Monday, July 12, 2010

~KUM fa'anzir duhai pemuda!!!!!!!

Dengan nama Allah Yg mentadbir langit dan bumi dengan kehendakNya
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut;
1. keyakinan 2. kejujuran 3. semangat 4. tindakan
adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda. sejak dahulu hingga sekarang, pemuda tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan. ~keratan kata2 hassan al banna
BINGKAI KEHIDUPAN Mengarungi samudera kehidupan Kita ibarat para pengembara Hidup ini adalah perjuangan Tiada masa tuk berpangku tangan Setiap tetes peluh dan darah Tak akan sirna ditelan masa Segores luka di jalan Allah 'kan menjadi saksi pengorbanan Reff : Allahu ghaayatunaa Ar-Rasuulu qudwatunaa Al-Qur'aanu dusturunaa Al-Jihadu sabiiluna Al-Mautu fii sabilillah Asma amaanina Allah adalah tujuan kami Rasulullah teladan kami Al Qur'an pedoman hidup kami Jihad adalah jalan juang kami Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi bangkitlah duhai pemuda!!

Wednesday, July 7, 2010

dakwah bukan permintaan tp pengorbanan

Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah. Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....! Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…! Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!
bagaimana kita menyeru kepada islam
.fathi yakan.

Tuesday, June 29, 2010

~dedikasi buat ..........

huhu...
aku rindukan mereka..
risau jua...
Ya Allah Yg memegang hati2 kami....
pandulah langkah mereka atas jalan kebaikan.. berikanlah mereka kefahaman sebagaimana engkau berikan daku kefahaman..
buat saudaraku,
kekadang langkah kita yg payah menuntut mujahadah yg besar...
jgnlah kerana kurang merasa manisnya nikmat iman..
engkau menjauh dan meminggir dr jalan tarbiyah..
sesungguhnya andai nikmat kemanisan iman yg dikau kejar..
adakah bila futur itu datang engkau lebih menjauh dr Tuhan?
Redha dan ikhlas bukan hy dtg bila hati berbunga2 dlm ibadah...
krn segala pahit jerih usaha ibadah hy Allah yg menilai..
mulianya manusia bkn krn ringannya jasad dan hati menghirup tarbiyah dan mengharungi dakwah...
tp besarnya mujahadah bg kita yg sedang payah..
futur itu satu nikmat..
bila kite tetap cuba istiqamah..
walau kemanisannya telah padam..
berbaik sangkalah kepada Allah Yg menciptakan..
peringatan bahawa segala yg kita lakukan hy kerana Allah semata..
bkn kerana mengharap nikmat kemanisan iman semata..
yg menjadi bonus bg org2 yg beriman...
wallahuallam
segalanya hy kepada Allah
segalanya hy kerana Allah..
>bersabarlah duhai teman<

Monday, June 21, 2010

~bintang bersinar terang bersama IKRAM

Alhamdulillah...

bersyukur kehadrat ilahi..

dengan izinnya IKRAM telah dilancarkan utk membuka platform yg lebih jelas ttg gerak kerja dakwah dan tarbiyah dlm jemaah..

semangat makin membara utk terus melangkah maju kehadapan..

semoga Allah tsabatkan kita atas jalan ini..

amin

jalan dakwah dan tarbiyah itu tidak mudah..

tidak akan selamanya bunga2 yg mewangi akn kita harungi..

kita pasti akn diuji..

(al-ankabut:2)

IKRAM Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne Lagu oleh: Saff One Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010

Puluhan tahun telah kian berlalu Jamaah dibina tanpa jemu Pahit getir kita harung bersama Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiah Janji setia dipatuhi Dalam gerak kita menyusun langkah Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah Membina IKRAM untuk ummah Ukhuwah teras kegemilangan Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah Kita menjulang dakwah Berpandukan al-Qur’an Menuruti as-Sunnah

IKRAM wadah perjuangan ~tiada yg lain melainkan kepadaNya Tiada yg lain melainkan keranaNya wallahuallam~

