Wednesday, December 30, 2009

~Erti bahagia

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani.. Alhamdulillah bersyukurnya daku keatasMu Ya Tuhan Alhamdulillah sekali lg bersyukurnya daku atas segala limpah nikmat dan kurniaanMu utkku Susah dan senang yg Engkau beri adalah tarbiyah terbaik utk daku dlm melalui jalan kehidupan yg sementara cuma ini.. Engkaulah yg Maha Agung dalam menyusun hari2 dlm hidupku Memberi daku peluang terjun dalam kancah dakwah Memberi satu dimensi baru yg bermakna dalam hidup ini Sesekali diri lalai mengingatiMu Kau cucuk semula jarum semangat dengan dugaan yg kecil cuma Pernah hambaMu ini terfikir Begitu jua Batin ini pernah jua menjerit ‘Daku ingin yg lebih dari ini Ya Tuhan!’ Namun selayaknya hy Engkau yg mengerti Tahap mana kemampuan ini Syukran syukran syukran Ya Rahman Tidak pernah daku berasa tiada Engkau syg padaku Sepenuh hati hambaMu ini meyakini Mehnah yg kulalui adalah tarbiyah yg sgt indah Bahagia dan terlalulah hambaMu ini bahagia Dengan mehnah sebegini rupa Syukran syukran syukran Ya Rahim Kerana tidak pernah melupakan daku Memberi daku peluang Hidup dlm tarbiyahMu Jua tidak Engkau lupa Memberi magfirah dan ibrah yg membantu Daku ingin lebih kuat Ya Allah Hy Engkau yg lebih mengerti Sesungguhnya solatku,ibadahku hidup dan matiku hy untukMu Ya Allah Wallahualam
~puisi ni dh lme sy tulis..mase jg adik sakit kt hospital kuantan..juz nk share dgn semua..^_^..semoga ada manfaatnya..insyaallah~
hmm,hampir sebulan x menulis disini, terasa lme meninggalkan rakan alam maya. Salam bertemu kembali. Buat teman seangkatan dlm study, selamt menempuh semester baru. Semoga sem ni kita lebih mantap dari segi belajarnye, gerak kerjanya dan tentunya setiap detik kurniaan ilahi kita gunakan utk kebaikan cuma. Lillahi Taala. InsyaAllah
Sepanjang cuti semester yg lalu, cuti terasa sekejap cuma. Bermula dengan settle kan final projek. Belum sempat siap draft writing report projek, segera balik kg bila adik jatuh sakit dan masuk wad. Kemudian dtg semula ke UM utk jmpa supervisor then balik kg semula bila adik masuk wad utk kali kedua. Nak kata jarak KL-Keratong xdelah jauh mane. Naik bas, 4jam perjalanan jer tapi bg sy yg tak pandai mane nk manage lambakan tugasan yg tertangguh menyebabkan batin ni menjerit jer ‘Padan muka aku tak berusaha siapkan lbh awl!’