Friday, October 21, 2011

merindu

Dah hampir 2 minggu aku tak berjumpa dengan mana-mana akhawat.. Sejujurnya kuakui, kerana iman aku lemah...aku memerlukan mereka sebagai support sistemku...-sangat merindui mereka...sesiapa sahaja yg bergelar akhawat..-

Ya Rabbi, ampunkan daku diatas kekurangan dalam memberi kepadaMu..sehingga kasih ini terbahagi juga kepada makhlukMu..astagfirullahal azim3x


Sehari-hari, aku terasa lemah melihat orang-orang putih yang sungguh laju dalam mengejar dunianya..

Tetapi setiap kali aku terasa hati..sedaya upaya aku menampar pipiku..

"bukan mereka yang memberi ilmu kepadamu, bukan mereka yang memberi faham kepadamu tetapi semua itu dari Allah..maka kembalikanlah segala urusan kepadanya..Iallah..aminn.."

"dan sekiranya bukan kerana menghindarkan manusia menjadi umat yg satu(dlm kekafiran), pastilah sudah kami buatkan bagi orang2 yang kafir kepada Yang Maha Pengasih, loteng-loteng rumah mereka dari perak, demikian pula tangga-tangga yang mereka naiki, dan Kami buatkan pula pintu-pintu(perak) bagi rumah mereka dan begitu pula dipan-dipan tempat mereka bersandar..Dan Kami buatkan pula perhiasan-periasan dari emas. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan akhirat disisi Tuahnmu disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."(43:33-35)

Thursday, October 20, 2011

perasaan

beberapa kali aku menulis, dan beberapa kali aku memadam..I have no idea.. Terlalu banyak yang ingin aku lakarkan disini tetapi kepalaku seolah-olah beku.. tidka mampu untuk menterjemahkan perasaan kepada bentuk tulisan...

Ya allah, kurniakanlah daku ilham untuk menyampaikan apa yang bermanfaat ini hanya keranaMu..amin

Disini, dibumi sejuk United Kingdom ini...
walaupun hanya tinggal 2 bulan aku disini tetapi kekadang terasa ingin pulang cepat ke malaysia.. tetapi ada juga masa-masa tertentu yang aku terasa seperti tidak mahu pulang ke malaysia..

Melihat orang sekelilingku,aku mula jatuh cinta dengan mereka..ada sesuatu yang perlu diperbaiki dan dikembangkan disini..Ada banyak kerja yang tidak mungkin berkesudahan disini juga.. dan ada sesuatu persamaan cintaku di malaysia dan disini juga..

Kepada adik-adikku yang sudah terbang kemerata tempat (ire,uk,mesir,india), ketahuilah tarbiyah itu perlu dibina,dicari dan dikejar..ia tidak datang bergolek hanya dengan senyum dan bayaran wang semata..tetapi ia memerlukan hati yang terbuka..

Kepada adik-adikku yang sedang bekerja keras membina mahligai syurga sendiri dengan membina rijal-rijal yang dapat sama-sama menggabungkan diri dalam pembinaan negara islam impian kita, ketahuilah bahawa dimana sahaja antunna berada, apa sahaja yang antunna usahakan...hanya Dia yang mampu membalas dan menilainya..

Kepada adik-adikku dibumi sindh, walau kita tidak pernah bertemu, walau baru 2 kali kita bercanda di alam maya, tetapi ketahuilah bahawa setiap kepayahan dan keinginan kita, ketahuilah bahawa hanya Dia yang mampu melorongkan kita kepada amal muntijah dan memberi kemudahan dengannya..Lakukanlah apa sahaja yang kau imani dan cintai..Tetapi sandarkanlah segalanya kepada Dia..semoga segala amal kita bukan berlandaskan nafsu semata tetapi ilham terbaik dariNya..amin

Pandanglah manusia sekeliling kita dengan cinta..Alirkanlah kasih sayang itu semampunya..Kerana sedaria wal lagi, salah satu ciri-ciri seorang daei yang memabwa risalah dakwah ini adalah cinta..Mana mungkin kita mampu memberi dengan banyaknya andai tiada rasa cinta, mana mungkin kita mampu memikul berat beban dan kepayahan andai tiada cinta..dan mana mungkin kita mampu tersenyum bila manusia melukai kita andai kita tiada cinta..

