Tuesday, October 12, 2010

~hati

cukuplah Allah bgku, tiada Tuhan selain Dia hy kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yg mempunyai singgahsana Yg Agung. (At-Taubah:29) sungguh, setiap hamba akan diuji olehNya, dan kita akan sentiasa diuji dengan titik kelemahan kita. segalanya untuk menguji tahap kebergantungan kita kepadaNya, sekaligus meningkatkan darjat mereka yang menyedari status sebagai hamba Yg ESA. wallahuallam
remainder buat diri sendiri. teguhkan hati semoga merasai dan mendalami sygnya DIA kpd diri

Monday, September 27, 2010

Pengangguran dalam dakwah

bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillah, sgt bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca artikel yang betul2 membuka mata dan hati diri sendiri. sangat terkesan untuk share dgn akhawat ikhwah sekalian. semoga bermanfaat.
sumber:pertubuhan IKRAM malaysia
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian, Syeikh Muhammad Al Ghazali pernah berkata : "Dalam suasana pengangguran, akan : a. Terlahir ribuan keburukan. b. Menetas berbagai bakteria yang membinasakan. Jika kerja merupakan denyutan kehidupan, maka para penganggur adalah orang-orang yang mati. Jika dunia ini merupakan kesan dari tanaman kehidupan yang lebih besar, maka para penganggur adalah sekumpulan manusia yang paling sesuai dikumpulkan dalam keadaan muflis, tidak ada hasil bagi mereka selain kehancuran dan kerugian." Ada berbagai penyakit "tarbawi" yang sangat berbahaya di mana jika ia tersebar dalam barisan dakwah dan mendapatkan tempat dalam jiwa anggotanya, maka sudah pasti yang berlaku adalah: 1. Kemerosotan. 2. Keguguran. 3. Menarik diri. 4. Meninggalkan kancah dakwah secara diam-diam. 5. Muflis dalam erti yang luas dan menyeluruh. Di antara penyakit tersebut dan yang utamanya adalah : 1. Pengangguran dari dakwah. 2. Kemalasan berharakah. 3. Kelemahan jiwa. 4. Tidak ada pekerjaan. 5. Berpeluk tubuh dari amal. 6. Tidak menunaikan kewajiban. 7. Tidak menjalankan tugas-tugas dakwah yang berbagai bentuk. 8. Terbiasa menikmati suasana santai. 9. Berlepas diri dari usaha memikul beban dan tanggungjawab. Semua perkara-perkara di atas merupakan gejala penyakit yang jika menimpa para aktivis di medan dakwah dan harakah, niscaya ia memberi kesan yang boleh mematikan kecuali jika segera: a. Mendapatkan semula kebangkitan hati. b. Mengambil pelajaran dari suatu peringatan. c. Mengambil manfaat dari suatu nasihat. d. Mendapatkan rahmat, petunjuk dan taufiq dari Allah swt. Berdasarkan pengalaman dan interaksi para pendakwah, kelihatan di sana sejumlah faktor yang memberi saham kepada timbulnya penyakit-penyakit di atas seperti berikut : 1. Menurunnya tingkatan keikhlasan dan menyusupnya niat yang tidak baik. 2. Ada masalah pada unsur-unsur pemahaman. 3. Tidak mengetahui jati diri dakwah dan harakah. 4. Melayan berbagai godaan dunia dan mengejar segala kemilaunya yang palsu. 5. Melupakan matlamat atau menyeleweng dan lalai darinya. 6. Putus asa, kecewa dan meramalkan keburukan. 7. Terawang-awang dan mempunyai sasaran yang tidak jelas. 8. Tidak interaktif dengan proses tarbawi. 9. Menghilangnya akhlak yang menjadi tuntutan marhalah seperti : tsabat, sabar, tsiqah, tajarrud, tadhhiyah dan lain-lainnya. 10. Lemahnya rasa tanggungjawab. 11. Merasa panjang perjalanan dakwah yang mesti ditempuhi. 12. Hilang semangat dan terpadam keinginan untuk beramal. 13. Keliru terhadap tingkatan keutamaan, jika adapun, dakwah ditempatkan pada tingkatan keutamaan yang paling akhir. 14. Berkaratnya sisi ruhani, tarbawi dan keimanan serta rosaknya komitmen. 15. Kebuntuan selera untuk beramal serta tidak merasakan kelazatan untuk mengerahkan susah payah di jalan Allah. 