Wednesday, June 2, 2010

~Janji2 dLm pErjuAnGan

PERINGATAN KERAS JUA BUAT DIRI SENDIRI
Telah kita berjanji utk berada atas jalan dakwah dan tarbiyah dengan pengakhiran "hidup Mulia @ Mati syahid".. dan sememangnya tiada peluang utk kita berpaling atau berpatah balik kebelakang sehingga misi itu tercapai. Sebagaimana mereka yg sedang berjuang utk menghantar keperluan ke Gaza, mereka akan Allah beri kekuatan dalaman utk terus memperjuangkan misi walau ditahan di penjara israel. Rela mereka ditahan selama mana pun sebagaimana pejuang sebelum ini. Rela mereka dikecam drpd tunduk dibawah takhlukan syaitan. Tidak mungkin mereka lari keluar atau berpatah balik selagi misi mereka belum selesai. itu mereka..dan kita?
“Dan milik Allah lah bala tentera langit dan bumi, Dan Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (48:7) “Sungguh, Kami mengutus engkau sebagai saksi, pembawa berita gembira, dan pemberi peringatan.”(48:8) “Agar kamu semua beriman kpd Allah dan RasulNya, menguatkan agamaNya, membesarkannya dan bertasbih kepadaNya pagi dan petang.”(48:9) “Bahawa org2 yg berjanji setia kpdmu, sesungguhnya mereka hy berjanji setia kpd Allah. Tangan Allah diatas Tangan mereka maka barangsiapa melanggar janji maka sesungguhnya dia melanggar atas janji sendiri; dan barangsiapa menepati janjinya kpd Allah, maka Dia akan memberinya pahala yg besar.”(48:10)
(ayat yg sangat menyentap jiwa dan hati.sangat takut andai diuji dengan rasa gentar dengan perjuangan. Semoga Allah membantu setiap langkah perjuangan..semoga gentar yg dirasakan menjadi penguat kesabaran) “Sebenarnya barangsiapa menepati janji dan bertakwa, maka sungguh Allah mencintai orang yg bertakwa.”(3:76) “Sesungguhnya org yg memperjualbelikan janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dgn harga murah mereka itu tidak akan memperoleh bahagian akhirat, Allah tidak akn menyapa mereka, tidak akn memerhatikan mereka pada hari kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yg pedih.”(3:77)
(Ya Allah, tuhan yg membolak-balikkan hati...tetpkanlah hati kami atas jalan dakwah dan tarbiyah ini amin.Hidup dan matikanlah kami dlm mentaatiMu dan RasulMu, dan janganlah Engkau matikan kami melainkan dalam keadaan muslim semata.amin)
PERINGATAN KERAS UNTUK DIRI SENDIRI JUA
wallahualam

Tuesday, June 1, 2010

~Life Line For Gaza

life line for gaza

أللهم إنا نجعلك فى نحور أعداإنا

ونعوذبك من شرورهم

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah,

اللهم بددشملهم وفرق جمعهم

وشتت كلمتهم وزلزلاقدامهم

وسلطعليهم كلبامن كلا بك

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka

يا قهار يا جبار يامنتقم

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka

يا ألله يا ألله يا ألله

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

ويامجري السحاب

وياهازمالاٴحزاب

إهزمهم وانصرنا عليهم

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Besarnya jihad mereka yg berjuang disana.. muslim dan non muslim masih bersama sekapal.. indahnya andai mereka mengetahui keindahan islam.. yg tidak akan mensia-siakan darah perjuangan.. tetap allah bayar dengan harga yg tak ternilai.. buat mereka yg terpilih utk syahid.. berbahagialah dan berbangggalah duhai pejuang.. kami hy mampu mengirim doa dan airmata.. airmata kesedihan kerana kekejaman.. airmata kegembiraan kerana kesyahidan.. semoga Allah membantu kalian.. didalam perjuangan.. semoga hidayah jua dtg.. buat pejuang yg masih mencari kebenaran.. semoga haruman hidayah sampai kpd mereka yg berjuang tp masih belum menemui erti keimanan.. wallahualam "Dan jgnlah kamu mengatakan org2 yg terbunuh dijalan Allah telah mati sebenarnya mereka hidup tetapi kamu tidak menyedarinya."(2;154)

