnya cinta?



Aku mula mengenali erti cinta yang sebenar adalah ketika aku di tingkatan 4. Selepas aku diuji dengan satu fasa ujian kematian dan kemudian aku diizinkan untuk kembali kepada kehidupan semula, itulah saat keinsafan. Dan aku mula beristikarah untuk membuat pilihan adalah ketika aku di tingkatan 5.. Bukan membuat pilihan untuk berkahwin dengan siapa. Tetapi untuk membuat pilihan tentang kehidupan..seluruhnya.. Bukankah setiap hari kita perlu memilih?

Dan sehingga kini, sejujurnya, aku dapat menikmati keberkatan istikarah yang panjang.. Sehingga dalam tempoh 7 tahun ini, telah banyak pilihan yang mengharukanku dan aku yakin, itu semua adalah ilham dariNya. Dan aku cuba dan berusaha mencintai pilihan itu.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2: 216)

Sehingga kini, setiapkali aku membuat pilihan, maka aku yakin yang aku tenang itu adalah ilham Dia walau pada awalnya aku belum cinta. Kekadang, cinta itu datang dahulu sehingga kita terasa sakit menahannya. Lalu kembalikanlah kecintaan itu kepadaNya. Luahkanlah kepadaNya sehingga Allah menentukan pengakhirannya. Boleh jadi Dia menghapuskan rasa itu atau Dia meningkatkan kesabaran dan ketakwaan kita dalam mujahadah menahan cinta. tetapi yakinlah, ketenangan disisiNya, itulah erti redha..

-iAllah aku akan bercerita dengan lebih spesifik dikemudian hari-

Maka perlakukanlah cinta itu selayaknya hanya kepada Dia dan dariNya, sehingga cinta itu sendiri akhirnya sujud di mihrab taat kepada Allah dan Rasulnya..

Bukankah itu sungguh manis?

Sekali lagi aku tegaskan.. 

cinta itu hanyalah segala yang membawamu kepadaNya..selain daripada itu, ia adalah cinta dusta..

Perlakukanlah cinta selayaknya kepada Allah & Rasul pertama-tamanya sehinggalah akhirnya, cinta itu sendiri tersungkur sujud  kerana taat kepada Allah dan RasulNya.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih dan sayang.”(maryam:96)

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”.
(Yusuf:108 )



Wallahuallam

Friday, April 6, 2012

Barakallahulakuma ukhti fillah


Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.

##

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah..
Seperti bermimpi.. Kau bakal bergelar isteri. Aku teringat suatu ketika dahulu. Sebelum mengenali tarbiyah, aku mula mengenalimu. Dan alhamdulillah, seusai aku tersadung didalamnya, kau pula menyusul bersama. Itu memori indah dan amat indah.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah.
Disebalik kekuranganku sepanjang menjadi ukhti kepadamu, asif jiddan wa afwan kasira kumohonkan. Sehingga kini, bila aku fikirkan kuyakin pasti terlalu banyak kekecewaan dan luka yang tersimpan. Ketika kita belajar bersama-sama, makan bersama-sama, mengejar mad'u bersama-sama, masak bersama-sama. Dan mana mungkin daku lupa kenangan tatkala kita sama-sama jatuh cinta dengan al-quran dan excited untuk menjualnya kepada orang ramai.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah...
Sungguh aku rindu untuk membonceng motorsikal bersamamu. Kau pernah mengajarkanku untuk menghilangkan trauma dan ketakutan dengan motorsikal. Sebab setiap hari aku terpaksa menumpangmu bersama Salahuddin. Salahuddin si motorsikal..sweet kan? Suatu hari ketika kita sma-sama shopping al quran di masjid jamek' seusai habis memborong 2plastik besar AQ, tiba-tiba kita dah kehilangan salahuddin. Allahuakbar! Kuda dakwah yang banyak berkhidmat kepadamu dan aku telah hilang..Pelik sungguh bila aku kenangkan..Tatkala melihat salahuddin tiada ditempatnya, kau ulang alik beberapa kali diparkir yang sama..kemudian kau memandangku..

"alhamdulillah."katamu.

Dari situ, dan dari banyak peristiwa lainnya, aku banyak belajar erti sabar dan syukur..darimu.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Sungguh mana mungkin aku lupa kenangan aku meminjam motor abangku supaya kita boleh merempit semula. Eh, bukan aku, aku tumpang jer.. ukhti yang aku cintailah yang seringkali menjadi mangsa. Menjadi driverku kemana sahaja. Sebab aku takut nak bawa motorsikal..takde lesen pun iye juga.. Sehinggalah suatu hari, anak usrahku sakit dan teringin makan sup. Ketika tu, ukhti yang aku cinta tiada..Oh!terpaksalah aku merempit motor tu juga walau xde lesen hanya kerana nak bg anak usrah makan sup. Sungguh! Bila aku kenang kembali aku terharu sangat dengan perjalanan tarbiyah yang allah anugerahkan kepadaku ketika mengenalimu. dan sungguh! Aku rindu memori itu.


Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Andai aku ceritakan semua yang terpahat dalam kepala dan hati, sudah tentu membazir masamu untuk membacanya. kerana itu, apa yang paling aku ingin katakan adalah selepas ini..yang akan berlaku dan sedang kau lalui.. Akad nikah, walimah dan perubahan status disisi manusia. Dan semoga ia diiktiraf juga disisi ilahi dikau sebagai seorang isteri. amin

Kepada ukhti yang kucinta kerana Allah. Sungguh aku bukan yang terbaik untuk memberi sepatah dua kata nasihat kepadamu.

tetapi sungguh! Hy kerana kau kucinta...inilah doaku dan luahku untuk kau jua kepadaku aulanya.


Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai zaujah penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia. (57:20)
Duhai zaujah penghuni syurga,
Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik kebelakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Beramallah dengan apa yang kau imani seikhlasnya. Walau seluruh manusia tidak mengiktiraf amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala keikhlasanmu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu. Kerana redha ALlah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia berikan kepadamu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi.  Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi khadijah era ini. Bersyukurlah andai kau diuji seperti asiah pemilik mahligai syurga Ilahi.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Cinta itu dari Allah. Datangnya ia daripada Allah dan hilangnya ia juga dengan izin Allah. Kuyakin, dikau yang penuh dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya. Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya.


Wallahuallam

dari sahabat yang mencintaimu kerana Allah,
Mumtazah Maridi
semoga esok segalanya berjalan lancar: asif terpaksa post awal sehari sebab weekend memang xsempat nak online. Barakallhulakuma Ramlah Ngatten dan pasangan









Tuesday, March 27, 2012

adikku, kejarilah kemanisan iman sebelum lainnya

Salam kemuliaan buat adik-adikku dan anak-anakku..

(surat cinta dari someone special.jazzakillahukhair antunna yg mewarnai hidupku.)