.. Dengan tak sempat nk join usrah kabilahnye..Sedihhh… But the reality is…… I’m still dpt rasa semua ni adalah tarbiyah dr Allah. Sgt cantik dan indah flow cerita susunan ilahi.. N finally sy fhm bhw tarbiyyah dlm hdp ni bkn ada dlm usrah jer. Usrah adalah basic part dlm tarbiyyah hasanah. Sebb tu selalu kene bersihkan hati dengan usrah. Then, semua perjalanan kehidupan kita sehari-harian dr segi pemikiran kita, cara menangani masalah dan cara kita hadapi dugaan adalah pelaksaan apa yg kita terima dlm usrah secara fizikal n mental. Bermakna usrah adalah teori dan tentunya segala gerak kerja kita adalah praktikalnya. Bila penyampaian dlm usrah diserap secara maksimum maka terlahirlah tindakan praktikal yg memberi kesan terbaik kpd banyak pihak. Sebagai cth mudah; mungkin sebelum usrah, bila kita senyum kat org, then org tu jeling kt kita menyebbkan kita geram n menyumpah2, tp bila dh join usrah bila situasi tu berlaku kt kita, kita pun berbisik dlm hati.. ’Alhamdulillah, semoga Allah bukakan pintu hatinya utk menerima hidayahMu.amin’... Haaa, inilah yg bermakna segala teori dlm usrah telah diserap masuk menjadikn kita muslim yg praktikal. Baik utk kita, org sekeliling dan juga agama kita. InsyaAllah
hmmm, jd sama-samalah kita fikirkan dan muhasabah diri blk dengan segala ketentuan Allah buat kita. Yakinilah bhw itulah yg terbaik itk kita..
Dan utk sy sendiri Apa2 pun..INILAH YG TERBAIK BUAT SY.. Apa2 pun jua...ALHAMDULILLAH YA ALLAH.. HambaMu ini sgt yakin bahawa semua ketentuanMu adalah yg terbaik buatku, org sekekelilingku dan tentunya agamaku ini..InsyaAllah aminnn Selepas ini, sudah pastinya tidak sy lupa utk terus berlari pantas ats pentas yg sy pilih..selepas hampir setaun ditarbiyah, tidak sabr rasanya utk mencari anak2 usrah dan tentunya mentarbiyah mereka sehingga mereka juga dpt merasai nikmat indahnya hidup dibawah bayangan Al-Quran bersama tuntunan Ilahi. Ya Allah, hidup dan matikanlah daku dlm mengingatiMu dan rasulMu. Amin
Wallahualam

