Monday, May 24, 2010

~Duhai diri yg sedang berrmujahadah

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat khudwah yg dirindui ummat, Ya Rasullullah s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat dan pejuang yg terlebih dahulu mengikuti jalan cinta para pejuang..

Tersangat lama blog ku menyepi, berhabuk sudah..Hmmmm, semoga Allah ampunkan daku yg kurang baik dalam menguruskan masa berbaki. Banyak berehat mungkin, banyak bercakap mungkin, dan banyak berangan mungkin daripada bergerak dalam jalan yg tidak pernah sunyi dengan kiat-kiat dakwah yg indah..Astagfirullahal azim.

Baru-baru ini, kurasakan jalan mujahadah terlalu payah sehingga beberapa kali langkah tersadung hampir terkebelakang memandang langkah hitam nan silam. Setiap kali hati menangis, teringat ayat2 cinta drNya cuma yg menjadi penguat diri,

“Dan org2 yg berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah bersama-sama org yg berbuat baik.” (29:69)

Sememangnya baru sekarang aku faham erti ayat2Nya dari surah al-ankabut

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hy dengan mengatakan ‘kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?” (29:2)

Ya Allah Ya Tuhanku,

Bantulah hambaMu ini dalam kepayahan jalan mujahadah

Kekadang terasa kaki hampir tersadung dalam langkah

Sungguh Ya Allah,

Tiada daya daku tanpaMu

Tiada kuat daku tanpa bantuanMu

Tiada mampu daku tanpa petunjuk dan ilhamMu

Dan tentunya

Tiada beriman daku tanpa izinMu.

Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah,

Tiada yg lain kuharapkan melainkan Engkau Ya Allah,

Tetapkanlah hatiku atas satu dasar cintaMu cuma Ya Rahman,

Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu Ya Rahim,

Sungguh jasadku tidak berdaya tanpa magfirahMu Ya Ghaffar,

Sungguh hatiku tidak berdaya tanpa cintaMu Ya Latiff,

Sungguh lemahnya jiwa dan jasadku bila kaki jauh kebelakang tanpa bimbinganMu,

Bantulah daku dalam mujahadah ini,

Semoga Engkau menilainya sebagai ibadah,

Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu,

Tiada kuharapkan melainkan Engkau Ya Allahku,

Hasbunallah Wa Nikmal Wakeel.

wallahualam

Tuesday, April 6, 2010

~petunjuk sepanjang jalan~kitakah generasi al-quran yg unik?

