Monday, February 28, 2011

masa lapang yang membunuh

terasa sangat rindu untuk menulis dengan panjangnya disini..

teringat kisah 2tahun yg lalu..

"mum ada blog?"ty murabbiahku
.

"tak de la kak. tak pandai sangat dengan internet. tak pe, saya boleh tumpang2 blog akak."

masa ni aku ingatkan blog tu boleh share.sapa2 boleh post artikel atau apa2 aje..heee

"eh lain tau. blog ni boleh jadi medan dakwah kita juga."jawab murabbiahku.

dan tak lama selepas itu, blog ni aku tubuhkan..heeeee...dan disinilah salah satu tempat yang menjadi bukti jatuh bangun aku yang sedang merangkak-rangkak dalam kafilah dakwah ni.


alhamdulillah3x..

********

akhawat fillah yang sangat kukasihi,
indahnya jalan yang Allah lorongkan kepada kita ini,
mungkin kebanyakan orang nampak kita yg pelik,
kerana memilih cara hidup yang tidak mudah,
bersusah payah bersengkang mata,meletihkan jasadi, menghabiskan semua gaji atas perkara yang bukan untuk kita.
mungkin itulah yang kebanyakan mereka pelik dengan kita.

tapi bagi kita,
jalan ini tidak mudah tapi tetap indah.
jalan ini serba kekurangan namun sungguh memberi kekuatan.
jalan ini sangat panjang dan tidak kita ketahui bila kemenangan kan tiba namun kita ada KEYAKINAN bahawa benar kita akan MENANG.

adakah kita masih ragu-ragu untuk melepaskan keterikatan kita dengan dunia?

"sesungguhnya orang2 mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya dijalan Allah. Mereka itulah orang2 yang benar."(49:15)

jadi, layakkah kita mengaku daei andai masih ada keluh kesah dengan sedikit cuma ujian?


diuji dengan masa..
masa untuk tarbiyah kita, masa untuk mentarbiyah anak2 bawah kita, masa untuk membaca, masa untuk melengkapkan mutabaah amal kita,masa untuk DF mad'u, masa untuk menunaikan hak untuk kedua ibu bapa dan orang sekeliling kita,masa untuk bekerja,masa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran..

ini masih bujang..kalau dah berkahwin dan beranak-pinak pula?

sememangnya tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada..

untuk diri sendiri yang baru balik dari daurah BM,

terasa sangat lemah dan jauh lagi untuk diuji dengan kesibukan yang berkali-kali ganda jauhnya daripada apa yang sedang aku alami sekarang..

sekurang-kurangnya sekarang,

aku masih sempat untuk tidur 5 jam sehari,
aku sempat untuk membaca buku-buku tarbiyah, dakwah dan kekeluargaan di tengahari dan malam juga kadang2,
aku masih sempat bertahajjud tanpa diganggu dengan tangisan anak kecil atau tanggungjawab menyediakan keperluan untuk suami dan anak2,
masih banyak yang aku sempat lakukan tapi belum aku laksanakan.
aku masih jua sempat merancang agenda-agenda tarbiyah dan lantas melaksanakannya untuk adik2/anak2 jagaanku...

mungkin nampak sedikit free dan sedikit kerjanya untuk aku dan mereka yang masih single ni..

tapi sebagai seorang daei,

titik kelemahan itu sentiasa diuji,

diuji dengan 'time management'..

kerana sungguh kita sudah memahami,

kita sudah tiada masa lagi...

"kebatilan yang terancang akan mengalahkan al-haq yang tidak terancang."

dan selagimana titik kelemahan kita dalam merancang agenda-agenda tarbiyah tidak berkesan, selagi itu mustahil Allah akan hadiahkan kepada kita kemenangan..

sekali lagi,

layakkah kita mengaku daei seandainya ada kata 'tak tahu tak buat apa' terlintas difikiran kita...

sungguh duhai akhawat fillah,
masa lapang adalah senjata paling ampuh untuk memfuturkan para daei..

kerana syaitan sentiasa menunggu kesempatan yang kelapangan kita untuk menjatuhkan hamasah jiwa kita.

