Sunday, December 6, 2009

~Jawapan kepada persoalan

Salam ukhwah fillah buat semua…
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!!.. Teruskan! Teruskan dan teruskanlah hidup dalam tarbiyah yang sejahtera. Semoga dapat melepasi penjara dunia dengan kesejahteraan akhirat hendaknya. InsyaAllah, Amen.. Hidup dibawah bayangan Al-Quran menjadikan hati lebih tenang dalam mengharap redha Ilahi. Bagaimana pula dengan redha insani?..Aku insan biasa...Dan sebagai insan biasa, sudah pastinya pernah berasa kepayahan sekaligus tertewas dalam menjaga hati setiap insan yang disayangi disisi. Bertindak demi kebaikan diri sendiri atau mengorbankan sedikit keperluan diri untuk kebahagiaan atau kepuasan hati orang lain. Menjaga hati diri sendiri atau menjaga hati insan disisi?.. Mengikut fatwa hati yang boleh melukakan hati teman disisi atau menentang fatwa hati demi memuaskan hati mereka yang disayangi?..
Kagum daku dengan seorang sahabat yang sanggup mengorbankan masanya untuk kebaikan orang lain, sedangkan bila ditanya tentang tugasnya yang tertangguh, dengan tersenyum dia hanya membalas senyuman sambil berkata,
“Semoga Allah memudahkan urusan seterusnya.”
WOW! Jelous tak?..hehe..Tapi saya ??..huhu
Duhai diri! berusahalah untuk menjadi muslim yang bermanfaat buat orang lain..Berusahalah! Daku memohon padaMu Ya Allah,
‘Berikanlah keputusan yang terbaik dalam setiap apa yang hambamu ini lakukan. Engkau tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diriku dan buangkanlah sikap2 mazmumah yang ada dalam diriku. Tetapkanlah pendirianku dalam keputusan dan jauhkanlah daku dari melukakan insan yang berinteraksi denganku.amin.’..
Alhamdulillah, leganya hati saya.. Inilah salah satu cara untuk saya zahirkan suara hati. Sejak kecil, suka sangat merepek macam2 atas kertas.Lepas tu, campak merata-rata. Mak, abah, cikgu jumpa, habis kene gelak. Uisshh, malunya la bila ingat kisah zaman kecik2..Tapi sekarang dah modern..Guna blog pulak luah perasaan. Malu memang malu, tapi tak kisah..sebab saya dah besar..Dah tau mana yang boleh diluah umum, mana yg patut disimpan..Apa yang penting, nawaitu untuk menjadikan ia sebagai pengajaran dan perkongsiaan ilmu tu adalah paling aula.. Oklah, panjang sungguh mukaddimah atas tu..apa-apapun masalah atau mehnah dalam hidup seharian, kembalilah kepada Al-Quran kerana disana ada ketenangan sekaligus jawapan. Entri kali ni saya ambil dari folder tarbiyyah dalam ladtop saya..Kebetulan masa baca ni saya pun tengah bersedih. Alhamdulillah, da dapat semangat baru, so mari kita kongsi bersama. Lagi-lagi sapa yang tengah tension dengan thesis yang nak disiapkan, atau sedih sebab belum dapat kembangkan dakwah dan tarbiyyah, atau sedih dalam menghadapi mehnah yang pelbagai dalam kehidupan sebagai daie ni...mari2 muhasabah diri sebentar!
Beberapa persoalan yang sedang mencengkam naluri yg lemah... Saat kita lemah inilah syaitan bersorak meniupkan api kekalahan dalam mujahadah, rosaknya benih-benih iman, lunturnya pengharapan pada Allah yang satu serta cairnya rasa yakin pada qada’ dan qadar.. tetapi, sebagai muslim yang telah ditarbiyah pastinya kita tahu jawapan yang pasti untuk semua ini hanya ada pada Al-Quran. Mari kita rujuk semula ayat-ayat cinta DIA untuk kita!
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah memuji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” –Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” –Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” –Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” –Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA?
“Wahai orang-orang yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan).” –Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yg khusyuk” –Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…” –Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” –Surah At-Taubah ayat 129AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir” –Surah Yusuf ayat 87
~KHAS UNTUKMU AKHAWATKU~
“Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah berusaha sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan airmatamu. Bila engkau rasa kehilangan dan rasa masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa disisimu. Bila engkau terlupa apa tujuan usaha itu, kembalilah kepada Allah. Dia ada jalan penyelesaian. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAh adalah jawapannya Dan sudah pastinya bila engkau perlukan teman, carilah daku yg sentiasa menyokongmu..”
Alhamdulillah.. Lega tak?..kalau masih belum terkesan, berinteraksi lebihlah dengan Al-Quran dan Allah kita.. Semoga dapat merasai kemanisan iman..InsyaAllah.. Wallahualam

5 comments:

seiramlah said...

jazakillah cik mum...

mengorbankan dri sendri demi org disisi... walau payah mmg perlu diusahakan.. ^_^

Ain said...

Sangat terkesan dihati. ACtually dah baca banyak kali sebelum ni. Tapi bila baca kat blog mum lebih terkesan. hehe... agaknye sebab boleh bayangkan camne intonasi mum bila baca ayat2 cinta tu. Alhamdulillah...

Hakikatnya kita semua sedang diuji. Kalau dalam exam kite usaha untuk berjaya, ujian Allah pun kite kena usaha sampai berjaya gak kan? heee...

fi zhilalil tarbiyah said...

mum>> ramlah
waiyaki syg..2 la pasal, susahnye nk berkorban untuk org..huaaaa, aku nih tak sebaik ko...isk3x

mum>> ain
syukran jazilan ya ukhti..jazakillah...yeee, tp ujian kite kecik je..belum sampai thp manapun...Mungkin iman kita belum cukup kuat..wallahualam

nurulnadia said...

“Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah berusaha sedaya upaya.
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan airmatamu.
Bila engkau rasa kehilangan dan rasa masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa disisimu.
Bila engkau terlupa apa tujuan usaha itu, kembalilah kepada Allah. Dia ada jalan penyelesaian.
Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAh adalah jawapannya
Dan sudah pastinya bila engkau perlukan teman, carilah daku yg sentiasa menyokongmu..”

Luv to read this part..Jazakillah khair Mumtaz =)

fi zhilalil tarbiyah said...

waiyaki kak nad syg..kerana Allah, kita bertemu dan hy kerana Allah jua kita berpisah..indah ukhwah di dunia..bahagia bertemu semula di syurga..insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...