~Jika engkau tewas dimedan JIHAD, gelaran syuhada Allah beri, arwah-arwah pahlawan senyum melihat, MUJAHID bangga melepas pergi~
hampir seminggu sudah saya memegang buku 'petunjuk sepanjang jalan' kemana saja saya pergi namun sedih dengan diri sendiri yg tak berapa terluang utk menghabiskan dlm tempoh terdekt..seminggu, br baca sampai m/s 40 dari totally 209 m/s...walaupun begitu, bentuk penceritaan yg mantap dengan elemen2 dan ayat2 sastera yg sangat dalam menyebabkn saya mengulang beberapa kali utk memahami makna tersirat disebalik ayat2 yg tertentu..
Masyaallah, subhanallah betapa dalamnya misi yg syed qutb nk beritahu pd pembaca melalui buku ni.
'umat manusia sekarang ini berada di jurang kehancuran. keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yg sedang tergantung di atas ubun-ubunnya....' ~Syed Qutb dr petunjuk sepanjang jalan.m/s 1, ayat 1.
ayat pertama ini betul2 membuka mata saya yg sedang mengantuk ketika membaca. Betapa hebatnya bahan2 tarbiyah peninggalan mereka yg terlebih dahulu beriman..walaupun telah jauh ditinggalkan namun kesannya cukup dalam membuahkan benih2 iman malah membangkitkan semangat jihad dalam diri.
mungkin juga inilah kesan pembacaan dengan hati. dengan anak usrah saya sendiri pun, tak kurang banyaknya saya tekankan janganlah terlalu mengejar ilmu semata-mata. setiap malam terkejar2 mencari program kemantapan rohani. bukan tidak bagus, cuma berpada-padalah. seiring dengan itu, binalah kefahaman dalam diri. kenapa pentingnya ilmu?kenapa pentingnya tarbiyah dan dakwah?siapa kita dan kenapa kita dicampak ke dunia?dan seterusnya setakat mana erti khalifah dan ubudiyyah itu sendiri? bagaimana mempraktikkannya?apa erti 'berperang dalam satu barisan seperti satu bangunan yg tersusun kukuh'?..yg mana harus di aulakan andai berlaku antara dua pilihan?..semua ini adalah tarbiyyah yg sentiasa kita lalui step by step..
duhai adikku,
carilah kefahaman itu..
seiringkan dengan ilmu yg bermanfaat semoga memberi hasil yg mantap utk kegunaan tarbiyyah dan dakwah.
mungkin saya dan kamu tidak dapat menjadi 'generasi al-quran yg unik' itu
tapi yakinlah, kita boleh menjadi generasi al-quran abad moden..insyaallah..inilah juga salah satu kupasan dr buku 'petunjuk sepanjang jalan' tentang generasi al-quran yg unik yg sememnagnya takkan wujud generasi kedua yg lebih unik atau sama unik dengan para sahabat juga sahabiyah. kenapa mereka dikatakan sangat unik?
salah satu kisah yg biasa kita dengar tentang kemurkaan rasullullah s.a.w ketika beliau melihat Umar r.a membelek helaian-helaian kitab taurat. dengan muka yg merah Rasullullah menegur Umar r.a 'Demi Allah, sekiranya Musa masih hidup bersama-sama kamu sekalipun, tidak halal baginya melainkan mesti mengikuti ajaranku(al-quran)'
jika kita hayati sirah nabawiyah yg panjang, sememangnya para sahabat dan sahabiyah yg keluar dari madrasah tarbiyyah rasullullah s.a.w diasuh, dibentuk, dilentur dan di'solidify' kan dengan satu panduan terus dan telus iaitu wahyu dari Allah s.a.w...Bagaimana tarbiyyah mereka terbatas menggunakan, berpandukan dan mempraktikkan segala dari kitab Allah Al-Quran semata supaya jiwa mereka tulus lurus kepada satu program dan didikan khas.
inilah generasi al-quran yg unik. kemantapan dan aura al-quran itu sendiri menular kedalam jiwa mereka melahirkan satu generasi hebat para sahabat dan sahabiyah dan akhirnya berjaya membentuk sejarah kegemilangan sekaligus menaikkan kalimah yg haq atas muka bumi milik Allah.Dengan izinnya jua.
jika nak dibandingkan dengan kita zaman sekarang, almaklumlah kita bukan org arab.nak baca quran dalam BA dengan hati pn mujahadah besar yee...setakat ana-anti boleh la ye??....heee..
actually, sumber ilmu yg terlalu banyak kita cedok, even al-quran sendiri terlalu banyak tafsir rujukan kita. dengan falsafah2, ilmu fiqah,usuluddin, motivasi2, persepsi2, buku2 yg terlalu banyak kita jadikan rujukan menjadikan terlahirlah generasi seterusnya yg pelbagai walau tetap berpandukan pada al-quran dan as-sunnah. inilah yg dikatakan tidak akan terlahir generasi al-quran yg unik (1st batch) yg lahir dari madrasah tarbiyyah rasullullah s.a.w itu sendiri. dan sememangnya tak ragu2 lagi utk kita katakan bercampur-baurnya sumber panduan kita menjadi faktor utama mengapa generasi selepas sahabat dan sahabiyah berlainan sama sekali. seperti kita..????
hebat kn mereka??
dan tentunya sejarah yg mereka ukir telah berlalu..
begitu juga dengan sejarah para mujahid dan mujahidah yg terlebih dahulu beriman dari kita..
dan mereka telah membina satu generasi yg berusaha menegakkan dan membawa islam itu sendiri...
dan kita...
generasi kita bagaimana pula???
adakah kita ingin turut sama menjadi generasi al-quran walau bukan generasi yg unik?
atau
sekadar generasi keturunan adam yg bergelar Islam....
Islam vs islam
wallahualam
semoga bermanfaat..^_^

