Monday, June 8, 2009

~Rintihan Seorang Kekasih~

Syeikh Yusuf Qardhawi Syeikh Syed Qutb Syeikh Hassan Al-Banna Salam kemuliaan,salam sejahtera,salam mujahadah dlm perjuangan buat sahabat yg sy hormati sekalian..Semoga hr ini lbh baik dr semalam..Hdplah dibawah bayangan Al-Quran..'Allahummarhamnabil'Quran,waj'al hulana imamawwa nur wa huda wa rahmah.ameen..Sahabat,setiap kali sy membaca kisah hdp para sahabat,tabien,dan tokoh2 individu muslim yg hebat dlm memperjuangkan Islam, betapa sy rasa kagum sgt. Hebatnye jiwa,iman dan hati mereka. Jasad dan jiwa telah dibeli oleh Allah sehingga ke hujung nyawa sanggup mempertahankan janji tanpa lembaran dengan Yg Esa, sehingga ke titisan darah terakhir, seluruh hdpnya untuk Islam. MasyaAllah..
Firman Allah 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka'~At-Taubah:111~
Kalau kita tgk tajuk diatas 'rintihan seorang kekasih'. Siapalah agaknya kekasih ni ye?..Membaca atau menceritakan ttgnya sahaja blh membuatkan air takungan dipelupuk mataku pecah lantas mengalirkn air deras. Sederas degupan jantungku dan sesak nafasku menahan kerinduan tak tertara buatnya. Kisah hdpnya menjadi sebutn hingga kini dan sirahnya menjadi tautan ummat sejagat. Kehebatannya diiktiraf bkn sj oleh umat Islam malah Micheal H. Hart dlm kajiannya meletakkan tokoh ini di tempat pertama diantara seratus tokoh yg plg berpengaruh dlm sejarah. Duhai sahabat, siapa lagi kalu tak Nabi kita Muhammad s.a.w..Setiap hari namanya disebut kita. Ckpkah lafaz harian kita untk menunjukkan rasa cinta?Sekadar inikah kemampuan kita dlm meneruskan perjuangannya?Mampukah kita mentafsir dlmnya cinta Ya Rasullullah kpd kita dengan hy mengenang dan menangisi perjuangannya?
firman Allah..'Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adlh hambaMU, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lg Maha Bijaksana.'~Al-Maidah:118~
Sahabt,beginilah rintihan Rasul kita suatu malam. Baginda solat malam sepanjang mlm dengan hy membaca ayat ini disetiap rakaat. Malah dlm rukuk dan sujud jua baginda berlama disitu dan membaca ayat ini berulang-ulang. Selepas selesai tiap2 solat, baginda menadah tangan dan berdoa dalam keadaan menangis menyebut
'Ya Allah Ya Tuhanku,umatku,umatku,umatku..'
tidak terharukah kita?sepanjang mlm baginda mengadu kpd Allah memohon belas kasihan dr Allah buat umatnya yg sering alpa sehinggalah malaikat jibril diutuskan Allah untk bertanyakan sebb akn tangisan Rasullullah yg panjang. Sudah semestinya allah Maha Mengetahui dan telah mengetahui jawapan baginda namun sengaja Ya Rahim ingin mendengarnya.
'Duhai kekasih Allah,apakah sebbnya dikau menangis begini sekali Ya Rasullullah?' tanya Jibril alaihisalam
Rasullullah s.a.w lantas memberitahu kpdnya bhw baginda mengadu kpd Allah berkenaan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya dihari akhirat kelak. Lalu Allah berfirman yg bermaksud
'Wahai Jibril, pergilah berjmpa dgn Muhammad dan katakan padanya, sesungguhnya Kami reda kpdmu dan umatmu dan Kami tdk akn melakukan apa2 perkara yg memudaratkan umatmu' Diriwayatkan pula dlm 1 hadis bhw Nabi kita menyebut 'Diberitahu kpdku bhw seramai 70000 dikalangan umatku masuk syurga tanpa hisab dan setiap org dr 70000 ini diikuti oleh 70000 yg lain masuk kedlm syurga tnpa dihisab'
Sesungguhnya setipa doa dan rintihan kekasih Allah ini didengar dan dimakbul Allah s.w.t.. Sehingga kita umatnya mendapat keuntungan yg paling besar. Menjadi umat pertama yg akn dihisab diakhirat kelak. Malah dlm 1 hadis lain ada menyebut bahw tidak akan Allah menghisab umat lain selagi masih ada umat Muhammad yg masih blm dihisab.. Diriwayatkan oleh Ibn Kathir didlm tafsirnya bhw Allah memberikan keistimewaan kpd umat Muhammad dgn syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jgn melakukan perkara yg membatalkan Islam,mestilah mengikut ajaran nabi s.a.w sebagaimana yg disabdakan oleh Nabi s.a.w yg bermaksud,
'Peganglah dgn gigi gerahammu'
marilah kita sama2 muhasabah diri. Tidakkah kita rasa terharu dgn ingatan Rasul kita terhadap kita?Malah dihr akhirat nanti,Nabi kitalah yg sanggup turun naik keatas arasy demi memohon kebaikan setiap umatnya. Baginda tdk pernah melupakan kita sehingga kehujung nyawanya namun setakat manakah ingatan kita pdnya?Cukupkah setakat melafazkan 'i Love u' pd nabi kita sudh menyatakan kita cinta pdnya?berselawatlah sahabat..mari kita sama2 mengingatinya dgn berselawat.Selawat,selawat dan selawat..Sesungguhnya dikaulah cahaya..Nur Muhammad Sallallah..Rintihanmu menjadi tautan hatiku..Ya Rahim,sampaikanlah salam cinta dan rindu umat Muhammad ini..Sesungguhnya tiada lafaz terindah mampu menggambarkan ucapan terima kasih buat nabiku kerana dlm setiap lafaz doanya memberi cahaya dlm setiap hati umatnya sehingga kini.
~Rintihanmu menjadi inspirasi dlm meneruskan perjuanganmu Ya Rasullullah~ Wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...