Friday, December 16, 2011

3 bulan perjalanan mencari cinta (II)

salam kemuliaan dari Allah buat para pembaca yang saya muliakan.

Kudoakan semoga kecintaan kepaada jalan dakwah ini terus subur dalam diri kita.. Semoga hati-hati kita terus kehausan dalam mengejar redhaNya dengan berkehendakkan kepada tarbiyah. amin

Aku menulis kali ini hanya untuk meluahkan perasaanku kepada akhawat seluruh dunia khasnya. Akhawat yang ada sebilangannya aku kenal rapat, ada juga sebilangannya aku belum mengenali malah belum pernah berjumpa.. Namun apa yang pasti, bukan pertemuan itu yang mengikat kita melainkan Allah telah mengikat hati-hati kita sehingga selayaknya ada hakmu dalam doaku.




Duhai akhawatku,
Sungguh kuketahui, kutulis bait-bait cinta ini dengan kekurangan yang ada dalam hatiku ini. Kutulis jua bait-bait cinta ini sedangkan dosa dan nodaku tetap bersaki, berbaki hanya kerana kekurangan keikhlasan dalam setiap amalku kepadaNya. Namun tetap kutulis jua bait-bait cinta ini kerana aku ketahui, ada sesuatu didalam hatimu, yang tidak mampu kau terjemahkan melalui perasaan melainkan pelukanmu dan ingatanku kepadamu adalah satu 'hint' dari Allah bahawa kita sedang berinteraksi dan hanya Dialah ditengah-tengahnya.

Duhai ukhti,
Sungguh kuketahui, kutulis bait-bait cinta ini bersama keindahan dunia yang memenuhi persekitaranmu, keseronokan dunia yang terbentang dihadapan matamu, duniawi yang terhampar dengan rakusnya, sebilangan manusia yang saling membenci dan bermusuhan, masyarakat yang sedang tenat dengan jahilinya... Namun tetap ingin aku menyeru kepadamu untuk terus melangkah dalam mujahadah dan terus kehadapan dalam membentangkan pula risalah al-haq yang engkau imani akan membawamu kepada redhaNya. Aku tetap ingin menyerumu agar terus bersabar dalam usahamu membina rijaluddakwah yang mampu dijadikan eset terbesar dihadapan Allah kelak.. Aku tetap menyerumu untuk sama-sama menyembankan diri dalam sujud yang panjang dan memohon agar dirimu terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amal terbaik disisiNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kecintaan bukan tanggungjawab semata-mata.

Bila aku kenang kembali bagaimana kefahaman islam itu telah membersihkan hatiku dari segala salah faham tentangnya, lantas aku sujud lama dalam tangis yang panjang. Hanya kerana satu erti kesyukuranku kepada cahaya teragung kurniaanNya.

"...ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." (3:103)

Duhai ukhti,
Pernahkah dikau terfikir dimana kita sekarang jika kita tidak termasuk dalam kafilah dakwah ini? Pernahkah dirimu terfikir dimana saluran kecintaan kita tatkala ini andai kita bukan bersama kafilah dakwah ini? Mungkinkah kita yang termasuk dalam golongan mereka yang sedang bersukaria dengan dunia fashionnya, shoppingnya, couplenya...Mungkinkah kita yang termasuk dalam golongan mereka yang dikatakan Allah telah menutup hati,telinga dan matanya untuk melihat cahaya ALlah itu? nauzubillahi min zalik.. Kerana itu ketahuilah duhai ukhti bahawa nikmat dirimu dapat bersama kafilah dakwah ini adalah satu anugerah teragung dan terindah dariNya. Nikmat yang telah melepaskan dirimu dari salah faham yang dahsyat tentang kehidupan sebagai seoarang khalifahNya. Nikmat yang telah melepaskanmu dari belengu cinta kepada dunia dan takutkan mati. Nikmat yang bakal membawamu direct kepadaNya. Nikmat yang bakal membuka jalan mudah untuk dirimu kesyurga..