Tuesday, December 8, 2009

~Dugaan sekali lagi

Org bertakwa dgn Tuhannya
Tuhan memberi nikmat kepada org yg bertakwa kerana kasih sygNYA Jika diberi kepada mereka sedikit, kasih sygNYA juga Kerana Allah hendakkan mereka lebih mulia Dan Disimpan 'asset' selebihnya sebagai harta disyurga Kalau diberi banyak pula Itu juga adalah kasih sygNYA Kerana dengan nikmat yg byk itu Dapat diagih-agihkan kepada org lain pula Sekaligus akan melahirkan rasa syukur dan ramai juga yg terbela Sekiranya org yg bertakwa itu diuji dan dibala Itu juga adalah kasih syg Tuhan kpd mereka Agar dosanya diampun atau Ditinggikan darjat mereka di syurga Sungguh indah perbuatan Tuhan buat org yg bertakwa Senang dan susah Miskin dan kaya Sakit dan sihat Ada nilai disisi Tuhannya Kerana itulah org yg bertakwa Dalam apa jua keadaan Mereka tetap tenang bersahaja Diwaktu senang tidak tidak terlonjak-lonjak Diwaktu susah tidak pula rasa derita Mereka tetap bersyukur atas apa saja kurniaanNYA Mereka tetap faham kerja-kerja Tuhan mereka Jiwanya senang dan tenang sahaja OH BAHAGIANYA Begitulah hidup org mukmin bersama Tuhannya.. Petikan puisi oleh ustaz ashaari muhammad, bekas pemimpin al arqam
Malam td mak telefon dr kelantan..Katanya akan balik ke Keratong dalam pukol 10mlm.. Suka dengar mak gelak..Tp tgh2 gelak tu, boleh mak ckp;
"Tau tak kisah adik ko nih?" "Eh, mana mum tau..umi kenapa mak?" ~Umi is my adik.. " Dia masuk ward kat muazam..Kene denggi.." "innalillahi wainna ilahi rajiun.." ..................................
Hmmm, dalam hati sy menangis..Mak nih, anak kene sakit denggi dia boleh lagi gelak..Hakikatnya, sy dah tahu sangat kenapa mak tak tunjukkan kesedihan..Seumur hidup mak, dugaan sekecil ni dah berulang kali berlaku..Mungkin dah biasa menghadapi situasi ni.. Sebab ketiga-tiga anak perempuan mak memang masa sekolah mesti kene penyakit..Dari kakak, sy and nw umi (my adik syg )..Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah..Mungkin kalau Engkau tidak menguji kami sekeluarga, tiada kami kekal bersyukur dengan nikmatMu..
Pg td sy kol rumah, mak dah sampai rumah dr kelantan-keratong...Alhamdulillah...
" hmmmm, adik ko perangai sama ngan ko dl..Sakit demam teruk, duduk dalam bilik sorang2 dengan tuala basah, air n apa lagi. Ajak g hospital tak mau..Abah paksa juga la tu baru nak g." ~inilah kalau mak tak ade kat rumah..umi bukan nak dengar ckp abah~ " macammana umi? teruk k?" "doktor nak cek darah lagi.. Kalau terus terus turun kene bawa g kuantan la." ~berair dah mata aku. Ya Allah peliharalah adikku..Terasa nk blk sekarang tp ada pekara yg belum diselesaikan.=(~ "Yela mak, sama-sama doakan. InsyaAllah, mum balik lepas siap experiment jumaat nih. Kalu tak sape nak bergilir dengan mak jaga umi." ...................................... Dalam pukul 11pg td mak kol lagi, "Tazah, platlet ko dl brape masa bw ke ktn?" "platlet start 20 (ribu) then turun sampai 2 br g ktn n kl. Umi brape sekarng mak?" ~Normal dam 100 ribu keatas ~ "Platlet die sekarang 13. Doa-doakan ye kat muazam jer la. jauh pula nak ke ktn lagi....." ............................
Ya Allah, seandainya dugaan yg Engkau berikan ini sebagai ujian buat kami, maka bantulah kami, berikanlah kekuatan kepada kami dalam melaluinya. Dan seandainya dugaan ini sebagai balasan atas dosa-dosa kami, maka ampunkanlah kami. Sesungguhnya hy Engkau yg Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Amin
Semoga semuanya selamat dan kembali seperti sediakala..Al-Fatihah buat adik saya yg tersayang, Umi Syazwani Maridi dan kami sekeluarga. Wallahualam