16. Hilangnya citarasa berpenat lelah dan bersungguh-sungguh dalam beramal di berbagai medan dakwah. 17. Kehilangan rasa intima' (penggabungan) kepada dakwah dan harakah dan semakin nipisnya unsur-unsur wala' kepadanya. 18. Tertutupnya bentuk kemulian kepada manhaj dakwah dan dinginnya rasa ghairah terhadapnya. 19. Lemahnya immuniti fikrah, keimanan dan tarbiyah. Semua faktor-faktor di atas mendorong seseorang untuk bersikap : a. Berpeluk tubuh. b. Menarik diri. c. Menjauhkan diri dari lapangan amal. d. Mencipta berbagai alasan. Oleh kerana itu, seseorang yang dijangkiti penyakit-penyakit seperti ini akan menjadi beban berat kepada dakwah dan harakah. Akibat berikutnya adalah dakwah semakin merintih kerana memikul bebannya dan menyeretnya, padahal sepatutnya merekalah orang-orang yang semestinya memikul dakwah serta membawanya kepada cakrawala masa depan yang lebih luas. Jika penyakit pengangguran dari dakwah dan harakah ini tersebar, maka akan muncullah ribuan perilaku-perilaku yang rendah, samada dalam skala perseorangan atau jamaah kerana : 1. Barisan yang di dalamnya tersebar pengangguran, maka akan banyak berlakunya kekacauan. 2. Rumah yang kosong akan banyak terdengar suara kebisingan." Maka hendaklah para pembawa panji dakwah dan harakah tidak berhenti di tengah jalan. Jangan pula semangatnya menjadi dingin dan keberkesanannya padam setiap kali berhembusnya angin keputusasaan. Jangan pula harakahnya lumpuh, jalannya terhenti dan arahnya berubah ketika bertiup badai fitnah kerana mereka mengetahui bahwa : "Sifat mulia biasanya terkait dengan perkara-perkara yang tidak disukai oleh jiwa dan kebahagiaan tidak dapat dicapai kecuali melalui jambatan kesulitan dan semua ini tidak akan menghantarkan untuk mencapainya kecuali menggunakan kapal keseriusan dan kesungguhan. " Ketiadaan kegiatan bagi pasukan infantri adalah kelalaian. Di antara penghancur tekad adalah : a. Mimpi yang terlalu jauh. b. Kesenangan bersantai-santai. Angan-angan hendaklah diiringi oleh amal, jika tidak, ia hanyalah sekadar mimpi yang kembali kepada pemiliknya. Suatu hari Hasan Al-Bashri melihat seorang pemuda yang bermain-main dengan batu kecil sambil berdoa : "Ya Allah, nikahkan aku dengan bidadari". Maka Hasan berkata : "Kamu adalah pelamar yang paling buruk kerana melamar bidadari dengan modal mainan berupa batu kecil!" Begitu juga dengan kita, tidak mungkin kita melamar cinta kasih : a. Tamkin (penegakan agama). b. Taghyir (perubahan). c. Ishlah (pembaikan). sementara kita bermain-main dengan sesuatu yang lebih rendah dari batu kecil manakala diri kita pula adalah para penganggur, bermalas-malasan dan cukup menjadi penonton kerana seorang pelamar mestilah membawa mahar. "Siapa yang meminang wanita cantik, maka ia tidak mempedulikan mahalnya mahar." Imam Hasan Al-Banna juga pernah menyatakan bahwa : "Saya dapat membayangkan seorang mujahid adalah seseorang yang : 1. Menyiapkan segala yang diperlukannya. 2. Membawa yang diperlukannya. 3. Niat jihad telah memenuhi seluruh jiwa dan hatinya. 4. Sentiasa dalam keadaan berfikir. 5. Memberi perhatian besar. 6. Sentiasa dalam kedudukan bersiap siaga. 7. Jika diundang, ia memenuhi. 8. Jika dipanggil, ia menyambut. 9. Paginya, petangnya, pembicaraannya, perbualannya, kesungguhannya dan kerehatannya tidak melampaui medan yang ia telah persiapkan dirinya untuknya dan ia tidak mengambil selain fungsi yang sesuai dengan kehidupan dan kehendaknya. 10. Ruh jihad fi sabilillah dapat dibaca dari garis-garis wajahnya, nampak dalam kilauan sinar matanya dan terdengar dari kenyataan lisannya sesuatu yang menggambarkan betapa besar gelora yang ada dalam hatinya, gelora yang sentiasa wujud, menjadi duka hatinya yang terpendam. 