Friday, April 20, 2012

Sehingga cinta sujud dalam mihrab taat kepadaNya


Perlakukanlah cinta selayaknya,
Sehingga ia sujud di mihrab taat kepada Allah dan RasulNya..

“Akak, camane nk buat kalau kita terjatuh cinta?”

Soal adik usrahku ketika  dalam perjalanan menghantarnya ke kolej, lewat malam semalam. Aku yang duduk di seat driver hanya tersenyum.

“ Kembalikanlah cinta itu kepada yang memberi rasa iaitu Allah. Insyaallah Dia akan tunjukkan cara. Yakinlah cinta adalah segala apa yang membawa kita kepada Allah. Selain daripanya hanyalah dusta.” Jawabku. 



Tidak pasti samada dia dapat memahami sedalamnya atau tidak apa yang kukatakan.

Seusai beredar dari kolej tersebut, kereta menyusur kejalan utama menuju highway. Sepanjang perjalanan aku beristighfar, mengharap Allah mengampunkan segala kekuranganku sebagai hamba. Sangat takut andai dosa-dosa yang menempel dalam diriku telah menghijab rahmat Allah untuk sampai kepada adik-adik usrahku atau kepada aku sendiri. Astagfirullahal azim3x.

Lewat ini, aku melihat ramai mereka yang senang membicarakan isu ‘cinta’. Setiapkali usrah, ada je soalan tentangnya yang diajukan kepadaku. Aku tak berapa pasti adakah kerana sudah ada cincin dijariku maka mereka rasa aku senang untuk diaju soalan-soalan begitu. Atau kerana aku sering menyebut perkataan ‘cinta’ setiapkali bersama mereka . Setiapkali memulai pengisian, aku suka untuk mengajak mereka sama-sama mensyukuri nikmat iman,islam dan faham yg telah Dia beri. Nikmat kecintaan yang Dia suburkan dalam hati-hati yang hadir disini.

Sebenarnya, aku tidak berapa gemar mengaitkan cinta itu dengan istilah perhubungan manusia-manusia semata-mata.. Cinta itu selayaknya hanyalah hubungan manusia-Allah dan kemudian atas dasar kasih sayang Ilahi maka Dia mengalirkan cinta kita kepada manusia lain pula. Maka terbentuklah link cinta sebenar yang suci Manusia-Allah-Manusia. Hatta boleh juga jadi manusia-Allah-kerja dan segalanya

Manusia à Allah à X ;
 X= apa sahaja yang sepatutnya diletakkan dalam telur putih(alat), bukan telur kuning(matlamat)



Kerana itu, cinta itu adalah kehidupan. Tanpanya, kita akan kering dalam melayari bahteri hidup penuh kepayahan. Hatta untuk memabwa dakwah, tanpa cinta.. boleh jadi ia akan mati ketandusan.

Sejak aku kecil, aku mencintai banyak perkara dalam diam. Samada main-main atau serius. 

Aku pernah mencintai mamoru chiba, jejaka hansome kekasihnya sailormoon, sehingga aku bercita-cita untuk menjadi sailormoon. Paling kelakar, aku pernah bergaduh dengan rakan sekelas darjah 3 hanya kerana sailormoon dan mamoru chiba.. (allahuakbarr)

Aku pernah mencintai siti nurhaliza sampai bila ada kawan lain suka siti nurhaliza juga, aku tak bagi. Aku rela bagi kawan aku naik basikal dan aku berjalan kaki untuk ke sekolah hanya kerana tak nak bagi dia suka siti nurhaliza juga. (astagfirullahalazim3x)

Lagi-lagi bila naik sekolah menengah aku tahu ada sorang rakan sebatch aku adalah sepupu siti nurhaliza. Aku jeles sampai rasa nak tumbuk orang tu, tapi alhamdulillah tak pernah berjaya. (astagfirullahalazim).

Begitukah sebenarnya cinta?