Adikku,
Aku tahu engkau letih dan lelah. Lg2 dengan dunia yang sungguh menyesakkan dada dan fikiran.. Bila dunia itu lebih dominan, kita terasa sungguh bahagia dan happy dan cukup je dgn sedikit amal yang kita buat..

tetapi bila akhirat tu lebih dominan dari dunia, baru kita sedar betapa dahsyatnya situasi dunia kini.. kekejaman, kezaliman, kebodohan, kepapaan.. sehingga bila difikirkan, kita terduduk dan sungguh! Keharuan..

Adikku,
Bersabarlah dengan sedikit cuma ujian. andai engkau dihina kerana tudung labuh yang engkau pakai, yakinlah bahawa itu adalah hadiah dari Allah menunjukkan bahawa dakwah tudungmu telah sampai kepada manusia yang menghinamu.

Bersabarlah dengan sedikit cuma ujian. Andai engkau terasa geram dengan akhawat yang tidak memahamimu, berapa kali kuingin katakan;


"tak de sesiapa boleh memahamimu selain Allah. hatta dirimu sendiri tidakkan mampu memahami seluruh ertikata dlm hidupmu kecuali Dia sahaja. maka serahkanlah segalanya kepada Dia."


Adikku,
Bersabarlah dengan sedikit cuma ujian. andai engkau rasa geram dengan orang yang menolak ajakanmu untuk ke usrah, takpun mereka yang menolak untuk ditarbiyah... Yakinlah itu bermakna Allah sedang mendidik kesabaranmu dalam berhadapan dengan masyarakat yang lebih advance dari itu.

Hakikatnya aku ingin dirimu dan diriku BERSABAR dengan apa sahaja yang dihidangkan Allah kepada kita.. Bukankah kita yakin RedhaNya takkan mungkin kita peroleh sebelummana kita tidak REDHA denganNya?

(9:100)

Pupuklah..suburkanlah keimanan yang bertunjangkan amal yang ikhlas.. Peliharalah allah maka akan kau dapati Dia juga memeliharamu..

Banyak perkara yang ingin kukatakan.. Kekadang setiap peristiwa ketika bersamamu ingin aku nukilkan disini.. agar engkau memahami bahawa akakmu sungguh 'concern' dengan butiran kata-katamu..

Dalam amalmu,

1. Bersabarlah
2. Kuatkanlah KESABARANmu
3. Ikhlaskanlah hy kerana Allah
4. Berlaku ihsan lah dengannya

Ingatlah, seberat manapun ujian yang sedang kau hadapi, ertinya allah sedang memberimu peluang untuk meningkatkan 'TAKWA' disisiNya..Tidakkah itu satu peluang besar yang harus engkau grab?

Ingatlah seberat manapun mujahadahmu untuk melawan keinginan hati dan kemarahan akal, hanya Allah yang mampu menilai dan memberi ganjaran. Bukan akakmu, bukan ibumu, bukan adik bradik usrahmu.. tetapi Allah Yang Satu.

Ingatlah, jalan tarbiyah ini datang bersama dengan kasih dan sayang.. Kemanisan dalam mujahadah hanya akan kau dapati setelah melalui kelelahan dan kepenatan dalam melaksanakan amalmu hanya keranaNya.. sehingga suatu ketika Dia juga yang berhak memberi hadiah rasa itu. Rasa cinta paling dalam hanya kepadaNya.


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)


Dan ketika kau milikinya (kemanisan iman) tidakkan engkau mahu yang lain lagi... cukuplah tawakkal kepadanya atas segala urusan lainnya..insyaallah

wallahuallam

with love,
kakakmu/ummimu

Tuesday, March 20, 2012

Adikku, cintailah Dia sebelum dia

Salam kemuliaan buat adik-adikku sayang,

Sebenarnya, akak tidak berapa gemar bercerita tentang cinta manusia disaat saudara kita dibumi palestine dan syiria sedang bermandi darah hanya kerana mempertahankan CINTA mereka kepada aqidah yang diimaninya.Mereka bergelumang dengan senjata,tanah dan darah dalam mempertahankan CINTA mereka kepada islam dan tanahair mereka sedangkan kita sedang bergelumang dengan perasaan yang bergundah gulana hanya kerana CINTA seorang manusia. wallahuallam.


Tetapi setelah membaca beberapa entri dalam blog adik-adikku..Allahhhh, terasa sangat crucial untuk aku menjawab persoalan-persoalan yang bermain dalam jiwa kacau mereka.. Berkaitan CINTA..

Apakah erti cinta bagimu?

Bagiku cinta itu perlu satu lagi link iaitu Allah. cinta itu tidak akan hadir tanpa Allah..dan cinta itu tidak akan pergi tanpa Allah.. hebat kan? Iya, memang hebat kerana Dia yang mencipta cinta.. bukan kamu, bukan akak, bukan dia atau bukan mereka yang banyak mengajarkan kita erti cinta.


Rasulullah pernah bersabda:


Jika allah mencintai seorang hamba maka Dia akan memanggil Jibril;


“Sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia.”


Jibril pun mencintainya lalu jibril menyeru penduduk langit;


“ Sesungguhnya Allah mencintai si polan maka cintailah dia.”


Maka penduduk langit mencintainya sehingga kemudian dia mendapat penerimaan cinta makhluk dibumi.


HR Bukhari




Adikku sayang,

Sememangnya cinta kepada insan itu adalah fitrah. Contohnya rasa sayang dan cinta kepada kedua ibubapa dan keluarga. Itu adalah fitrah kita sebagai seorang manusia. Tetapi bila difikirkan kembali, jika kita sayang mereka hanya kerana mereka ibubapa yang melahirkan, menjaga, membesarkan dan memberi segala keperluan kita..Oh alangkah ruginya kita. Jika cinta kita kepada mereka hanya atas dasar duniawi semata dan reasonnya hanya kerana itu(sebab dia mak kita,ayah kita,dah besarkan kita,dah bagi duit kat kita) semata maka apalah beza kita dan orang kafir?

Alangkah indahnya jika kita benar-benar menghayati erti cinta sebenar yang total disandarkan kepada Allah, kerana Allah dan hanya kepada Allah. Yakinlah dengan hanya memiliki cinta Allah maka kita akan punya segala cinta yang lain.

Oh! Okay..akak straight to the point.. jikalau adik-adikku sayang terjatuh cinta kepada seorang insan yang bergelar lelaki.. beristighfarlah sebanyak-banyaknya. Semoga allah memlihara dirimu dari panahan syaitan yang sangat dekat dengan sudhur(hati)mu..

Adikku,

Kerana kita hanya manusia biasa, sejujurnya ia adalah normal. Perasaan itu SUNGGUH! normal.
Suatu kisah dari saidatina Fatimah ra, kisah yang kupetik dari buku pemilik cintaku setelah allah dan rasulnya hasil tulisan Fatimah syarha;

Selepas Fatimah bernikah dengan ali ra malamnya Fatimah berkata;

“Kanda, dl sebelum kita nikah, dinda teringin sangat menjadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.”

