Monday, August 24, 2009

~My Syurga Dunia~

Kalu difikirkan apa makna syurga dunia,mesti macam-macam persepsi orang kn..Bagi saya segala nikmat dan rahmat yang Allah beri adalah syurga dunia. Sihat,sakit,senang,susah,keluarga,kawan2,teman2, sahabat handai,makanan minuman..issshh banyak sangat kn??...tak terhitung dengan akal kita..Alhamdulillah..
Maka nikmat Allah yang mana lagi yang engkau dustakan?(55,Ar-Rahman:13)..Nilah diantara nikmat dunia yang membuatkan saya sangat bahagia.Alhamdulillah..syukur,syukurrFamily first..my mak,abah,kakak,abang-abang,adik,anak sedara. Termasuklah sedara mara yang dekat dan jauh..=)
Sahabat handai,teman seperjuangan yang berada disisi atau diluar sisi..Zaman kecik,sederhana sehinggalah saya berusia 21 tahun nw...hehe..^_^..
Tinggal di Keratong yang bertaraf kampung,hulu dan yang sewaktu dengannya. Gambar ni pemandangan belakang rumah saya. Masa kecik2 dulu ada paya,selalu sauk ikan n udang..berkubang pn pernah..manisnya zaman kecik2..sekarang air dah kering..pemanasan global=( Masyarakat sekeliling. Ni gambar kat rumah jiran lepas majlis bacaan yasin untuk muslimah sahaja..hehe..^_^..Mana anak muda???..haaa home sweet home..inilah rumah persinggahan didunia sementara...rumah persinggahan juga dalam perjuangan menuntut ilmu..pemandangan malam yg sangat cantik..syg sgt seisi rumah ni.. Sekadar perhiasan..nak bagitahu jer hakikat sebenar syurga dunia ni,kita jer yang mampu tafsirkan..Hargailah setiap nikmat kurniaan Allah samaada baik atau buruk kerana hikmah disebaliknya yang kita rasai itu adalah syurga dunia yang sepatutnya kita kecap sebelum mampu mengecapi syurga akhirat.Sebenarnya kebahagiaan dan kesengsaraan tu,kitalah yang mampu menilainya sebagai apa.Kegembiraan,kebahagiaan,dugaan,balasan,pengorbanan,kekuatan....Inilah kata-kata Ustaz Asri yang menjadikan saya berfikir ada benarnya kn????..wallahualam