Aku mula mengenali erti cinta yang sebenar adalah ketika aku di tingkatan 4. Selepas aku diuji dengan satu fasa ujian kematian dan kemudian aku diizinkan untuk kembali kepada kehidupan semula, itulah saat keinsafan. Dan aku mula beristikarah untuk membuat pilihan adalah ketika aku di tingkatan 5.. Bukan membuat pilihan untuk berkahwin dengan siapa. Tetapi untuk membuat pilihan tentang kehidupan..seluruhnya.. Bukankah setiap hari kita perlu memilih?

Dan sehingga kini, sejujurnya, aku dapat menikmati keberkatan istikarah yang panjang.. Sehingga dalam tempoh 7 tahun ini, telah banyak pilihan yang mengharukanku dan aku yakin, itu semua adalah ilham dariNya. Dan aku cuba dan berusaha mencintai pilihan itu.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2: 216)

Sehingga kini, setiapkali aku membuat pilihan, maka aku yakin yang aku tenang itu adalah ilham Dia walau pada awalnya aku belum cinta. Kekadang, cinta itu datang dahulu sehingga kita terasa sakit menahannya. Lalu kembalikanlah kecintaan itu kepadaNya. Luahkanlah kepadaNya sehingga Allah menentukan pengakhirannya. Boleh jadi Dia menghapuskan rasa itu atau Dia meningkatkan kesabaran dan ketakwaan kita dalam mujahadah menahan cinta. tetapi yakinlah, ketenangan disisiNya, itulah erti redha..

-iAllah aku akan bercerita dengan lebih spesifik dikemudian hari-

Maka perlakukanlah cinta itu selayaknya hanya kepada Dia dan dariNya, sehingga cinta itu sendiri akhirnya sujud di mihrab taat kepada Allah dan Rasulnya..

Bukankah itu sungguh manis?

Sekali lagi aku tegaskan.. 

cinta itu hanyalah segala yang membawamu kepadaNya..selain daripada itu, ia adalah cinta dusta..

Perlakukanlah cinta selayaknya kepada Allah & Rasul pertama-tamanya sehinggalah akhirnya, cinta itu sendiri tersungkur sujud  kerana taat kepada Allah dan RasulNya.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih dan sayang.”(maryam:96)

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha suci Allah, dan aku tiada Termasuk orang-orang yang musyrik”.
(Yusuf:108 )



Wallahuallam

Monday, April 16, 2012

luruskan niat!

Dalam muhasabah, Wafa membayangkan kisah 3 orang hamba Allah yang Maha Pengasih. 3 orang pejuang dijalanNya yang mati dengan mulia. Seorang ahli qari, seorang dermawan dan seorang lagi mujahid yang syahid.

Di hadapan Allah, mereka ditanya, 
"Untuk apakah engkau lakukan semua itu?"
maka dijawab oleh mereka:
Si Qari menjawab, " Kau kurniakan kepadaku ilmu lalu kuajarkan ia kepada manusia. Semata-mata mengharap redhaMu."
Si Dermawan menjawab, " Kau kurniakan kepadaku harta dan kekayaan lalu kuinfaqkan ia dijalanMu. Semata-mata mengharap redhaMu." 
Si Mujahid yang syahid menjawab, " Kau kurniakan kepadaku kehidupan yang baik, lalu kuinfaqkan jiwaku dijalanMu. Semata-mata mengharap redhaMu."
Dan Allah berkata:
" Dusta!dusta!dusta! Kau ingin disebut alim dan kau telah dipuji-puji!
Kau ingin dipanggil dermawan, dan itu yang telah kau dengar! Kau ingin dikenang sebagai pahlawan, dan keberanianmu telah termasyur dimana-mana."
Alangkah menyesal dan ruginya amalan itu.. Allahuakbar

"sudah sampaikah kpdmu berita ttg kiamat?pada hari itu byk muka yg tertunduk terhina. bekerja keras lagi kepayahan. Mereka memasuki neraka yang sangat panas."(88:1-4)

Allahuakbar

Wafa menyapu airmata yang membasahi pipinya.. Mengingati kisah-kisah sahabat, cerita-cerita sunnah terdahulu menjadikan hatinya bergetar sungguh takutkan azab siksaNya.