Dengan penuh cemburu sayidina Ali bertanya;
“Habis tu, adinda menyesal menikah dengan kanda?”

Lantas Fatimah menjawab dengan nakal;

“Tidak sayang kerana orang itu adalah kanda.

Lihatlah hakikat perasaan cinta seorang wanita kepada seorang lelaki itu adalah fitrah, tetapi adikku, jangan sesekali menjadikan perasaan fitrah itu kepada fitnah.

Janganlah sesekali kau lari dari mujahadah dalam mengawal rasa fitrah itu. Janganlah sesekali kau lari dari mujahadah bersungguh-sungguh untuk meraih cintaNya yang hakiki.

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih mengetahui betapa dirimu berusaha meraih cintaNya sebelum dia?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami mujahadahmu dalam mendidik diri jika tidak Dia?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami betapa tersiksanya dirimu dalam menyimpan perasaan dan menjaga hatimu dari dinodai oleh bisikan syaitan yang berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH! Untuk mencemarkan kesucian cinta dan hatimu dari terus tulus mencintai Dia yang mencipta cinta?

Adikku sayang,
Siapa lagi yang lebih memahami kesabaranmu dalam mendaki cinta hakiki untuk dimiliki dan cinta seorang lelaki yang halal untuk kau cintai?

Yakinlah.. Kerana allah ingin menguji ketaatan dan kesetiaanmu kepadaNya, maka diuji sedikit hatimu dengan rasa itu. Sungguh aku tidak menipu, diantara dua cinta..Dia dan dia…Kau PASTI akan bahgia jika kau memilih Dia.

Alirkanlah kecintaan yang selain itu melaluiNya..Insyaallah Dia akan membantu dirimu untuk menyampaikan cinta itu kepada mereka yang kau cintai. Apa yang penting kini, ikhlaskanlah diri untuk terus mengejar cintaNya. Semoga cinta dari segala yang mencintaiNya juga akan datang kepadamu.. amin..YAkinlah!

Wallahuallam


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)
Bagaimana mungkin kita mampu menikmati indahnya beribadah andai hati kita sangat jauh dari cintaNya.. Lagi-lagi kepada adikku yang ditarbiyah.. Yakinlah itulah sumber kekuatanmu untuk lebih dekat denganNya. Sibukkanlah dirimu dengan isu-isu yang lebih besar diluar sana. Kenangilah saudaramu di palestine, di syiria dan di negara-negara lain yang kebanyakannya sedang struggle untuk survive dalam mempertahankan aqidah mereka.

Benar.. cintailah Allah dan Rasul yang pertama.. Kobarkanlah semangat jihad dalam dirimu agar pemuda-pemuda diluar sana tergugat dengan keimananmu. Jadikanlah dirimu sebagai srikandi dan bakal ibu kepada mujahid dan mujahidah yang bakal lahir melalui madrasah tarbiyahmu.

wallahuallam

"Seorang ibu itu adalah madrasah. apabila engkau mendidik anak-anakmu, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul."-Penyair.

kakak yg mencintaimu,
mumtazah

Sunday, February 5, 2012

Cinta dan Rindu


Ya Rasulullah s.a.w
Ya allahu rabbi,
Bantulah daku untuk menyampaikan salam rindu dan cinta dari ummat baginda yang rapuh imannya ini..
wallahuallam

Wednesday, December 7, 2011

3 bulan perjalanan mencari cinta (I)

Salam akhawat fillah,

Teringin untuk aku bicarakan tentang 3 bulan perjalananku mencari cinta...Disini, dibumi United Kingdom ini...

Sejujurnya........

Atas urusan ijazah duniaku;

3 bulan aku kesini hanya untuk mempelajari bagaimana untuk mentafsir gambar-gambar dibawah:



Gambar tersebut adalah texture dari chemicals compound yang berbeza..punya ability untuk digunakan dalam teknologi terkini yang sedang berkembang pesat; ada didalam iphone,smartphones,TV, suis, komputer dll disisi kita.

Hanya itukah erti 3 bulan perjalananku disini? Mencari erti sebenar kegilaan teknologi LCD,OLED,TFT dengan liquid crystals dan metallomesogens?


Ilmu Allah yang super agung itu..dikejari para saintis dan engineer sehingga ada yang sanggup hidup dan mati bersama teknologi ini.. TV yang dulu hitam putih, bertukar menjadi coloured dan berkembang lagi sehingga teknologi plasma lcd sekarang..Tidak mustahil suatu hari nanti setiap manusia akan punya LCD screen dengan hanya meletakkannya dalam mata seperti kanta sentuh atau hanya dengan berkaca mata.. dengan menggunakan teknologi mind setting, telah mampu men switch off atau switch on papan layar LCD tersebut..

Iyaaa,,itu tidak mustahil kerana itulah obsesi dan kegilaan orang yang sedang bekerja untuknya.. seperti keobsesan lelaki-lelaki dengan bolanya, seperti kegilaan perempuan-perempuan dengan fashion updated nya..seperti kegilaan daeiyah itu juga dengan tarbiyah/dakwahnya..

Sehingga kini, setelah 3 bulan, aku mula mampu mensynchronizekan segala aktiviti ini dengan perjalanan tarbiyahku..Ia....perjalanan research ini sama-exactly the same- dengan perjalanan tarbiyah yang indah itu..

"Wahai orang2 beriman! Penuhilah seruan allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan."(8:24)

Apakah seruan 'yang memberikan kehidupan' bagiku?
hmmmmm...aku sedang mengarang satu cerita tentangnya....yang kukutip dan ku'grab' sepanjang 3 bulan perjalananku mencari cinta..

3 minggu lagi...ia akan berakhir..semoga Allah mengizinkan untuk aku sampai ke malaysia dengan membawa seruan kehidupan yang lebih segar dari sebelumnya..amin

wallahuallam

mumtazah
york, UK

Monday, June 27, 2011

bezakah kita?

Allah swt menceritakan kepada kita tentang kisah hamba-hambaNya di dalam Al Quran. Kata Allah swt dalam firmanNya di dalam surah Al Furqan, yang bermaksud:

” Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan , “salam”, ” (Al Furqan: 63).

Aku teringat kerendahan hati para sahabat bila berhubung dengan para sahabat lain. Amirul mukminin, Khalifah pertama Islam, Abu Bakar As Siddiq, banyak sekali merendah hati. Setelah wafatnya Rasulullah saw, ketika seluruh kerajaan Islam berada dalam genggamannya, Khalifah Abu Bakar r.a tetap meneruskan rencana Rasulullah untuk menghantar batalion tentera ke Rom dibawah pimpinan Usamah bin Zaid yang usia baru berusia 20 tahun ketika itu (ada riwayat umurnya sekitar 17-18 tahun). Sedangkan di bawah pimpinan beliau, ada Umar Al Khattab r.a , Saad bin Abi Waqqas dan ramai lagi sahabat-sahabat veteran yang kalau ditimbang dengan neraca manusia biasa, pasti kita merasakan mereka ini lebih layak dari Usamah Bin Zaid, pemuda anak kepada seorang bekas hamba berkulit gelap.