Disini, aku pernah terasa keseorangan..aku pernah rasa down..aku pernah rasa geram..tetapi..setelah 1 tempoh yang panjang...aku benar-benar malu dengan Allah yang terlalu banyak memberi cinta dan kasihNya..sedangkan aku?????Dilukai sekali, jatuh sekali, tersadung sekali..sudah mengaduh dan mengeluh...

adakah aku benar-benar cinta?

Ya Allah, lahirkanlah,kembangkanlah perasaan cinta ini kedalam hatiku dan hati-hati mereka yang mencintaiMu..aminnn


wallahuallam

Friday, October 14, 2011

Sungguh alam,aku jua bersamamu



"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada diatas alan yang lurus."(Az-zukhuf:43)

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..

Tiada lafaz yang mampu menggambarkan perasaanku sekarang. Mungkin inilah perasaan para sahabat terdahulu tatkala melihat jahiliyah berkecamuk dimuka bumi. Inilah juga perasaan Rasulullah s.a.w sehingga baginda menjauhkan diri lari dari manusiawi ke Gua Hira' untuk beruzlah disisi Tuhan yang tidak diketahui bagaimana dan dimana tatkala itu. Mungkin ini jugalah perasaan pemuda kahfi yang dalam keletihan lari dari manusia yang terlalu banyak bertuhankan nafsu dan kuasa. Dan mungkin perasaan ini jugalah yang menolak rijal-rijal dakwah untuk berbuat lebihhhh banyakkkk daripada yang dikerah.

Pertama kali kakiku melangkah jauh dari dunia yang selesa. Bukan selesa dibumi malaysia tetapi lebih kepada selesa disisi akhawat, tinggal di Ri(rumah islam), dan sentiasa disibukkan dengan pembinaan adik-adik yang qawiy. Sedangkan didunia sebenar , diluar ruang lingkup yang sihat, rupanya benar tenatnya dunia sekarang dengan takungan jahiliyah yang benar-benar pekat dan likat sehingga menutupi islam yang sangat indah tertimbus disebaliknya. Dan islam itu sebagaimana emas yang tersimpan dibalik lumpur dan tanah yang dalam, yang perlu didulang dengan penuh sabar sehingga akhirnya barulah kelihatan sinarnya setelah semua lumpur-lumpur itu dibersihkan.

Sejujurnya, aku terasa Dia sedang bermain-main dengan iman dan akalku. Diberikan aku masa yang sungguh lama untuk berfikir,berzikir dan bermuhasabah dibumi yang tarbiyahnya sungguh kering. Malah cinta itu sungguh tiada. Sehingga aku jua buntu. Melihat anasir taghyir (agen perubahan) yang sungguh hebat, anasir taghyir yang punya elemen logam yang sungguh dahsyat. Tetapi malangnya,kesibukan harian mereka disalur ketempat lain, logam itu digunakan kearah lain dan tenaga mereka dibazirkan untuk pembinaan dunia lain.

Ah!sungguh kesakitan itu yang menolakku untuk cuba berbuat walau sekadar serpihan tempiasnya. Tetapi keperitan berdepan dengannya benar-benar merobek hati ini sehingga kesudut hati yang paling dalam. Sehingga suatu ketika aku jatuh tersungkur ditengah-tengah bandar sejuk ini, aku menangis disitu sambil menjerit dimanakah aku kini? di planet manakah aku ini?Tatkala aku terjelepuk diatas tanah hanya kerana kesedihan, aku menjerit sekali lagi disisi alam, aku faham perasaanmu duhai makhluk yang diciptakan. Sungguh aku tahu engkau telah melihat lebih banyak daripada yang aku sedang lihat. Lantas, angin yang meniup kearahku ketika itu benar-benar menyejukkan hatiku dan membekukan airmataku.Sungguh alam, aku yakin telah lama engkau tidak melihat manusia berzikir bersamamu, sujud diatasmu dan menangis bersamamu. Namun ketahuilah, aku sedang meratap bersamamu dalam istighfar yang panjang memohon keampunan dariNya atas dosa-dosa ummat manusia seluruhnya.

Ya Allah,peluklah daku dengan rahmat dan kasih sayangMu..Sungguh, dunia ini sungguh meletihkanku..Tetapi, andai Engkau redha denganku, cukuplah Engkau yang memberi segala perasaan dan yang memelihara perjalananku..

Ya Allah..adakah ini tarbiyah 'direct' yang Kau ingin berikan kepadaku agar aku lebih mensyukuri nikmat ini?

