Gambar diatas diambil masa walimah kak shi(my naqibah) dengan nor hafiz(abang haziana). Semoga Allah memberkati pasangan ini dan memberi zuriat yang memberi manfaat untuk Islam. InsyaAllah....petang semalam, sambil tengok2 gambar ni teringat pulak Ramlah yang jauh dimata. Rindu kot!Telefonlah dia..huhu
‘Ramlah nape balikkk??...aku nak nangis ko tak de...’
Ini lah antara ayat aku mase telefon Ramlah. Sejak aku sekolah menengah sampai masuk universiti, aku tak pernah terasa aku tak mampu hidup and survive seorang diri...i mean pergi kelas sorang, makan sorang,study sorang.. tapi hari ni aku rase sangat kosong. Seakan aku kehilangan something yg pernah aku ada. Aku cuba ingati banyak kenangan tapi aku masih belum pasti apa yang aku rindukan dan kehilangan. Mungkinkah aku rindu dengan semua orang yang pernah aku kenali?..Sebab bila aku teringat Diana aku nangis, aku teringat Kak Shi, aku nangis..aku teringat Ramlah aku nangis..What happen mumtazah?..Aku benar-benar tak tahu. Hati aku terasa sangat kosong..I miss something..Ya Allah, berikanlah jalan terbaik kepadaku utk terus berada dalam tarbiyyahMu. Jauhkanlah daku dari perkara yang boleh menjauhkan daku dariMu...
Lama aku muhasabah diri,
aku sedar sesuatu,
apa yang aku cari,
apa yang aku rindu,
yang sebenarnya
aku rindukan Tarbiyyah
Andai dihitung hakikat sebenar
tarbiyyah(didikan) yg aku terima selama ni
especially dalam kelas sgt byk tetpii
Aku rindukan tarbiyyah lain...
Yg hanya aku dapati dari usrah yg baru aku join tak sampai setahun cuma
Aku mengenali apa itu usrah secara generalnya sejak sekolah menengah tetapi aku faqih dan fuquhu ttg apa itu usrah baru jer..
Mungkin juga hari ni baru aku benar-benar sedar kepentingan usrah. Sebab apa yee???...Sebab aku telah benar-benar rindukannya. Berada dalam halaqah, bersama Ahli usrah DL2~~Kak Shi,Kak Nad, Kak Mun, Kak Aida, Kak Noni, Ain(supposely kakak juga), Kak CT, Diana, Ramlah,Kak Dija~~
Tadabbur Al-Quran dengan nawaitu mencari redhaNya, membersihkan jiwa sambil berusaha memperbaiki diri kejalan islam yg sebenarnya, bukan islam atas nama semata-mata. Sama-sama kita gelak ketawa, berkongsi ilmu, tangis dan tawa apatah lagi tanpa kita sangka Allah benar-benar mengikat tautan hati-hati kita dalam halaqah ini. Beginikah erti ukhwah kerana Allah yang sebenarnya?..Rindu dan cinta daku buat insan hanya keranaMu Ya Allah..Lindungilah dan peliharalah semua insan disisiku Ya Allah. Amin..Ketahuilah teman, setiap ingatanku padamu kuiringi dengan doa dan Al-Fatihah..
Buat Kak Shi,
tulus ikhlas dari hati ini, secara peribadi mengucapkankan salam selamat pengantin baru..Barakallahu lakuma..
i miss you soo much..
mengenali Kak Shi memberi ruang buat saya memilih tariq terbaik sepanjang perjalanan hidup ini..Syukur Ya Allah
Dalam halaqah kita bertemu
Bermula dengan tadabbur wahyuMu
Akhirnya telah mencairkan kekerasan hati ini
Melunakkan naluri yang telah lama sepi
Memberi erti ukhwah fillah abadan bada
Ketahuilah daku amat yakin dengan jalan ini
Meskipun kekadang terasa masih rapuh dalam langkah
Namun hati tetap dalam cinta
Sangat mengharap redhaNya
Hanya mampu berdoa
Supaya Allah kekalkan kita dalam jalan tarbiyyah ini
Semoga Allah ketemukan kita dalam keadaan yg lebih baik
Samaada didunia mahupun diakhirat
InsyaaAllah
Buat Ramlah, bila aku dengar lagu ni automatik teringat ko..teringat gak diri aku..
sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dalam mencari redha Ilahi..
Semoga Allah tetapkan hati2 kita dijalanNya..InsyaAllah..
~Rapuh by Opick~
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi
Berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Diantara
Lelahnya jiwa
Dalam resah
Dan airmata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski kurapuh dalam langkah
Yang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertakhta
3 comments:
mum~~jgn sedey2 yek,,,,
=)
salam mumtazah...akak sedih dan terharu membc post ini..insyaAllah selagi akak berada di kl, selagi itu, usrah dl2 masih di bawah amanah akak ye. kite akan tetap berjumpa, walau di mana kite berada, tjwb kite tetap sama. ingat tu mum syg.
Terharu n sedey akak bc sume post mum...indahnya rasa bersama sahabat2 semua..sama2 mempunyai nilai n prinsip yg sama...hidup mencari kasih dan redhaNya...moga kita semua dipimpin untuk terus thabat di jalan ini...sayang mum=)
Post a Comment