"Bagaimanakah daku kelak disana?"

"Aku yang penuh dengan dosa dan noda. Kemudian dijentik dengan hidayah olehNya. Sehingga kini aku terasa hidupku seperti didalam satu dimensi yang benar-benar berbeza. Satu kehidupan yang baru. Yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia-usiaku yang lampau. Aku berbangga dan bersyukur dengan nikmat islam, iman dan kefahaman yang telah Dia benamkan dalam diriku. Dan sudah pasti, aku terasa semakin banyak yang aku pelajari dan ngerti, semakin kerdil aku disisiNya."

"Tetapi... siapakah aku untuk menilai erti ikhlas dalam setiap amalanku?"

Wafa sujud kembali dan teresak-esak menahan sedu dan tangis yang panjang.. Menangisi dosa-dosanya.. Merisaukan segala amal-amalnya.. Sangat risau dan takut andai kisah yang diatas itu adalah dia..


duhai wafa,
jangan kerana kau telah berada didalam gerabak tarbiyah maka kau menganggap dirimu lebih mulia dari mereka.
Duhai wafa,
jangan kerana kau telah kelim dirimu adalah 'penyeru' dan 'pembina' maka kau menganggap dirimu telah diangkat darjat disisiNya.

muhasabahlah kembali nawaitu dalam SETIAP amalmu.. 

jadi, mulai sekarang sehingga kau mati menemuiNya...

LURUSKAN NIAT dalam setiap amal hanya keranaNya..

Wafa, dia hanya takut andai dosa-dosa yang menempel pada dirinya telah menghijab rahmat Allah untuk sampai kepadanya dan kepadaorang sekelilingnya kerananya..

Astagfirullahalazim3x

wallahuallam

full stop


Thursday, April 12, 2012

Parasit?

salam kemuliaan buat semua yang kucintai keranaNya.

Sedang bermuhasabah dengan blog ni setelah 3tahun ia beroperasi, aku terkesima sebentar bila terbaca entri setahun lalu.

"Aku mengimpikan"

Air yang bertakung dipelupuk mataku pecah... Basah pipi... Aku takut..

Apakah yang telah aku lakukan? Belum tibakah masanya untuk aku duduk dengan khusyuk mengingat Allah? Melaksanakan gerak kerja dakwah sesungguhnya?

Setahun telah berlalu..Retorikkah impian itu? Aku merefleks kembali segala amalku..

Allahuakbar, ampunkanlah segala kekuranganku dalam memberi kepadaMu. Bantulah hambaMu ini, tarbiyahlah hambaMu ini dengan apa jua cara yang Engkau suka. Sungguh, aku redha.amin

Teringat kata-kata murabbiahku:

"Jadilah kamu orang yang belajar(diajar) dan mengajarkan seperti dalam surah ali imran ayat 79. Jangan sesekali menjadi penumpang sahaja diatas gerabak tarbiyah ini.. Kalau menumpang je tanpa menjejaskan atau mengganggu kerja orang lain xpe lagi, takut2 kita menumpang sebagai parasit jer....Allahhh"

"Sesungguhnya jalan kearah perubahan islam adalah jalan yang sukar dan berlumpur tetapi ia merupakan satu-satunya jalan yang hak(dan yg hak itulah paling berhak untuk diikuti)."-Syeikh Fathi Yakan

Nak atau tidak, islam itu hanya akan tertegak dengan adanya individu-individu yang sanggup mengorbankan segala yang Allah pinjamkan kepadaNya untuk islam. Individu itu bukan seorang tetapi segolongan. (adaptasi dr buku hazadeen oleh As Syahid Sayyid Qutb)

airmata mengalir laju.....dimanakah kamu rijal-rijalku?

Friday, April 6, 2012

Barakallahulakuma ukhti fillah


Dengan nama allah yg Maha Pengasih lg Maha Mengasihani, Selawat dan salam buat rasulullah s.a.w , kaum kerabat baginda dan para sahabat baginda.

