Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Maafkan daku,
membuat kau kecewa,
membuat kau tersedu,
membuat kau keletihan,
dlm sehari yg menyesakkan,
sakit yang menjengah rasa menusuk hati,
apatah lagi mencucuk organ2 kurniaan,
Maafkan daku kerana
menyesakkan nafasmu dalam dunia.
Setiap hari melalui perjalanan yg panjang,
Untuk mencari ilmu yang belum nampak kesan,
menunggu bas seawal jam,
kekadang penantian satu jam mengecewakan,
apabila bas yg dtg tidk beri peluang,
penantian terpaksa diteruskan,
atau terus berlari menentang arus kenderaan,
mengharapkan sempat sampai sebelum guru datang,
sarapan pagi dengan menghirup udara pencemaran,
pin pon bunyi bising sangat membingitkan,
mungkin inilah cara hidup makhluk terbaik alam,
maafkan daku wahai diri,
kerana mencampakkan kau dimedan.
selewat jam 7ptg baru pulang,
dengan kudrat keletihan membawa beban,
mungkinkah ilmu hari ini sempat dipraktikkan?
menjelang malam,
Engkau berusaha beliakkan mata,
mengharap mampu berjaga utk ulangkaji pelajaran,
namun,
kepenatan berlarutan mengalahkan keazaman.
maafkan daku wahai diri,
membiarkan kau melalui kepayahan,
namun,
percayalah diri,
sedikit kepayahan ini adalah satu nikmat tak terperi,
kerana dalam kepayahan pasti ada kesenangan.
Tolonglah yakin dengan janji Tuhan,
Kerana daku hy mampu memujuk hati,
tekad dan tindakan seiring memahami,
dalam hidup ini,
lukisan kebahagiaan terletak pd tangan,
Semoga bahagia milik kita utk kemudian.
Amin
Semoga Allah permudahkan urusan. utk makluman teman yg membaca entri saya, saya akan bercuti dari menulis sehingga tamat final semester. Insyaallah...Semoga Allah tetap beri kelapangan untuk saya mengutip sisa ilmu apatah lagi redhoNya benar-benar kuharapkan. Dibulan ramadhan yang mulia ni,marilah sama-sama kita improve our ibadah,our knowledge and our daily life..insyaallah..wallahualam