wallahuallam

by fz_tarbiyah; KL

Wednesday, February 23, 2011

letih bermain dengan ilmu sihir; bersabarlah


terasa seperti dibelenggu dengan ilmu sihir yg menyerabutkan...

sabar duhai diri,
jadilah seperti ghulam.

mood: aseef, tak mampu nak menulis panjang2...cuba untuk meng'optimizekan' masa yang ada sebaiknya.

mungkin benar kita perlu lebih banyak membina manusia selain asyik berkata-kata dan menulis tanpa bukti dimana tarbiyah yg diterima kita salurkan?

"tanda-tanda kebaikan dalam diri seorang mukmin ialah meninggalkan perkara yang tidak berfaedah baginya."(riwayat at-tarmizi; hadith 12 daripada hadith 40 imam nawawi)

Friday, February 18, 2011

~akulah ghuraba


Ya Rabbi,
sungguh ummat ini sedang sakit..
masyarakat kini sedang tenat..
dan aku yakin..
jika tidak aku,
maka siapa?

dari hati yang dalam,
kumelihat kerakusan manusia mengecap cinta sementara,
menjadi hamba kepada dunia,
dan adakah aku hy mampu melihat bersahaja?



butakah hati?
kerlinglah kehadapan.
memandang hakikat hidup ini tidak lama...

maafkan daku duhai insan sekeliling yang terluka..
sungguh!
aku tidak mampu tersenyum dan ketawa..
kerana aku adalah ghuraba'..
yg jelas menepis jahiliyah bermaharajalela..

mood: Ya Allah, Kau peliharalah agamaMu dalam diriku. Kau tanamkanlah rasa cinta kepada mereka dengan deenul islam ini.amin

wallahuallam

by fz_tarbiyah; KL

Thursday, February 17, 2011

~sajak sebelum syahid

hmmm,

tiba-tiba terasa tiada idea untuk melakarkan perasaan dari hati yang dalam..

aku berkira-kira juga didalam fikiran apakah yang aku nak ceritakan.. terlalu banyak sudah yang aku simpan, kononya untuk ditulis bila ada sedikit kelapangan..

tapi, setiap kali jari menulis, tetap lain cerita yang terkeluar disini..

entahlah, benar mungkin aku bukan penulis..

dan kali ini, hakikatnya aku ingin menulis puisi buatan sendiri,

tapi, tengah2 menulis, sangat teringat kepada seorang mujaddid ni..

rindu...

Saudaraku,
Andainya kematian engkau tangisi,
Pusara engkau siram dengan air matamu,
Maka di atas tulang belulang yang sudah luluh,
Nyalakanlah obor untuk ummat ini,
Dan...
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan.


Saudaraku,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan,
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu,
Taman-taman indah di syurga Allah,
Terhampar menanti,
Burung-burungnya berpesta menyambutku,
Dan berbahagilah hidupku di sana


Saudaraku,
Puaka kegelapan pasti akan lebur,
Fajar akan menyingsing,
Dan alam ini akan disinari cahaya lagi,
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya,
Jangan gentar berkelana ke alam abadi,
Di sana... cahaya fajar memancar.


(Al-Maghfulahy Al-'Arif Billah,
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim,
Isnin 13 Jamadilawal 1386)

sangat terkesan..

wallahuallam

Wednesday, February 16, 2011

~doa

Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu (Ghaafir: 60)


duhai diri,
engkau mengerti,
sedalam manapun cinta seorang hamba kepada penciptaNya,
tidakkan mampu menandingi kasih sayangNya kepadamu,
kerana itu,
janganlah terlalu bongkak dalam mencintaiNya,
hidup pada yang memberi bukanlah hanya didasari sesama manusia,
namun paling utama kepada pencipta,

duhai diri,
jangan kedekut untuk memberi kapadanya,
yang sangat-sangat menanti lafaz cinta dari hati seorang hambaNya.

Nabi SAW bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa” (Riwayat Tirmidzi).


Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta” (Riwayat Imam Ahmad).

selawat dan salam buat junjungan besar rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. apakah sunnah terbesar rasulullah s.a.w?

dakwah..dakwah..dakwah..

maka,
jangan kata kamu cinta kepada kekasih Allah itu, andai tiada sekelumit pun usahamu untuk melaksanakan sunnah terbesar sepanjang hidupnya.

kerana dengan dakwahnya, kita menerima hadiah terbesar sebagai tiket ke syurgaNya iaitu deenul islam.

wallahuallam

by fz_tarbiyah; KL

Monday, February 14, 2011

~sebilangan mereka telah syahid dan sebilangan mereka telah mendapat kemenangan

Ya Allah, Tiada yang lain melainkan kepada Engkau Ya Allah. dalam sujud syukur yang panjang, bergenang airmataku memikirkan tentang saudaraku di Mesir.Sungguh jihad mereka benar-benar menyemarakkan semangat masyarakat dunia. Ummat islam membuka mata dan sedayanya memberi sokongan dalam doa. Itu cuma yang mampu aku hulurkan buatmu saudaraku.


Syukur...syukur...syukurr..

diantara mereka ada yang telah dapat syahid dan ada juga yang telah mendapat kemenangan dalam jihad..Dan kita?
masih terus berjuang dimedan amal dan jihad dalam menegakkan kalimah Allah dimuka bumi..
kerana..

dakwah kita adalah cinta yang membawa manusia kepada penciptaNya..
melepaskan manusia dari perhambaan kepada manusia dan menukarkannya kepada perhambaan kepada Allah semata-mata..

Katakanlah Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang dikehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

ALLAHUAKBAR!!!

by fz_tarbiyah; KL

Thursday, February 10, 2011

~Kisah Mr.J

Salam,

p/s: entri ini ditulis pada 7/2/11 (klimaks kepada masalah blog ni)

Terasa nak sangat share tentang apa yang sedang berlegar-legar difikiran..

selepas cuti yang sangat panjang(5hari berada di rumah, terasa benar-benar menguji tarbiyah dzatiyah..


ah!sememangnya kita akan sentiasa diuji dengan setiap pernyataan kita)..Kerehatan itu benar-benar mencucuk sanubari..sangat takut dan sangatlah takut bila terlintas ‘bestnye berehat.’..Allahuakbar!

lemahnya iman aku..tatkala diuji sedikit dengan rehat, bolehnya terlintas kata-kata itu..astagfirullahalazim.

Dan kerehatan itu juga telah membuka ruang besar kepada syaitan untuk membisikkan rasa best dengan berehat dan rasa best melayan perasaan.akhirnya jatuhlah kelembah angan2 dan hilangnya rasa nikmat untuk bermujahadah..astagfirullahal azim.

Indicator berjaya atau tidak usaha syaitan, lihatlah kepada mutabaah amal sepanjang cuti dirumah dan tahap iman tatkala hari pertama pulang ke kuliah atau ke tempat kerja. Inilah matlamat syaitan dalam merubah seorang yang mengaku dirinya adalah daei.dihadirkannya angan-angan dan indahnya dunia.

“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik.”(3:14)

sebolehnya dia akan membuat apa sahaja untuk menundukkan kita kembali kepada jahiliyah dulu.dan kerehatn itu adalah saat paling dinanti oleh mereka.tatkala itulah mereka membisikkan keindahan lagu-lagu korea yang kita terdengar secara tak sengaja bila adik2 kita membukanya, bestnya cerita-cerita jepun zaman dulu kala yang kita ter’join’ tengok bersama adik kita,syoknya dikasihi atau mengasihi manusiawi berlainan jantina…etc..itulah jahiliyah kita..



menyebut tentang isu berlainan jantina ni, aku amat yakin sangat ramai akhawat yang pernah terjebak dalam kancah ‘cinta luar biasa’ zaman jahiliyah. Dan sudah pastinya mr.J itu telah dihapuskan dari kamus hidup akhawat fillah.

Oh!mungkin tidak mampu untuk melupakan. Lebih afdal kita gunakan perkataan sedang bermujahadah untuk melupakan segala identity mr.J ni.