Monday, May 31, 2010

~TarbiYah DzatiYah dikala cuti semester

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Lg Maha Mengasihani..bersyukur sgt atas kurniaan nikmat islam dan iman yg masih berbaki di dalam jiwa. Walau tidak sehebat sahabat wa sahabiah terdahulu, namun merekalah yg patut kita contohi untuk maintain kan diri dalam mujahadah ini. Cuti semester dah lama bermula. Suasana di UM pun sangatlah sunyi. kakak n abang pekerja kedai photostat pn lebih banyak termenung waktu ni. Mak cik mak cik cafe pn x banyak senyum sebab perniagaan tak berapa baiknya. Dan tentunya inilah kehidupan di universiti yg sentiasa bermusim keriuhannya. Sambil duduk merenung sekitar jabatan kimia yg nthah berapa tahun usianya, sy terfikir.. Ini universiti of malaya...bagaimana dengan universiti tarbiyah kita?? untuk adik2 yg sedang bercuti, adakah sekaligus men'cuti'kan tarbiyah kita?..cuti sekadar dihabiskan dengan luangkan masa sebaik mungkin bersama family dan 'qada' tidur mungkin..Yela, masa exam beberapa minggu yg lalu, semua dok sibuk stay up sampai berpinar mata. Semua itu utk exam..ye k??..insyaallah nak berjaya kerana Allah semata kn?? Buat antunna diluar sana yg sedang bercuti..waktu inilah tarbiyah dzatiyah perlu diaplikasi. Betapa ujian Allah sentiasa mengiringi utk menguji hambaNya yg pernah berjanji bahawa sanggup mati utk agama yg dicintai.
'Sebenarnya, barangsiapa menepati janji dan bertakwa,maka sungguh Allah mencintai orang yg bertakwa.'(3:76) 'Sesungguhnya org yg memperjualbelikan janji Allah dan sumpah mereka dengan harga murah, mereka itu tidak memperoleh bahagian akhirat....'(3:76)
wa nauzubillah..
so,marilah bersama kita meningkatkan tarbiyah dzatiyah(pendidikan sendiri) sebagai benteng ruhhi agar syaitan-syaitan tidak akn berjaya menembusi diri kita dengan rencananya. Buat akhawati, mereka yg bergelar daei sememangnya akn sentiasa diuji..dan ujian yg paling payah utk kita tembusi adalah ujian dr hati itu sendiri..betapa pentingnya tarbiyah dzatiyah atau didikan tatkala kita bersendiri dan pendidikan utk diri sendiri. Astagfirullah..(peringatan buat diri sendiri) dibawah ni ada dua kisah yg menjadi contoh betapa nabi terdahulu juga diuji tahap tarbiyah dzatiyah dalam dirinya..dan kita??tentunya lebih lagi diuji...SALAM MUJAHADAH!!

Keluarga Nabi Ibrahim, AS.

Ummu Ismail tak berhasil mencari jawaban dari Nabi Ibrahim kenapa sang suami tega meninggalkan mereka di lembah tak bertanaman, tanpa kerabat dan bekal, kecuali sekantung makanan dan minuman untuk hari itu. Maka ia mencoba mencari pertanyaan lain yang mencairkan segala yang beku, membukakan segala yang buntu, dan memudahkan segala yang mustahil,

“Allah kah yang menyuruhmu meninggalkan kami disini?" tanya Ummu Ismail.

“Ya,” jawab Ibrahim.

"Bila demikian, pastilah Ia tak akan menyia-nyiakan kami”, sahut Ummu Ismail.

Pada kondisi paling kritis dan dilematis itu, ia berhasil mengambil keputusan terbaik. Padahal sangat manusiawi, bila ia meminta agar Allah melimpahkan bahan makanan. Tapi yang dilakukan justru berdoa agar keturunannya menegakkan shalat, agar sebagian umat manusia mencintai mereka, baru kemudian ia minta agar Allah memberikan mereka rezeki buah-buahan (QS. 14;37). Ia memang pemimpin visioner.

Atau betapa bijaknya Ismail alaihissalam ketika ayahnya mengungkapkan,

“Aku melihat dalam mimpi, bahwa aku menyembelihmu." Ismail menjawab,

“Lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah engkau akan temukan daku termasuk orang-orang yang sabar.” (QS. 37:102)

Berbeda sekali dengan jawaban Yam bin Nuh yang telah menyaksikan langit pecah menumpahkan air berderai-derai dan bumi membelah mengeluarkan banjir bandang, lalu menjadi paduan ombak yang menggunung. Ternyata, ia masih yakin dapat berlindung ke bukit dan enggan bergabung dengan bapaknya dalam bahtera penyelamat (Qs, 11: 42-44). Inilah tanda kegagalan tarbiyah dzatiyah dan dominasi pandangan khas materialisme, yang di kurun ini kian merebak.

Nabi Yusuf, AS.

Ditengah paksaan isteri pembesar Mesir yang mengajaknya berbuat mesum, Yusuf as menjawab,

“Aku berlindung kepada Allah.”

Dan ketika isteri pembesar Mesir memprovokasi suaminya untuk menjatuhkan hukuman berat atau memenjarakannya, Yusuf mengajukan pembelaan yang sangat tegas dan polos,

"Dia yang merayu diriku."

hal yang di belakang hari dijawabnya dengan kata-kata yang lebih dewasa dan elegan.

