
beramal kerana taat itu lebih indah daripada mengharap habuan kemanisan iman atau kemenangan

Itulah dia dakwah.
Kamu mengajarkan dan kamu juga belajar.
Dari situ kamu akan kekal menjadi orang-orang rabbani—> orang2 Allah.
Ada antara kamu yang baru sahaja bermula… ada juga yang sudah lama di dalam karavan ini…
samada sedang bergerak laju mahupun perlahan.
Tidak kira di mana sahaja kita berada… kita sama-sama sedang menuju kepada ALlah. JIka kita benar-benar ikhlas untuk bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan kebenaran dan mengajarkan kebenaran ini buat manusia lain.
Tersenyum aku melihat adik-adikku yang sangat mengantuk selepas usrah. Seusai solat subuh kami pada 2 pagi tadi, semua terus terlentang di atas katil dan duvet masing-masing.
Ini kerja gila kata mereka! ( dan saya hanya mampu tersenyum.. )
Sejak bila dakwah ini kerja biasa-biasa sahaja? Tentulah ianya kerja luar biasa!
Peliharalah cita-citamu kerana sesungguhnya cita-cita itu mendahului segala sesuatu.
Barangsiapa baik cita-citanya dan jujur padanya, nescaya pekerjaan yang dilakukan akan melahirkan hasil yang baik pula ~ Awaiq – petikan pepatah Arab.
Aku katakan pada mereka:
Kamu dan kita. Saya dan awak.
Kita adalah pemimpin dakwah generasi akan datang. Generasi terdahulu pasti akan berundur kerana umur dan kudrat.
Maka siapa yang akan memimpin dakwah ini?
Tentulah kita!
Adakah kualiti kita sama dengan kualiti syuyukh ( orang terdahulu) kita?
Tentu belum lagi!
Kerana itu kite perlu berusaha lebih… lebih dah lebih….
Kemunculan jemaah ini kelak pasti memerlukan golongan muda untuk berada di dalam saff dengan lebih ke depan dan terbuka.
Maka kita perlu bersedia dari sekarang, untuk menjadi pemimpin dakwah buat umat ini!
Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang. Semakin tinggi terbang, semakin terhindar dari bencana, semakin rendah ia terbang, semakin terancam dia dengan bencana ~
ibnu qayyim aljauzi.
Jika hati kita berkeinginan untuk mencapai cita-cita yang besar, cita-cita untuk menjadikan islam sebagai ustaz alam ini, maka kita akan bekerja bersungguh-sungguh, siang dan malam, untuk membina manusia yang ramai dan memahamkan masyarakat umum tentang Islam.
Raihlah cahaya hati dengan melestarikan kesungguhan ( al-awaiq)
Jika cita-cita kita tinggi, maka kesungguhan kita pasti akan tinggi juga!
Namun jika jiwa dan cita-cita kita lemah, tentu kita akan memberikan saluran kepada syaitan untuk sentiasa menfuturkan ( mendownkan ) kita.
Akhirnya kita akan selesa dengan kerendahan dan berlapang dada dengan keadaan kerendahan kita yang ada.
Jika kita tidak disibukkan dengan perkara yang besar, kita pasti disibukkan dengan kerja-kerja yang rendah!( Abdul Wahab Al-Azzam)
Kerja yang kita nak buat ini besar!
Tapi kan kak, boleh ke nak kasi alasan sebab saya drive sebab tu saya penat dan tak larat?
Senyum lagi..
Aku amat memahami keadaan mereka.
Asalnya usrah bermula 10 malam. Di tika itu mereka masih di tempat Y. Jarak perjalanan Y ke tempat usrah kami mengambil masa 1- 1 setengah jam.
Detik itu sudah 10.05pm
Ukhti, kat mana tu? text aku dihantar.
Akak.. masih di Y.. otw.
Pada asalnya kecewa dengan jawapan yang diterima kerana aku tahu mereka pasti akan mengantuk ketika usrah. Namun, aku bersabar dan menghabiskan masaku dengan Quran ( dan akhirnya terlentuk kerana keletihan juga).
Mereka akhirnya tiba pada 11.15pm, dan kami mulakan liqa kami pada 11.30pm.
