Monday, February 14, 2011

~sebilangan mereka telah syahid dan sebilangan mereka telah mendapat kemenangan

Ya Allah, Tiada yang lain melainkan kepada Engkau Ya Allah. dalam sujud syukur yang panjang, bergenang airmataku memikirkan tentang saudaraku di Mesir.Sungguh jihad mereka benar-benar menyemarakkan semangat masyarakat dunia. Ummat islam membuka mata dan sedayanya memberi sokongan dalam doa. Itu cuma yang mampu aku hulurkan buatmu saudaraku.


Syukur...syukur...syukurr..

diantara mereka ada yang telah dapat syahid dan ada juga yang telah mendapat kemenangan dalam jihad..Dan kita?
masih terus berjuang dimedan amal dan jihad dalam menegakkan kalimah Allah dimuka bumi..
kerana..

dakwah kita adalah cinta yang membawa manusia kepada penciptaNya..
melepaskan manusia dari perhambaan kepada manusia dan menukarkannya kepada perhambaan kepada Allah semata-mata..

Katakanlah Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang dikehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang dikehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

ALLAHUAKBAR!!!

by fz_tarbiyah; KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...