##

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah..
Seperti bermimpi.. Kau bakal bergelar isteri. Aku teringat suatu ketika dahulu. Sebelum mengenali tarbiyah, aku mula mengenalimu. Dan alhamdulillah, seusai aku tersadung didalamnya, kau pula menyusul bersama. Itu memori indah dan amat indah.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah.
Disebalik kekuranganku sepanjang menjadi ukhti kepadamu, asif jiddan wa afwan kasira kumohonkan. Sehingga kini, bila aku fikirkan kuyakin pasti terlalu banyak kekecewaan dan luka yang tersimpan. Ketika kita belajar bersama-sama, makan bersama-sama, mengejar mad'u bersama-sama, masak bersama-sama. Dan mana mungkin daku lupa kenangan tatkala kita sama-sama jatuh cinta dengan al-quran dan excited untuk menjualnya kepada orang ramai.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah...
Sungguh aku rindu untuk membonceng motorsikal bersamamu. Kau pernah mengajarkanku untuk menghilangkan trauma dan ketakutan dengan motorsikal. Sebab setiap hari aku terpaksa menumpangmu bersama Salahuddin. Salahuddin si motorsikal..sweet kan? Suatu hari ketika kita sma-sama shopping al quran di masjid jamek' seusai habis memborong 2plastik besar AQ, tiba-tiba kita dah kehilangan salahuddin. Allahuakbar! Kuda dakwah yang banyak berkhidmat kepadamu dan aku telah hilang..Pelik sungguh bila aku kenangkan..Tatkala melihat salahuddin tiada ditempatnya, kau ulang alik beberapa kali diparkir yang sama..kemudian kau memandangku..

"alhamdulillah."katamu.

Dari situ, dan dari banyak peristiwa lainnya, aku banyak belajar erti sabar dan syukur..darimu.

Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Sungguh mana mungkin aku lupa kenangan aku meminjam motor abangku supaya kita boleh merempit semula. Eh, bukan aku, aku tumpang jer.. ukhti yang aku cintailah yang seringkali menjadi mangsa. Menjadi driverku kemana sahaja. Sebab aku takut nak bawa motorsikal..takde lesen pun iye juga.. Sehinggalah suatu hari, anak usrahku sakit dan teringin makan sup. Ketika tu, ukhti yang aku cinta tiada..Oh!terpaksalah aku merempit motor tu juga walau xde lesen hanya kerana nak bg anak usrah makan sup. Sungguh! Bila aku kenang kembali aku terharu sangat dengan perjalanan tarbiyah yang allah anugerahkan kepadaku ketika mengenalimu. dan sungguh! Aku rindu memori itu.


Kepada ukhti yang kucintai kerana Allah. Andai aku ceritakan semua yang terpahat dalam kepala dan hati, sudah tentu membazir masamu untuk membacanya. kerana itu, apa yang paling aku ingin katakan adalah selepas ini..yang akan berlaku dan sedang kau lalui.. Akad nikah, walimah dan perubahan status disisi manusia. Dan semoga ia diiktiraf juga disisi ilahi dikau sebagai seorang isteri. amin

Kepada ukhti yang kucinta kerana Allah. Sungguh aku bukan yang terbaik untuk memberi sepatah dua kata nasihat kepadamu.

tetapi sungguh! Hy kerana kau kucinta...inilah doaku dan luahku untuk kau jua kepadaku aulanya.


Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersabarlah dengan segala kepayahan dunia. Bukan sahaja kepayahan untuk membina dirimu agar tegar sebagai zaujah penghuni syurga malah kepayahan untuk membina manusia lainnya agar tegar juga dengan senda gurau dunia. (57:20)
Duhai zaujah penghuni syurga,
Sekali dirimu telah tersadung dalam kafilah tarbiyah ini maka janganlah sesekali kau berpatah balik kebelakang atau mengeluarkan dirimu dari gerabaknya. Beramallah dengan apa yang kau imani seikhlasnya. Walau seluruh manusia tidak mengiktiraf amalmu tetapi yakinlah Allah memandang segala keikhlasanmu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Bersyukurlah dengan segala apa yang akan dan telah Allah hidangkan kepadamu. Kerana redha ALlah itu hanya akan kau rasai dan perolehi setelah dikau sendiri redha dahulu dengan segala yang Dia berikan kepadamu.
Duhai zaujah penghuni syurga,
beruntunglah kerana kau boleh beramal dua kali ganda daripada sebelumnya. Bersangka baiklah sentiasa dengan anugerah Ilahi.  Beruntunglah andai dirimu dapat menjadi khadijah era ini. Bersyukurlah andai kau diuji seperti asiah pemilik mahligai syurga Ilahi.
Duhai zaujah penghuni syurga,
Cinta itu dari Allah. Datangnya ia daripada Allah dan hilangnya ia juga dengan izin Allah. Kuyakin, dikau yang penuh dengan cinta. Sebarkanlah bahagia melaluiNya. Kepada hanya yang berhak menerima setelah Allah dan RasulNya.


Wallahuallam

dari sahabat yang mencintaimu kerana Allah,
Mumtazah Maridi
semoga esok segalanya berjalan lancar: asif terpaksa post awal sehari sebab weekend memang xsempat nak online. Barakallhulakuma Ramlah Ngatten dan pasangan









Wednesday, April 4, 2012

Aku rindu susuk syuhada

Allahuakbar!

hmmm, tiba-tiba aku teringat beberapa susuk tubuh hambaNya yang tidak pernah kuketemu, tapi aku rindu.

Allahuakbar! Aku teringat seorang as syahid yang hebat: syeikh izzuddin khalil. Yang mana sebelum syahidnya beliau, zaujahnya terlihat cahaya sepintas lalu diatas dahinya tertulis 'ASSYAHID' dalam tulisan arab... Dan ketika syahidnya beliau, zaujahnya memberitahu betapa dia bahagia kerana suaminya seorang mujahedeen dan seorang syuhada. Allahuakbar! Teringin aku untuk mengambil semangatnya masuk kedalam sanubariku..Menjadi mujahidah sebelum mengharap mujahedeen sebagai zaujku..

 Aku teringat seorang as syahid yang hebat: syeikh sayyid ibn qutb. Dia pernah melalui zaman gelap penuh jahiliyah selama 40tahun. Kemudian kesyahidan as syahid hassan al banna telah menyalakan obor dalam jiwanya yang tertidur selama itu. sehingga obor itu menyala dengan terang benderang merentasi masa, zaman dan keadaan..sehingga kini.. Dan hidup dibawah bayangan al quran itu telah memberkati, membersih dan meluhurkan segala usia-usia yang telah dilaluinya sebelum itu. dibawah ini adalah sajak beliau sebelum ke tali gantung akibat fitnah rejim jamal abdul naseer:
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga
Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
(syed Qutb)

Aku teringat seorang as syahid yang super duper hebat: Syeikh Hassan Al Banna

Allahuakbar! Menyebut namanya menjadikan mataku berair,bergenang. Kehangatannya hampir pecah membasahi pipiku.

 Aku teringat satu kisah yang diceritakan banyak buku2 tulisan anak buah beliau. Tatkala semboyan jihad berbunyi ketika tahun 1948. Tatkala israel mengisytiharkan bahawa palestin adalah negaranya. Ketika itu as syahid berkata kepada ahlinya:

 " telah lama kita berteori didalam halaqah, daurah, dan program tarbiyah. dan kini sudah tiba masanya kita menjalankan praktikal jihad fisabilillah." -(ini hanya kata2 yg diolah mengikut kefahaman sy)

 Seramai 20000 mujahedeen IM telah dipilih untuk ke palestine untuk menyerlahkan taringnya, seolah-olah singa yg dilatih telah keluar dari kandangnya, benarrr.. mereka yang ditarbiyah itu menunjukkan hasilnya.

Puak yahudi gerun, kecut dan takut sehingga general mereka berkata;

" andai aku punya 20000 orangtentera sebegini(sambil menunjukkan kearah syuhada mujaheden IM yang syahid) maka aku dapat menawan dunia!"

