Sunday, February 6, 2011

~bila ada yang menyerah

adikku,anakku, mungkin kerana kekuatan yang ada padamu, maka Allah kurniakan hadirnya insan seperti itu dihadapanmu, untuk kau tarbiyah menjadi aset paling indah dihadapan Ilahi kelak. mungkin kata-kata yang selalu terhambur dari mulut ini;
"kita ada priority untuk memuntijkan gerak kerja."
menyebabkan kau ragu-ragu untuk membawanya, tapi ketahuilah, bila Allah menghadiahkan mad'u sesuci itu untuk ditarbiyah, menghulurkan hati untuk ditarbiyah, mencari-cari cahaya sebagai wasilah, maka, wajib keatas kita untuk memberi haknya, bersabarlah adikku dalam membentuk manusia, kerana BENAR! ia tak semudah seperti dirimu menerima dengan banyaknya, tak semudah mengejar dunia dan seiisinya, kerana matlamat pembinaannya adalah REDHA ALLAH semata. wallahuallam
"dan tidak sama kebaikan dengan kejahatan. tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik sehingga orng yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan jadi seperti teman yang setian. dan sifat2 baik itu tidak akan dianugerhkan kecuali kepada orang2 yang sabar....."(41:34,35)
by fz_tarbiyah; sg.buloh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...