Friday, October 30, 2009

~Nak tuntut hutang atau biarkan?~Exam~Pecutan terakhir

Salam ukhwah fillah…^_^..Mari basahkan hati sebentar… Dari Abu Hurairah r.a berkata, nabi s.a.w bersabda, “Barangsiapa yg membebaskan org mukmin dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan di hari Kiamat. Barangsiapa yg memberi kemudahan org yg mengalami kesulitan maka Allah akan memberi kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib org muslim maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambaNya selama hamba tersebut menolong saudaranya. Barangsiapa yg meniti jalan untuk memperoleh ilmu, Allah akan memberikan kemudahan baginya jalan menuju syurga……..” …(Hadith riwayat muslim) Sebenarnya sy terbaca hadith ni semalam..Memang pernah baca sebelum nih, tapi semalam baca dan terus terkena pada diri sendiri..Semuanya bermula 2 minggu lepas. Kawan lama saya tetiba mesej untuk pinjam duit dalam RM500 laa.. Nak bayar yuran katanya..Alhamdulillah, without fikir panjang, terus bagi.. Tapi hari sabtu hati tu, balik rumah mak tanya bila nak sambung lesen moto kete.. ‘Hmmm,maafla mak..ingat memang nak sambung tapi tangguh sem depan la yee..Duit dah ke tempat lain…’ ‘Haii,kemana pulak nihhh??’tanya mak… cuak juga saya nak menjawab. ‘Kawan mum pinjam buat bayar yuran. InsyaAllah sem depan boleh la mum siapkan lesen tu ye makkk…..’ Pastu mak senyap je..risau juga saya..Apa lah agaknya yang mak fikir yee…huhu.. Ni yang buat saya sangat serba salah..Sampailah malamnya, mak cakap sesuatu yg betul2 wat saya lega…Mak tak kisah katanya..Semoga mulut dan hati mak berpihak pada saya..InsyaAllah.. Sebenarnya saya pun tak tahu kenapa masa kawan mesej ckp nk pinjam duit tu, saya tak teringat langsung yg mak pesan guna duit biasiswa sem ni untuk ambil lesen. Huh, dah terbagi baru teringat..Mula2 rasa bersalah sangat..Macam dah buat mak kecik ati jer..Almaklumlah, abah dah kurang sihat. Adlist kalau saya dah ada lesen, bolehlah tolong sikit2 pergi beli baja and racun kelapa sawit k kat segamat cuti2 nanti..Sebab tu teringat pasal ni semalam sedih..rasa macam nak jer mesej kawan tanya bila boleh bayar. Lepas tu, nak dijadikan cerita Betapa Allah itu maha mengetahui kan… lepas solat Asar semalam, bukalah hadith 40 nih, tup tup terus terbuka muka surat hadith nih… Subhanallah Ya Allah, betapa rahmat Dia sentiasa bersama hambaNya kannn… Bersyukur sangat..Syukran Ya Allah…
Apatah lagi malamnya saya terbaca satu ayat al-quran dari surah al-Baqarah
'Dan jika orang berhutang itu dalam kesukaran maka berilah tangguh sampai dia kelapangan(2:280)'.... Alhamdulillah
Tak perlu ragu lagi..Allah dah bagi jawapan yg benar2 tepat disini… Selagi kita boleh membantu saudara seagama kita bantulah… InsyaAllah Dia akan tunjukkan jalan untuk kita.knnn???...Alhamdulillah…
Ayat yg kelima dalam hadith tu pulak..
cuba kita relate kn dengan diri kita yg nak exam nihh…
Uisshhh, sapa tak nak syurga kann...
Haaaa, Allah dah bagi semangat kat kita.. So, marilah kita berjihad dimedan ilmu… Sebelum tuuuu SILA PUTUSKAN CONNECTION BETWEEN ‘USAHA’ DAN ‘HASIL’ Faham kan apa maksudnyeee???....hehe Allah tak pandang pun hasil result exam kita tuuu…
Yakinlah, setiap usaha dan kesakitan kita semasa menuntut ilmu ni,
ada ganjarannya disisi Allah.. InsyaAllah.. So, apa lagi!!! JOm kita PECUTTT!!!...hehe
6 NOV 2009
SCES3110(INORGANIC CHEMISTRYIII)
3P.M
DTC
11 NOV 2009
SCES 3130( PHYSICAL CHEMISTRY III)
3P.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
13 NOV 2009
SCES 3140 (INDUSTRI CHEMISTRY II)
8.30A.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
17 NOV 2009
SCES 3324 (NATURAL PRODUCT CHEMISTRY)
11.30A.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
18 NOV 2009
SCES 3336 (LIQUID CRYSTAL CHEMISTRY)
8.30A.M
ARAS 2 BANGUNAN PEPERIKSAAN
19 NOV 2009
SCES 3311( ANALYTICAL CHEMISTRY II)
11.30A.M
ARAS 1 BANGUNAN PEPERIKSAAN
ALHAMDULILLAH...
'Dan org2 yg berjihad untuk mencari keredhaan Kami benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 kami....'
Apa lagiii!!!Jom berusaha...Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita..InsyaAllah..
wallahualam