Mungkin ada juga yang masih dikacau dengan sms,email yang berbaur islamik kononya namun akhawat tetap kuat dalam mujahadah untuk tidak melayan LANGSUNG apa-apa yang menghadirkan extra ingatan tentang mr.J. mungkin ada juga yang diuji dengan lamaran,risikan,pinangan mr.J setelah beberapa tahun zaman berdua-duaan itu ditinggalkan.diuji pulak dengan perasaan bercampur-baur samada nak terima atau tidak seseorang yang bukan dalam tarbiyah.diuji pulak dengan mak ayah yang sukakan mr.J dan dah rancang agenda hidup berumahtangga kita.Ah!inilah salah satu ujian..

dan biasanya, dalam mujahadah untuk melupakan, kekadang pasti ada yang terlepas pandang.kekadang terbuka juga blog mr.J, kekadang terbuka juga updated profile dalam fb, kekadang terasa nak jer balas mesej dengan kata2 islamik la kononnya..macam2 kekadang dan ter yang kita nak buat. Semuanya adalah yang mengingatkan kita kepada mr.J..tapi apa kejadahnya?

inilah bila tarikan iman dan tarikan syaitan saling berlaga.time ‘kekadang’ iman kita tinggi,fuhhhh,sebut jer la apa-apa tentang dia, siap boleh gelak dan nyampah pun ada.rasa langsung tak kisah dan tak rasa apa-apa.

tapi time ‘kekadang’ iman down,kekadang terfikir ‘kalau tak dia, ada k?’..’nak berBM dengan orang yang ditarbiyah juga, ada ke ikhwahnya?’...kekadang terlintas ‘dia sedang tunggu aku k?’..AH! Banyak sungguh kekadangnya..

melihat akhawat yang masih menyendiri hatta usia sudah menginjak 28tahun dan ada juga yang 30-an, sungguh, melahirkan himmah aliyah betapa mereka telah lepas ujian dan sedang dalam mujahadah besar. Hatta murabbiahku, bila ditanya, dengan selamba dia menjawab ‘dah tak fakir apa-apa pasal jodoh.’..


mungkin inilah hadiah Allah setelah bermujahadah. Allah menghadirkan rasa izzah dan indahnya kebergantungan harap hanya kepadaNya. Bila bersama mereka, memang aku sangat malu untuk naik satu anak tangga sebelum mereka. Ceh, gaya cakap macam dah nak berBM jek..


duhai akhawat fillah yang kusayang,

Akhawat yang sentiasa menggerakkan dakwah,

akhawat yang telah banyak mewarnai jalan cinta kepada para pejuang,

akhawat yang sedang bermujahadah dalam membentuk manusia-manusia yang akan menjadi asset terbesar kebangkitan islam kelak,

akhawat yang sedang berkasih sayang sesama kita sebagai salah satu kekuatan didalam katibah gerakan,

akhawat yang sering ingat-mengingatkan dan akhawat yang sedang bekerja keras bersama-sama demi mencapai redha Allah dan menegakkan kalimah Allah diatas muka bumi ini.

matlamat kita besar bukan?cinta kita juga besar bukan?mujahadah kita besar bukan?kerana itu kita tidak akan mampu memikul beban-beban dakwah hanya dengan cukup makan.


sisa-sisa jahiliyah yang menempel di sipi-sipi rongga kita boleh menjadi barah dalam langkah yang masih panjang.dakwah ini tidak mungkin akan boleh dipikul oleh orang yang manja.manja ertinya bermain-main. Bermain-main ertinya tidak berusaha dan lemah mujahadahnya.Allahuakbar3x!

insyaallah,jom sama-sama kita berusaha akhawt fillah. Fokuslah pada tarbiyah..fokus pada tarbiyah..tarbiyyah dan tarbiyah..

sungguh,malu rasanya untuk menerima hadiah BM daripada Allah, andai tarbiyah kita lemah. tidak layak untuk Allah hadiahkan kekuatan untuk menempuh jalan BM, andai tarbiyah kita lemah…

sekali lagi akhawat fillah,fokuslah pada tarbiyah..berjalanlah terus kearah cahaya Ilahi agar kita mampu redha dan kuat bila diuji. Berlarilah terus menuju cinta abadi. semoga dengnnya Dia memberi hadiah terindah kepada kita iaitu nikmat cinta-mencintai..