Nikmat dapat melihat keindahan islam itu..Nikmat dapat merasai erti hidup bertuhankan Engkau..Nikmat mampu mencintai orang lain yang tiada pertalian darah denganku melainkan ikatan akidah semata-mata..

Kuakui duhai Tuhanku,
"Maka nikmat manakah lagi yang harus kau dustakan."(55:13)

Sungguh Ya Allah,

Kuakui Engkaulah Tuhanku..dan aku hanya hambaMu..Yang tidak mampu berbuat apa-apa hatta ingin menggerakkan jariku untuk menulis disini, melainkan segalaNya hanya dengan izinMu,dengan kekuatanMu dan dengan cintaMu..
"Barangkali engkau akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan itu."(al-kahfi:6)

"Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk,akan tetapi Allah yang memberi petunjuk."(Al-Baqarah:272)



wallahuallam

fztarbiyah,
York,UK

Monday, October 3, 2011

Rijal yang cinta kepada jalannya




"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada diatas alan yang lurus."(Az-zukhuf:43)

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..

Tiada lafaz yang mampu menggambarkan perasaan saya sekarang. Mungkin inilah perasaan para sahabat terdahulu tatkala melihat jahiliyah berkecamuk dimuka bumi. Dan mungkin perasaan itu jugalah yang menolak rijal-rijal dakwah untuk berbuat lebihhhh banyakkkk daripada yang dikerah.

Ketika Saad bin Abi waqqas tiba di China 1400 tahun dahulu, sudah pasti dia sangat bersungguh-sungguh untuk menyampaikan islam itu kepada mereka yang sangat innocent. Yang langsung tidak memahami erti rukuk dan sujud. Yang langsung tidak memahami konsep ketuhanan dan kecintaan Allah kepada makhlukNya. Beliau berbuat(menyampaikan dakwah) sehingga akhirnya islam itu benar-benar subur dan sampai kepada kita. Itulah usaha para sahabat. Pengorbanan mereka meninggalkan tanahair dan ketempat yang tidak familiar kepada mereka. Bukan bahasa,bukan budaya,bukan atas nama negara madinah atau mekah yang menyampaikan para sahabat kesana..tapi kerana FAHAM syahadah itulah yang menolak mereka.

Hakikatnya,para sahabat kesana hanya untuk menyampaikan 'tiada tuhan melainkan Allah dan rasul itu pesuruh Allah'. Agenda itu difokuskan lagi untuk membina rijal-rijal yang benar-benar faham konsep ketuhanan dan fiqh dakwah itu sendiri.

Melihat tummuhat para sahabat terdahulu, dapatlah disimpulkan bahawa konsep pembinaan rijal yang ideal adalah dengan menyuntik obses mereka dgn kalimah syhadah. Kerana itu yang akan menolak para rijaluddakwah untuk berbuat..FAHAM dan AMAL..dengan 2 perkara itu(FAHAM dan AMAL),secara automatiknya fikrah akan berkembang dlm diri mereka sedikit demi sedikit sehingga mereka menjadi dai super saiya.. Ketika ini jugalah, kita akan lihat kepada siapa tsiqah mereka sebenarnya..JEMAAH atau LILLAH.

"dalam usrah kita subur tarbiyah,janji setia dipatuhi."

Inilah yang dilaungkan dalam lagu IKRAM kita..Tetapi sejauhmana usrah itu berjaya menjadi medan pentarbiyahan dan core bisnes kita? segalanya adalah bergantung kepada kefahaman kita dimana kita berada dan kemana halatuju dakwah kita.

Dlm membawa satu beban dakwah dan tarbiyah, adakah kita mengalirkan ia dengan perasaan cinta atau kering semata?

Bagaimana kesuburan tarbiyah itu boleh mengalir dalam jiwa mad'u kita sedangkan kita sendiri tidak mampu mencintai beban yang ditanggung ini?

"Barangkali engkau akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan itu(AQ)."(al-kahfi:6)

LIhatlah, begitu sekali perasaan baginda dalam proses menyampaikan dakwah kepada ummatnya..Disebalik itu, betapa kasihnya Allah dalam memujuk orang yang benar-benar ikhlas berjuang keranaNya.

"Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk,akan tetapi Allah yang memberi petunjuk."(Al-Baqarah:272)

Inilah!pujukan dan rahmat Allah inilah yang menenangkan rasul s.a.w, para sahabat dan mereka yang bersama-sama dalam jalan ini.