11. Ruh jihadnya juga terbaca dari jiwanya yang bertekad membaja, semangat tinggi dan cita-cita yang jauh. Itulah peribadi mujahid, secara individu mahupun bangsa. Engkau dapat : a. Melihatnya secara jelas pada suatu bangsa yang menyiapkan dirinya untuk berjihad. b. Nampak pada forum-forum dan kelab-kelabnya. c. Nampak di pasar dan di jalan. d. Terasa di sekolah dan di rumah. e. Terlihat pada generasi muda dan tua, lelaki dan wanita sehingga engkau membayangkan bahwa semua tempat merupakan medan dan setiap gerakan adalah jihad. Saya dapat membayangkan perkara ini kerana jihad merupakan buah dari : 1. Pemahaman yang melahirkan perasaan dan menghilangkan kelalaian. 2. Perasaan yang membangkitkan perhatian. 3. Perhatian yang memberi impak kepada jihad dan amal. Manakala masing-masing mempunyai kesan dan penampilan. Adapun mujahid yang : a. Tidur sekenyang-kenyangnya. b. Makan sepuas-puasnya. c. Tertawa sekuat-kuatnya. d. Menghabiskan waktu untuk bermain-main. Maka bagaimana mungkin mereka termasuk orang yang beruntung atau terhitung dalam barisan mujahidin?!" Umat yang berpandangan bahwa peranannya dalam berjihad hanyalah : 1. Kata-kata yang diucapkan. 2. Makalah yang ditulis. Lalu jika hati mereka diperiksa ternyata kosong, saat diuji, perhatiannya melencong, tenggelam dalam kelalaian dan tidur yang nyenyak, maka tempat, forum dan kelab mereka tidak ditemui selain perkara-perkara yang tidak berguna, ketidakseriusan, main-main, hiburan dan menghabiskan waktu tanpa apa-apa manfaat. Seluruh perhatian perseorangannya hanyalah : a. Kesenangan yang fana. b. Kelazatan semu. c. Bersantai-santai. d. Bersenang-senang. Maka umat yang seperti ini lebih dekat kepada main-main daripada serius malah mungkin mereka tidak mengenal keseriusan sama sekali. Jadi, pengangguran adalah jalan kepada kemuflisan. Sementara kepeloporan, kepimpinan dan ketokohan tidak dapat diraih kecuali dengan keseriusan dan kesungguhan dan tidak dapat dicapai kecuali dengan segudang pengorbanan. Perkara ini terbukti secara praktikal sepanjang sejarah dan seorang aktivis dakwah dan harakah semestinya merupakan sebahagian dari mata rantai para nabi, rasul, sahabat, tabiin, ulama' dan pendakwah yang beramal. Oleh kerananya, ia tidak akan mendapatkan kehormatan sebagai anggota dan diberi kad keanggotaan kecuali jika ia telah membayar maharnya. Ibnul Qayyim Al Jauziyah lebih berterus terang kerana ia memandang seseorang yang mengaku menjadi sebahagian dari mata rantai mulia ini tanpa memberi bukti sebagai bentuk ketinggian tekad. Beliau berkata : "Wahai seseorang yang bertekad tinggi, di manakah kamu berada? Sementara jalan yang akan kamu tempuhi adalah jalan di mana : 1. Nabi Adam telah berpenat lelah. 2. Nabi Nuh telah kehabisan suara. 3. Nabi Ibrahim telah dilemparkan ke dalam api. 4. Nabi Ismail telah dibaringkan untuk disembelih. 5. Nabi Yusuf telah dijual murah dan mendekam beberapa tahun dalam penjara. 6. Nabi Zakaria telah digergaji. 7. Nabi Yahya telah disembelih. 8. Nabi Ayyub telah menderita. 9. Nabi Daud telah melebihi kadar dalam menangis. 10. Nabi Isa telah berjalan sendirian. 11. Nabi kita Muhammad saw telah bergelut dengan berbagai kemiskinan, kesukaran dan berbagai kesakitan. Sedangkan engkau berbangga dengan perkara-perkara yang tidak berguna dan main-main??! !" Ya Allah, sesungguhnya tugas dakwah merupakan tugas yang amat berat namun inilah tugas yang telah Engkau amanahkan kepada semua para utusanMu. Permudahkanlah urusan ini kerana kami hanya mampu berusaha melaksanakannya sementara petunjuk dan hidayah berada di dalam gengamanMu. Ameen Ya Rabbal Alameen WAS 