~NotHing~

Alhamdulillah,selayaknya lafaz syukur untukMu Ya Allah. Hanya Allahlah yang mengerti apa yang tersirat dihati kecil ini. Segala rasa yang berbaur dalam hati ini jua adalah kurniaanMu dan hanya Engkau yg Maha mengetahuinya.. Sedih,gembira,terharu,sayang,cinta dan rindu.. Hakikat yang aku percaya, segala rasa hati ini adalah anugerah yang patut aku syukuri. Dan aku percaya kurniaanMu ini juga adalah salah satu ujian buat insan sepertiku ini. Sememangnya aku hanyalah insan biasa. Yang mempunyai satu hati.Iman yang bercambah kekadang merudum pabila kurang diperhati. Lagi-lagi dengan pelbagai kerenah dunia yang terpaksa daku lalui setiap hari. Pabila aku terlalu bersedih dalam menghadapi masalah dunia yg sekelumit cuma, Kau datang meniupkan semangat dan kasihMu mengingatkan aku supaya berSABAR. SABAR dengan ragam dunia yang hanya pentas dan permainan semata-mata. Terasa diri ini terlalu lemah dengan sekelumit kepayahan. Sesekali aku jatuh terduduk dalam menanggung kesakitan. Terasa beban jiwa inginkan ruh lembut menyapa. KasihMu menggapai lara. Kutahu tak mungkin ada cinta manusia sehebat cintaMu Ya Allah.’Ya Allah,kuatkanlah daku dalam melayari ranjau kehidupan ini.Letakkanlah aku dikalangan hambaMu yang bersabar..aminn.’.Adakah Allah perkenankan doaku ini?..Mungkinkah ujian itu salah satu kekuatan untukku?..Mungkin aku yg tidak menyedarinya..Sehinggalah aku terbaca artikel tentangnya.’ Ada pepatah mengatakan, seandainya kita meminta untuk menjadi kuat, nescaya Allah akan turunkan ujian untuk menguatkan kita’..Subhanallah,mungkin inilah yang dikatakan seni Allah.Tanpa aku sedari,telah berkali-kali Allah berikan daku peluang untuk menjadi kuat..Alhamdulillah..Aku bersyukur dengan segala dugaan yg pernah Kau berikan padaku
Memori menjadikan aku matang dalam membuat keputusan Memori juga membuatkan aku berfikir panjang sebelum membuat keputusan Memori meransang aku supaya bernas dalam tindakan Lagi-lagi memori mampu membuatkan aku gelak sendiri,tawa dalam sendu jua Dan yang paling penting Memori memberikan aku kekuatan untuk bertahan dengan hidup ini Memori menjadikan aku rindu untuk diuji Memori menjadikan aku rindu untuk melalui kepayahan sebelum mengecapi kebahagiaan Memori membuatkan aku gembira dengan kesederhanaan.. Dan mungkinkah memori membantu aku dalam kepayahan akan datang?I’m waiting….^_^…..
Jalan tarbiyyah
Setelah hampir 6 bulan berada dalam tarbiyah, aku mula memahami tugas yang terpikul. Lagi-lagi setelah pulang dr Syahadatul Haq..Tapi terasa diri masih belum bergerak dalam melaksanakan SH.Aku masih berada dalam keadaan selesa.Apatah lagi tatkala cuti seminggu,aku hy menghabiskan masa dirumah,menggapai bahagia bersama keluarga,,Memang perasaan bahagia yg terlalu amat,tapi…aku tak sedap duduk..Kenapa??...Kerana aku teringat SH,aku teringat matlamat utk mencapai ustaziyatul alam dan yg paling aku ingat,aku akan mati..!Apa yang perlu aku lakukan?..Aku ingin lakukan tapi bagaimana?.Yang aku tahu dan amalkan sekarang hanya proses perbaiki diri sendiri...Mungkin aku perlu banyak belajar lagi.=(((..Sangat sedih..Terasa diri lebih banyak berehat dari melaksanakan..Apatah lagi bila terbaca satu artikel dalam folder ‘tarbiyyah’..Ayat akhir yang berbunyi. ‘Kewajipan lebih banyak dari masa...tak cukup tidur didunia ..rehat sepuasnya diakhirat!!’..How come MUM!!??..What can I do??...i’m very sensitive..Dengan sedikit ayat touching macamni..i’ll menangis semahu-mahunya.Lemahnya aku tak mampu berdiri sendiri. Aku perlu guider k??....Help me Ya Allah…Help yourself also Mumtazah..i wanna be ansorullah… Mungkin sahabat yg terbaca diari ni tak faham apalah yg aku bebelkan ni kan??..Nevermind..huhu..Wallahualam

Saturday, August 15, 2009

~5 syarat untuk buat maksiat~

salam buat teman seperjuangan..^_^...tengok pada tajuk,scary x???..huhu...apa-apapun mari kita baca story ni sama-sama yeee...
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
Ibrahim berkata lagi,"Yang kedua,kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! "
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab,
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Wallahualam..masyaAllah...apa yang terlintas difikiran pembaca sekarang???...Dengan sedikit amal dan banyaknya alpa dalam kehidupan,adakah aku layak utk bergelar khalifah dimuka bumi??..Ampunkan daku Ya Allah..Marilah kita sama-sama memperbaiki diri,muhasabah setiap hari dan yang paling penting memngingati mati. Dengan itu insyaallah hati akan sentiasa terpelihara..wallahualam..

