Wednesday, April 29, 2009

aku tak pandai menulis

sejak awl lagi,
malah sejak azali lagi,
telah kukatakan..
aku tak pandai mengarang,
tiada bunga-bunga dlm tiap kata,
tiada lafaz yg menyentuh jiwa,
tiada keindahan atau kesasteraan ketara...
tp aku suka,
suka meluahkan rasa,
kerana kepuasan hatiku,
bukan kepada bunga-bunga dlm setiap kata,
bukan kepada lafaz yg mampu menyentuh jiwa,
bukan jua pada keindahan atau kesasteraan,
tetapi pada setiap HATI yg terlontar dek nukilan yg tertulis seadanya....

Sunday, April 26, 2009

Subhanallah

"Dan apakah orang-orang yg kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya

dahulu adalah suatu yang padu, kemudian KAMI pisahkan antara keduanya. Dan dari air KAMI

jadikan segala sesuatu yg hidup. Maka mengapa mereka tiada juga beriman?"~21:30~

~hakikat kejadian bumi dan langit bermula dari satu. perkataan 'ratqa' dalam ayat ni membawa maksud melekat dan 'fataq' membawa maksud terungkai. Subhanallah. ~

~hakikat kejadian kita juga yang ALLAH jadikan dari air. sememangnya hakikat kita terjadi drpd mani. Untuk menguatkan ayat ini ALLAH cerita lagi dalam ayat lain.

"Dan DIA juga menciptakan manusia dari air..."~25:54~

"Dan ALLAH telah menciptakan semua jenis haiwan dari air.."~24:45~

"Dia diciptakan dari air yang terpancar"~86:6~

SUBHANALLAH...

'sesungguhnya pada yg demikian itu terdapat tanda-tanda bagi org yang berakal"~20:128~

WALLAHUALAM

~

Thursday, April 23, 2009

Doa Rasullullah s.a.w

dr Ammar Ibn Yassir: aku pernah mendengar rasullullah s.a.w berdoa
wahai Allahku, dengan keghaiban ilmuMU,dengan kekuasaanMU atas segenap ciptaanMU. hidupkanlah diriku dengan kehidupan yg baik menurutMU, dan matikanlah diriku dengan kematian yg baik menurutMU. Wahai Allahku, kurniakan kepadaku rasa takut kepadaMU baik dlm keadaan samar mahupun terang. Aku memohon kepadaMU perkataan yg benar dan lurus di saat marah dan reda.
Aku mohon kepadaMU, kewujudan tujuan disaat miskin dan kaya.
Aku mohon kepadaMU anugerah nikmat yg tiada pernah habis. Aku pinta kepadaMU permata hati yg tidak pernah terputus. Aku mohon kepadaMU perasaan rela menerima ketentuan takdirMU, serta kedamaian hidup selepas kematian. Aku mohon kepadaMU supaya mampu melihat wajahMU yg mulia, serta kerinduan untuk bertemu dgnMU tanpa ada yg menghalangi diriku. Aku mohon kepadaMU agar jauh dr fitnah yg memayungi hidupku. Wahai ALLAHku,rahmatilah diriku dgn kebaikan iman,hiasilah diriku dengannya. Wahai ALLAHku,berilah aku petunjuk sebagaimana org2 yg telah Engkau beri petunjuk...~Kisah Cinta Dalam Al-Quran oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...