Kronologi kisah mereka:
Siangnya itu mereka sudah bertungkus lumus menyiapkan esei dan assignment mereka. Petang dalam 3 pm, perlu pergi ke negeri Y untuk menghantar adik-adik mereka ke bengkel ISK.
Malam tu kene pula pulang ke tempat asal mereka, tempat kami berliqa’.
Dan esok pagi kami perlu ke Y semula untuk menyampaikan bahan daurah.
Dan mereka hanya mula tidur pukul 2 pagi tadi.
Ini kerja gila, saya tahu, tapi saya rasa memang kene start buat kerja-kerja gila sekarang ini!
Itulah jawapan adikku yang bertanya pada permulaan tadi.
Daie itu pada Imam Hasan Al-Bana adalah:
Seorang yang mengorbankan harta , darah dan semua nafasnya untuk membela aqidah yang diyakininya, dan dia menjalani kehidupan kerana aqidahnya itu.
Takpe dik, kata saya.
Awak drive sejam lebih sahaja. Saya drive 4 jam. Dan saya baru balik dari kerja untuk datang sini. Malam semalam saya on call dan ada adik2 baru datang ke rumah… ( Jazakillah kepada adik-adik saya yang tolong masak dan layan tetamu semalam! sayang antum!)
Astaghfirullah.. sepertinya sum’ah pula.
Aku meneruskan..
Tapi.. dulu murabbi saya, bertolak dari Y ke tempat saya , drive 8 jam kemudian liqa sampai 12 am, kemudian malam itu balik semula ke Y untuk memberikan pengisian di Z pada esok harinya. Mungkin dia sempat tidur sejam je kot bila dia singgah sekejap di Y.
Kadang2 kita rasa kita sudah usaha lebih,… namun orang yang terdahulu dari kita lebih dahulu berkorban dan lebih letih dari kita.
Dan kita lihat contoh itu pada peribadi Rasulullah, umar, salahudin al-ayubi yang jarang tidur. Jarang tidur kerana mereka beribadah dan jarang tidur memikirkan masalah umat.
Sesungguhnya berbagai keluhan itu muncul kerana kerosakan sejak permulaan. Barangsiapa yang benar permulaannya, benarlah kesudahannya dan barangsiapa salah permulaannya, maka dia akan binasa.. ( Awaiq)
Mungkin kerana itu kita banyak mengeluh … ( dush! kene diri sendiri.. selalu je rasa penat , penat dan penat!)
Permulaan yang benar ini perlu dibangunkan dengan tajarrud ( ikhlaskan diri).Barangsiapa permulaanya tidak tulus, maka bangunan yang dihasilkan adalah goyah walaupun tinggi.
Bagaimana kita nak tahu permulaan kita itu betul atau tidak?
Kata awaiq, kita perlu memiliki niat yang baik dan cita-cita tinggi.
Seperti mana kata-kata al-buhturi…
Jiwa yang menerangi dan cita-cita yang menyala..
Kata muntalaq ( bab 7), kita perlu kembali kepada petikan yang hampir sama dari satu cahaya.
Kita perlu meniru method salafus soleh dalam dakwah ini… menjadikan Al-Quran dan hadis sahih sebagai sumber pemahaman dan kesediaan jiwa mereka…
Kerja gila?
Sedangkan kita melihat ramai duat, yang rehatnya adalah di sebelah lebuh raya, kerana telah terhuyung hayang kereta yang mereka pandu. Kerana amat keletihan.
Namun dakwah, terus sahaja menyegarkan jiwa dan hati mereka.
Tiba di tempat program, terus cergas memberikan pengisian, tanpa manusia tahu betapa jauhnya perjalanan mereka sebelum itu.
Memang mengantuk dan tidur yang melalaikan itu satu keharusan, namun jadilah kamu orang yang tak banyak tidur. ( ibnu Qayyim al-jauzi)
Dakwah ini nafas kita, dan hidup kita.
Sehinggakan jika kita tidur pun, kita tidur dengan dengan dakwah.
Dia tidur dengan Afdhail ‘Azaaim..( tekad/kesungguhan yang paling utama)~ awaiq.