mungkin tidak kepada insan bergelar suami, tetapi yang paling tinggi adalah nikmat perasaan kita redha dengan Allah dan Allah redha dengan kita.Allahuakbar3x!


apa erti focus pada tarbiyah?apa kaitan keberkesanan tarbiyah dengan mr.J sebagai karat jahiliyah?

erti focus pada tarbiyah ialah melakukan apa sahaja wasilah yang boleh meningkatkan tahap iman dan cinta kita kepada ilahi sehingga tiada ruang untuk nafsu kita tunduk dengan kehendak hati yang benar-benar mencapai tahap rabbani
.

Kerana sifat tarbiyah itu adalah merubah seseorang daripada baik kepada lebih baik. Makanya, focus pada tarbiyah akan menghadirkan rasa indah dalam mujahadah dan benci kepada jahiliyah termasuklah mr.J.

bukanlah aku mengajak kita semua untuk membenci manusia. Insyaallah kita bukan nak membenci manusia tapi kita membenci jahiliyah yang telah mengikat kita kepada manusia.

semasa aku menulis tiap bait kata-kata ini,aku sangatlah takut..takut kerana aku juga sedang diuji dan pernah diuji..takut kerana aku juga sedang bermujahadah dan dalam proses meningkatkan himmah aliyah untuk membuang langsung segala karat-karat jahiliyah..

mengapa aku bercerita?bukankah ini terlalu peribadi dan rahsia?tidak akhawat fillah,tidak…sewajarnya, segala nikmat itu ingin aku coretkan disini..

nikmat iman,ukhwah dan tentunya nikmat ujian..dan blog ini bukanlah nak menceritakan tugasan seorang daei’,murabbi,khalifah,a’bid kepada Allah yang bernama Mumtazah, tapi disinilah tempat aku menceritakan liku-liku hidup kita semua yang telah memilih untuk bersama kafilah dakwah.

Kita akan diuji dan sentiasa diuji.

Dan tidak lain melainkan cerita kita semua hampir sama.

Sebab itulah bila kita dengar akhawat cerita kat kita, dalam hati mesti terdetik;

“haah,akupun pernah rasa.”

begitu juga bila kita baca penulisan akhawat2 didalam blog, mesti kita akan terkesan dan terlintas sekali lagi:

”haah, akupun sama.”

kenapa agaknya akhawat?

inilah kerana kita telah memilih jalan yang sama.Dan kita yakin bahawa Allah akan menguji kita pada titik kelemahan kita.

Oleh itu, satu perkara yang kita kene ingat adalah,

dalam diri manusia, ada satu titik kelemahan yang sama.mustahil andai ada yang menafikannya..apakah titik kelemahan yang sama itu?

iaitu perasaan.hati.naluri.jiwa.


itulah satu titik paling kita lemah dalam diri. Kerana itu, tak habis-habis Allah twink3x kita melalui sudut itu..

dan itulah salah satunya.cinta manusia-manusia yang dihamburkan oleh serakah syaitan sebelum ijab Kabul perkahwinan.

Betul tak akhawat fillah yang sedang diuji?

ingatlah, takkan perkara best dalam dakwah ni jer yang kita nak share dalam blog kita?kerana ini adalah masalah kita bersama, jadi kita kene sama-sama menghulur tangan dan kekuatan, agar batu bata yang kita susun untuk mencapai matlamat redha Allah itu, tidak renggang dek jatuhnya seorang ukhti yang kita sayang..insyaallah,sama-sama kita saling mendoakan.ok?.^_^.

wallahuallam

by fz_tarbiyah; KL

~kembali

alhamdulillah

sangat excited bila dapat belajar benda baru..

walaupun simple je.

jazzakillahukhair semua yang membantu mengajar saya..