Akhirnya, kerana ketakutan mereka, Jamal abdul Naseer dikerah oleh telunjuk Amerika untuk mengharamkan IM di mesir dan menangkap semua ahlinya. Dari situlah bermulanya pelbagai mehnah dan tribulasi hebat dalam dakwah Ikhwanul muslimin. Subhanallah, masyaAllah..

''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-As Syahid Hassan Al-Banna


Allahuakbar.. kuakui, sangat ramai orang islam dimuka bumi ini.

Tetapi tidak ramai daripadanya adalah mereka yang ditarbiyah dan bersama dalam kafilah dakwah.
Dalam kalangan tidak ramai itu, sangat sedikit pula yang melaksanakan jihad fisabilillah.
Medannya tidak lebih kepada medan kata-kata semata. Tetapi bila diajak untuk boikot, adalah alasannya: "Seminggu tak makan McD rasa berat la akh." Allahhhh..

dan dalam sedikit sekali mereka yang berjihad dalam dakwah, langsung tidak ramai yang sabar dengan mehnah. Mehnah dalam berhadapan dengan isu2 luaran masyarakat dan dalaman jemaah itu sendiri. Berapa ramai yang mampu bersabar dalam menghadapi manusia pelbagai ragam. Dan berapa ramai yang mampu bersabar bila berhadapan dengan tribulasi,salah faham, kelompongan dalam jemaah. Kurang bersetuju dan kurang bersependapat dengan ahli syura.

Iyaa, tarbiyah telah mengajar kita untuk bersabar.. dan ia membersihkan hati-hati kita dari unsur-unsur lain selain IKHLAS beramal hanya keranaNya..

konklusinya, ramai yang mampu membawa dakwah ini, ramai yang klaim dirinya berada dalam tarbiyah dan bersama kafilah dakwah, tetapi berapa ramai yang mampu mencintai dakwah yang sedang dipikulnya?-Allahuakbar..muhasabah-

allahurabbuna...tetapkanlah,tsabatkanlah kami diatas jalan ini..sehingga Engkau jua yang menentukan pengakhiran kami samada syahid atau menang disisiMu..amin

 wallahuallam

Monday, April 2, 2012

Memori GMJ from the rivers to the sea palestine will be free; RIJAL itu


Beberapa hari sebelum 30 march 2012, kerapkali hatiku berdebar-debar. Tak tahu kenapa.. boleh jadi tiba-tiba je airmata mengalir. Tengah wat keje kt ofis, tgh solat, tgh makan.. mudah sangat.. Apakah yang akan berlaku?

Sehingga 30 march 2012, sedari pagi ketika berada di hospital PPUM lg untuk follow up my kesihatan yang memang sangat tidak memberansangkan baru-baru ni, debarannya makin terasa.. tidak putus-putus istighfar dan selawat kulafazkan berulang kali..kupujuk hati untuk terus bersabar dan kuatkan kebergantungan kepada Allah atas apa jua urusan.. Mataku sentiasa bergenang membayangkan situasi pada malamnya.. Apakah yang bakal berlaku di Malaysia sedangkan berpuluh ribu manusia berjihad dengan jasad,harta dan jiwa mereka kesana..



Jerusalem,
Tanah yang dirindukan,
Teringin kukucup,
Hatta tanah segenggam.

Malam tu, aku tiba lewat disana (lagi mengalir airmata atas kelewatan. No alasan. Memang aku lambat). Masuk je dewan, debaran jantungku seperti terhenti.

MasyaAllah3x!
Ya Allah, apakah yang sedang Kau anugerahkan kepada kami ni satu reality atau fantasi? Kukira, lebih 15000 orang sedang berada didalam dewan.. Kurenung jauh kehadapan. Kukerling dari pentas sehingga kepuncak dewan.. PEMUDA! Raminya RIJAL2x!



