Sunday, November 13, 2011

Surat Rijal kepada HAB




Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah
satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja
lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati
yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar
Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon
terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah
lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun
hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain,
" Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya
semakin keras & tidak terpengaruh
.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka
Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap
diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya,
ia tetap diam tanpa memberi penjelasan
.

Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan
perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang
pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli
& tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau
menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan
hati orang-orang lain?

Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,
hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati
saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang
tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia
darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu
menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh
sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah
sembuh

Waalaikumussalam wbth

3 comments:

atiqahmki said...

salam akak,

erm, apa reply IHAB pada rijal ini ya?
huhu~

fi zhilalil tarbiyah said...

insyaallah next week sy post ye..=)

ramlah said...

mum tak sabar nak dengat jawapan IHAB.. sudikah post as soon as possible.. :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...