Friday, March 26, 2010

~Cintanya Allah kpd kita

~forward dr sahabat:
Hari ni secara kebetulan saya membaca majalah "MUSLIMAH" di sebuah klinik gigi. Isteri saya buat routine yearly checkup untuk gigi beliau hari ini dan sambil menunggu saya membaca satu artikel yang cukup menarik. Tajuknya "Kebesaran Solat Sunat 2 Rakaat". Hayatilah artikel tersebut dibawah ini. Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud."Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail AS berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail AS meminta izin keada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu : * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam kalau rajin...Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, March 22, 2010

~merindu

Semalam, lepas hbs program, tengah basuh pinggan teringat pula adik yg dah nk hbs bercuti sekolah..mesti akn balik asrama..Terfikir jugak kt sini, aku beria jaga adik2 org, adik aku? Allahuakbar.. teringat juga mak yg demam macammana la ye.. Tak mau bertangguh-tangguh aku tinggal jer pinggan kt sinki, g kol mak sat.. memang aku betul2 tak mampu kali ni..dengar suara mak, aku terus nangis.. 'Mak sihattt?' 'alhamdulillah..semua sihat..' ............... ...... 'Makkk,minggu depan ada program lagi..' 'ooo xpelah, g program..nanti abg kawin jgn sampai tak balik sudah..' 'insyaallah..mintak maap makk..lame tak balik...' 'xpee,lagipun nk periksa dah ni..mak doakannn..' (mesti mak senyum..) aku memang byk senyap dr cakap..tolong mak,jgn berhenti becakap,jgn berhenti menasihatkanku,jgn berhenti membebel dgnku...sememangnya aku rindu utk memelukmu.. batinku menjerit nk sgt balik rumah...start cuti mid-sem(26/1) dah 2bulan tak balik, masa blk 3 hr cuti mid-sem dl pn, x sempat sembang pn ngan mak abah yg sibuk g rewang kenduri jiran sebelah rumah.. masa nk blk ke Kl semula pn, mak x de pn kt umah.. Allahuakbar
Ya Allah, bergetarnya hati aku aku sangat merindui mereka... sangat merindui mereka... peliharalah mereka ya Allahku kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil 'sesungguhnya aku sangat kasih kepada mereka...maka kasihilah mereka jua ya Allahku..' 2minggu lalu, kak nad cerita betapa sedih masa dengar kabar berita kematian ayah kak mun,pak cik azizi..minggu lepas pulak, ayah asma, pak cik ramon zaheidin pula kembali kpdNya.. sebenarnya, masa sembang dengan kak nad tu...memang mum akui perasaan yg sama kita lalui. bila kabar kematian parents akhawat atau sahabat kita menjengah telinga, dada tetap berderau, airmata tetap menitis..Sekaligus akn terkenang org tua tersayang dikampung..terasa nak aja kaki ni berlari utk menjenguk, peluk cium mohon ampun buat bonda dan ayahanda.. sememangnya inilah perasaan cinta dan kasih... kukasih jua kpd mereka sebab tu aku teruskan jua langkah tarbiyyah ini baik dalam keadaan ringan atau berat jasadku lebih cenderung disini inilah jalan terbaik buat kita tarbiyyah dan dakwah takkan mengejar kita tarbiyyah dan dakwah tiada rugi tanpa kita tp kitalah yg berkejaran kearahnya kitalah yg rugi meninggalkannya kerana tarbiyyah dan dakwah takkan berhenti tanpa kita tapi kita??? siapakah kita? 'significantkah kita dimata manusia?' 'significantkah kita dimata Allah?' 'tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadah kepadaku..(51:56)' semoga allah menilai pengorbanan ini sebagai ibadah dan kukirimkan pahalanya buat kedua ibu bapaku yg tetap bersabar...
'inilah perjuangan'
katakanlah, jika 1.bapak-bapakmu, 2.anak-anakmu 3.saudara-saudaramu, 4.isteri-isterimu, 5.keluargamu, 6.harta kekayaan yg kamu usahakan, 7.perdagangan yg kamu kuatirkan kerugiannya, dan 8.rumah2 tmpat tinggal yg kamu sukai, lebih kamu cintai drpada Allah dan Rasulmu serta berjihad dijalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya..(At-Taubah,9:24) wallahualam