Betapa seorang dai yang ikhlas kerana Allah,akan merasa benar-benar sakit apabila melihat hambatan dan penghinaan manusia terhadap Al-HAq ini. Namun, mereka tetap beriman dan beramal dengan yakin bahawa Allah sahaja yang mampu membuka hati orang yang didakwahi.

Hal inilah yang membuktikan perasaan cinta dan sayang seorang dai kepada jalan yang dilaluinya.

“Katakanlah -hai Muhammad-: Inilah jalanku, aku mengajak untuk -mentauhidkan- Allah di atas landasan bashirah/ilmu. Inilah jalanku dan jalan orang-orang yang mengikutiku. Maha suci Allah, aku bukan tergolong bersama golongan orang-orang musyrik.” (QS. Yusuf: 108)

wallahuallam


with love,
mumtazah
york,UK

Wednesday, August 17, 2011

terharu


Ramadhan kali ini, memberi erti yang sangat besar kepadaku. Besarnya bukan kerana kebahagiaan dunia semata tetapi LEBIH dari itu. Ya Allah, ingin aku katakan disini bahawa aku sangat terharu dengan rahmat dan kasih sayangMu.. sehingga satu tahap, aku terasa tidak mahu yang lain..Cukuplah perasaan ini Ya Allah. Perasaan cinta kepadaMu..bantulah aku untuk mencintai segala apa yang boleh mendekatkan aku kepadaMu..

Allahkuuuuuuuuuuu

Cukuplah...Tiada kata yang mampu aku hamburkan disini, tiada lukisan terindah yang boleh aku lakarkan disini..untuk menzahirkan perasaanku kini..

Beginikah erti kasih sayangMu sebenarnya??

Sungguh, thanks a lot for all everything..for your guidence..for your concern..bring me to the right path..terasa ingin memelukMu..semoga diizinkan.aminnn



Friday, August 12, 2011

mujahid itu

"Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah."

Merenung dan memahami ayat ini sedalam-dalamnya pasti akan membawa kita kepada pelbagai memori lama.

Bagaimana kita tersadung dengan jalan tarbiyah?
Bagaimana kita mula jatuh cinta dengan ukhwah fillah?
Bagaimana kita mula meninggalkan karat-karat jahiliyah?

Semua itu adalah satu kenangan yang boleh menjadi daya tolak untuk kita terus melangkah. Kita masih melangkah walau kepenatan maha dahsyat menjengah. Kita masih melangkah kerana kecintaan kita, kesyukuran kita dengan jalan yang telah merubah hidup kita dari segala aspek samaada luaran dan dalaman..Fikrah, ruhiyah dan jasad. Begitulah tarbiyah mengajarkan kita. Ia telah berjaya membentuk manusia biasa menjadi luar biasa.
"Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezekinya kepada para hamba sahaya yang mereka miliki, sehingga mereka sama-sama (merasakan) rezeki itu. Mengapa mereka mengikari nikmat Allah? (al-Quran, 16:71)."
Sedari awal lagi kita mengimani bahawa jalan tarbiyah yang sedang kita lalui ini adalah satu nikmat dan rezeki yang besar dari Allah untuk kita.

Dan atas dasar keimanan itu jugalah, kita bergerak dalam meyampaikan dan menyeru manusia untuk bersama-sama merasai nikmat jalan ini.

Sehinggalah suatu ketika,

Setelah bertahun ditarbiyah dan mentarbiyah,

Tiba-tiba kita sudah tiada rasa. Terasa hambar dan ada juga yang melemah hanya kerana asbab teknikal yang sangat remeh untuk difikirkan (lagi-lagi kepada para daei).

Mula kering ketika menerima taujihat dari murabbi. Mula berat untuk bertemu mutarabbi yang sedia untuk ditarbiyah.

Dimana masalah sebenarnya?

Dalam diri kita?hati kita?murabbi kita?

Sedangkan, ini adalah pendapat Imam Hassan Al-Banna tentang mujahid yang membawa islam:
 “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.

Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.

Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.

Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”
Tidakkah kita tertampar?

Masih ada masakah untuk kita memikirkan tentang lemah?

Lemahnya jiwa adalah kerana keringnya iman kita.

Keringnya iman kita kerana kurangnya mutabaah amal kita.