Bahkan Khalifah Abu Bakar r.a merendahkan ego dan hatinya dengan mengiktiraf Usamah Bin Zaid sebagai ketua tentera ketika itu dengan meminta izin dan bertanya terlebih dahulu kepada Usamah sebelum meminta Umar Al Khattab menemaninya menjaga negara di Madinah. Syed Qutb malah mengkagumi kisah kerendahan hati Abu Bakr r.a di dalam tafsir fi zilal Surah ‘Abasa.

Rasulullah saw amat menekankan persamaan dan sifat merendah hati. Tidak sepatutnya ada soal siapa lebih bagus dan siapa lebih tinggi dalam kalangan barisan jundullah. Saat berlaku pertikaian antara Abu Dzar r.a dengan Bilal r.a, Rasulullah saw bangun menegur dengan tegas, “Wahai Abu Dzar, semuanya kurang belaka! Tidak ada kelebihan bagi anak mak kulit hitam atau anak mak kulit putih!”.

Bahkan, Rasulullah saw sendiri sangat banyak merendah hati padahal baginda terlalu mulia dan layak disanjung tinggi. Rasulullah rapat sekali dengan Julaybib r.a, seorang bekas hamba yang kemudiannya Rasulullah saw sendiri yang carikan jodoh baginya. Apabila Julaybib r.a syahid dalam sebuah peperangan setelah dibunuh musuh kerana Julaybib r.a telah membunuh 7 orang musuh sekali gus, Rasulullah saw mencari mayat Julaybib, memangku dengan kedua lengannya, menggali kubur Julaybib dan menanam beliau. Rasulullah saw mengangkat tinggi para sahabat dan memperlihatkan kasih sayang sepenuh hatinya.

Barangkali saff-saff pejuang hari ini perlu duduk sebentar dan bermuhasabah. Rata-rata sungutan dan rengetan yang sering singgah di telinga hari ini adalah kisah-kisah hati dan isu-isu perasaan yang tidak pernah henti. Semuanya, aku rasa, adalah gara-gara hati kita yang mati, pancaindera yang tuli, jiwa yang barangkali masih ada sekelumit benci, ukhuwwah yang mungkin belum benar-benar rabbani dan cita-cita yang mungkin juga belum betul-betul suci.

Apa yang menjadi punca kita terasa ingin meninggi diri?

Apa yang buat kita rasa kita lebih benar dari orang lain?

Apa yang membuat kita merasa tinggi?

Kadangkala kita jadi kaku dan kagum, melihat ketinggian iman dan muhasabah para sahabat Rasulullah saw. Mereka yang dijanjikan syurga, mereka yang syahid penghujungnya, mereka yang disukai RasulNya, mereka yang berjuang bermati-matian keranaNya, tetap juga mereka merendah hati dan mengerdilkan ego mereka. Di saat kuasa berada didalam genggaman mereka, mereka semakin tawaddu’, semakin merendah hati, semakin menjauhi ni’mat-ni’mat dunia, agar terjaga hati dan amal mereka.

Lantas, apakah pantas kita yang belum pernah tercalar walau segores luka dijalan Allah ini, layak merasa kita lebih benar, kita lebih tahu, kita lebih banyak dengar pengisian, kita lebih banyak membaca, kita lebih pandai menulis, kita lebih pandai memberi pengisian.. kitalah sekian sekian dan sekian.

Merendahlah.

Syurga Allah terlalu mahal dan tidak mudah diisi. Sekelumit pun riya’, akan tergadailah syurga yang dicari. Andai hilang ikhlas, akan gugurlah amal yang sudah menggunung tinggi.

Allah, jagalah hati-hati kami. Jadikan kami pejuang-pejuang ta’at yang lebih banyak tafakkur dan berdiam diri, daripada riuh dan banyak berbicara, tetapi kecil amal dan penuh iri di hati. ameen.

sumber dr najwa

Kerana ukhwah kita berlandaskan akidah yang satu. bukankah begitu?

Tuesday, April 26, 2011

Ketika cinta berusrah(II)

aku memandang wajahnya dengan penuh takjub.

subhanallah3x.

masyaAllah3x.

beberapa kali lafaz puji-pujian kuungkapkan dek kerana terpesona dengan keindahan ciptaanNya.

salah satu ciptaanNya yang sedang berdiri dihadapanku. lantas, kuhulurkan tangan untuk bersalam.

"Hajar ye?"soalku.

Hajar hanya mengangguk sambil tersenyum..sungguh, sekali lagi aku cair..kupeluk erat tubuh itu tanda ukhwah seakidah yang baru berputik seminit pertemuan kami.

sekali lagi aku memandang matanya yang bulat dan indah, dagunya yang melekuk dan bibirnya yang sentiasa tersenyum. lagi dan lagi aku kagum..

subhanallah3x.

"bagaimanakah kisah jentikan hidayah disebalik wajah ayu ini?".

persoalan itu yang pertama terlintas difikiranku..kerana aku mengimani bahawa setiap apa yang ada dalam diri kita adalah milik Allah. dan kerana aku mengimani bahawa segala yang kita miliki adalah ujian dan rahmat dari Allah. maka aku sangat tertanya-tanya, adakah ini erti syukur bagi adik yang seorang ini?

menyerah diri untuk ditarbiyah dan dipandu kearah jalan cinta ini..jalan yang membawa kita telus dalam memandang diri ini hy hamba kepada ALLAH.

pasti besar mujahadahnya..kan?

kerana

kecantikan itu adalah satu ujian yang besar. perlukan mujahadah yang besar. dan perlukan kesabaran yang maksima...dalam menangkis fitnah dunia.

wallahuallam



teringat kata-katanya semalam. seusai usrah kami yang keempat.

"belum cukup 40 hari saya begini. masih baru dan sangat banyak kekurangan jiwa ni. Tolong pandu saya kak. saya takut andai Allah tarik nikmat rasa untuk istiqamah itu. doakan saya3x."

ketika itu, empangan di pelupuk mataku pecah dan kulihat butiran kaca juga jatuh di pipi Hajar. kami menangis kerana perasaan dan rasa yang sedang kami kongsi bersama ini..sangat indah..indah bila Allah mengghadiahkan pandangan indah kepada tarbiyah. alhamdulillah.

"Allahu Rabbuna, tsabatkanlah kami atas jalan ini. kuatkanlah kami, ujilah kami dengan apa saja cara yang Engkau sukai.dan Engkau alirkanlah rasa cinta dan syukur ini bersama angin lalu agar dirasai auranya oleh orang sekeliling kami.Kuatkan kami. kuatkan kami..kuatkan kami Ya Allah..aminn"

Friday, March 18, 2011

buat kerana taat itu lebih indah daripada mengharap kemanisan iman atau kemenangan

tengahari tadi, masa aku nak ke surau, terserempak denagn seorang foreigner yang memakai baju tertulis....