Thursday, August 13, 2009

~6 Persoalan Hidup~

Kisah semalam,11/8/2009
'Ramlah,kalau kita mengadu kat Allah yang kita penat ngan dunia ni boleh x?'ty aku.
'Hmmmm, tak berapa baik la mum,'jawab Ramlah..Dalam hati aku beristighfar beberapa kali..Betapa aku ni jahil dalam bab ni..Ampunkan daku Ya Allah..
'Tapi kalau ko tak mengadu pn,Allah da tau..'balas Ramlah lagi. Kami ketawa...hehe..betul la tu. Ampunkan daku ya Allah. Yang sering mengadu atas perkara remeh dunia. Hakikat kerinduan tak bertepi,menjadikan aku gila untuk mati. Walaupun terasa diri kekurangan dalam amal,terasa ngeri memikirkan kedahsyatan hidup dalam kubur,apatah lagi alam akhirat yang kekal abadi,namun aku tak tahu kenapa...hati lebih memikirkan kerinduan padaNya daripada semua ketakutan dan kengerian itu. Aku bukan seperti Rabiatul Adawiyah. Yang sanggup berdoa sanggup keneraka..Siapalah daku untuk dilamarMU Ya Tuhan tapi daku tetap mendamba cintaMu.
Doa Rabiatul Adawiyah
'Ya Allah,andainya aku takut kepada nerakaMu maka Kau masukkanlah daku kedalamnya, andainya aku inginkan syurgaMu, maka Kau jauhkanlah daku darinya dan seandainya aku rindu dan cinta padaMu,dengan itulah Kau terima aku sebagai kekasihMu'...(lebih kurang macam ni la)...wallahualam..
Lantas kemudian,aku buka foder tarbiyah dalam ladtop aku..Tajuk artikel '6 persoalan hidup' sangat menarik perhatian aku untuk membacanya..terasa ingin berkongsi dengan sahabat...Semoga bermanfaat.InsyaAllah..
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya.
Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185) Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang.
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah.
Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah
"memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya. Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan.
Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat. Lantas pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...
Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Wallahualam

Wednesday, August 5, 2009

Andai kumampu

Andai kumampu melakarkan kisah lampau
Andai kumampu mentafsir masa hadapan
Andai segalanya mampu kuulang
Andai dunia penuh ceria
Andai bahagia tiada derita
Andai cinta berbalas rasa
Andai segala-galanya aku mampu teroka
Dan seandainya andaian ini berterusan
Bermain-main difikiran
.................Lantas..................
Merosakkan!
Menggoyahkan!
tautan perasaan
AKU dan DIRIMU
Maafkan daku Ya Tuhan
Pulang dari UM semalam,aku terus kebilik. mengenangkan esoknya ada test Natural Product, maka aku terus siapkan diri untuk study..Makan?..mi segera sudah..Separuh jalan belajar,aku berhenti seketika. Sunyi..My roomate(Ramlah) masih di kampung. Housemate yang lain keluar mid valley untuk beli barang dapur. Sayunya..Automatically hati tersentuh. kenapa ye?
Aku tak pasti
tetapi aku mencari sesuatu. Aku rindukan sesuatu..
Aku menangis...
Fikiranku galak berfikir
Saat seperti ini,aku terasa letih dengan kehidupan dunia
Bahagianya hidup disyurga
Layakkah daku?
Dalam sendu aku mengharapkan cintaMu
Andai Kau matikan daku saat ini
Aku redha
Kerana rinduku padaMu
Adakah kau akan menghukum hambaMu ini?
Daku pasrah dalam pengharapan ampunanMu
Hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan rasulMu
ameen
Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu Tapi aku Tidak mengerti Mengapa cinta Masih tak hadir Tapi aku Tidak mengerti Mengapa rindu Belum berbunga Sesungguhnya Walauku kutip semua permata Didasar lautan Sesungguhnya Walauku siram Dengan air hujan Dari tujuh langitMu Namun cinta Takkan hadir Namun rindu Takkaan berbunga Kucuba menghulurkan Hadiah kepadaMu Tapi mungkin kerana isinya Tidak sempurna tiada seri Kucuba menyiramnya Agar tumbuh dan berbunga Tapi mungkin kerana airnya Tidak sesegar telaga kauthar Ulang c/o Jika tidak mengharap rahmatMu Jika tidak menagih simpati padaMu ya Allah Tuhan, Hadiahkanlah kasihMu kepadaku Tuhan, Kurniakanlah Rinduku kepadaMu Moga kutahu Syukurku adalah milikMu