Kurangnya mutabaah amal kita kerana lemahnya mujahadah kita.

wallahuallam

Jom kita tingkatkan iman dan amal bersama-sama. Semoga Allah lindungi kita dari azab yang tidak terkata dahsyatnya.

 

"Dan kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu (nescaya kamu akan ditimpa azab yang besar). Sungguh, Allah Maha Penyantun, Maha Penyayang."(24:20)

Tuesday, July 19, 2011

Muhasabah usrah K.I.T.A

Salam akhawat wa ikhwah sekalian,

Sedari dulu lagi kita mengimani bahawa usrah adalah wasilah utama dalam proses pentarbiyahan.

Ingatkah kita ketika diawal perkenalan dengan usrah, terasa seperti mati dihidupkan kembali. Hati mula mekar dan berbunga-bunga dengan pelbagai kisah indah tersadungnya kita dengan jalan tarbiyah. Apatah lagi kepada akhawat dan ikhwah yang mula mendapat sentuhan tarbiyah dibumi asing seperti New Zealand, Australia, United Kingdom dan pelbagai negara diseluruh pelusuk dunia.

Tetapi sehingga satu tahap, jalan ini menjadi semakin sukar dan payah. Semakin lama ditarbiyah semakin bertambah komitmen kita termasuklah dalam mentarbiyah manusia, menyusun gerak kerja dan segala urusan berkaitan dengannya.

Ada juga dikalangan kita yang tidak menyedari bahawa komitmen jamaei yang bertimbun-timbun telah melupakan dirinya tentang wasilah utama dalam pembinaan manusia itu iaitu usrah.

Sehingga satu tahap; sangat perlu kita bermuhasabah kembali apa erti usrah kepada kita?



Apakah USRAH yg di buat sekadar 'asal buat' (program oriented) ATAU objektif oriented ???

Tahu kah apakah hadaf anda buat USRAH ???

Mungkin ramai yang salah faham mengenai usrah... ianya bukan sekadar tempat untuk mendapat input-input yang mempertingkatkan kefahaman, tetapi ianya adalah tempat/medan untuk UKHUWWAH !!!

Berapa banyak usrah di kalangan KITA yang inputnya sangat mantap dan man'zass'kan hati, namun ukhuwwah di antara sesama usrah-mates sangatlah hampeh ???

Jika usrah anda sgt2 best inputnya yg men'zass'kan hati, tapi ukhuwwah hampeh, maka TIDAK TERCAPAI HADAF USRAH KITA !!!

Bukankah HADAF USRAH ialah TAARUF, TAKAFUL, TAFAHUM ???

Inilah 3 elemen ukhuwwah yang mesti di bumikan dalam sistem usrah KITA semua...

Hakikat sebenarnya, indicator mantapnya sebuah usrah bergantung kepada sejauhmana mantapnya ukhuwwah sesama usrah-mates... itulah Key Performance Index (KPI) utk USRAH KITA....

Tiada guna usrah yg inputnya men'zass'kan hati tetapi sesama usrah-mates saling bercakaran, saling bertelingkah dan saling tidak ada kesefahaman...

Tiada guna KITA berusrah tp apabila bertemu tak terasa kehangatan kasih sayang pun kepada usrah-mates KITA... ada pula tidak boleh dan pantang bertemu dan tidak bertegur sapa kerana masing2 ada perasaan benci dan marah kpd usrah-mates nya !!!! pelik bukan ???

Tiada guna KITA berusrah tp apabila datangnya daurah, kehadiran usrah-mates ke daurah tidak penuh (melainkan ada keuzuran)... masing-masing tak kisah jika usrah-mates nya tak hadir/ponteng sehingga apabila di tanya "mengapa si fulah/fulanah tidak ke program", kita tidak boleh menjawabnya kerana tidak ketahui asbab ketidakhadirannya... Masing-masing tak  pun sesama sendiri utk memastikan usrah-mates nya datang ke daurah... masing-masing buat tak hirau pun sama ada tarbiyyah usrah-mates nya ok atau tidak ok..Hatta diri sendiri pun tak kisah samada datang ataupun tidak ke daurah untuk bertemu usrah-mates nya... tahukah anda, 'one of the sign' yg menunjukkan usrah anda mantap ialah kehadiran penuh usrah-mates ke setiap kali program/daurah ???

Tiada guna KITA berusrah, tetapi tatkala sedang berdoa, tidak terlintas pun ingatan KITA utk mendoakan teman usrah-mates KITA...