Setiap saatnya pasti adalah untuk dakwah…
Bersungguh-sungguhlah hidup bersama dakwah.. kalau tak, anda pasti ditinggalkannya.
Waliyazubillah…
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
‘sweet’ nye bila dapat mendengar luahan dari dia
Terasa seperti Allah mengalirkan perasaan sayang itu melaluinya.
Sememangnya cinta itu milik Allah, daripada Allah.
Dia sahaja yang berhak memberi rasa itu, mengurangkannya hatta menghilangkan rasa itu.
Benar tak ukhtku sayang?
Kerana sayang itu ada,
maka kita berkongsi segalanya
Kita biasa berkongsi makan dan berlaga tangan dalam talam,
Itsar dalam mendahulukan keperluan
Tidak kisah hatta kereta pun kita pinjam
Tidak berkira setakat sedikit wang atau pakaian
Dan paling indah bila kita berkongsi cinta dan perasaan dalam DnT ini
Sama-sama kita berusaha menawan deru tarbiyah dan mengejar himmah
Semuanya kita kongsi kerana rasa sayang
Tetapi kan ukhtku sayang,
Adakah hy kemanisan iman, kemanisan ukhwah, dan kemanisan jalan DnT ini yang berhak kita kongsikan?
Adakah segala kepayahan gerak kerja, kepayahan mujahadah dan kefuturan yang melanda harus kita pendamkan?
Ukhtku sayang,
Kepada siapa lagi harus kita ceritakan,
Tentang kekangan jalan cinta para pejuang
Kepada siapa lagi berhak kita kongsikan
Rentetan keindahan dan kesukaran dalam pentarbiyahan
Kita berkongsi bukan kerana ingin menjatuhkan
Kita bercerita bukan untuk mencari jalan ‘fun’
Dan kita berkongsi bukan suka-suka bercerita
Tapi kita sentiasa berkongsi untuk mencari penyelesaian
Menjadikan kejayaan sebagai formula acuan kepada generasi akan datang
Menjadikan kegagalan atau kefuturan sebagai ibrah tempuh perjalanan akan dating
Ukhtku saying,
Bersabarlah dalam membina himmah dalam diri
Bermujahadahlah melawan hawa’ yang sering membisikkan indah pada duniawi dan payah menggapai redha ilahi
Semoga kita terus tsabat dalam mencari cinta teragung dari Ilahi
Amin
bermujahadah dalam mendidik hawa’
kita sedang membina manusia
membebaskan mereka dari penghambaan sesame manusia kepada pangabdian kepada Allah semata.
Tapi sebelum itu,
Semuanya bermula dari dalam diri kita…
Siapa lagi kalau bukan kita…
Wallahuallam
~semoga terus tsabat
uhibbukumfillah
Adakah tahajjud kita untuk mendapatkan kemanisan iman semata?
Adakah DF kita untuk meramaikan mad’u kita semata?
Adakah daurah, usrah, dakwah dan tarbiyah untuk ustaziatul alam semata?
Adakah doa kita untuk dimakbulkan semata?
Adakah ibadah kita untuk meraih syurga dan kemanisan bercinta denganNya semata?
Kalau itu yang kita harapkan,
Tentunya bila rasa itu hilang...maka amalan kita juga akan turut pergi..
Bila kemanisan tahajjud itu dilambatkan @ dihilangkan, tiada kita bangun untuk qiam
Bila beratnya kaki untuk melangkah ke daurah dan usrah, lemaulah jasad ketikamenghadirinya
Bila doa2 yang dilantunkan belum ade makbulnya, putus asalah kita untuk melantunkannya
Semuanya kita tinggalkan kerana tiada rasa cinta,
tiada nikmat dan kemanisan ibadahnya..
Itukah cinta?
Begitukah cinta pada mata kalian?
Bolehkah aku kata cinta itu istiqamah...
Setiap hari memberi walau tidak dibalas..
Setiap hari memujuk walau dipaling..
Setiap hari mengorbankan perasaan walau rasa itu kurang...
Dan Dia???
Sememang terpulang padaNya bagaimana untuk memberi nikmat itu
Dalam bentuk apa nikmat itu..
Bagaimana perasaan itu..
Dan bila akan hadirnya cinta itu...
