Merenung dan memahami ayat ini sedalam-dalamnya pasti akan membawa kita kepada pelbagai memori lama.
Bagaimana kita tersadung dengan jalan tarbiyah?
Bagaimana kita mula jatuh cinta dengan ukhwah fillah?
Bagaimana kita mula meninggalkan karat-karat jahiliyah?
Semua itu adalah satu kenangan yang boleh menjadi daya tolak untuk kita terus melangkah. Kita masih melangkah walau kepenatan maha dahsyat menjengah. Kita masih melangkah kerana kecintaan kita, kesyukuran kita dengan jalan yang telah merubah hidup kita dari segala aspek samaada luaran dan dalaman..Fikrah, ruhiyah dan jasad. Begitulah tarbiyah mengajarkan kita. Ia telah berjaya membentuk manusia biasa menjadi luar biasa.
"Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezekinya kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, sehingga mereka sama-sama (merasakan) rezeki itu. Mengapa mereka mengikari nikmat Allah? (al-Quran, 16:71)."Sedari awal lagi kita mengimani bahawa jalan tarbiyah yang sedang kita lalui ini adalah satu nikmat dan rezeki yang besar dari Allah untuk kita.
Dan atas dasar keimanan itu jugalah, kita bergerak dalam meyampaikan dan menyeru manusia untuk bersama-sama merasai nikmat jalan ini.
Sehinggalah suatu ketika,
Setelah bertahun ditarbiyah dan mentarbiyah,
Tiba-tiba kita sudah tiada rasa. Terasa hambar dan ada juga yang melemah hanya kerana asbab teknikal yang sangat remeh untuk difikirkan (lagi-lagi kepada para daei).
Mula kering ketika menerima taujihat dari murabbi. Mula berat untuk bertemu mutarabbi yang sedia untuk ditarbiyah.
Dimana masalah sebenarnya?
Dalam diri kita?hati kita?murabbi kita?
Sedangkan, ini adalah pendapat Imam Hassan Al-Banna tentang mujahid yang membawa islam:
“Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.Tidakkah kita tertampar?
Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.
Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.
Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”
Masih ada masakah untuk kita memikirkan tentang lemah?
Lemahnya jiwa adalah kerana keringnya iman kita.
Keringnya iman kita kerana kurangnya mutabaah amal kita.
Kurangnya mutabaah amal kita kerana lemahnya mujahadah kita.
wallahuallam
Jom kita tingkatkan iman dan amal bersama-sama. Semoga Allah lindungi kita dari azab yang tidak terkata dahsyatnya.
"Dan kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu (nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar). Sungguh, Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang."(24:20)