Itulah nikmat teragung yang bisa dirasai dan difahami oleh mereka yang telah terjun dalam dunia cinta ini? sehingga seorang rahib sanggup digergaji sehingga terbelah dua badannya.. sehingga sumayyah sanggup disula demi mempertahankan kefahaman tentang syahadah semata.. sehingga Khabbab bin Aratz sanggup bersabar apabila jasadnya dipanggang..sehingga nabi-nabi terdahulu dibunuh hanya kerana mereka beriman dengan Tuhannya.. seingga Syed Qutb mampu tersenyum dalam mempertahankan kata-katanya sedangkan hukuman gantung menantinya.. sehingga izzuddin khalil tidak kisah yang lain melainkan mengejar Tuhannya dengan syahid dijalanNya..sehingga Syeikh Ahmad Yassin tetap berjuang hanya dengan kerusi rodanya sehingga syahid menyahutnya..

Apakah yang menolak mereka sehingga segala azab dunia itu dirasakan sungguhhhh manis dan mampu dilalui oleh mereka dengan penuhhhh cinta?

bukankah sudah kukatakan tadi, nikmat indahnya berada dibawah bayangan tarbiyah hanya boleh dirasai dan difahami oleh mereka yang turut bersama kafilah dakwah ini.. Hanya dapat dirasai oleh mereka yang telah menyembankan dirinya dalam sujud kerana cinta kepadaNya.. hanya mampu dirasai oleh mereka yang telah menginfaqkan harta dan jiwanya kejalan Allah semata.. hanya mampu dirasai oleh mereka yang telah bersungguh dalam melaksanakan amal muntijah yang mampu mendekatkan diriNya kepada satu-satunya ilah.

Duhai ukhti,
Kesedari dan kufahami bahawa jalan ini sungguh memenatkan dan meletihkan.. Sehingga kekadang dirimu terduduk kerana kehilangan tenaga kerananya. memang benar ia menuntut segala pemikiranmu, menekan perasaanmu, menarik sumber kekuatan jasad dan jiwamu. Kerana itu, janganlah pernah rasa cukup sedangkan amal yang dihidangkan hanya bersama saki baki iman semata..

Duhai ukhti,
Alirkanlah segala kecintaan didalam hatimu kepada mereka yang masih teraba-raba disekitarmu. Begitu juga janganlah engkau mengabaikan hak-hak saudaramu yang telah sama-sama menyatukan hati, jasad dan amal untuk membawa risalah islam ini. Aku sentiasa mendoakan kalian diberi kekuatan dan kesabaran untuk terus beramal dengan penuh cinta dan kebersamaan dengan ahlinya.

Duhai ukhti,
Aku tidak pasti bagaimana dirimu mentafsir kata-kataku.. Diakhir kata-kataku, cukuplah untuk aku katakan aku punya cita-cita yang sama dengan dirimu. Aku ingin melangkah kesyurga bersama-sama kalian. Aku ingin bertemu dengan kalian disana dan kitalah yang menjadi saksi atas AlQuran tentang segala nikmat syurga yang dijanjikanNya didalam kalamullah.

wallahuallam

mumtazah,
glasgow dan york,
4disember 2011-7disember 2011

Friday, December 9, 2011

Dakwah Rabbani (rabbaniyatud dakwah)

Assalamualaikum w.b.t para ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah

Berapa ramai yang pada kami

Tetapi dia bukan daripada kami

Dan berapa ramai yang daripada kami

Tetapi dia (sebenarnya) bukan pada kami


Tidakkah kau nampak wahana yang harus ditanggung oleh sesebuah gerakan dakwah, begitu tubuhnya semakin membesar, ahlinya semakin bertambah, dan gerak-kerjanya mula menampakkan penghasilan? Serentak dengan tertariknya manusia berbondong kepadanya, maka serentak dengan itulah keaslian gerakan dakwah itu mula terhakis. Para pendokong yang mula bersamanya tidak lagi tertapis. Hingga hal-hal asasi yang dulunya menarik minat sekelian ramai orang, sudah mula pahit dan kehilangan manis.

Hingga, berapa banyak gerakan Islam di Malaysia yang mengaku bahawa merekalah Ikhwan Muslimin cawangan Malaysia, tapi saling bercakaran sesama mereka? Mereka mengambil manhaj dakwah Ikhwan, tetapi tarbiyah yang menjadi “main product” Ikhwan sahaja tidak lagi mereka titik-beratkan?