Thursday, September 23, 2010

~Telah diuji

segala puji selayaknya bg Allah semata.
Terasa seperti ingin menangis.bukan ingin menangis lantaran kepenatan atau kelelahan, tetapi sangat sedih dengan diri sendiri yang sedang tersadung dalam larian. Bermujahadah membentuk hati, me'renovate' hati sangat sukar buat masa sekarang.. Adakah futur itu satu perkara lumrah bagi mereka yang mengaku 'aku adalah daei'?
Duhai hati, bersabarlah..
"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hy dengan mengatakan ,'kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji?
"dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yg benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."(29:2-3)
"duhai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhaiNya. Maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu dan masuklah kedalam syurgaKu." (89:27-30) teringat kata-kata diri sendiri yang selalu mengingatkan adik2 yang bersamaku. Islam itu addeen,bukan religion semata. Agama is only ritual in certain time and certain part but islam is the way of life.. teringat juga kata-kata diri sendiri yang suka baca berulang-ulang kali mukaddimah dan bab 1 almunthalaq..bahawasanya syariat dtgnya dr islam dan al-hawa dtgnya dr syaitan..kite as a muslim menolak sepenuhnya segala apa yang dtg dari al-hawa'. tiada yang lain @ tiada jalan tengah melainkan islam @ syaitan(nafsu)..oleh itu, jauhkanlah diri kita daripada segala yang bukan islam. kerana tak lain tak bukan, itu adalah al-hawa' semata-mata. Allahuakbar! semoga Allah beri kekuatan untuk terus tsabat atas jalan terbaik..tiada yang lain melainkan jalan cinta para pejuang yg terlebih dahulu diberi nikmat islam,iman dan ihsan. wallahuallam mumtazah UM10

Saturday, August 28, 2010

Tsabat!Tajarrud!!

subhanallah..terasa br2 ni terbengkalainya tanggungjawabku pada blog ni. semoga ada yg mengambil manfaat dr apa yg terkandung dlmnya walaupun sedikit cuma perkongsiaan yg direkodkan. hakikatnya terlalu byk yg ingin dikongsi. andai emosi boleh aku lontarkan disini, maka itulah yg aku ingin beri. andai fikrah dan auranya boleh disalurkan terus melalaluinya, berbesar hatilah daku mengalirkan aura2 tarbiyah tanpa wayar berselirat @ lelah otak memikirkan methode2 dakwah. alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas segala nikmat yg tak terhitung kurniaannya. sentiasa aku terfikir benarkah setiap nafas yg kuhirup dan kuhembus, telah kuletakkan wala' hy kpd Dia. benarkah telah aku berikan seluruh hidupku hy utk Allah? betapa jahiliyah yg telah menguasai sekelilingku selama 20tahun benar2 membungkus jasadku dlm kondisi yg selesa. memang sgt sukar utk aku menentng arus dlm mentarbiyah diri. mujahadah ya mumtazah!!... mujahadah dlm mentajarrudkan diri.sangat best la bile teringat perkataan tajarrud..puas juga sy fikir ape ye perkataan yg best tu..alhamdulillah ilham dtg utk mengingatkan aku dan pembaca ttg tajarrud. tajarrud @ membersihkan/mengosongkan/menanggalkan..sememangnya kite sedang dlm proses membersihkan karat2 jahiliyah dan mengosongkan diri kite daripada selain islam.menanggalkan pakaian2 sisa2 hasil binaan ghuzwul fikr,dan hasil tarbiyah dr madrasah syaitan yg sgt kejam!biarkan syaitan menangis bila kite tersedar dgn hizbulsyaitan VS hizbullah! 'katakanlah aku berlindung dr tuhannya manusia,raja manusia,sembahan manusia,dr kejahatan syaitan yg dtg dan menghilang,yg membisikkan kejahatan kedalam dada manusia,iaitu dr kalangan jin dan manusia.'(annas,114) 'drpd tnda2 keislaman seorang ialah apabila dia meninggalkan perkara yg tidak bermanfaat bgnya'(hadith ke 12 dr hadith 40 imam nawawi) wallahuallam sgt suka membandingkan diri dgn paara sahabat pemegang risalah yg berada di madrasah tarbiyah rasulullh s.a.w.. betapa wala' mereka 100% diberi kpd Allah dan rasul semata. hebtnya ruhi dn jasadi mereka..tingginya nilai tajarrud mereka sehingga islam dpt kita rasai sehingga sekarang..dan kita?akan adakah lg sinar islam utk next generation?akan adakah penyambung dakwah dan tarbiyah utk kemudian?akan tertegakkah cita2 tertinggi membawa islam ke ustaziatul alam?akan tergapaikah mardhatillah yg diinginkan?...mampukah segalanya kite capai selagi mana tiada tajarrud dlm diri kita? sememnagnya janji2 Allah adalah pasti..namun persoalannya adakah kita yg menjadi salah seorang yg mentajarrudkan dirinya,menjadi kuli kpd Allah semata ,dan yg membina rijal2 penyambung dakwah dan tarbiyah sehingga islam mencapai ustaziatul alam kelak? astagfirullahal azim..3x seringkali juga daku mengingatkan diri bahawa Allah akn menguji daku sehingga benar2 terbukti kesabaran dan penghambaanku hy kpd Allah semata.jujur dr hati, takut tetp ada dlm diri bilamana sendiri meletakkan jawatan as a daei dan menyhut seruan firman allah 'wahai org yg beriman!'..
ya allah, lemahnya daku disisiMu tiada daya daku tanpaMu tiada mampu daku tanpa bantuanMu tiada beriman daku tanpa izinMu kuatkan langkahku atas landasan menuju cintaMu tiada jalan lain melainkan jalan cinta para pejuang yg telah lebih dahulu Kau uji yg telah lebih dahulu Kau kurnia nikmat terindah khalifah didunia nikmat terindah penghuni disyurga tsabatkan daku atas jln ini tsabatkan akhawat fillah bersama daku tsabatkanlahkami dan mereka yg sedang menyusuri jln yg sama sepertimana kekasihMu telah dahulu melaluinya
wallahuallam