Tuesday, March 16, 2010

~Jatuh Cinta Semula

Jatuh cinta menjadikan aku lupa utk memandang siapa aku Sedaya upaya aku berlari dan berkejaran utk mengumumkan siapa kecintaanku, apa kecintaanku, dan dimana cintaku. Ya Allah yg memegang hati2 setiap insan ciptaanNYA Bukalah pintu hati mereka utk menerima cintamu Tunjukkanlah kepada mereka kehebatan cinta padamu Perlihatkanlah kpd mereka hebatnya jalan2 berliku menujuMu Dan alangkah manisnya hidup ini kerana BERTUHANKANMU Ya Allah ya Rahman ya Rahim ~2 matlamat tetapi satu tujuan~ hidup mulia atau mati syahid kedua-duanya akn pasti bersamaMu Kudambakan cinta tiada tara ALLAHUAKBAR

Monday, March 8, 2010

~Aku!topup bekalan!

dengan nama Allah yg maha pemurah Lg maha mengasihani syukur alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga nk meng'update' blog. apa kabar semua?apa kabar jasad dan ruh?..hee insyaallah sentiasa basah dengan hidayah drNya yg sentiasa mencurah-curah..bukalah bejana hati seluas-luasnya.semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yg mensyukuri.amin
(MONOLOG)
Syukur..syukur..syukur..tak termampu utk aku huraikan utk apa lafaz syukur ini. Dialah Yg maha Mengetahui segala isi hati. Dr pagi tadi, bangun saja dr tidur, hatiku sudah menjerit "Aku sedang mencari bekalan!"... "Aku sedang menambah bekalan!"... Jasadku sedang sakit..tp ruhku meronta untuk bergerak..jasad merayu utk tetap ditempatnya..namun, tiba2 jasad tersentak bangun walau dalam paksa... baru aku tahu yg ruh sangatlah hebat.. kekuatan ruh benar2 menggugah jasad mengikut kehendaknya.. hebatnya ruh..aku perlu lebih berusaha..biarpun jasad dlm kesakitan, sudah pasti ruh boleh maintain dalam iman...usaha!usaha!usaha! Oleh itu, aku sedang mengasah ruh supaya tidak kelayuan..Aku mencari bekalan..agar kekuatan ruh maintain dalam menggerakkan jasad. jangan kelesuan.. Aku sedang bermusafir...kuatlah wahai aku...janganlah sampai kehabisan bekalan...kerana kelak aku akn hilang pedoman... ~Mustafa Masyhur~ Dalil yang menunjukkan kepada kemestian dan kepentingan bekalan ini ialah: Jika sesebuah kereta yang digunakah oleh orang yang bermusafir kehabisan minyak ketika perjalanan dan tidak mempunyai minyak yang mencukupi, maka jadilah ia seperti potongan-potongan besi yang tidak dapat membantunya untuk bergerak walaupun selangkah. Demikianlah juga orang yang mengharungi jalan da'wah, apabila bekalan iman dan taqwanya berkurangan atau kehabisan tanpa diperbaharui atau ditambah, maka jadilah ia seperti jenazah yang kaku atau or­ang yang sakit dan tidak berdaya untuk bergerak. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?.....

(Al-An'am:122)

Wallahualam.. akulah musafir itu..malah kita semua adalah musafir itu..jomlah kita sama-sama berusaha agar dapat selamat sampai di kampung halaman kita dengan bahagianya..~Redhamu kuharapkan~

...^_^...Salam satu perjuangan buat yg memahami maksud yg tersirat..^_^..