Atau mereka yang mengaku bermanhaj Salafi, tetapi akhlaq dan pemahaman mereka justeru memalukan sahaja para pengikut dakwah Salafiyah ini. Hingga ke tahap membawa fitnah kepada dakwah Quran dan Sunnah ini.

Begitulah, berapa ramai yang mungkin ia memang sebahagian daripada sesebuah gerakan dakwah, tetapi kriteria yang ia miliki tidak selayaknya menghiasi criteria gerakan dakwah yang ia ceburi? Dan, berapa ramai juga yang mungkin ia tidak bersama gerakan dakwah itu secara zahiri, tetapi fikrah dan kesungguhannya menjadikan ia bersatu dengan jemaah dakwah secara fikri dan qalbi.

Lantaran itu, ketika kalian mahu memilih untuk terjun ke dalam dunia dakwah, tentunya bersama sebuah khafilah dakwah, usahlah anda melihat “nama” jemaah dakwah itu, sebaliknya lihatlah karakteristik dakwah, atau khosoisud dakwah yang ingin anda abdikan dirimu terhadapnya. Kerana tiada ertinya anda berada di dalam jemaah dakwah yang betul dan terbaik, dari segi namanya, tetapi gerak kerjanya jauh panggang daripada api daripada induk jemaah dakwah yang sebenarnya. Jika tidak bertentangan dengan kitabullah dan sunnah rasul-Nya.

Melihat kepada khosoisud dakwah(ciri-ciri atau karekteristik dakwah)adalah umpama kita melihat apa yang diperkatakan(ma qouli)oleh seseorang, berbanding melihat orang yang bertutur kata(man qoula)itu. Dengan sebegini, anda bukan sekadar bersama khafilah dakwah ini secara sembrono, tetapi anda justeru memilih bersama dakwah ini di atas dasar cinta. Iya, dasar cinta!

TECHNICAL SPECIFICATION

Dalam kerjaya seorang jurutera, spesifikasi atau singakatannya spec sesuatu jentera atau perkakas sangatlah penting. Malah, ianya lebih penting berbanding paras rupa fizikal sesuatu perkakas itu. Ini berbeza dengan sudut pandangan orang-orang umum: mereka biasanya lebih cenderung pada keindahan dan keunikan paras rupa sesuatu alatan semata-mata.

Contohnya kereta. Secara umum, orang awam lebih cenderung memilih kereta bersandarkan reka bentuk dan rupa fizikal kereta tersebut (dengan mengabaikan sebentar tentang soal harga). Ini tentunya berbeza dengan mereka yang memang berjiwa jurutera, semuanya terletak pada specnya. Kami para jurutera lebih rela memiliki sebuah kereta bak “peti ais” asal enjinnya bagus, suspensionnya class, breknya mencengkam, absorbernya mantap dan sebagainya, berbanding memiliki kereta bak rupa Knight Rider yang hanya indah khabar dari rupa misalnya. Kerana para jurutera (barangkali) lebih menghayati tujuan asasi wujudnya kereta itu: Sebagai sebuah medium pengangkutan semata. Atau, istilah yang biasa kita para aktivis dakwah gunakan, iaitu wasilah. Maka, untuk menunaikan “tujuan hidup” sesebuah kereta, tentunya spec jauh lebih mustahak berbanding paras rupa fizikalnya.

Begitulah juga dengan sesebuah jemaah dakwah. Apalah ada pada nama, andainya ciri-ciri atau khoshoisud da’wahnya tidak bisa menghantar kita kepada keredhaan Tuhan? Lantas, dengan memahami betapa jemaah itu sebagai wasilah bukannya tujuan, ciri-ciri dan karesteristik dakwah itulah yang harus kita perhatikan. Nah, apakah karakteristik sesebuah gerakan dakwah itu?

Yang pertamanya ialah rabbani.

Rabbaniyah ad-Da’wah

Dalam bahasa mudah, rabbani itu ialah “rabb orientated. Kalau orang yang “bola orientated” misalnya, ia akan melihat semua perkara yang dilihatnya akan ada kaitannya dengan bola (semisal iklan Celcom satu masa dahulu) hingga makannya bola, tidurnya bola (hanya minumnya sahaja Coca-cola), maka, orang yang “rabb orientated” akan senantiasa melihat, malah merasakan kebesaran Tuhannya dalam setiap kejadian, dan segenap peristiwa yang dilihat dan dilaluinya sehari-hari.