1st impression..

aku gelak...huuuuu

then, aku pandang kiri dan kanan, risau ada yang terasa atau terpandang gelak jahat aku tuh..

tapi, sesampai je aku kat surau...terfikir balik.

sedihnya..

Ya Allah, bolehnya aku gelakkan orang yang tidak tahu tentangMu??

astagfirullahal azim3x..

~menangis

balik dari surau, aku teruskan kerja meng'edit' research proposal untuk permohonan postgraduate research grant...sambil tu, telinga aku terdengar perbualan orang sekeliling;

dua orang sahabatku sedang membicarakan tentang apa yang berlaku di jepun. dan kedua-dua mereka adalah non muslim.

blaaa..blaaa..blaaa...

"kelihatannya dunia hampir musnah..what we can do?"

"just wait and see..finish our study may be.."


dan mereka mengeluh...kelihatannya keluhan yang diluahkan bukanlah kadar biasa, tapi kadar maksimum dan tahap dah tak tahu nak buat apa melainkan serahkan segala takdir pada alam..

"WAIT AND SEE"

sekali lagi aku menangis...

Ya Allah,

sudah tentu akulah yang akan Kau persoalkan..Indahnya andai orang sekelilingku mengetahui dan menyedari..Hy Engkaulah Yang Berkuasa atas segala sesuatu yang terjadi..

***********************

daei mukmin itu sifatnya sentiasa 'alert' dengan dosa dan noda.. sentiasa 'alert' dengan perubahan duniawi dan ruhiy.

kerana itu mereka sentiasa perasan dengan perubahan kekurangan dan pertambahan..

kerana itu mereka sentiasa mencari..

kerana itu mereka mampu melihat apa yang ada di depan mata dengan sudut pandang islam itu sendiri..

bak kata seorang ustaz...pakailah kaca mata islam itu...

sebagaimana Umar bin Abdul Aziz yang menerima tampuk kekhalifahan disaat-saat penyakit 'wahan' itu mula menjalar dalam diri sebilangan muslim.. namun, kerana sifat 'alert' nya dan kerana ketinggian sesitivitinya kepada jahiliyah itu, menjadikan islam kembali menyinar dan mekar dibawah pimpinanya..


begitu juga,sebagaimana lebih 1450 tahun yang lalu, bagaimana rasulullah pergi mengasingkan diri ke gua hira' kerana sedar dengan kekalutan jahiliyah pada era itu.. Rasulullah sensitif dan rasulullah alert dengan situasi manusia yang tidak kene pada masa itu..

itulah gerak hati orang mukmin yang sentiasa sensitif dengan perubahan diluar fitrahnya..

dan

subhanallah3x!

Allah memberi satu hadiah terindah dan teragung dalam zaman kehidupan manusiawi..

islam datang ketika mana seluruh manusiawi ditelan dengan keraguan maha dahsyat tentang erti sebenar kehidupan itu sendiri...

sebelum itu, hidup mereka tidak lebih dari kitaran yang membosankan tanpa mereka ketahui apakah asbab kejadian mereka dilahirkan kedunia..

dan islam itu datang ketika kegelapan sedang menerajui seluruh pelusuk duniawi.. 610 tahun mereka kehilangan pemberi peringatan setelah kewafatan isa a.s..



adakah kerana itu generasi pertama yang keluar dari madrasah tarbiyah rasulullah s.a.w itu tiada tandingannya?

adakah kerana itu, generasi Al-Quran yang unik itu tiada langsung keraguan dengan islam yang dianutinya?

tahap kehausan mereka dengan 'fitrah' itu menjadikan mereka hebat dan kuat dalam mempertahankan islam setelah memperolehnya..

kerana itu,

bila aku renung kembali dalam diriku,

kenapa aku meletakkan diri aku sebagai 'daei'?

kenapa aku buat semua ini?

aku mengambil masa yang agak lama untuk refresh semula nawaitu itu...

lantas, aku manarik nafas yang panjang.

Ah! sekaligus mengingatkan aku bahwa erti hidup ini hy sebagai khalifah dan a'bid itu...

insyaallah, kembalilah kepada fitrah asal..

aku sedang membawa al-haq itu..Al-haq yang telah Allah hadirkan secara fitrah dalam diri setiap manusiwi namun tidak disedari oleh kebanyakan manusiwi itu..

aku sedang melepaskan diri dari perhambaan kepada manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah semata..dan aku tidak mahu mendapatkan nikmat itu seorang diri.. kerana islam itu tidak akan tertegak atas kaki aku semata. dan syurga itu tidak akan aku miliki melainkan dipersoalkan terdahulu tentang usahaku dalam menyampaikan kefahaman itu.

dan apa yang lebih pasti, aku sangat meyakini yang Allah akan menguji aku..sentiasa menguji..sebagai satu bahan tarbiyah direct dariNya..kerana itu juga, aku KENE bersiap siaga dengan mind setting itu..'berlapang dada dengan tarbiyah itu'..

buat kerana taat itu lebih indah daripada mengharap balasan kemanisan iman atau kemenangan
..

dan TAAT kepada Allah dan RasulNya adalah pasti, tetapi nikmat kemanisan iman, nikmat kemanisan ukhwah, nikmat kemudahan dalam kepayahan hanyalah bonus dan hadiah dari Allah..

kerana itu, bersabarlah..bersabarlah..bersabarlah..

“Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya."(19:65)


akhawat fillah,

ingatlah,

mati itu pasti dan hidup itu insyaallah..

kerana itu, mengapa kita perlu ragu-ragu lagi?

seringkali memikirkan kepentingan kehidupan sementara itu jika nak dibandingkan dengan perjalanan selepas kematian itu?

mengapa takut untuk melepaskan dunia?

mengapa takut untuk mengatakan kebenaran?

mengapa takut untuk kepenatan?

mengapa takut untuk kehilangan harta?

mengapa kedekut dengan masa?

mengapa masih berkira-kira waktu kerehatan?

mengapa amsih ragu-ragu untuk mengangkat tangan?

tidakkan syahid itu matlamat kita?

kerana itu...

mengapa harus kita ragu-ragu...

bahawa..kerana Allah sayangkan kita, maka Dia berikan kita peluang untuk bersama kafilah dakwah ini..Dia telah melorongkan kita kejalan syurga..tapi bagaimana kita menerimanya?

wallahuallam

aku sangat takut.....

