Sunday, January 16, 2011

~hati aku sedang merindui

bila hati aku merindui, aku mula menulis. sukarnya nak zahirkan segala rasa melalui perbuatan.
mungkin aku sangat mudah tersentuh dengan apa sahaja bila mula 'bertafakur'...
"akak, adakah akak dah rasa halawatul iman?"ty dia suatu hari.
arrgghhhh, seriusly...
akak tak tahu camana nak jawab soalan tu dik..
sebab akak malu untuk merasakan diri ini sudah mencapai halawatul iman..
dan akak juga sangat takut untuk menidakkan..takut kelak hati akan tertutup untuk berusaha mencarinya..
tapi disini, mungkin boleh untuk aku jelaskan berpaksikan rujukan dari hadis Rasulullah s.a.w:
"tiga perkara yg sesiapa memilikinya, maka dia memperoleh kemanisan iman;
1. Allah dan rasulNya lebih dikasihi olehnya
2. dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah
3. Dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan kedalam api neraka."
(riwayat al-bukhari)
inilah 3 ciri yang disabdakan oleh rasullullah s.a.w..
tepuk dada, tylah diri masing2..
hakikatnya,
bukankah ketiga-tiga itu akan kita peroleh bila kita cinta kepada Dia..
kerana setelah kita mencintaiNya, tentunya Dia juga yang akan menghadirkan rasa cinta dalam hati kita untuk kekasihNya rasulullah s.a.w..
dan sekaligus, tentulah Dia akan menghadirkan cinta dalam hati kita untuk segala perkara yang
dicintaiNya..
pokoknya, cintailah Dia, nescaya akan hadir segala cinta yang hanya menjerumuskan kita kepada cintaNya..
namun mengapa sangat susah untuk kita memperoleh cintaNya???
tentulah kerana dua tarikan yang selalu bermain-main dalam gelodak jiwa kita..
tarikan iman-tarikan nafsu berlandaskan syaitan
tarikan iman itu adalah anugerah..tarikan nafsu itu adalah padah..
namun nafsu itu ibaratnya kuda liar yang boleh dijinakkan oleh tuannya iaitu kita sendiri..
berusahalah dalam mujahadah..semoga Allah memberi kita menikmati nikmat kemanisan iman itu selepas mujahadah yang panjang..
aku sangat suka mengulang-ulang ayat ini..
"bukankah syurga itu mahal??layakkah dibayar hanya dengan seposen dua dari kita untuk membeli tiketnya?"
"bukankah syurga itu mahal..wajarkah kita beli hanya dengan mujahadah ala kadar jer?"
inilah nikmat...bilamana kepayahan mujahadah itu dibalas Allah dengan nikmat kebergantungan kepadaNya, kecintaan kepadaNya, dan rindu kepada segala-gala tentangNya..
merindui untuk pulang ke kampung halaman kita...iaitu di syurga..
jom sama-sama kita perkasa langkah, tingkatkan amal dan hamsaah..
semoga kita sama-sama berpimpin tangan dengan gembiranya, ketika melangkah ke syurga..aminnn
mood sekarang;
aku sangat merindui mereka,
walau tidak pernah bersua,
namun aku yakin mereka tetap ada,
hadir dan memanggil-manggil kami untuk bersama mereka,
bertuahnya mereka,
ruh digenggam oleh malaikat dan ada jua yang digenggam oleh Allah azza wa jalla,
tentu mereka sedang berbahagia,
merasai sendiri janji-janji Allah kepada mereka,
Ya Rabbi,
sampaikanlah salam ingatan dari seorang saudara yang tiada apa ini,
mungkin hanya satu persamaan kita,
walau aku hanya duduk di saf paling belakang mungkin,
namun kita masing-masing cinta,
untuk syahid atau dipandang mulia disisiNya,
Ya Rabbi,
sampaikanlah salam rindu buat mereka,
yang mungkin sedang ketawa melihat kepayahan kami,
yang mungkin sedang melaung kata-kata semangat untuk kami,
kumohon kumohon dan kumohon duhai para syuhada,
tetaplah berdoa moga kami tsabat atas jalan cinta kita,
sehingga antara dua yang Allah kurniakan,
MENANG @ SYAHID..
" dan jgn sesekali kamu menyangka bahawa orang2 yang gugur dijalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup disisi Tuhannya mendapat rezeki."(3:169)
" mereka bergembira dengan kurniaan yang diberikan Allah kepada mereka dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."(3:170)
wallahuallam
by fz_tarbiyah: KL

2 comments:

dibby bus-bus said...

salam mum..
rindu mereka juga.. suka ayat Quran bwh tu..=)
kan bes kalau kita jadi sperti yg AQ gambarkan tu..

fi zhilalil tarbiyah said...

dib...insyaallah semoga kita sama2 terus tsabat sehingga Allah tentukan pengakhiran kita.aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...