Tuesday, January 12, 2010

~Membina sejarah yg tenggelam

Dgn Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakabar Ya Allah, tiada daya utk hambaMu ini melakukan apa sahaja melainkan hy dengan izinMu.. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan kekuatanmu Ya Rahman… Tiada kuat dan mampu daku tanpaMu Ya Rahim… Wallahualam
“MilikNya segala apa yg ada dihadapan kita, yg ada dibelakang kita,dan segala yg ada diantara keduanya dan Tuhanmu tidak lupa.” (Surah Maryam: 64)
Memang siapalah kita utk menafikan Dia dlm hidup kita. Sememangnya tiada daya langsung utk kita berbuat apa2 tanpa izinNya. Pernahkah sahabat2 terfikir yg even sekali ibu jari kita mampu bergerak, itu adalah anugerah dan nikmat dr Allah.
sy pun kdg terlali jugak..huhu..(astagfirullah).. Alhamdulillah
Dlm minggu ni sy cuba khatamkan buku '130 resipi utk menjadi wanita plg bahagia didunia' oleh Dr. Aidh Abdullah, so sukalah nk berkongsi cerita sikit kata2 yg terkesan dihati..
(byk sgt sebenarnya..^_^..ambil satu jer la)
“ Sesungguhnya terdapat ribuan manusia yg menghancurkan kehidupan mereka dgn kemarahan yg membakar diri mereka sendiri kerana mereka tidak mahu menerima kenyataan yg pahit dan menolak utk menyelamatkan apa yg mereka dpt selamatkan. Mereka tidak berusaha utk membangun kembali cita2 dr sesuatu yg baru melainkan mereka tetap mengingat-ingat kembali masa lalu.”~Dr. Aidh Abdullah Sekali baca ayat ni, memang sy relatekan dgn diri sy yg sering teringat kisah silam apatah lg bila ada free ( Sebab tu kene cari wasilah utk sibukkan diri sentiasa). Tp bila baca 2, 3 kali sy pandang jauh sikit, sy cuba relatekan dengan jalan dakwah kita ni..
Jalan para sahabat dan nabi2 terdahulu..
Mereka telah mencapai kemenangan setelah perit jerih yg bukan sekejap.
Dan selepas zaman kejatuhan khilafah islamiyah pada zaman bani uthmaniyah, sememangnya ramai umat islam yg marah, berdendam dan menyimpan 1001 geram yg teramat sgt apatah lagi bila sejak tu hingga sekarang ummat islam ditindas dgn pelbagai kecaman dan ancaman.
Sejak itu juga, byk jemaah yg terbentuk memohon agar satu muktamar diadakan utk memilih seorang khalifah, segera bentukkan kembali khilafah islamiyah.
Semudah itukah?
Hmmm Sy teringat kata2 ustaz hasrizal dalam ceramah 'khalifah uthmaniyah',
teringat juga kata-kata kak fisya dalam ISK yg lalu…
Jgn mimpilah kita nk capai kemenangan membina khilafah islamiyah semula kalau tak berusaha sebagaimana rasul s.a.w dan para sahabat dulu usahakan.JGN MIMPI!!!
Hmmm, memang berdetap jantung bila ingat kata2 ni... Apatah lg bila teringat pesan2 Allah dlm kalamNYA
“Ataukah kamu mengira bhw kamu akn masuk syurga, padahal blm dtg kpdmu cubaan sprti yg dialami org2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang dgn berbagai cubaan sehingga rasul dan org beriman bersamanya berkata, ’kapankah dtg pertolongan Allah?’ (2:214)
“Apakah kamu mengira kamu akn masuk syrga padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad diantara kamu,dan belum nyata org2 yg sabar“ (3:142) Astagfirullah al azim Ampunkan kami Ya Allah...
Perkenankanlah kami utk mencintaiMu semampu kami. Letakkanlah kami dikalangan hamba yg Engkau redhai.
Tiada daya kami, tiada mampu kami,
tiada upaya kami melainkan dengan kekuatan dan kasihanMu cuma.
Amin Analogi:
Dalam pembinaan satu bangunan tinggi mrncapai dr bumi ke langit..bayangkan puncaknya adalah islam sebagai ustaziyatul alam dan org yg membinanya adalah muslim2 hebat belaka..Mereka menyusun batu bata utk membina bangunan tersebut tanpa henti, tanpa jemu malah sememangnya takkan terbengkalai kerana muslim2 hebat yg sedang membinanya sentiasa bekerja keras. Walaupun belum kelihatan puncaknya, walaupun belum tahu bilakah siapnya namun mereka tetap yakin masa itu akn tiba. Kerana apa?? Kerana mereka yakin dengan janji2 Allah bahawa agama islam sebagai ustaziyatul alam akan tercapai suatu hr nanti. So, tak nak ke kita menjadi salah seorang yg membantu dalam pembinaan bangunan ustaziyatul alam tersebut? Walaupun kita tak dpt tgk saat sejarah yg tenggelam bangkit semula, tetapi kitalah yg membantu dlm mengukir sejarah itu. Jgn risau, sudah pasti kita tetap akan ada dlm sejarah penilaian Allah..Janji Dia pasti benar.
" Hai org2 yg beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah kamu bersiap siaga di perbatasan negerimu dan bertakwalah kpd Allah supaya kamu beroleh kejayaan."( Ali-imran:200)
Wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...