Tiada guna KITA berusrah, seandainya apabila usrah-mates KITA di timpa musibah, KITA tidak tergerak hati pun utk menghulurkan bantuan kepadanya sekadar yg termampu...

tiada guna... tiada guna... tiada guna... 'the list goes on'.... (antum boleh tambah sendiri... )

ADAKAH USRAH ANDA ITU HIDUP DAN MEMAINKAN PERANAN NYA SEBAGAI MEDAN UKHUWWAH ???

MARI PERKASAKAN SISTEM NUCLEUS KITA...

kerana dakwah ini KITA tanggung bersama...

Mari sama-sama K.I.T.A

Kuatkan Iman Tingkatkan Amal

wallahuallam

KITA,
haidir

Friday, July 1, 2011

tiada rasa


Baru-baru ini, aku dipertemukan dengan beberapa akhawat termasuklah mutarabbiku, dan mereka berbicara tentang tiada rasa. Tiada rasa dalam gerak dan tidur bersama tiupan tarbiyah itu. Reaksiku? aku hanya gelak dan pernah aku menangis dihadapan mereka..

akhawat fillah,

Suatu ketika, bila kita melihat lajunya ukhti itu bergerak, besarnya himmah dan hamasah dia, terasa nak sangat menghirup ruh-ruh tarbawi ukhti tersebut.

Namun, pernahkah kita terfikir apakah yang menjadi daya tolak kekuatan ukhti tersebut?

Pernah terfikirkah kita disebalik kelajuan dan kerakusan ukhti itu menggerakkan dakwah dengan tenaga taujih yang ada padanya, rupanya hatinya sedang sakit dalam mujahadah yang payah ketika melakukan segala amal tarbiyah untuk diri sendiri dan orang sekitarnya.

Merefleks segala itu atas diriku sendiri, terasa terpana sekejap dengan nikmat indah dalam tarbiyah ini. Setiap ujian yang datang pada awalnya menambah keimanan, tetapi sampai satu tahap, kita terlupa untuk menghargai ujian yang datang itu. Adakah kerana ujian itu terlalu remeh? atau kerana kita sudah lali dengan ujian-ujian 'remeh' sehingga menyebabkan kita tidak terasa 'excited' untuk menerimanya?

Kita sudah tiada rasa..

teringat kata-kata seorang murabbi:

"bila antunna belum rasa payah jalan ni, maka antunna belum buat kerja lagi. Kerana jalan ini menarik segala apa yang ada dalam diri kita. fikir kita, jasad kita, masa kita, akal dan emosi kita."



Apakah tiada rasa itu adalah erti kurangnya amal dan iman dalam diri kita yang mengaku sebagai kader yang menggerakkan dakwah?

"sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang:

1. Beriman kepada Allah dan RasulNya
2. mereka tidak ragu-ragu
3. mereka berjihad dengan harta dan jiwanya dijalan Allah

Mereka itulah orang-orang yang benar."

(surah al-hujurat,49:15)


Melihat checklist diatas, apakah sudah cukup kita meletakkan pergantungan hidup ini hanya keatasNya?

apakah sudah cukup keyakinan kita atas jalan dakwah yang tidak mudah ini sedangkan pernah jua suatu ketika dan suatu masa ada saja rungutan kita tatkala letih dengan kepayahan yang bertimpa-timpa?

apakah sudah cukup jihad kita dalam mentajarrudkan diri dari dunia yang sementara ini dengan harta dan jiwa dengan sebenar-benarnya?

Menyingkap kembali sirah dan kisah sahabat as sabiqul al awwalun,

pernahkah kita terdengar kisah kefuturan mereka ditengah pentarbiyahan yang LANGSUNG BUKAN MUDAH nak dibandingkan dengan kita.

Pelik bukan?

apakah kekuatan mereka?

Sungguh, apakah yang menjadi daya tolak kepada mereka untuk terus melangkah dalam mujahadah yang payah?

satu perkara yang aku pelajari dari pengamatanku tentang kisah mereka;

Bila kita tidak memikirkan perkara besar, maka perkara kecil akan menjengah fikiran. Lantas, membuahkan syak dan hambar untuk terus melalui kepayahan mendatang.

Benar bukan?

bila cuti yang panjang, banyak masa kita bersama keluarga dan dalam kepompong selesa sehingga kita terlupa sebentar nikmat 'kepayahan gerak kerja kita' sebelum ini.