Tuesday, March 15, 2011

aku mengimpikan


Alhamdulillah,

baru sudah duduk2 dalam bulatan cinta k.i.ta.. melihat semangat dalam diri mereka benar-benar menjadi booster kepada aku untuk terus melaju dan terus kuat dalam medan amal ini.

melihat himmah dalam diri mereka benar-benar membuka fikiranku betapa Allah telah memudahkan langkah perjuanganku dengan kehadiran hawariyyun itu.

tatkala menulis ini, mereka telah tidur 'collapse' terus selepas menangguh majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr. Aku terkesima sebentar dalam penulisan dek rasa sayu melihat wajah2 mereka yang kelihatannya penat dalam berusaha mengejar alat2 terbaik untuk dijadikan senjata dalam menunaikan hak kepada Allahu rabbuna sebagai seorang a'bid dan khalifah.

tatkala kami sama-sama menyanyikan lagu 'merah saga' itu,kelihatannya telah mekar semangat jihad yang membara dalam diri mereka.

tatkala kami sama-sama makan dan bekerjasama dalam apa sahaja kerja dunia dan akhirat ini, kelihatannya sudah tertanam izzah dan cinta kepada ukhwah ini.

tatkala kami membicarakan tentang cinta kerana Allah, kelihatannya sudah tertanam rasa ithsar itu dalam pembicaraan mereka.

sambil memandang ke wajah-wajah mereka, aku terfikir adakah aku seorang yang syok sendiri dalam menilai tahap kecintaan mereka atas jalan ini?

wallahuallam

pernah aku katakan kepada mereka.

"aku mencita-citakan satu katibah(pasukan) dari lokaliti ini untuk tempoh 2tahun dari sekarang."



kenapa dua tahun?kerana aku memandang katibah itu akan lahir dari adik2 yang bakal masuk bulan september ini.

mungkin ada yang berpandangan;

keciknya cita-cita dia.. atau mungkin ada sebilangan juga yg memandang.. biar betul, besarnya cita-cita..

aku tidak peduli kecik atau besar pandangan orang..

apa yang aku nampak..

rasulullah s.a.w telah membina manusia-manusia sehingga 240,000 orang dalam tempoh 23 tahun....

dan syeikh ahmad yassin telah meniup semangat jihad dalam diri beribu-ribu rijal dalam tempoh beberapa ketika cuma..

dan as syahid hassan al-banna telah menarik lebih 2 juta manusia untuk bergabung bersamanya dalam tempoh 20 tahun

dan apa yang ketara lagi pasti..

mereka bermula dengan SEORANG..

dan mereka bermula dengan CITA-CITA..

sebagaimana ketika rasulullah menjanjikan kota rom, parsi dan konstantinople ketika baginda dan para sahabat sedang mengharungi saat-saat genting di medan ahzab..

sebagaimana ketika rasulullah menjanjikan kemenangan yang nyata kepada sahabat yang berjuang..

sedangkan tatkala itu mereka tiada apa2 melainkan Allah dan RasulNya..

sangat2 takjub dengan kekuatan jiwa mereka..

oh! nak dibandingkan dengan kita..-menangis-

kerana itu, sekurang-kurangnya kita perlu meletakkan aims yang tinggi dan semampunya kita berusaha kearahnya..

sebagaimana cita-cita Umar Al-Khattab tatkala ditanya oleh 2 sahabat baiknya...

"Aku mengimpikan bilik ini dipenuhi RIJAL-RIJAL seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim hamba huzaifah, lalu aku gunakan mereka untuk meninggikan kalimah Allah."




subhanallah...

sangat terkesan..sangat berbekam..dan sangat memotivasikan diri ini..

kerana aku sangat yakin, tiada yang lain jalan untuk mencapai redhaNya, melainkan kita membawa islam itu kepuncak ustaz(pengikut) kepada alam sebagaimana zaman abbasiyyah 750-1258M lalu..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman."

[As-Soff:10-13]


wallahuallam

Monday, March 14, 2011

cinta itu, andai mudah untuk dialirkan

hati,
bersabarlah,
dan kuatkan kesabaranmu,
dan bersiap siagalah,

sungguh,
kerja itu bukan mudah,
jalan ini bukan remeh dan lengah,
kerana itu,
persiapkanlah dirimu sentiasa,
dengan bekalan takwa kepadaNya,

semoga tiada yang lain nafasmu,
melainkan bersama cinta ini.



benar, sememangnya aku telah jatuh cinta dengan jalan ini. kerana itu, aku sangat takut untuk membiarkan diri ini menerobos kearah kefuturan tanpa bimbingan.. kerja makin banyak..masa makin singkat..semoga diri kita terus tsabat dalam dakapan cinta kearahnya.

benar, cinta itu adalah kekuatan dan keyakinan. atas al-haq yang digenggam dan dipertahankan.. mudahnya andai ia bisa ditebarkan. mudahnya andai ia bisa diwar-warkan. mudahnya andai ia bisa diberi faham..
iya, sememangnya kita sedang menebarkan, mewar-warkan dan memberi faham...namun, manakah nikmatnya andai semudah untuk mennyuap makanan itu erti sebuah cinta yang kita perjuangkan?

******************************

derasnya air mata mengalir. bila mengenangkan adikku yang tersayang. aku nampak potensi itu. aku nampak keinginan itu. tapi adakah aku yang melakar alasan sehingga melambatkan penunaian hak keatasnya?lagi-lagi bila melihat mutarabbiku sudah melaju bersama arus dakwah, melihat mutarabbiku sudah cair hatinya dalam menyerahkan diri untuk ditarbiyah, dilentur dan dibentuk. sedangkan adikku yang jauh itu kutinggalkan tanpa menarik tangannya, tanpa membimbingnya bersamaku.. benar Ya Allah, aku sudah tiada masa..untuk terus mencari dan membina hati-hati manusiawi.sekaligus membawa mereka kepada perhambaan hanya kepadaMu.aku sudah tiada masa..maka Kau cukupkanlah..sedaya upayaku untuk kearahMu..

dan cinta itu,
andai mudah untuk dialirkan, maka mungkin bukan syurgalah bayarannya..

duhai diri, sabar..sabar..sabar..

mood: menangis

Wednesday, March 9, 2011

setakat itu jer ke?


Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau peliharalah mereka yang sedang membaca entri ini.Hadirkanlah rasa cinta dalam hati mereka untuk mencintai setiap yang membawa kecintaan mereka kepadaMu.amin

************

"tengok x cerita s..... d..... semalam?"

"nyampahnya tengok hero cite ......"

"uissshhhh, semalam aku buat tu, buat ni...blaaa3x, jumpa tu, jumpa ni...."

"nak mintak pandangan sikit pasal BF aku ni...blaaa3x...."


sambil aku duduk 'melepak beriman' sambil minum teh di kedai kopi itu, mataku menjeling, telingaku mendengar, dan hatiku meng'evaluate' setiap situasi yang kulihat, kudengar perbualan dan gerak geri masyarakat sekelilingku dengan interpretasi kefahamanku.

justeru, hatiku memberontak dan mendengus;

"Oh manusia, itu sajakah yang kau bahagiakan, risaukan.."


bahagia bila diri disayangi oleh manusia yang bukan mahram, risau memikirkan siapakah jodohku, keliru membuat keputusan mana satu 'insan' yang aku nak terima sebagai 'kekasih', bagaimana untuk meluahkan sayang pada insan yang bukan mahram...


difikirkan bagaimana itu, bagaimana ini, kemana itu, kemana ini...