Sunday, December 6, 2009

~Jawapan kepada persoalan

Salam ukhwah fillah buat semua…
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!!.. Teruskan! Teruskan dan teruskanlah hidup dalam tarbiyah yang sejahtera. Semoga dapat melepasi penjara dunia dengan kesejahteraan akhirat hendaknya. InsyaAllah, Amen.. Hidup dibawah bayangan Al-Quran menjadikan hati lebih tenang dalam mengharap redha Ilahi. Bagaimana pula dengan redha insani?..Aku insan biasa...Dan sebagai insan biasa, sudah pastinya pernah berasa kepayahan sekaligus tertewas dalam menjaga hati setiap insan yang disayangi disisi. Bertindak demi kebaikan diri sendiri atau mengorbankan sedikit keperluan diri untuk kebahagiaan atau kepuasan hati orang lain. Menjaga hati diri sendiri atau menjaga hati insan disisi?.. Mengikut fatwa hati yang boleh melukakan hati teman disisi atau menentang fatwa hati demi memuaskan hati mereka yang disayangi?..
Kagum daku dengan seorang sahabat yang sanggup mengorbankan masanya untuk kebaikan orang lain, sedangkan bila ditanya tentang tugasnya yang tertangguh, dengan tersenyum dia hanya membalas senyuman sambil berkata,
“Semoga Allah memudahkan urusan seterusnya.”
WOW! Jelous tak?..hehe..Tapi saya ??..huhu
Duhai diri! berusahalah untuk menjadi muslim yang bermanfaat buat orang lain..Berusahalah! Daku memohon padaMu Ya Allah,
‘Berikanlah keputusan yang terbaik dalam setiap apa yang hambamu ini lakukan. Engkau tanamkanlah sifat2 mahmudah dalam diriku dan buangkanlah sikap2 mazmumah yang ada dalam diriku. Tetapkanlah pendirianku dalam keputusan dan jauhkanlah daku dari melukakan insan yang berinteraksi denganku.amin.’..
Alhamdulillah, leganya hati saya.. Inilah salah satu cara untuk saya zahirkan suara hati. Sejak kecil, suka sangat merepek macam2 atas kertas.Lepas tu, campak merata-rata. Mak, abah, cikgu jumpa, habis kene gelak. Uisshh, malunya la bila ingat kisah zaman kecik2..Tapi sekarang dah modern..Guna blog pulak luah perasaan. Malu memang malu, tapi tak kisah..sebab saya dah besar..Dah tau mana yang boleh diluah umum, mana yg patut disimpan..Apa yang penting, nawaitu untuk menjadikan ia sebagai pengajaran dan perkongsiaan ilmu tu adalah paling aula.. Oklah, panjang sungguh mukaddimah atas tu..apa-apapun masalah atau mehnah dalam hidup seharian, kembalilah kepada Al-Quran kerana disana ada ketenangan sekaligus jawapan. Entri kali ni saya ambil dari folder tarbiyyah dalam ladtop saya..Kebetulan masa baca ni saya pun tengah bersedih. Alhamdulillah, da dapat semangat baru, so mari kita kongsi bersama. Lagi-lagi sapa yang tengah tension dengan thesis yang nak disiapkan, atau sedih sebab belum dapat kembangkan dakwah dan tarbiyyah, atau sedih dalam menghadapi mehnah yang pelbagai dalam kehidupan sebagai daie ni...mari2 muhasabah diri sebentar!
Beberapa persoalan yang sedang mencengkam naluri yg lemah... Saat kita lemah inilah syaitan bersorak meniupkan api kekalahan dalam mujahadah, rosaknya benih-benih iman, lunturnya pengharapan pada Allah yang satu serta cairnya rasa yakin pada qada’ dan qadar.. tetapi, sebagai muslim yang telah ditarbiyah pastinya kita tahu jawapan yang pasti untuk semua ini hanya ada pada Al-Quran. Mari kita rujuk semula ayat-ayat cinta DIA untuk kita!
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah memuji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” –Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” –Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” –Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” –Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU HADAPINYA?
“Wahai orang-orang yg beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu Berjaya (mencapai kemenangan).” –Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yg khusyuk” –Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…” –Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” –Surah At-Taubah ayat 129AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir” –Surah Yusuf ayat 87
~KHAS UNTUKMU AKHAWATKU~
“Bila engkau letih dan hilang rasa semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah berusaha sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan airmatamu. Bila engkau rasa kehilangan dan rasa masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa disisimu. Bila engkau terlupa apa tujuan usaha itu, kembalilah kepada Allah. Dia ada jalan penyelesaian. Bila tiada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAh adalah jawapannya Dan sudah pastinya bila engkau perlukan teman, carilah daku yg sentiasa menyokongmu..”
Alhamdulillah.. Lega tak?..kalau masih belum terkesan, berinteraksi lebihlah dengan Al-Quran dan Allah kita.. Semoga dapat merasai kemanisan iman..InsyaAllah.. Wallahualam

Thursday, December 3, 2009

~Mencapai Tahap Muslim Luar Biasa~

Salam kemuliaan buat pembaca sekalian. Apa kabar semuaa?..apa kabar iman?..

Jantung berdegup,

mata terbuka,

takkan hati masih tertutup

untuk menerima hidayah Dia?