Monday, August 16, 2010

~Cinta Yg Satu

Rebah daku dlm sujud
mengharap cinta hy Dia
Jauhkan daku dr jahiliyah lalu
Kuatkan daku dlm menuju gerbang cinta
takutku andai ujian menggugat jiwa
risau andai diuji cintaMu tak kurasa
mampukah daku bermujahadah tetap cuba
meraih cinta agung tiada tara
kuatkan langkahku atas jalan yg Kau kurnia
pelihara daku dengan cara yg Kau suka
tsabatkan daku bersama pemburu syahid mengejar cinta
hy satu Ya Tuhan
tetapkanlah daku bersama mereka
tetapkanlah hati kami atas jalan ini
jalan menuju syurga cinta
tiada yg lain melainkan kpd Engkau
Tiada yg lain melainkan kerana Engkau
wallahuallam

Tuesday, July 27, 2010

~Ijazah vs risalah

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi yg mencipta dan mentadbir alam buana mengikut kehendakNya,seiring sunnatullah dan janji-janjiNya. Tiada yg lain melainkan Dia yg lebih berkuasa menentukan segala takdir lg Maha mengetahui segala sesuatu. Syukur jua atas segala nikmat drnya yg x terhitung hikmah dan rahmatnya. sesekali Dia menguji kita, tentunya sebagai ingatan bahawa sebesar manapun pengorbanan kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah,namun tentunya tiada langsung mengurang atau menambahkan kekayaan dan keagunganNya..betapa besar jua yg kita korbankan hatta tenaga,wang ringgit atau masa, namun segalanya tidak langsung membantutkan tugasan Allah dlm mentadbir alam buana..ini kerana, segala apa yg kita usahakan hylah utk diri kita sendiri. Pembinaan kehidupan dan cara hidup kita di dunia akn membentuk mahligai tertentu utk kehidupan abadi di akhirat yg bakal tiba. Penuaian di akhirat kelak akn membuktikan segala bayaran jual beli kita di dunia ini. betapa Pengasih Lg Penyayangnya Dia kerana dgn lemah lembut memberi peluang dan ilham utk kita berjuang di medan dakwah dan tarbiyah..kekadang enaknya melalikan kelapangan yg lalu..dan tentunya kekadang kesempitan menambahkan kesabaran, cuba jauh dr tersungkur..segalanya hy kerana Dia.wallahuallam