Arrrgggghhhhhh!!!!

Complicated nye hidup manusia nih..aku pun jadi penat tengok mereka..

so,

aku bukan manusia kah?

Oh!

mumtazah memang giler agaknya...

bukan itu yang sedang berlegar dalam fikiranku sebenarnya.. bukan bebelan untuk menghentam sesetengah manusia yang berada dihadapanku..

tapi sungguh, aku kasihan melihat mereka yang belum sedar bahawa dunia ini sedang dalam proses kehancuran.. barangkali sedar tapi mungkin terlupa..begitukah?


dan tentunya aku sangat bersedih dengan diri sendiri yang tersangatlah ampuh dan lemah dalam menyampaikan mesej bahawa 'Allah itu sahaja Illah(sembahan) kita, dan Muhammad itu jer nabi kita.'

illah(sembahan) kita bukan TV, bukan BF, bukan mak ayah, bukan jemaah..wallahuallam

disaat anak2 kecil palestin berlari-lari mengejar yahudi sambil membaling batu-batu kecil kepada musuh itu, disaat negara-negara middle east berantakan mempertahankan hak keislaman mereka, disaat mujahidin/mujahidah bersungguh-sungguh dalam menegakkan Al-HAq diatas muka bumi ini, sanggupkah kita hanya berbicara tentang serpihan-serpihan duniawi cuma?


Oh!nampaknya cita-cita kita jauh lebih 'ntah apa-apa' jika nak dibandingkan dengan anak2 kecil di palestin itu..

astagfirullahal azim3x


Dari Abu Hurairah radhiyallâhu'anhu, dia berkata:
“Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda,Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya".” (hadith 12 daripada hadith 40 imam nawawi)


"dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang dibumi ini nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan."(6:116)

jom sama-sama kita tingkatkan amal dan hamasah(semangat) dalam mujahadah...payah kan untuk membentuk peribadi mukmin?

tapi boleh...insyaallah

wallahuallam

by fz_tarbiyah; PJ

Monday, March 7, 2011

bila Allah menjentik hati



Sahabat 1:
Tatkala hati dalam kegalauan
Kemana harus kutunjangkan kasih??
Kepada siapa harus kuluah rasa??
Hati yang beku seperti permukaan antartika..
Namun dasarnya cair dengan lautan sejuk tiada tara
Fikiranku buntu mentafsir rasa
Aku dalam kelam
Jiwaku kekosongan
Hatiku gundah
Otakku bercelaru dengan
Soalan tak berjawapan
mum:Dis2009


Sahabat 2:
Wahai insan yang menghirup udara dimuka bumiNYA
Wahai teman yang kurasakan sedang mencari-cari jawapan
Tahukah engkau nilai ketenangan sebenarnya?
Rasakah engkau nilai kasih yg menjadi fitrah insani
Perasankah dikau nilai sayang yg sentiasa bertunjangkan keagungan
Kerlingkah dikau kehadapan
Memandang penciptaan yg mengkagumkan
Ketahuilah teman
Segalanya hanya dr Dia
mum:Dis2010


duhai jiwa yang tenang, kembalilah engkau kepada Allah dengan tenang..sungguh, Allah satu-satunya cinta terindah buat kita.

wallahuallam

by fz_tarbiyah; PJ

Thursday, January 20, 2011

~lagi-lagi cinta

alhamdulillah,
alhamdulillah,
alhamdulillah...
syukur kehadrat ilahi, syukur yang tak terhingga atas rahmat dan kasih sayangNya dalam memberi segala apa yang ada padaku. apatah lagi nikmat faham tentang islam itu sendiri.
sungguh, itulah satu nikmat terbesar dan terindah bagiku didunia ini.
sesiapa yang Allah hendak beri kebaikan kepadanya, maka akan diberikannya faham didalam DEEN(cara hidup).(sahih bukhari)
maka, kepada sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk menerima islam.....(6:125)
dan nikmat itu akan mengalir melalui saraf dan salur darah kita sehingga tiada apa yang dipandang melainkan islam belaka.
dan ketika itu juga setiap rongga dan nafas, setiap gerak dan langkah akan terasa lebih hidup dan memberi manfaat.
beginikah indah sekali cinta dan erti sebenar nikmat hidup dibawah naungan tarbiyah?
'LAGI-LAGI CINTA...'
bosankah kamu yang membaca..
aku ini, penulis ini...asyik2 cinta...asyik2 Dia...apakah itu sahaja erti hidupnya?
hmmmmm.....kerana setiap nafasku adalah tanda cintaNya...dan setiap gerakku adalah anugerah dariNya...dan setiap rasa dari hatiku adalah lambang kasihNya....
kerana itu, aku tidak akan berhenti bercerita tentang cinta Dia.....
" Ya Rabbi, janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu, dan cinta untuk mengejar cintaMu, dan cinta kepada segala yang membawa daku kepadaMu...amin"
*******************************************************************
berkali-kali adikku bertanya, inikah tarbiyah kak?
adakah rasa begini adalah tarbiyah juga kak?
subhanallah,
jelousnya denganmu adikku,
....ketika saat pertama hati itu mekar berbunga..
adikku,
itulah nikmat rasa yang Allah telah jentik kedalam hatimu.
indahnya bila kita dapat rasa setiap detik dan peristiwa yang dilalui itu adalah tarbiyah direct dari Allah..
adikku,
tahukah dikau mengapa tidak semua dari kita dapat merasai nikmat tarbiyah itu hatta selepas setahun, dua tahun atau lebih dari itu dia bersama dengan kafilah ini(tarbiyah dan dakwah)?
jawapannya, tepuk dada tanyalah diri kita sendiri..
adakah kita telah menyediakan bejana hati untuk disuburkan dengan tarbiyah?
adakah kita sudah 'setting mind' untuk berlapang dada dengan segala bentuk tarbiyah ilahi?
adakah kita cinta untuk merebut cintaNya dan menerima tarbiyahNya?
kalau kita lihat para sahabat terdahulu yang 'sami'na wa ato'na(kami mendengar dan kami taat)', maka adakah itu sikap kita untuk menerima segalanya dari Ilahi?
Nah!
inilah kunci untuk kita merasai kemanisan dan keindahan tarbiyah..
makanya, sediakanlah bejana-bejana hati yang kosong tetapi penuh dengan iltizam untuk 'tidak berkira' dengan apa sahaja tarbiyah yang akan kita terima.
kalau para sahabat terdahulu diuji dengan kemelaratan, tekanan mental yang melampau dan penyiksaan fizikal yang amat teruk dari pihak quraisy, namun betapa berlapang dadanya mereka dengan tarbiyah ilahi....
syahadah itu tetap disemat utuh tanpa kompromi atau ragu-ragu..
oleh itu, begitu juga dengan kita kannn???
wajarkah kita berpaling selepas melihat dan merasai sendiri keindahan berada dibawah naungan tarbiyah?
sesungguhnya orang yang sebenar-benar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan HARTA DAN JIWANYA pada jalan Allah, mereka itulah orang yang benar.(49:15)
subhanallah!
jom sama-sama kita perkasa langkah, tingkatkan iman dan amal...moga2 nikmat hidup dibawah bayangan tarbiyah akan dirasai oleh kita. amin.
bukankah dakwah itu cinta..dan bila kita benar-benar sudah jatuh cinta....
tentulah tiada yang lain, melainkan kita sentiasa nak mendampinginya..
nak hidup bersamanya..
sehingga...................?
cukuplah sehingga Allah tentukan samada kemenangan atau kita syahid dengannya...
itulah nikmat jalan cinta para pejuang.
bukan dibayar murah dengan perempuan,
bukan dibayar murah dengan kemewahan,
bukan dibayar murah dengan airmata kerana ditinggalkan insan...atau kekecewaan atas perkara remeh dunia semata..
namun jalan cinta kita dibayar dengan HARTA DAN JIWA...
darah dan airmata..
kekeringan wang dan mujahadah jiwa...
dan semua itu berbaloi kerana kita yakin dengan janji-janjiNYA..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin baik JIWA mahupun HARTA mereka, dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga; mereka berjuang dijalan Allah maka diantara mereka ada yang membunuh dan terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah didalam Taurat, injil dan AQ. dan siapakah yang lebih menepati janji selain Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu. Dan demikian itulah kemenangan yang agung.(9:111)
wallahuallam
by fz_tarbiyah; KL

