Thursday, July 12, 2012

Ikatan Mitsaqan Ghaliza


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t 

Cinta Sang Putera
Satu dalam sejuta 
Setulus bicara
Sejujur lafaz kata
Sukar ditafsir tetapi keikhlasannya nyata
Hati tenang
Sejuk mata memandang.

Tatkala hati terusik
Dia sebagai perantara
Sehingga lafaz itu berbisik
Cinta mekar dalam 2 jiwa
Cinta sang Putera
Taruhan hingga ke syurga.

saat terikat mitsaqan ghaliza
 23/1/2012

Alhamdulillah Thummalhamdulillah Thummalhamdulillah..
Syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Dia yang memiliki segala apa yang ada dilangit dan di bumi. Syukur dipanjatkan jua kepadaNya pemilik segala rasa dan cinta makhlukNya. Selawat dan salam buat Rasulullah junjungan, para sahabat baginda, ahlul bait dan mereka yang terlebih dahulu beriman dalam melalui jalan cinta para pejuang.

Sebagaimana perasaan yang mula mekar ini adalah anugerah Ilahi, saya meletakkan enta(baca: saudara lelaki) juga sebagai anugerah Ilahi yang wajib disantuni selayaknya seorang zauj yang cinta kepada Ilahi. Jazzakallahukhairan kasira kerana berusaha menjadi soleh untuk saya yang sedang berusaha juga untuk mensolehahkan diri.

Pernikahan ini bukanlah cinta semata-mata. Ia adalah satu perjanjian antara kita dan Allah bahawa tanggungjawab sebagai a’bid dan khalifah itu kita bina bersama-sama. Mahligai di syurga itu kita bina bersama-sama. Khalifatullah dan pewaris khalifah itu kita bina bersama-sama.

Hakikat 1001 perasaan yang sedang bercampur baur didalam dada ini tidak mampu untuk ditafsirkan dengan tulisan hatta buku cerita. Namun nilai kesyukuran itu seharusnya kita buktikan dengan amal yang lebih baik kepadaNya. Itulah erti tsabat untuk kita.

Sebagaimana qadar pengakhiran kita syurga atau neraka? Allah telah mengetahui sedari awal lagi. Kita langsung tidak mengetahui. Disebabkan ketidaktahuan itu maka hakikatnya kita punya choice untuk beramal sebagai ahli syurga atau beramal sebagai ahli neraka. Untuk istiqamah dalam amal atau main tibai sahaja. Kerana takdir itu ditangan Ilahi, bukan individu/peribadi.

Begitu juga, tsabat itu bukan terletak diatas tangan kita tetapi hanya Allah yang telah mengetahui. Kita tidak mengetahui takdirnya kita tsabat atau tidak. Kita tidak mengetahui  mustawa(level) manakah kita dimata Ilahi. Kerana itu, kita punya choice untuk terus tsabat atau tidak. Kita punya choice untuk meningkatkan mustawa dimata Ilahi atau tidak. Dimata manusia? Itu belakang kira..


Kerana itu, kumohon dengan penuh rendah hati kepada zauji tercinta, mitsaqan ghaliza yang telah termaktub ini telah membuka jalan yang besar untuk kita ke syurga. Disebabkan itu, marilah kita bersama-sama menyandarkan segala nikmat ini hanya untukNya, kepadaNya dan bersamaNya. Kelak mahligai syurga yang sedang terbina itu akan sentiasa bercahaya menanti kepulangan kita kesana.

Semoga kita sama-sama terus tsabat sehingga Dia menentukan pengakhiran kita samada menang bersama islam atau syahid dipertengahan perjuangan. Kerana zaujahmu sangat mengimpikan saat lafaz ikatan mitsaqan ghaliza sekali lagi dihadapan Ilahi, para malaikat dan seluruh penghuni langit seketika sebelum melangkahnya kita bersama-sama ke syurga. amin amin amin

wallahuallam
wassalam  

ps: Jazzakumullahukhairan kasira (semoga Allah membalas kepada kalian dengan kebaikan yang lebih banyak) kepada ibu bapa kami berdua, ahli keluarga tercinta, saudara mara yang bertungkus lumus membantu, akhawat/ikhwah, para sahabat kami, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam wajlis akad nikah dan walimah kami. Jazzakumullahukhairan kasira atas butir2 doanya. Doakan awal hubungan ini BARAKAH, pertengahannya BARAKAH sehingga kita bertemu kembali bersama-sama disyurga kelak dengan penuh BARAKAH. insyaallah aminn


wallahuallam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...