Wallahualam..Pengorbanan, jihad dan mujahadah adalah yuran untuk kita meraih cinta Dia..Mari sama-sama kita berusaha. Bertakwalah kepada Allah. Semoga nikmat iman dan islam dapat kita hayati. Ya Allah, hidup dan matikanlah kami dalam mentaatiMu dan RasulMu.Aminn..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk saya meng’update’ blog nie. Maaflah ye, dalam 2-3 bulan ni tak berapa aktif sangat. Benarlah kata seorang sahabat, komitmen yang ada lebih banyak dari masa yang dikurnia. Walaupun begitu, bersyukur sangat kerana sejak ‘faham’ nih, tak pernah pula terasa kosong dengan kehidupan. Even duduk diberanda rumah atau duduk saja dalam LRT, masih terasa seperti berinteraksi dengan alam. Duhai alam, walaupun kejadian kita berbeza tetapi fitrah kita tetap sama. Allah lah pengawalan dan pengakhiran kita. Subhanallah

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda2 kebesaran Allah bg orang yang berakal” (3:190)

“Iaitu orang yg mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dlm keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang prnciptaan langit dan bumi seraya berkata,

‘Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau lindungilah kami dari azab neraka’” (3:191)

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!…

Daripada Dia kita datang dan hanya kepada Dia kita dikembalikan.

Wallahualam

Sebenarnya, entri kali ni saya nak berkongsi kisah dan pendapat tentang tahap manusia luar biasa..Tapi saya suka guna ‘tangga keimanan muslim’ sebab memang dari sini, kita boleh ukur tahap keimanan dan kecintaan kita kepada Allah... Ilmu ni saya dapat masa ke daurah intensif oz/nz di rumah akhawat ansar di PJ minggu lepas. Hehe..jom kita tengok!

Tangga keimanan muslim :

  1. TAKUT iaitu melakukan amal kerana takutkan azab Allah
  2. HARAP iaitu melakukan amal kerana mengharapkan balasan kebaikan dunia dan akhirat dari Allah
  3. CINTA iaitu melakukan amal kerana cintakan Allah

Secara generalnya tak berapa faham lagi kn apa kaitan ketiga-tiga diatas dengan tahap keimanan kita??...hehe....tepuk dada ty iman!

Selama ini kita beribadah dan beramal kerana apa?

Pernah tak ada org ajak buat maksiat?..then, kita pun jawab ;

"eh, takutlahh..Api neraka sangat dahsyat weiii…"

Pernah tak, ada orang datang rumah kita mintak derma bencana alam ke, derma anak-anak yatim ke??...then, dalam hati kita suka sangat nak bagi sebab dah tau Allah akan bagi ganjaran pahala yang besar kerana bersedekah.

2 perkara diatas memang selalu sangat kita alami kn??...Kebaikan dan ibadah kita mengharapkan balasan pahala dari Allah dan mengelakkan diri dari perkara yg dilarang kerana takutkan azab pedih Allah..takut dan harap ni bagus jer..Bukan tak bagus tapi jika nak dibandingkan, tahap cinta tu adalah kemuncak sebenar tahap iman.. Tetapi, tahukah kita tahap keimanan CINTA itu bagaimana pula?..Insyaallah dihujung pembacaan ni nanti, antum akan faham..Hehe

Cuba kita tengok kalau manusia-manusia bercinta macammana. Kalau betul terlalu cinta, onak dan duri, lautan api pun sanggup direnangi knn??.. Kenapa org cakap cinta itu buta? Kenapalah ada apek yg sanggup bunuh diri kerana cinta yg ditolak?..ish3x!!!.Dahsyat kan aura cinta tu?...

Cuba pulak kita relate kan cinta manusia-manusia tu dengan cinta manusia-Allah pulak.. Adakah Allah akan tolak cinta kita sebagaimana manusia?..tentulah tidak knn..Sebab itulah perasaan cinta manusia-Allah akan melahirkan satu anjakan yg sangat hebat lagi mantap!..Apatah lagi bila anjakan itu digunakan untuk kepentingan diri dan orang lain..Pada masa ni lah kehebatan dan aura yang sangat hebat lahir dalam diri kita menjadikan kita seorang muslim luar biasa.. Segala apa yang kita buat adalah kerana nak meraih cinta Dia, sayang sangat sampai tak sanggup sesaat pun ingatan jauh dari Dia..Bak lirik lagu P.Ramlee tuh..

‘Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia.’