Monday, July 20, 2009

Sempena 27 Rejab

oleh Mohd Ali Muhammad Don~Berita Harian 20 Julai 2009
Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solat KINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11, menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru, wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia alam. Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.
Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud; "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)
Sehubungan dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Antaranya ialah; 1.Wajib beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam. Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya. 2.Perintah wajib mengerjakan sembahyang
Ibadah sembahyang yang difardukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan. Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan. 3.Wajib percaya dengan hari Kiamat Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW di malam Israk dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi. 4.Wajib percaya dengan azab Tuhan
Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa. Dari sudut lain, gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan. 5.Wajib percaya dengan qada dan qadar
Dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini, manusia berdepan dengan dugaan dan rintangan yang mematangkan jiwa. Biasa didengar ada orang yang beroleh kenikmatan dan terdapat pula yang ditimpa musibah. Nabi Muhammad SAW sebagai insan biasa juga tak lekang daripada ujian itu. Sebelum dijemput naik ke langit, Nabi Muhammad SAW diuji dengan kehilangan 2 individu penting dalam karier dakwahnya iaitu Aminah isterinya dan Abu Talib bapa saudaranya. Tetapi baginda SAW tetap tabah menghadapi ujian itu sehingga dipertemukan dengan Kekasihnya di malam Israk dan Mikraj yang penuh keberkatan. Maka selayaknya umat Islam mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW dengan menerima segala qada dan qadar Ilahi tanpa terlalu bersedih apabila ditimpa musibah ataupun terlalu bergembira apabila diberi kenikmatan kerana ia suatu bentuk penilaian Allah SWT kepada hamba-hambanya. Ada pelbagai lagi iktibar yang boleh diperoleh oleh sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah SWT.
Namun yang lebih utama, janganlah kita hanya berseronok merayakan berbagai hari kemuliaan Islam tanpa merenung pelajaran di sebalik setiap peristiwa yang berlaku.
Penulis ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Thursday, July 9, 2009

Al-Fatihah buat Nabil Marwan

Pada 2hb Julai yang lalu,sepupu saya Nabil Bin Marwan telah kembali ke rahmatullah setelah terlantar sakit hampir 3 bulan lamanya. Ketika mendapat berita ni dari Pak Wan (ayah Nabil) pada jam 11 malam, seisi rumah saya tak boleh tidur. Ikutkan memang nak balik kampung kat sungai besar tapi tak mungkinlah sekarang sebab abah tak boleh memandu malam. Akhirnya,keesokan pagi barulah kami bertolak. Memang tak berniat nak melihat nabil untuk kali terakhir. Kalau Pak Wan nak tunggu kami,terlalu lewat. Pukul 3 petang baru kami sampai. Suasana suram membuatkan saya sebak sangat apatah lagi ketika menyalami dan memeluk Acik Idah(mak Nabil) dan sepupu-sepupu saya yang lain..Hamparan kesedihan jelas tergambar namun medan kesabaran menjadi tunjang keredhoan. Mak Cik saya cerita Nabil meninggal dengan mudah. Mak Ayah Nabil tak nampak Nabil nazak pun. Meninggal setelah membaca doa tidur untuk tidur. Itu jer..Betapa Allah sayangkan dia,keluarga,saudara-mara dan teman-teman jua. Sebulan sebelum meninggal,ketika nabil berubat kampung di rumah,dia ada meninggalkan wasiat pembahagian harta untuk adik-beradiknya. Apatah lagi Nabil sempat bergurau dengan mereka dengan menyatakan
'Nanti kalau aku dah takde mesti korang teringat kita sembang-sembang kat sini kan..'
Masa Noor(kakak Nabil) cerita kat saya,mengalir airmata saya. Betapa dia yakin dan tahu hidupnya sememangnya dah tak lama. Sedangkan adik-beradiknya semua menganggap itu satu gurauan. Nabil mengidap penyakit aplastic anemia. Autoimmune disease ini menyebabkan sumsum tulangnya gagal menghasilkan sel darah. Akhirnya,dia kekurangan sel darah merah,putih,platlets and soon. Mendengar nama penyakit Nabil sudah cukup membuatkan saya tersentak. Apakah autoimmune disease ada kaitan dengan genetik?..Wallahualam. Pagi tadi,selepas solat subuh,tak pasal-pasal airmata saya menitis. Bagaimana agaknya kehidupan Nabil di dunia baru?..Kadang-kadang, terasa cemburu dengan dia..Bukankah sakit itu penghapus dosa?.Bersihnya dia tatkala kematian menjemput tiba.Dia adalah pejuang. Dia bercita-cita untuk syahid. Saya teringat suatu ketika dulu masa saya Tanya
‘Nabil,ko nak sambung belajar kat mane?. ‘Aku nak g syiria kot. Senang nak sahut panggilan jihad,’jawab Nabil.
MasyaAllah,masa ni saya jahil lagi. Kami sama-sama baru habis SPM dengan keputusan yang sama,9A.Walaupun kami bersaing sejak kecil lagi,hakikatnya saya akui dia lebih hebat dari saya. Menjadi hafiz,anak,abang,adik yang soleh dan saya yakin dia seorang sahabat yang baik. Masa saya sampai rumah Nabil,ada tetamu, doktor yang mengubati Nabil dengan cara kampung. Katanya Nabil syahid. Wallahualam.Semoga rohnya kekal bahagia di alam baqa.amin.Al-Fatihah!..Saya pernah rasa perasaan menghadapi saat antara hidup atau mati. Betapa 100% pergantungan, kita serahkan pada Yang Esa..Redha andai malaikat menjemput. Tapi Allah telah berikan peluang buat saya untuk kembali pulih dan meneruskan kehidupan. Pada pendapat saya,ujian paling besar dalam hidup saya bila dilahirkan ke dunia. Matlamat saya adalah untuk hidup dan mati dalam islam. Misi yang terlalu besar dijunjung adalah untuk menjadikan islam sebagai ustaziyatul alam. Jalan mujahadah paling sukar saya lalui adalah untuk istiqamah dalam perjuangan. Ya Allah,hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu.InsyaAllah,amin. Apa-apa pun,hidup perlu diteruskan. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi.insyaAllah