Allahuakbar..aku menangis..terasa selama ni, puzzle2 gerak kerja kami sudah menyatu dan sedang bersatu.. batu bata yang kami susun bersama sedang diatur dan disusun dengan cantiknya untuk membentuk bangunan ustaziatul alam.

Allahuakbar! Andaikan setiap seorang didalam dewan ini punya fikrah islami yang jelas tentang apa yang sedang diperjuangkan.. sudah pasti kekuatannya 2 kali ganda daripada apa yang dilihat secara kasar dihadapanku kini.

Sekiranya setiap jiwa-jiwa pemuda ini memahami dan membina 5orang rijal lagi, maka bergegarlah, gencarlah bumi Malaysia dengan fikrah islami dan kesyumulan islam hakiki.

Allahuakbar! Aku beanr-benar terdiam dan terlopong.. sedari awal aku duduk di kerusi paling atas, tak sudah-sudah airmata tumpah..

Ya allah, aku tidak risaukan kini, tetapi aku risaukan selepas ini.. Kerana dari sini, perjuangan itu baru bermula.. sayang.. sungguh sayang andai jiwa rijal-rijal yang ada didalam ini tidak di nyalakan sentiasa.
Kerana kita tidak berniat untuk MENGUMPULKAN MANUSIA semata-mata.. tetapi MEMBINAnya adalah yang paling aula.

Jadi bagaimanakah?

1. Betapa perlunya setiap dari kita yang faham untuk memfollow up mereka yang kita kenali hadir kesana dengan program-program rantaian selepas ini. Ia sangat penting untuk keep the hamasah in jiwa rijal2 yang hadir pada malam tersebut. Sangat penting juga untuk keep mengajak mereka yang hadir untuk kekal mencari info palestin dan sebagainya.

2. Betapa perlunya setiap dari kita yang faham untuk menyebar luas segala iklan-iklan dan informasi palestin dan program berkaitan dengannya supaya mereka yang menyertai GMJ masih mampu mendapatkan source tentang segala yang berkaitan palestin dan dunia sekitarnya.

3. Tingkatkan amal rabtul am disamping GANDAKAN KUATKAN kerja aula (pembinaan IM/rijaluddakwah yang bakal membina rijaluddakwah seterusnya.

Benar! Kerja makin bertambah… kerna itu.. Amal kita dan kebergantungan kita kepada Allah tidak BOLEH sipi-sipi sahaja..

TOTAL serahkan urusan dan kekuatan kita kepadaNya.

Ya Allah, takkan mampu kami tanpa bantuanMu, takkan beriman kami tanpa izinMu..segalanya kami serah hanya kepadaMu..untuk menentukan kemanakah jasad, harta dan jiwa kami disisiMu..amin..

Bila kukenang rahmatNya kepadaku.. sungguh aku terharu. Dalam sujud yang panjang aku tersungkur dalam keharuan. Betapa kasihMu mengatasi segalanya. Betapa fahamMu mengatasi pengetahuanku. Hanya kerana rahmat dan kasih sayangMu, aku beroleh kebahagiaan dan kefahaman seperti ini. alhamdulillah

30 mac 2012 sempena global march to jerusalem

Getaran jiwa ketika itu masih kurasa,
Kehangatan airmata yang tumpah masih basah,
30 mac 2012 dalam kenangan,
takkan mungkin terpadam dari ingatan.

disebalik 15000 penghuni dewan,
Kulihat jiwa-jiwa pemuda gagah bicarakan,
FROM THE RIVERS TO THE SEA PALESTINE WILL BE FREE!
Sungguh aku keharuan.

Duhai jiwa-jiwa yang bebas bergerak diatas tanahnya,
Aku menyeru agar kau statik dengan SEMANGAT JUANG membara,
Aku menyeru agar kau tegar dengan HIMMAH tidak sia-sia,
Berfikirlah tentang ummat lebih dari yang lainnya,
Agar kau selamat dari bahagia fatamorgana dunia semata-mata.

-perjuangan itu baru bermula. apa yang penting adalah selepas ini.. whats next?-
sempena GMJ 30 mac 2012
stadium melawati shah alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...