~hidup dibawah bayangan al-quran akan diteruskan seperti biasa~

asif jiddan2x kerana post yang lama2 dah jadi sangat serabut untuk dibaca..

takpeee,

saya belajar dari kesilapan.

Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu."(29:56)

alhamdulillah3x.

wallahuallam

mood: sangat rindu nak bercerita disini. semoga Allah izinkan aku mencuri sedikit masa untuk itu.

by fz_tarbiyah; KL

Wednesday, February 9, 2011

~Blog ni memeningkan saya.sapa boleh tolong?

salam akhawat fillah.. tiba-tiba aku rasa pening tengok blog ni.. kenapa banyak benda yang ter edit sendiri ye? saya nak publish post pun tak boleh..html problem.. ah! saya dah la buta sikit dengan teknologi2 ni.. if terpaksa, saya akan berhijrah... antara masalah yang timbul: 1. bila copy paste dari website lain atau dari microsoft word akan jadi sangat serabut bila publish. 2. tiba-tiba post lama-lama jadi tak tersusun dan serabut untuk baca.(adakah disebbkan edit templete?) 3. sangat membuang masa nak tulis dan edit semula. 4. bila post melalui emel pun sama..masalah html.. ada sesiapa yang volunteer boleh tolong saya? kalau tak boleh solve, saya akan pindah ke tempat lain.. huhuuuu... wallahuallam by fz_tarbiyah: KL

Sunday, February 6, 2011

~bila ada yang menyerah

adikku,anakku, mungkin kerana kekuatan yang ada padamu, maka Allah kurniakan hadirnya insan seperti itu dihadapanmu, untuk kau tarbiyah menjadi aset paling indah dihadapan Ilahi kelak. mungkin kata-kata yang selalu terhambur dari mulut ini;
"kita ada priority untuk memuntijkan gerak kerja."
menyebabkan kau ragu-ragu untuk membawanya, tapi ketahuilah, bila Allah menghadiahkan mad'u sesuci itu untuk ditarbiyah, menghulurkan hati untuk ditarbiyah, mencari-cari cahaya sebagai wasilah, maka, wajib keatas kita untuk memberi haknya, bersabarlah adikku dalam membentuk manusia, kerana BENAR! ia tak semudah seperti dirimu menerima dengan banyaknya, tak semudah mengejar dunia dan seiisinya, kerana matlamat pembinaannya adalah REDHA ALLAH semata. wallahuallam
"dan tidak sama kebaikan dengan kejahatan. tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik sehingga orng yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan jadi seperti teman yang setian. dan sifat2 baik itu tidak akan dianugerhkan kecuali kepada orang2 yang sabar....."(41:34,35)
by fz_tarbiyah; sg.buloh