Tuesday, June 30, 2009

Luahan Adam untuk Hawa

Tak sangka pula saya ada yang sudi membalas puisi 'Surat buatmu Adam'. Sukalah saya publish disini untuk pembacaan sahabat sekalian. Buat Adam yang membalas,syukran jazilan. Semoga bermanfaat buat tatapan semua.
Hawa,
dunia kelam tanpamu,
sepi,
sunyi,
ketandusan ceria,
sedangkan nikmat syurga tenggelam dalam kesepian Adam,
layakkah fatamorgana dunia ceria tanpa Hawa?
Hawa,
terciptamu penuh kemulian,
kejadianmu penuh kecintaan,
rusuk kiri punya seribu erti,
dekat di hati,
rapat di sisi,
peneman diri,
penghilang sunyi.
Hawa,
tingginya nilai kejadianmu,
engkau dimuliakan tuhan dengan penciptaanmu,
sama tinggi dengan sifatmu,
sama rendah dengan dayamu,
mengapa dicebik kedudukan si adam itu?
bukankah DIA Maha Tahu?
Hawa,
mengapa diungkit kisah kini dan dahulu?
Lupakah kamu?
Adam dan Hawa dahulunya satu.
mengapa disoal mengapa Adam begini dan begitu?
lupakah kamu?
kamu adalah dia,
dia adalah kamu.
Hawa,
hidup ini aneh,
dari adam dijadikan hawa,
dari hawa lahir adam pula,
ajaib sungguh aturanNYA,
zaman purba kala,
mahupun zaman manusia meneroka angkasa,
sifirnya tetap sama.
Hawa,
masih engkau ingat dulu?
tika saat adam dan hawa dibuang ke dunia,
pujuk rayumu memakan buah larangan syurga,
Adam turuti atas dasar cinta,
Jabal rahmah menjadi saksi setia,
tiada dendam di dada,
yang ada hanya cinta.
Hawa,
jangan diletak harapan tinggi melangit,
pada pundak kerdil si adam,
kerana adam dan hawa sama,manusia, lupa,
hari ini adam tersungkur,
hawa menghulur tangan.
hari esok hawa tersungkur,
adam pula menghulur tangan.
kerana adam dan hawa sama,manusia,lupa.
Hawa,
bukan diri ini memuja,
apa lagi mendewa,
kerna kusedar,
walaupun tanpa puji dan puja,
kau tetap sama,
MULIA.
kaherah ~ 1.11 am~