Sememangnya tak mudah kan nak mencapai tahap ketiga tu?..Saya pun selalu berdoa mintak dijauhkan dari azab siksa neraka sebab takut sangat kat neraka, takut gak kat Allah..Tak lupa juga berdoa mohon dimasukkan kedalam syurga kerana nikmat yang tak tergambar untuk dinikmati..Begitu juga tahap kecintaan masih tidak sehebat mana jika nak dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu Allah kurniakan benih iman dalam jiwa.. MasyaAllah…Seperti wali Allah, Rabiatul Adawiyah.. Tak tergambar dalam diri saya bagaimana kehebatan cinta dan kemanisan iman yg dirasainya. Dialah muslim luar biasa yang paling hebat antara ahli tasawuf atau para pencinta Allah. Hal ini dipersetujui oleh Hassan Al-Basri yang menyatakan dirinya sangat kerdil jika nak dibandingkan dengan Rabiah. Padahal beliau adalah ulama’ dan ahli sufi yang terkenal hebatnya pada masa tu. Hebat kan?..Pabila membaca doa yang rabiah amalkan, terlalulah meruntun jiwa. Tidaklah mampu dan sanggup untuk saya melafazkan doa sedemikian rupa..Apatah lagi terasa memang tidak layak untuk saya meminta sedemikian dari Allah s.w.t…Mari sama-sama kita renungkan doanya:

Ya Allah ya Tuhanku,

Bintang-bintang bersinar indah,

Telah tertutup mata-mata dengan lenanya,

Semua pemilik telah menurunkan tirainya,

Dan setiap yang bercinta telah bersatu dengan pencintanya,

Dan disinilah aku berada dihadapanMu

Demi kesucian dan keagunganMu,

Aku tidak akan lena daripada beribadah kepadaMu,

Setiap malam dan siang,

Kecuali dengan tidak kusengajakan,

Sampailah daku mengadapMu,

Wahai Tuhanku,

Apakah Engkau akan membakar hati yang mencintaiMu,

Dan lidah yang menyebut namaMu,

Dan hamba yang takut kepadaMu,

Jika aku sujud kepadaMu Kerana gerun dengan api nerakaMu,

Maka bakarlah aku didalamnya,

Dan jika daku sujud kepadamu kerana inginkan syurgaMu,

Maka halangilah daku daripadanya,

Tetapi jika daku sujud kepadamu kerana kecintaanku kepadaMu,

Maka kurniakanlah daku balasan yang besar,

Izinkanlah daku melihat wajahMu,

Yang Maha Agung Lagi Maha Mulia itu.

Wahai Tuhanku,

Jadikanlah neraka itu untuk seteru-seteruMu,

Dan syurga pula untuk pencinta-pencintaMu,

Dan adapun untukku,

Memadailah hanya Engkau semata.

Sumber dari buku riwayat bidadari syurga oleh munif ahmad

Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!...Hebatkan wali Allah nih..hebatnya rabiah..Sememangnya syurga dan Allah selayaknya untuk dia. Kerana tidak akan Allah sanggup menjauhkan diri dari hamba yang hanya mencintaiNYA..Tiada yang lain dihati, jiwa dan sanubarinya melainkan Allah Yang Satu.. Semoga kita diberi peluang untuk menikmati dan merasai kemanisan iman, cinta dan sayang hanya untuk Allah semata. Bahagianya…Insyaallah…Itulah dia tangga keimanan muslim..bukan mudah untuk meraih cinta yang sebenar-benar cinta sebagaimana Rabiatul Adawiyah dan Zulaikha zaujah kepada Yusuf a.s.. Semua itu memerlukan pengorbanan mengurangkan taksub dengan nikmat dunia...So, apa lagi, marilah sama-sama kita berusaha untuk mencapai tahap muslim luar biasa, bermanfaat buat org lain, apatah lagi untuk agama islam..Semoga kita tergolong dalam mereka yg disebut-sebut oleh Allah kerana kecintaanNya kepada kita. InsyaAllah..

Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...