~aku buat kerana taat

aku cuba meleraikannya dengan kata-kata.. namun aku tidak mampu.. benarlah hati itu raja.. kernanya manusia bersengketa.. kernanya jua manusia berkasih sayang.. kernanya jua yang menentukan derita atau bahagia.. sungguh, itulah hati.. bila tidak disibukkan dengan DnT.. jahiliyah berusaha menggoyah sanubari.. NYAH kau dari sini! aku tidak serapuh itu untuk kau tawan! -point to my heart yang sedang mendaki gunung mujahadah
sungguh Ya Allah, selama ini aku sangat yakin denganMu...aku cuba membina hubungan baik denganMu dan manusia tapi kekadang terasa untuk memahamkan manusia-manusia sekelilingku sangatlah sukar dibandingkanMu..mungkin inilah kerana hati kami berbeza..faham kami berbeza..dan mungkin kerana masih belum cukup kuat keyakinanku untuk Kau berikan kefahaman kepada mereka melaluiku.. kerana itu, blog inilah yang menjadi mangsa..menjadi tempat hamburan kata-kataku yang sangat dalam dan berlapik.. mungkin tidak mudah difahami oleh mereka yang membaca..melainkan terkena pada situasinya.. inilah aku..yang kekadang cuba menceritakan rahsia tetapi terlalu sukar menyusun kata kerana risau titik2 hitam wujud hanya kerana terlalu berterus terang.. kekadang terasa nak mem'private' kan blog ini agar aku boleh menulis segalanya yang benar-benar berbeku dihati..hatta kisah cinta Ilahi, ada jua sesuatu rahsia antara aku dan Dia..yang akan kusimpan kemas sehingga directly dihadapanMu aku luah.. kerapkali aku menyedapkan hati...cukuplah Allah tempat aku meluahkan..namun, bilamana diuji dengan kerenah manusia..aku tetap goyah.. Ya Allah, Engkau berikanlah mereka kefahaman dalam islam sebagaimana Engkau hadirkan ia didalam hatiku.. Engkau jauhkanlah rasa terluka dalam hati mereka kerana sikap manusia.. kerana aku sangat lemah..aku sangat berharap dengan doa ini.. manusia.. engkau banyak mengajarkanku... kalau dulu aku beramal untuk mendapatkan bekalan,kekuatan,kemanisan iman, syurga,pahala dan pelbagai lagi untuk berhadapan denganmu sebagai eset saksi diakhirat... tapi keranamu jua akhirnya aku faham...alhamdulillah3x beramal kerana TAAT itu lebih indah daripada mengharap kemanisan iman atau kemenangan..
(mereka taat tanpa pilihan sedang kita boleh menentukan taat atau kianat)
sungguh, taat itu telah membersihkan ruhi aku daripada segala aspek duniawi.. sekaligus melahirkan rasa kuat untuk terus bermujahadah.. dan membuahkan iman dan redha...bahawa hy Dia Tuhanku yang Maha Mengetahui.. Sungguh... hati ini sedang diuji... dan aku menangis lagi.. Ya Allah, hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu.. p/s:maaf ye pembaca yang mungkin pening kepala..sungguh,aku bukan penulis...tp aku suka menulis. wallahuallam by fz_tarbiyah; sg.buloh

Saturday, February 5, 2011

~bila disingkap diari 04

matlamat masa hadapan, buatku lahirkan persoalan, itukah harapan kebahagiaan? namun tak kutemui jawapan. indah impian, bicara puitis fitrah daripada fikiran, namun tidak bisa melarikan igauan semalam, serabut benak fikiran. aku terkesima, dek hadapi mimpi nan serupa, tiap malam sehingga naluri menzahirkan, akhirnya fikiranku berlari diluar jangkauan. doaku moga diri tabah melayarkan, bahtera ketabahan hadapi kenyataan, takuti cinta yang melalaikan, benci cinta yang mendustakan. lahirkanlah cinta pada Tuhan, cinta sebenar penawar kedukaan, tatkala cinta manusia didustakan, Dialah yang agung menyelamatkan, cintailah Dia untuk kemudahan, tatkala duka duga melanda, cinta hakiki cinta abadi, kekal dunia akhirat nanti. 29/11/04
hmmmmm, membaca diari lama 2004 menjadikan aku tersenyum sendiri. acapkali, hampir tergelak besar juga aku dibuatnya.. tapi... tetap ada satu persamaan antara dulu dan kini.. iaitu.. aku menulis dengan rasa hati.. agar tegar difahami oleh mereka yang membaca dengan hati.. wallahuallam.
*************************
hampir seminggu tak menulis disini, aku sangatlah gian nak menulis dan bercerita.. tapi tetap cuba menapis apa yang lebih aula patut kucoretkan.. dan akhirnya.. biarlah kusimpan saja.. mood: semasa nak tulis ni, aku dah fikir lebih 100x..layakkah disaat bergemanya suara kebangkitan diseluruh alam, tapi aku hy bercerita kisah 'aku' yang masih keanak-anakan?....Mesir, Jordan, Yaman, Tunisia... Ah!sejarah itu bila dikenang mampu membanjiri airmata takungan... ..sudah tibakah masanya Allah memenangkan kita?... arrggghhh, jangan difikirkan hari semalam atau hari ini...buat saja kerja itu! sungguh, buat kerana taat itu lebih nikmat daripada mengharapkan habuan kemanisan iman atau kemenangan. wallahuallam by fz_tarbiyah; Sg.Buloh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...