Sunday, June 28, 2009

Syahadul Haq

Istimewanya Syahadatul Haq yang akak-akak semua anjurkan untuk kami. Kami menginap di rumah Melaka di Bukit Cerakah selama satu hari satu malam. Alhamdulillah, betapa indahnya ukhwah. Indah dan besar jua pengisian yang kami dapat disini. Satu turning point yang dalam berlaku dalam jiwa saya. Ya Allah,Engkaulah yang memegang hati-hati kami. Hasbunallah wa nikmal wakeel. Syukran jazilan antum semua. May Allah Bless you always.
Segala puji untukMu Ya Allah,Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w serta kaum kerabat dan para sahabat baginda. Alhamdulillah,sekali lagi Allah memberi keizinan untuk saya menulis disini. Kalau dilihat pada tajuk,Syahadatul Haq yang bermaksud penyaksian atas kebenaran. Saya tahu barangkali ramai yang sudah tahu,pernah dengar atau pernah mengikuti program ini. Barangkali juga ada yang tak pernah dengar pun apa itu ‘syahadatul haq’. Disebabkan saya dah dengar,dah join dan dah faham apa itu syahadatul haq maka sukalah saya berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang apa yang saya dapat sepanjang program Syahadatul Haq ini. Syahadatul haq ni sebenarnya adalah satu ‘talk’ oleh Syeikh Abu Al-A’la Al-Maududiyy(1903-1979). Beliau adalah pengasas kepada Jemaah Islami di Pakistan. Bermula dengan dakwah secara penulisan pada tahun 1928M dan terus berjuang melalui khutbah-khutbah dan perjuangan fizikal menentang penjajah. Seperti Syeikh Hassan Al-Banna(1906-1949),yang menjadi pengasas kepada ikhwan muslimin,dan memulakan aktivis dakwahnya di warong-warong kopi pada tahun 1927M. Kalau kita lihat pada tarikh kelahiran dan ‘starting’ dakwah mereka berlaku pada masa yang sama,tetapi hakikatnya mereka tidak pernah bertemu. Seorang di Pakistan, dan seorang di Mesir. Kedua-dua gerakan besar yang telah mengubah persepsi masyarakat sekeliling tentang Islam dan tanggungjawab seorang muslim ini,benar-benar memberi impak dalam masyarakat yang fuquhu sehingga sekarang. Risalah-risalah dan khutbah-khutbah mereka dijadikan intipati dalam pelbagai program penyampaian dakwah. Kerana apa agaknya ye????hmmmm, kerana masalah ummat zaman sekarang,sama dengan ketika zaman itu. Zaman dimana kita ummat Islam menganggap lafaz ‘Asyhaduallailahaillah wa asyhaduannamuhammadrasullullah’ sudah cukup untuk melepaskan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Yang Maha Mencipta. Zaman dimana penyakit wahan(cintakan dunia,takutkan mati) menjadi tunjang dalam diri sehingga lupa pada janji di luh mahfuz dahulu. Berbalik pada program, Kak As sebagai presenter sangatlah sempoi,so memang kami tak mengantuk. Beliau memulakan program dengan refresh serba sedikit tentang ISK. Alhamdulillah,segala masih segar diingatan. Baiklah,tanpa membuang masa,saya teruskan dengan pengisian yang terkesan dihati ini.
1.Saya sangat tertarik ingin berkongsi tentang kepentingan baitul muslim. Analogi tentang 1+0=0,1,-1 dan 1+1=3. Jangan kata Kak As tak pandai mengira.. hmmm, Kalau kita tengok pada muratib amal bermula dengan INDIVIDU MUSLIM-BAITUL MUSLIM-MASYARAKAT MUSLIM-DAULAH MUSLIM-KERAJAAN MUSLIM-EMPAYAR MUSLIM-USTAZIYATUL ALAM. Untuk mencapai tahap islam sebagai ustaziyatul alam(pengikut kepada alam),kita mesti bermula dari bawah. Saya nak story disini tentang kepentingan baitul muslim. Kenapa perlunya seorang individu muslim berkahwin juga dengan individu muslim. Maksudnya yg fuquhu(faham) kahwin dengan yang fuquhu. Merujuk analogi number diatas. Kalu 1+0=0,1,-1..contohnya jika seorang isteri yang fuquhu(faham),1 dan telah berkahwin dengan seorang suami yang ‘tak faham tapi tahu’,0 maka,isi rumah tersebut akan jadilah 0,1 atau -1. Mungkin si isteri tabah memperjuangkan kefahamannya,mungkin si isteri akan meninggalkan kefahamannya dan mungkin tiada perubahan dalam diri si isteri. Tetapi,jika seorang IM berkahwin dengan IM juga maka terlahirlah satu sinergi yang mampu menambahkan kemantapan perjuangan dalam menaiki tangga seterusnya,melahirkan masyarakat muslim. That’s why 1+1=3(suami,isteri dan sinergi). InsyaAllah.