Dengan izin Allah..
Tentu akan dihadirkan rasa indah mencintainya..
Indah pada istiqamah cuba meraih cintaNya
Dan tidak mampu untuk aku tuliskan
Tatkala cinta itu mekar dalam hati
Tatkala Dia memberi nikmat itu
Tatkala Dia membalas doa dengan cinta
Tatkala Dia membelai tahajjud dengan airmata
Tatkala Dia memujuk kepayahan dakwah dengan keringanan dan kelapangan dada
Tatkala Dia menghadirkan rasa cinta
Tiada aku inginkan syurga
Tiada aku inginkan pahala
Tapi cukuplah sekadar nikmat cinta ini...
Ya Allah
Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu
Janganlah Engkau hilangkan rasa cinta ini daripadaKu
Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta padaMu
Rasa istiqamah untuk meraih cintaMu...
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Syukran Ya Allah
Kerana membalas mujahadahku dengan nikmat mencintaiMu
Cukuplah sekadar Engkau
Tiada yang lain melainkan Engkau
Istiqamahkanlah daku dalam mencintaiMu
Istiqamahkanlah daku dalam memberi cinta kepadaMu
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untukMu
amin
salam,
tiba-tiba saya rasa berdebar
bila duduk bermuhasabah semula
sangat banyak yang saya debarkan
terasa seolah-olah jahiliyah lalu masih bersisa dihatiku, tak pun di badanku, takpun di otakku..
yang masih menempel-nempel padaku menyebabkan kekadang tertunduk pada akal fikiran..
lagi-lagi pada fikiran yang terlalu memikirkan..
(sgt2 takut bila teringat hadith 4 dr hadith 40 imam nawawi)
dan lagi-lagi
bila teringat ayat2 Allah dari (surah as-soff,61:2-3)
Oh no!!sangat2 takut, ngeri...terasa seolah-olah sesak dadaku, berair mataku, hitam pandanganku, otakku ligat berfikir dalam pertengahan rasa gementar atau gembira
adakah ini tanda-tanda baik atau tidak?
sekali lagi aku cuba mencari jawapan,
aku cuba tenangkan fikiran,
aku kenang semula sirah seakan-akan aku berada didalam anganan..
mamai sgt..
bila kubayangkan situasi itu, situasi sejarah lampau, dan apabila aku bayangkan saat indah itu, aku disitu,
aku memandang mereka sedang berjuang,
aku memandang mereka melaungkan kata-kata semangat,
aku melihat mereka berjalan dan berkasih-sayang..
dan aku terasa hamasaah mereka mengalir kedalam urat sarafku.
isshhhhh, over la pulak berangan..astagfirullah3x..
cukuplah untuk aku berkongsi kisah umar r.a yang menenangkan;
cukup melegakan sekaligus menjadikan aku tenang.
ingat tak masa lepas haji wida', rasulullah s.a.w berjumpa dengan Abu Ubaidah Al- Jarrah untuk menyerahkan senarai nama orang-orang munafik. dan selepas rasulullah berlalu, umar r.a segera dtg kepada Ubaidah dan bertanya adakah namanya tersenarai dalam golongan orang2 munafik?
betapa sahabat seperti Umar pun ade rasa begitu, alert nye dia untuk mengetahui status diri,
dan kita??
semoga ketakutan yang lahir dari hati ini membuatkan aku lebih kuat untuk mengejar hidup mulia @ mati syahid..
semoga ketakutan yang menjalar menjadi pemangkin untuk aku melakukan yang terbaik
semoga kerisauan yang bernaung menjadikan aku sentiasa alert dengan nawaitu dihati
tiada yang lain melainkan Engkau
tiada yang lain melainkan kerana Engkau..
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hy untukMu..
rinduNya,
kuli dakwah
wallahuallam
Ya Allah,
aku menyintainya keranaMu, aku merinduinya keranaMu, aku berharap bertemu dengannya jua hy keranaMu..
dan doa ini kukirimkan untuknya hy keranaMu.
cintailah dia Ya Allah,
kasihilah dia Ya Rahman,
Lindungilah dia Ya Rahim.
ampuni kami
ampuni kami
ampuni kami.
amin