Tuesday, January 11, 2011

~cinta taruhan dunia & akhirat

Cinta,

Pabila telah menguasai diri,

tiada yang lain yang diharapkan,

melainkan apa yang dicintai.

Tatkala ini,

ada satu rasa dari hati yang dalam,

tetapi terlalu sukar untuk dizahirkan,

apatah lagi melalui penulisan.

terasa panas dimataku,

sepertinya akan pecah benteng kecintaan,

tetapi tetap disalut ketakutan,

risau andai diri bertepuk sebelah tangan.

tiadalah daku layak untuk menerima,

pandangan yang agung lagi mendamaikan,

dari kejauhan semahunya aku hanya memandang

penuh takjub pada setiap kecintaan

melalui setiap pemberian.

Ya Rabbi,

Aku telah mempertaruhkan cinta itu hanya kepadaMu, (6:162)

Aku telah menjual diriku hanya kepadaMu,(61:10-11)

Ya Rabbi,

Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan RasulMu,

Tetapkanlah hatiku dalam mencintaaiMu,

mentaatiMu dan cinta kepada beribadah kepadaMu,

Ya Rabbi,

ampunkanlah daku dalam setiap kekurangan memberi kepadaMu,

ampunkanlah daku dalam keterlanjuran mengalih pandangan dari syukur kepadaMu.

“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.(7:17)
by fz_tarbiyah:PJ

Monday, January 3, 2011

~aku ingin menunaikan hak dan janji

(inilah dunia.ibarat celupan jari kita kedalam lautan yang luas.ada effect kah?)
salam..alhamdulillah thumma alhamdulillah..aku masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup sebagai khalifah diatas muka bumiNya. alhamdulillah. Entri kali ni aku tulis sebagai membayar hutang seorang teman.heeee...lama sudah seorang kawan sekerjaku menegur;
"Mum, awak tulis sendiri ke kat blog tu?" ty seorang super senior. "Hmmmm, yang saya copy, saya tulis sumbernye. nape kak?" "Owww, terlalu bombastik dan sukar untuk difahami..."jawab akak tu.
hmmmmm, at that time aku terfikir. Benar, dan memang benar... selama ini, penulisan dan luahanku disini terlalu fokus untuk akhawat dan untuk mereka yang sering bersamaku. Begitu juga untuk mereka yang sama2 sedang menelusuri jalan dakwah dan tarbiyah ini. Oleh itu, bagaimana pula dengan mereka yang mencari nilai-nilai islam dari sudut yang mudah difahami umum?mungkin mereka boleh mendapatkannya dari blog lain. Tapi aku yakin, aku masih punya tanggungjawab untuk menunaikan hak-hak mereka yang membaca entriku disini. Syukran kak bond. Maafkan saya kerana lambat untuk menunaikan hak ini.^__^.
Dimalam tahun baru, aku mellihat pemandangan dan suasana manusia di sekelilingku. terasa sayu dan ingin menangis. Aku seperti melihat cermin diriku 2 tahun yang lalu..Memang kuakui kini, aku sudah terlupa dengan nikmat yang dulunya menggembirakan aku. Kalau dahulu,bila tension, seringkali aku jadikan mid valley sebagai tempat melepaskan tension atau first lady di AmCorp Mall sebagai tempat persinggahan. Shopping, TV, gossip adalah perkara paling syok untuk menghiburkan hati yang serabut dengan macam-macam perkara dunia. Selain itu, dalam kepala memang sentiasa nampak yang materi(physical). mengimpikan kejayaan, memiliki gaji besar, kereta besar, rumah besar, suami kaya...dan segalanya nak yang best2. Sehingga akhirnya aku terlupa, semua yang best tu hanya dunia jer. Dunia yang menjadi persinggahan kita semua. Sekelip mata cuma kita singgah disini sebelum melalui akhirat yang infiniti.
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui."(30:64)
Bila difikirkan lagi, mengapa kita terlalu mudah mengikut arus duniawi ye? Padahal sebenarnya memang kita sedia maklum yang dunia ni sementara je...
"Iblis menjawab,' Kerana Engkau telah menyesatkanku, pasti aku akan selalu menghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau akan mendapati kebanyakan mereka tidak bersyukur'."(7:16,17)
Kerana itulah kita perlu muhasabah diri kita apakah perisai yang kita ada dan gunakan untuk menangkis tujahan syaitan dalam menghasut kita? Cukupkah preparation kita dalam mengahalang 'tarbiyah(didikan)' syaitan yang bekerja keras menghasut kita melebihi level iman kita yang kadang naik, kadang turun. Kerana itu jugalah Muadz bin Jabal mengajak para shabat untuk sentiasa beriman sejenak dan ditambah oleh Abu Rawahah bahawa; "Hati kita umpama air yang sedang menggelegak diatas api. cepatnya berubah-rubah." Mudahnya hati manusia berbolak balik daripada baik kepada buruk dan sebaliknya. Oleh itu, sebagai seorang muslim, carilah apa sahaja wasilah(jalan) untuk kita mendekatkan diri kepada Allah kerana sememangnya tiada cara lain untuk kita tangkis anasir jahat syaitan dan konco-konconya melainkan dengan kembali mengingati Allah.
" Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah untuk mendekatkan diri kepadaNya dan bermujahadahlah di jalanNya AGAR KAMU BERUNTUNG."(5:35)
wallahuallam.. ....tbc... by fz_tarbiyah; PJ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...