Sehingga sampai satu tahap paling bahaya, bilamana kita sudah terlekat dengan tarikan dunia lebih dari tarikan iman dalam jiwa kita.

Dibandingkan dengan para sahabat, sungguh once wahyu itu turun membasahi dunia, once syahadah itu menjadi paksi iman mereka, maka tiada satu saatpun ruang untuk mereka melemah keranasepanjang masa tiada langsung ruang untuk mereka berfikir tentang 'kecintaaan kepada dunia'.

Sememangnya setiap manusia itu mempunyai intention untuk terlupa sebentar kepayahan silam selepas dianugerahkan/dihadiahkan kemenangan selepas mellaui kepayahan yang maha dahsyat. Dizaman madinah, para sahabat pernah ditegur hanya kerana menghayati sedikit kebahagiaan dan keselesaan dalam jiwa mereka.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka".(57:16)

ini para sahabat. Yang himmah dan hamasahnya menggunung sehingga tertempias kepada kita, 1400 tahun selepas sejarah mereka.

Kita?

Yang belum diuji sedahsyatnya kenalah 'prepare mind set' bahawa segala yang datang adalah tarbiyah direct dariNya. Termasuklah 'tiada rasa' itu. Termasuklah 'kefuturan' itu.

Bukankah kefuturan dan tiada rasa itu juga adalah nikmat dari Ilahi. Diujinya kita dengan kurang rasa dan kurang emosi kerana Dia tidak mahu kita terus bahagia semata-mata dengan nikmat tarbiyah ini. Diujinya kita dari sudut kelemahan jiwa agar diketahui sayangnya kita dengan jalan tarbiyah ini. Diujinya kita agar kita belajar bagaimana untuk meluahkan rasa cinta dalam kepayahan mujahadah ini.

Bukankah kepayahan menghadirkan emosi itu adalah satu senjata yang membina iman dalam diri kita?

tidak begitukah akahwatku?

kerana aku mencintai jalan ini, sungguh aku tidak akan peduli kepada tarikan syaitan dan ejen-ejennya yang giat berlumba menusuk kedalam jiwa-jiwa para kader dakwah ini.

teruskanlah beralri sehingga kefuturan itu letih menyapamu..

teruskanlah bermujahadah dalam membina iman dan hamasah sehingga kita syahid dalam kepayahan itu atau menang bersama kemanisan mujahadah itu.

apalah sangat ujian emosi kita nak dibandingkan dengan jihad fizikal para anbiyak dan sahabat dahulu kala..

kerana Dia mengerti kita lemah, maka diuji jiwa kita..

Bukankah itu erti betapa Dia sayangkan kita?

teruskanlah..teruskanlah..teruskanlah..

“Dan Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan tanam-tanaman, dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun (sesungguhnya kami milik Allah, dan kepadaNya jugalah kami kembali), mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk” (Surah Al-Baqarah:155-157)

sempena israk mikraj:

"Rasulullah s.a.w telah di israk mikrajkan pada tahun ke 10 kenabian. bermakna setelah 10 tahun melalui pelbagai mehnah dalam dakwah dan tarbiyah. Kita??agaknya bila pulak giliran kita???laykkah kita untuk mendapat taraf diisrak dan mikraj kan ?"...

maksud sebenar: sudah cukupkah kita bekerja untuk Allah sehingga layak untuk dipujuk direct dari Allah sebagaimana RA dipujuk dan dibelai dengan tragedi israk mikraj setelah 10 tahun mengharungi 1001 macam mehnah dalam berjuang.

walahuallam

Monday, June 27, 2011

bezakah kita?

Allah swt menceritakan kepada kita tentang kisah hamba-hambaNya di dalam Al Quran. Kata Allah swt dalam firmanNya di dalam surah Al Furqan, yang bermaksud:

” Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan , “salam”, ” (Al Furqan: 63).

Aku teringat kerendahan hati para sahabat bila berhubung dengan para sahabat lain. Amirul mukminin, Khalifah pertama Islam, Abu Bakar As Siddiq, banyak sekali merendah hati. Setelah wafatnya Rasulullah saw, ketika seluruh kerajaan Islam berada dalam genggamannya, Khalifah Abu Bakar r.a tetap meneruskan rencana Rasulullah untuk menghantar batalion tentera ke Rom dibawah pimpinan Usamah bin Zaid yang usia baru berusia 20 tahun ketika itu (ada riwayat umurnya sekitar 17-18 tahun). Sedangkan di bawah pimpinan beliau, ada Umar Al Khattab r.a , Saad bin Abi Waqqas dan ramai lagi sahabat-sahabat veteran yang kalau ditimbang dengan neraca manusia biasa, pasti kita merasakan mereka ini lebih layak dari Usamah Bin Zaid, pemuda anak kepada seorang bekas hamba berkulit gelap.