"nikmat Allah yg mana lg harus engkau dustakan?"(55:13) “Dan kunci2 segala yg ghaib ada padaNya,tidk ada yg mengetahui selain Dia.Dia mengetahui apa yg ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pn yg gugur dan tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pn dlm kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yg basah @ yg kering yg tidak tertulis dalam kitab yg nyata(luh mahfuz).(6:59)” Melalui ayat ni, telah jelas bahawa segala yg telah berlaku,akan berlaku, dan telah berlaku adalah drNya semata. Mengimbau kembali kisah panjang INI SEJARAH KITA, telah jelas kisah2 terdahulu yg membentuk satu formula yg boleh kita gunakan utk mencapai matlamat dunia baru islam. Melihat ummat sejagat yg sedang tenat terhoyong-hayang mencari erti kehidupan, terasa sgt kasihan dan betapa aku menzalimi diri sendiri, lemahnya mujahadah bila hy mampu membeku dan menyimpan hasrat yg bernanah dlm jiwa yg sakit. Sangat sakit pabila diri tidak mampu meluahkan dan mengalirkan aura tarbiyah kepada mereka yg bergelar manusia awam..namun alhamdulillah terasa sgt bersyukur juga kerana dibukakan mata dan hati utk menyedari ttg betapa ummat sekarang sedang tenat, alhamdulillah kerana diberi kekuatan utk bergerak dimedan tarbiyah dan dakwah dan tentunya alhamdulillah bila diberi kefahaman bhw dakwah dan tarbiyah bukanlah laluan jln karpet merah dan bunga2 mewangi, bukan utk memanjakan diri atau SPA kn jasadi. “Apakah kamu mengira bhw kamu akn masuk syurga padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad diantara kamu dan belum nyata org2 yg bersabar.”(3:142) Dalam usrah kita subur tarbiah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini
lagu IKRAM Bila mengenang blk zaman jahiliyah yg lalu, betapa tak terungkap kesyukuran bila dikurniakan nikmat kefahaman bermula dengan pertemuaan dan percintaan yg terbina dlm usrah. Starting with usrah, aku start mengenali apa erti cinta, kasih dan syg yg dtgnya dr Dia. Pernah daku bertanya pada murabbiah bagaimanakah utk kita maintain dalam dakwah.. dan satu2nya jawapan tiada lain melainkan maintainkan diri dalam tarbiyah(usrah)..jika kita tercicir dalam usrah, tiada harapan utk meneruskan perjalanan dakwah..Tuntutan dakwah tidak memerlukan kita untuk belajar semata namun kita perlu mengajar..give and take!
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(3:79)
~DALIL KEPENTINGAN USRAH~
dan apabila kita tercicir dr tarbiyah...
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.(43:36)
Oleh yg demikian,betapa jelasnya kepentingan tarbiyah dalam penerusan penyampaian risalah. Perasankankah kita bhw risalah ini adalah satu anugerah Allah buat manusia? inilah nilai penghargaan dan pengijazahan dr Allah Yg Maha Agung, betapa agungnya Dia krn memberi satu risalah yg takjub utk kita fahami dan yakini. Dan risalah yg dibawa bukanlah utk kebanggaan ‘degree from Allah’ semata, namun risalah yg agung ini mempunyai satu kepentingan utk dunia dan ummat sejagat. Cita2 kami bukanlah setakat membina kehidupan kami sendiri, namun inilah risalah yg dibawa utk melepaskan ummat manusia drpd penghambaan sesama manusia semata. Allahu ghatuna, Ar Rasul qudwatuna, Al-Quran dusturuna, Al Jihadi sabiluna, Al Mautufi sabilillah, asma amanina.. ‘Allah mengutuskan kami utk kami selamatkan manusia dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Allah semata” Tiada yg lain melainkan kerana Allah Tiada yg lain melainkan kpd Allah

Monday, July 12, 2010

~KUM fa'anzir duhai pemuda!!!!!!!

Dengan nama Allah Yg mentadbir langit dan bumi dengan kehendakNya
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut;
1. keyakinan 2. kejujuran 3. semangat 4. tindakan
adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda. sejak dahulu hingga sekarang, pemuda tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. ~keratan kata2 hassan al banna
BINGKAI KEHIDUPAN Mengarungi samudera kehidupan Kita ibarat para pengembara Hidup ini adalah perjuangan Tiada masa tuk berpangku tangan Setiap tetes peluh dan darah Tak akan sirna ditelan masa Segores luka di jalan Allah 'kan menjadi saksi pengorbanan Reff : Allahu ghaayatunaa Ar-Rasuulu qudwatunaa Al-Qur'aanu dusturunaa Al-Jihadu sabiiluna Al-Mautu fii sabilillah Asma amaanina Allah adalah tujuan kami Rasulullah teladan kami Al Qur'an pedoman hidup kami Jihad adalah jalan juang kami Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi bangkitlah duhai pemuda!!

Wednesday, July 7, 2010

dakwah bukan permintaan tp pengorbanan

Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah. Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....! Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…! Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!
bagaimana kita menyeru kepada islam
.fathi yakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...