2. ‘Dan demikian pula Kami jadikan kamu(umat islam),umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan umat manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu’(Al-Baqarah:143)..
Jika kita teliti makna ayat ini,kita nampak yang Allah telah memilih kita sebagai ummat pertengahan yang akan menjadi saksi kepada ummat manusia. Masa ni,saya bayangkan suasana di court Allah diakhirat nanti. Rasullullah-----Ummat Islam yang faham(ummatan wasato)-------Umat maanusia yang tak faham(muslim dan non muslim)----------Neraka.
Mari kita lihat mahkamah Allah diakhirat kelak. Sahabat,secara fitrahnya,Allah takkan menghukum manusia yang tidak mengetahui. Sebelum mereka yang lay-kar dicampakkan kedalam neraka,kita sebagai saksi atas perbuatan umat man-usia-lay-kar ini. Jadi adakah kita(yang telah faham) telah menyampaikan kepada umat islam yang ‘tak faham’ ni tentang syahadatul haq? Adakah kita umat islam telah menyampaikan kebenaran ISLAM itu sendiri kepada mereka yang kafir?..IF NOT,maka kitalah(umat pertengahan) yang akan dihukum. Tatkala ini,adakah kita akan salahkan rasullullah yang telah sedaya upaya menyampaikan risalahnya sehingga kehujung nyawanya????? Kalau sahabat masih tak percaya dan ragu-ragu tentang tanggungjawab syahadatul haq ini silalah tengok makna lafaz syahadah kita sebagai orang islam
aku BERSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah’.
Mengapa lafaz itu bukan ‘aku percaya’??Kenapa???.. Sebab,once kita dah melafazkan ‘aku berSAKSI’,maka jadilah kita saksi diakhirat kelak buat kaum kafir. Jadi,adakah anda umat islam yang menjalankan penyaksian terhadap kebenaran ini?..Jika YA,fahamilah dengan hati,marilah teman seislamku,rasailah tanggungjawab besar yang Allah diberikan oleh Allah buat kita sebagai ummat pertengahan yang akur beriman kepada Allah. Sepatutnya kita dapat rasai tanggungjawab ini selepas melafazkan syahadah. Tanggungjawab yang tak mungkin akan terlaksana jika kita hanya beriman kepada Allah,malaikatnya,kitab-kitabnya,rasul-rasulnya dan hari kiamat. Tanggungjawab yang takkan tertunai dengan hanya puasa,zakat,haji,buat baik pada orang.NO!Ketahuilah,sedarlah bahawa ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting iaitu melaksanakan Syahadatul Haq ( pengakuan bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah) kepada SELURUH UMMAT MANUSIA.
‘(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar TIDAK ADA ALASAN(pada hari kiamat kelak) bagi manusia terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu..’(An-Nisa’:165)
‘Bertasbih kepada Allah APA SAJA YANG ADA DI LANGIT dan DI BUMI..’(As-Sof:1)
"Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para Nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka" - Al Maududi
Sahabat,adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab syahadah ini kepada semua ummat manusia sehingga man-usia-lay-kar dan kafir ini takkan ada hujah kukuh diakhirat nanti untuk tidak dihukum?.. Sahabat,adakah telah bertasbih semua yang ada di langit dan dibumi?..semua haiwan,tumbuhan,malah setiap apa yang manusia cipta(cth:kerata yang mengandungi jisim atom-atom yang sentiasa bergetar dan metal yang mengandungi electron,proton,neutron yang sentiasa mengililingi petalanya),semua bertasbih mengingati Allah…hanya MANUSIA jer yang lalai. Yang jauh dari Sang Pencipta. Nauzubillah.. Apabila kita berada disituasi sebegini,tanggungjawab yang perlu segolongan ini melakukannya (fardhu kifayah) telah menjadi fardhu ain keatas setiap ummat manusia itu untuk berdakwah.
Analogi dari Kak As