“Dan kelak akan KAMI perlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kebesaran) KAMI di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah kepada merepa sesungguhnya (al-Quran itu) adalah kebenaran..” (Surah Fushilat [41]:53)

Jugam rabbani itu adalah sifat yang menjadikan tarbiyah “melekat” pada dirinya. Ertinya dakwah yang rabbani, akan senantiasa menjadi tarbiyah sebagai “main product”nya, biar mihwar mana pun yang ia lalui. Persis restoran KFC yang menjadikan ayam sebagai main productnya, biarpun sehebat mana pun pelanggannya menggemari udang yang ia tawarkan.

Dan rabbani –seperti mana tauhid rububiyyah yang diterima oleh semua kalangan- juga harus mempunyai sifat kemanusiaan itu. Biar pun dakwah sememangnya menuntut sebuah pengorbanan, tetapi pengorbanan-pengorbanan itu masih dalam rangka kemanusiaan.

Misalnya, tak sepatutnya seorang murabbiyah/ naqibah mengarahkan anak usrahnya yang sedang mahu bersalin untuk tetap hadir ke usrah, hanya sekadar beralasan “anti kena berkorban ukhti..” Iya, ukhti itu memang harus siap untuk berkorban, tetapi awak wahai sang murabbiyah pula harus lebih bersifat peri-kemanusiaan. Lupakah anda dengan hadith Nabi SAW;

"Orang yang tak mengasihi, tidak akan dikasihi?”

Benarlah pendapat Imam ar-Raghib al-Ashfahani tentang ta’rifnya tarbiyah:
Insya’us syai halan fahalan ila haddit tamam ; "Menumbuhkan sesuatu dari satu kondisi ke kondisi lain sampai pada kesempurnaan"

Begitulah juga erti rabbaniyatud dakwah sebenanrnya. Bak puisi Ayatul Husna didalam KCB;



Kau mencintaiku

Seperti bumi

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Menanggung beban derita

Tak pernah lelah

Menghisap luka

Kau mencintaiku

Seperti matahari

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Membagi cerah cahaya

Tak pernah lelah

Menghangatkan jiwa

Seperti bumi yang justeru berputar kerna mentaati titah Tuhannya, atau seperti juga matahari yang tetap terus memancarkan cahayanya dek kerana mentaati titah Tuhannya.

Maka, seharusnya dakwah jua begitu. Dakwah, ketika ia berlaku semata-mata dek kecintaannya pada titah Tuhannya, maka itu ertinya dakwah itu sedang memiliki nuansa “rabbani”.  Ia menjelma kerana cintanya pada Rabbnya. Ia terlaksana demi meninggikan kalimah Rabbnya. Dan ia tidak akan pernah berakhir, selagi pelaku-pelaku “Rabb orientated” yang lain; bumi, matahari, dan yang lain-lainnya, pupus dari persada alam maya, atau tamat sudah rentetan masa dan waktu.

Maka, kerana itu Syaikh Fathi Yakan memilih dalil yang paling tepat ketika menekankan bahawa ciri yang pertama(dan terutama)yang harus dimiliki oleh sebuah gerakan dakwah itu, adalah sifat Rabbani.


“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan mati adalah kerana ALLAH Rabb sekalian alam”(Surah al-An’am [6]:162).

Ertinya, dakwah yang kita maksudkan, hanyalah dakwah yang mempunyai sifat-sifat rabbani. Ia Rabb orientated. Ia menitik beratkan tarbiyah. Dan seperti mana setiap manusia mengimani ALLAH pada tauhid rububiyyahnya, maka sebegitulah dakwah juga bisa diterima oleh setiap kalangan manusia. Ia tidak melanggar prinsip-prinsip manusiawi. Namun, ia akan tetap mengorek segala potensi yang ada pada manusia, hingga ia mampu berobah “from zero to hero.”

Lalu mari kita perhatikan apakah dalil-dalil yang di dalamnya ALLAH menyebut tentang “rabbani” ini. Tentang mereka-mereka yang rabbani ini; itulah golongan “rabbaniyyun.”


Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi(sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin(yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(Surah Ali Imran [3]:79)


Dan berapa banyak dari Nabi-nabi(dahulu)telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan(agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk(kepada musuh). Dan(ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar(Surah Ali Imran [3]:146)

Maka, daripada ayat-ayat di atas, bisa kita menyimpulkan bahawa dakwah yang rabbani, harus memiliki 3 hal;-

a) Rabbaniyah ar-Risalah(intipati perjuangan itu harus rabbani)

b) Rabbaniyah ar-Rijal(pada kader dan pemikul panji dakwah ini pun harus Rabbani)

c) Rabbaniyah al-Jama’ah(perjuangan ini harus secara perkumpulan. Dan kumpulan itu adalah jamaah. Dan bukan sebarang jamaah, tetapi Jamaah yang sifatnya Rabbani).

Ketika dakwah sudah melengkapkan dirinya dengan 3 anasir ini, maka tiadalah yang bisa menghalangnya untuk menyahut janji Tuhannya, betapa bumi akan pasti terwariskan pada mereka-mereka yang soleh.


Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh" (Surah al-Anbiya’ [21]:105).


Lalu mengalirlah dakwah ini seperti air, sedang air itu menghidupkan, sedang air itu juga mencintai titah Tuhannya, seperti indahnya puisi si Ayatul Husna(KCB);

Kau mencintaiku

Seperti air

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Membersihkan lara

Tak pernah lelah

Menyejukkan dahaga

Dakwah yang rabbani, itulah cirri-ciri asasi sebuah gerakan dakwah. Kerana Rabbani tiap tahun jadi kumpulan Nasyid terbaik. Bukan UNIC, bukan Raihan, Hijjaz, dan yang lain-lainnya.

wallahuallam

Oleh: Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

Wednesday, December 7, 2011

3 bulan perjalanan mencari cinta (I)

Salam akhawat fillah,

Teringin untuk aku bicarakan tentang 3 bulan perjalananku mencari cinta...Disini, dibumi United Kingdom ini...

Sejujurnya........

Atas urusan ijazah duniaku;

3 bulan aku kesini hanya untuk mempelajari bagaimana untuk mentafsir gambar-gambar dibawah:



Gambar tersebut adalah texture dari chemicals compound yang berbeza..punya ability untuk digunakan dalam teknologi terkini yang sedang berkembang pesat; ada didalam iphone,smartphones,TV, suis, komputer dll disisi kita.

Hanya itukah erti 3 bulan perjalananku disini? Mencari erti sebenar kegilaan teknologi LCD,OLED,TFT dengan liquid crystals dan metallomesogens?


Ilmu Allah yang super agung itu..dikejari para saintis dan engineer sehingga ada yang sanggup hidup dan mati bersama teknologi ini.. TV yang dulu hitam putih, bertukar menjadi coloured dan berkembang lagi sehingga teknologi plasma lcd sekarang..Tidak mustahil suatu hari nanti setiap manusia akan punya LCD screen dengan hanya meletakkannya dalam mata seperti kanta sentuh atau hanya dengan berkaca mata.. dengan menggunakan teknologi mind setting, telah mampu men switch off atau switch on papan layar LCD tersebut..

Iyaaa,,itu tidak mustahil kerana itulah obsesi dan kegilaan orang yang sedang bekerja untuknya.. seperti keobsesan lelaki-lelaki dengan bolanya, seperti kegilaan perempuan-perempuan dengan fashion updated nya..seperti kegilaan daeiyah itu juga dengan tarbiyah/dakwahnya..

Sehingga kini, setelah 3 bulan, aku mula mampu mensynchronizekan segala aktiviti ini dengan perjalanan tarbiyahku..Ia....perjalanan research ini sama-exactly the same- dengan perjalanan tarbiyah yang indah itu..

"Wahai orang2 beriman! Penuhilah seruan allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan."(8:24)

Apakah seruan 'yang memberikan kehidupan' bagiku?
hmmmmm...aku sedang mengarang satu cerita tentangnya....yang kukutip dan ku'grab' sepanjang 3 bulan perjalananku mencari cinta..

3 minggu lagi...ia akan berakhir..semoga Allah mengizinkan untuk aku sampai ke malaysia dengan membawa seruan kehidupan yang lebih segar dari sebelumnya..amin

wallahuallam

mumtazah
york, UK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...