Ketika raja memintanya datang ke istana karena kecemerlangan menta’wil mimpi, Yusuf menyuruh sang utusan kembali untuk menanyakan kisah wanita-wanita yang mengiris-iris jari mereka sendiri saat Yusuf melintas. Maka ia tak perlu lagi mengatakan dia (isteri pembesar Mesir) yang merayuku, justru isteri pembesar Mesir yang semula main penjara dan siksa, kini mengaku bahwa ia yang merayu dan Yusuf menjaga diri.

sumber dr lantera kehidupan

Wallahualam

SALAM MUJAHADAH

Wednesday, May 26, 2010

~Jahilnya sEmalam, CintanYa haRi ini dAn pEngharapan hAri Esok~

~jAhilnya sEmalam, CINTANYA hAri ini dan penGhaRapan hari eSok~
SemaLam yG berlaLu, HaTi keliRu menTafSir mimPi yG tAk beRkEsudaHan, Takut pAda SetiAp perJalanan, tAhu betapa kuranGnya kEberkaTan, rApUhnya iman mEmbawa kPd keCINTAan pd dunia. Hari Ini, kuRaSakan terlalu panjang, menanti SAAt ajal disaat kEmanisan dlm keRinduan, sIapalah aku untuk meraih CINTAMU TUHAN, namun aku tahu, dEngan satu pErjuangan, aKan KAU bayar dengan janji-janji tErdaHulu sejak azali, sEbesar mana sangatlaH perjuanganku YA TUHAN, naMUN aku yakin KAU lbh mengetahui taRaF kemampuan, YA TUHAN bantulah aku, kuRniakanLah aku ilham untuk terus istiQAmah dLm perjuangan daKwahMU, JadikanLah aku sAlah sEorang yg membanTu dlm Kebangkitan agamaMU, seSungguhnya seluruh jiwa,raga,hati DaN JASADku kusErah padaMU. EsoK yg mAsih dlm kEsamaran, naMun hamparan dOa berharap pd KejayAAn, sEmoga dunia diSinari Cahaya barakahMU YA TUHAN, moGa haTi sEtiap inSan tiada Kekacauan, sEmoga sYurga yg KAU kurnia menJadi bertambah pEnghuninya, bErkat pemcapaian DUNIA BARU ISLAM.. Wallahualam

Monday, May 24, 2010

~Duhai diri yg sedang berrmujahadah

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat khudwah yg dirindui ummat, Ya Rasullullah s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat dan pejuang yg terlebih dahulu mengikuti jalan cinta para pejuang..

Tersangat lama blog ku menyepi, berhabuk sudah..Hmmmm, semoga Allah ampunkan daku yg kurang baik dalam menguruskan masa berbaki. Banyak berehat mungkin, banyak bercakap mungkin, dan banyak berangan mungkin daripada bergerak dalam jalan yg tidak pernah sunyi dengan kiat-kiat dakwah yg indah..Astagfirullahal azim.

Baru-baru ini, kurasakan jalan mujahadah terlalu payah sehingga beberapa kali langkah tersadung hampir terkebelakang memandang langkah hitam nan silam. Setiap kali hati menangis, teringat ayat2 cinta drNya cuma yg menjadi penguat diri,

“Dan org2 yg berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kpd mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah bersama-sama org yg berbuat baik.” (29:69)

Sememangnya baru sekarang aku faham erti ayat2Nya dari surah al-ankabut

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hy dengan mengatakan ‘kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji?” (29:2)

Ya Allah Ya Tuhanku,

Bantulah hambaMu ini dalam kepayahan jalan mujahadah

Kekadang terasa kaki hampir tersadung dalam langkah

Sungguh Ya Allah,

Tiada daya daku tanpaMu

Tiada kuat daku tanpa bantuanMu

Tiada mampu daku tanpa petunjuk dan ilhamMu

Dan tentunya

Tiada beriman daku tanpa izinMu.

Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah,

Tiada yg lain kuharapkan melainkan Engkau Ya Allah,

Tetapkanlah hatiku atas satu dasar cintaMu cuma Ya Rahman,

Janganlah Engkau uji daku dengan kehilangan rasa cinta kepadaMu Ya Rahim,

Sungguh jasadku tidak berdaya tanpa magfirahMu Ya Ghaffar,

Sungguh hatiku tidak berdaya tanpa cintaMu Ya Latiff,

Sungguh lemahnya jiwa dan jasadku bila kaki jauh kebelakang tanpa bimbinganMu,

Bantulah daku dalam mujahadah ini,

Semoga Engkau menilainya sebagai ibadah,

Hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu,

Tiada kuharapkan melainkan Engkau Ya Allahku,

Hasbunallah Wa Nikmal Wakeel.

wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...