Thursday, February 25, 2010

~mereka kata semua agama sama

agak2 nye sapa yg bertnya solan sebegini? non muslim non muslim non muslim.... but not... ada juga mereka yg mengaku muslim membuat kenyataan 'alaa,semua agama sama jer..' sapa yg baik tak kisah agama apa pun, akhirnya masuk syurga juga.. asalkan dia baik laa...ikut jer perintah tuhan dia macam sungai2 dimalaysia..walau turun dr gunung yg berbeza, akhirnya tetap kelaut juga.. ye kkk begini??? huh but actually, the reality is not! Totally not! Wahai saudara seagamaku, wahai sudara setempat tinggalku wahai saudara sebumiku, 'sesungguhnya agama disi Allah ialah islam..'(Ali-Imran,3:19) 'Dan barangsiapa mencari agama selain islam,dia tidak akn diterima dan diakhirat kelak, dia termasuk org yg rugi.'(Ali-Imran:85) dan ketahuilah, pabila seseorang tidak menerima islam, secara automatic dia tidak menerima dan beriman dgn tuhan islam...dan inilah yg dikatakan syirik.. sebagai peringatan.. 'Sesungguhnya Allah tdk mengampuni dosa kerana mempersekutukanNya(syirik), dan Dia mengampunkan apa saja dosa yg selain dr syirik itu bg siapa yg dikehendaki...'(An-nisa,4:48) 'Langit yg tujuh,bumi dan semua yg ada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pn melainkan dgn bertasbih memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka."(Al-Isra',17:44) Inilah hujah Allah yg perlu ditegakkan. Antara segala makhluk dimuka bumi...siapakah yg bongkak sombong meninggi tidak tunduk padaNya? Allahuakbar sesungguhnya tanggungjawab lebih byk dr masa yg ada.. Semoga terus tsabat atas jalan ini. wallahualam

Monday, February 15, 2010

~Setahun sudah

Hari ini Setahun baru usia jasad dan ruhku Setahun baru jasadku bernafas dengan ruh islam yg syumul Setahun baru aku bertatih utk mengerti erti aslim taslam
Selama ini jua, Nikmatnya erti hidup bermatlamatkan Allah Nikmatnya selama hidup dibawah suluhan Al-Quran Nikmatnya selama hidup dibawah bayangan tarbiyah Nikmatnya..nikmatnya..nikmatnya.. Ukhwah yg terjalin dalam halaqah Alhamdulillah Hidup dibawah bayangan tarbiyah Menjadikan aku lupa enaknya erti rehat Menjadikan aku ketagih mencari modal-modal dakwah Menjadikan aku haus untuk mencari wasilah perjuangan Namun, Hati yg sedang basah Tetap punya rasa takut Gusar dan gundah Pada qadar akan datang
Bukan aku takut pada kematian Bukan aku takut pada kesusahan Bukan aku takut pada kefakiran Namun, Aku amat takut andai kaki berpaling kebelakang.. Mencari yg dibalik perjuangan Berpatah pada permainan dunia Nauzubillah Ya Tuhan yg memegang hati2 kami Tetapkanlah kami atas jalan kebenaran ini Tsabatkanlah kami atas jalan ini Panjangkanlah usia kami Dalam mentaatimu dan RasulMu Terimalah urusan jual beli kami Sehingga kami mati amin ~mumtazah140210~

Tuesday, February 2, 2010

~Bonus unlimited edition

FIRMAN ALLAH DR SURAH AS-SAFF: 10-14
Wahai org2 yg beriman! maukah kamu Aku tunjukkan suatu PERDAGANGAN yg dpt menyelamatkan kamu dr azab yg pedih?
Iaitu kamu 1. beriman kpd Allah dan Rasulullah s.a.w 2. Berjihad dijalan Allah dengan HARTA dan JIWAmu. Itulah yg lebih baik bagi kamu JIKA KAMU MENGETAHUI...
GAnjaran yg diterima Nescaya Allah 1. Mengampuni dosa-dosamu 2. Memasukkan kamu kedalam syurga yg mengalir dibawahnya sungai2 3. Dimasukkan ketempat tinggal yg baik didalam syurga 'Adn
Bonus yg lagi gempak dan kita sukai 1. Pertolongan dari Allah 2. Kemenangan yg dekat waktunya Sampaikanlah SAMPAIKANLAH sampaikanlah berita gembira ini kepada org2 mukmin... Sahabat, Inilah soalan bocor dr Allah utk kita ummat terbaik yg diberi tugas sebgai khalifah diatas muka bumi ini.. Tak nak grab k? siapa kata utk hidup sebagai manusia kit boleh menghirup udara secara percuma??? Siapa kata jasad, dan harta yg kita miliki diberikan secara percuma??... Bangkitlah ummat Muhammad! "Bertakwalah kepada Allah, carilah wasilah(jalan) utk mendekatkan diri kepadaNYA dan Berjihadlah (berjuanglah) dijalanNya AGAR KAMU BERUNTUNG.." ( Al-Maidah,5: 35) Ya Allah, Engkaulah yg memegang hati2 kami, tetapkanlah kami atas jalan ini..semoga kami tergolong dalam golongan mereka yg beruntung..aminnn Wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...