Analogi ‘orang sumo dan saya’. Contohla,satu hari di pagi yang hening,saya jalan-jalan dan terjumpa satu mayat orang kampung kita. Badannya besar macam orang sumo. Tapi badan saya kecik macam semut. Semua orang kampung tak de nih! Semua sudah pergi keje. Nak tunggu orang kampung balik keje terlalu lambat lagi,mayat dah berbau. Jadi,wajiblah keatas saya untuk menguruskan mayat ni. Bermula dengan mandikan,kafankan setakat yang mampu dan tatkala nak mengkebumikan apa jadi?macammana saya nak angkat orang sumo ni sedangkan saya nak tolak pun tak larat. Kafankan pun setakan mampu jer. Tak kira!saya berusaha juga dengan bersungguh-subgguh sehinggalah hari sudah petang. Akhirnya saya syahid dalam usaha nak mengkebumikan mayat orang sumo ni. Jadi sekarang ada 2 mayat yang belum selesai diuruskan. Tatkala hari sudah senja,maka baliklah penduduk kampung yang bekerja sejak pagi tadi. Maka sekarang,wajiblah keatas mereka untuk menyelesaikan tanggungjawab ini sehingga selesai. Kalau belum selesai,wajib keatas setiap mereka berusaha untuk mencari penyelesaian.
Natijah dari analogi
Samalah juga dengan situasi sekarang. Yahudi dan Amerika telah menjadi ustaziyatul alam sehingga setiap mata yang memandang ingin mengikut mereka. Mata dan hati mereka telah ditutup dengan sekularism2 oleh Barat. Selagi islam belum tertegak,selagi belum sampai dakwah yang menyatakan jalan syahadah ini kepada seluruh ummat manusia maka selagi itulah tanggungjawab ini terpikul atas bahu mereka yang telah melafazkan syahadah. Fikir-fikirkanlah besama,semoga bermanfaat.
Percayalah,setiap kali kita lengah dalam menunaikan tanggungjawab syahadatul haq ini, setiap kali kita bertindak menyokong kesesatan dan tenggelam dalam kesesatan dan kesalahan,kita sebenarnya telah berundur ke belakang dan ditimpa kelemahan. Kita juga akan dihimpit kehinaan dan kemunduran.
Dan ‘kita’ yang dimaksudkan adalah ummat islam yang telah melafazkan syahadah. Sebab itulah berlaku pelbagai masalah kepada ummat islam sekarang. Kita ditindas,dikeji,dihina dan diinjak-injak oleh mereka yang menggelar diri mereka sebagai ‘The New World Order’. Inilah yang berlaku setelah gelaran ‘world order’ yang pernah kita genggam suatu masa lalu telah menjadi sejarah,terkubur,malah mereka berusaha membuang segala kisah kita. Melalikan kita tentang keindahan zaman pemerintahan islam suatu ketika dahulu.
Cara penyampaian syahadah
1. Perkataan-Jelaskan kepada manusia tentang kebenaran yang telah disampaikan dan diterima menggunakan lisan,pena atau apa jer cara dakwah. Blog,emel,chat....
2.Perbuatan-Melalui peribadi yang boleh menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang diyakini melalui syahadah kita. namun jangan sangka ini sudah cukup menandakan kita telah melaksanakan segala tanggungjawab kita dan mampu berhadapan dengan Allah kelak. TIDAK!Hakikatnya lafaz syahadah ini tidak akan berhasil melainkan terbentuknya sebuah negara yang tertegak berlandaskan prinsip yang abadi seperti yang jelas dinyatakan dalam agama Islam. Sebuah negara yang memartabatkan agama ini sebagai matlamatnya. Negara yang melaksanakan pelaksanaan sistem syariah sebagai objektif dan misi utamanya. Sebuah negara yang merealisasikan sebuah negara islam dimana negara dan rakyatnya ditadbir secara adil,benar dan bersumberkan seluruh teras dalam agama Islam.
Sahabat yang budiman,gunakanlah segala sumber yang ada,kekuatan fizikal dan mental yang kita ada,sama-sama kita berusaha dalam memahamkan mereka(bermula dengan orang islam) tentang syahadatul haq ini.
Pendapat saya setelah tahu dan jelas tentang lafaz syahadah yang saya lontarkan setiap kali solat ini adalah….Kita tak punya masa untuk fikir tentang masalah kecil2 dalam kehidupan kita. Untuk bergaduh tentang perbezaan pendapat dalam jemaah yang berbeza,berbalah tentang isu-isu,gosip2 artis,masalah cinta dan semua masalah remeh dunia. Kita punya matlamat yang lagi besar. Sebelum melangkah kaki untuk pulang,saya telah set dalam mind saya bahawa matlamat terbesar dalam hidup saya adalah berjihad dalam menegakkan syahadatul haq yang saya lafazkan sejak di luh mahfuz lagi sehingga saya mati. Hidup mulia atau mati syahid,dipandang mulia disisi Allah, tak hidup dek puji tak mati dikeji. Ya Allah, hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan rasulMu..aminn. dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ‘Aku berSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah”..Marilah sahabat,sama-sama kita hayati lafaz syahadah yang menjadi kunci kebahagiaan Akhirat kita..wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...