Ya Rabbi,
walau kaffarah itu menyenangkan hatiku,
namun aku takut kerehatan itu disenangi jua,
sungguh aku mengetahui,
Kau akan menguji pada titik kelemahanku,
dan adakah ini salah satu?
Ya Rabbi,
kucuba menguatkan hati dan jiwa,
namun jasadku lesu tak bermaya,
sekali lagi kugagahkan jua keduanya,
tidak mungkin!
kesakitan menjadi alasan,
untuk aku melemah dalam urusan,
kerana aku yakin pada dua kemenangan,
HIDUP MULIA @ SYAHID.
mood: salam kerinduan buat rasulullah s. a.w. salam peringatan buat khalid al-walid..
Ya Rabbi, hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu.
No comments:
Post a Comment