Bahkan Khalifah Abu Bakar r.a merendahkan ego dan hatinya dengan mengiktiraf Usamah Bin Zaid sebagai ketua tentera ketika itu dengan meminta izin dan bertanya terlebih dahulu kepada Usamah sebelum meminta Umar Al Khattab menemaninya menjaga negara di Madinah. Syed Qutb malah mengkagumi kisah kerendahan hati Abu Bakr r.a di dalam tafsir fi zilal Surah ‘Abasa.

Rasulullah saw amat menekankan persamaan dan sifat merendah hati. Tidak sepatutnya ada soal siapa lebih bagus dan siapa lebih tinggi dalam kalangan barisan jundullah. Saat berlaku pertikaian antara Abu Dzar r.a dengan Bilal r.a, Rasulullah saw bangun menegur dengan tegas, “Wahai Abu Dzar, semuanya kurang belaka! Tidak ada kelebihan bagi anak mak kulit hitam atau anak mak kulit putih!”.

Bahkan, Rasulullah saw sendiri sangat banyak merendah hati padahal baginda terlalu mulia dan layak disanjung tinggi. Rasulullah rapat sekali dengan Julaybib r.a, seorang bekas hamba yang kemudiannya Rasulullah saw sendiri yang carikan jodoh baginya. Apabila Julaybib r.a syahid dalam sebuah peperangan setelah dibunuh musuh kerana Julaybib r.a telah membunuh 7 orang musuh sekali gus, Rasulullah saw mencari mayat Julaybib, memangku dengan kedua lengannya, menggali kubur Julaybib dan menanam beliau. Rasulullah saw mengangkat tinggi para sahabat dan memperlihatkan kasih sayang sepenuh hatinya.

Barangkali saff-saff pejuang hari ini perlu duduk sebentar dan bermuhasabah. Rata-rata sungutan dan rengetan yang sering singgah di telinga hari ini adalah kisah-kisah hati dan isu-isu perasaan yang tidak pernah henti. Semuanya, aku rasa, adalah gara-gara hati kita yang mati, pancaindera yang tuli, jiwa yang barangkali masih ada sekelumit benci, ukhuwwah yang mungkin belum benar-benar rabbani dan cita-cita yang mungkin juga belum betul-betul suci.

Apa yang menjadi punca kita terasa ingin meninggi diri?

Apa yang buat kita rasa kita lebih benar dari orang lain?

Apa yang membuat kita merasa tinggi?

Kadangkala kita jadi kaku dan kagum, melihat ketinggian iman dan muhasabah para sahabat Rasulullah saw. Mereka yang dijanjikan syurga, mereka yang syahid penghujungnya, mereka yang disukai RasulNya, mereka yang berjuang bermati-matian keranaNya, tetap juga mereka merendah hati dan mengerdilkan ego mereka. Di saat kuasa berada didalam genggaman mereka, mereka semakin tawaddu’, semakin merendah hati, semakin menjauhi ni’mat-ni’mat dunia, agar terjaga hati dan amal mereka.

Lantas, apakah pantas kita yang belum pernah tercalar walau segores luka dijalan Allah ini, layak merasa kita lebih benar, kita lebih tahu, kita lebih banyak dengar pengisian, kita lebih banyak membaca, kita lebih pandai menulis, kita lebih pandai memberi pengisian.. kitalah sekian sekian dan sekian.

Merendahlah.

Syurga Allah terlalu mahal dan tidak mudah diisi. Sekelumit pun riya’, akan tergadailah syurga yang dicari. Andai hilang ikhlas, akan gugurlah amal yang sudah menggunung tinggi.

Allah, jagalah hati-hati kami. Jadikan kami pejuang-pejuang ta’at yang lebih banyak tafakkur dan berdiam diri, daripada riuh dan banyak berbicara, tetapi kecil amal dan penuh iri di hati. ameen.

sumber dr najwa

Kerana ukhwah kita berlandaskan akidah yang satu. bukankah begitu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...