Friday, October 21, 2011

merindu

Dah hampir 2 minggu aku tak berjumpa dengan mana-mana akhawat.. Sejujurnya kuakui, kerana iman aku lemah...aku memerlukan mereka sebagai support sistemku...-sangat merindui mereka...sesiapa sahaja yg bergelar akhawat..-

Ya Rabbi, ampunkan daku diatas kekurangan dalam memberi kepadaMu..sehingga kasih ini terbahagi juga kepada makhlukMu..astagfirullahal azim3x


Sehari-hari, aku terasa lemah melihat orang-orang putih yang sungguh laju dalam mengejar dunianya..

Tetapi setiap kali aku terasa hati..sedaya upaya aku menampar pipiku..

"bukan mereka yang memberi ilmu kepadamu, bukan mereka yang memberi faham kepadamu tetapi semua itu dari Allah..maka kembalikanlah segala urusan kepadanya..Iallah..aminn.."

"dan sekiranya bukan kerana menghindarkan manusia menjadi umat yg satu(dlm kekafiran), pastilah sudah kami buatkan bagi orang2 yang kafir kepada Yang Maha Pengasih, loteng-loteng rumah mereka dari perak, demikian pula tangga-tangga yang mereka naiki, dan Kami buatkan pula pintu-pintu(perak) bagi rumah mereka dan begitu pula dipan-dipan tempat mereka bersandar..Dan Kami buatkan pula perhiasan-periasan dari emas. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan akhirat disisi Tuahnmu disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."(43:33-35)

1 comment:

Liyana said...

mum harus kuat! dalam sesetngah waktu kita terpaksa bersendirian, masa inilah segala bekalan kita yang kita dapat sebelum ini akan teruji.

tarbiyah dzatiyah dan tarbiyah ruhiyah janan tinggal ya mum..
jangan risau, ALlah sentiasa dekat.

love
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...