Wednesday, October 28, 2009

~Mari basahkan hati~^_^~

salam kemuliaan buat semua..alhamdulillah bertemu lagi dialam maya.
Bertemu tanpa suara
penilaian bukan pada merdunya suara atau indahnya paras rupa
tetapi ilmu yg ingin disampaikan
dicedok dan dijadikan teladan
sama2lah kita memperbaiki diri
semoga Allah menilai semua ini sebagai ibadah. InsyaAllah. Entri kali ni sy ambil dr perkongsian usrahmates ukhti ain yg disayangi. Syukran ain..jazakillahu khairan khathira..
Apa khabar iman hari ini? (Soalan yang sering ditanya naqibahku.hihi…)
Adakah makin menggebu cinta kita pada Allah?
Atau makin kurus?
Make sure bagi iman kita makan banyak-banyak.
Biar mantap dan kuat. InsyaAllah. Hari ni nak share on 2nd thing yang amat terkesan di hati saya masa ISK hari tu.
Tak berniat nak sampaikan ISK dalam blog ni sebenarnya.
Sebab ISK tu tak berkesan hanya dengan membaca je. Kena guna semua deria semasa daurah. Baru la ada feeling and lebih faham.
Hidup untuk bekerja Vs. Bekerja untuk hidup?
Soalan ni amat relevan pada saya terutamanya. And perkataan bekerja tu boleh digantikan dengan perkara lain. Contohnya belajar, kawen, tidur, makan, etc. Sebelum ni saya rasa matlamat hidup saya dah betul. Selagi perkara tu baik, baiklah ia. Tapi lepas dengar ISK kedua, tanggapan saya berubah. What make me change my mind? Ok let me share with you all.
Before that, I would like to ask you few questions. Think before you answer!
Kenapa Allah ciptakan manusia?
Untuk apa sebenarnya?
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu main-main sahaja? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Al Mu’minun: 115)
Mesti semua orang dah tau tujuan kita dihidupkan kan?
Apa dia ek? (Please state the ayat/surah)
1. Khalifah Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi“. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.(Al Baqarah: 30)
Apa tu khalifah ek?
Sounds like selalu dengar kan. But do we know the implied meaning of it? Sebelum ni saya fikir yang khalifah tu sekadar memakmurkan bumi Allah sahaja. That what we heard during school day dulu kan? Sebenarnya tidak… Tugas khalifah ialah untuk menyeru kepada semua manusia, sama ada Islam atau kafir, untuk tunduk sujud kepada Tuhan yang Satu. Dan memastikan semua manusia terus berada dalam landasan yang benar. Pendek kata, ‘amar maa’ruf nahi mungkar’. Bunyi macam senang je kan? But adakah semua orang memainkan peranannya? Kalau semua memainkan peranan, saya sangat yakin tak akan ada jenayah dan gejala sosial berlaku di dunia ni. Tetapi ramai yang tidak mengetahui. (Allah banyak sebut ayat ni dalam Quran. Perasan tak?) Teringat pulak masa zaman sekolah dulu. Masa jadi PPI. Sibuk suruh orang turun surau. Make sure semua kena kosongkan dorm. Ingatkan mereka untuk solat dan hal-hal agama yang lain. Perhatikan kalau ada yang mendedah aurat ke. Bila nampak PPI je, semua macam pijak semut tak mati. Tau tengah buat salah. And tau pulak malu bila PPI nampak. Paling best gotong royong kat surau masa weekend kan. Apa yang bestnye? Rahsia. Huhu… But itulah tarbiyah untuk menjadi seorang khalifah. Sentiasa saling memperingati kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Semoga terus tsabat di atas jalan ini. Sebenarnya banyak lagi tugas khalifah. Kalau ikut graf ISK, tuntutan khalifah tu mengikuti tuntutan peredaran zaman. Nak discuss everything here tak mampu la kot. Should be enough to discuss the basic thing. The remaining part, need to either attend usrah or daurah. We will understand it better. Dan bersedialah untuk mengubah persepsi hidup. Sama ada akan rasa seperti dipukul dibelakang kepala atau dihimpap batu besar. Feel dizzy and berat kepala. But kalau ada yang beri alasan tak nak datang kerana tak bersedia nak berubah, rugilah anda. Allah memilih siapakah yang akan diberi hidayah. But once He has give you but you didn’t grab it, takut-takut tiada lagi hidayah selepas ini. Na’uzubillahiminzalik…
2. Ibadah “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu(Adz-Dzaariyaat:56)"
"Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu(Adz-Dzariyaat:57)"
"Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.(Adz-Dzaariyaat:58)"
Cukuplah untuk lihat disekeliling kita. Betapa ramai yang lupa bahawa kita hanyalah hamba. Hamba yang dimuliakan. Tapi dengan kemuliaan itu membuatkan manusia lupa akan status diri. Cukuplah untuk cakap bab solat, perkara pertama yang akan dihisab di padang mahsyar. Betapa angkuhnya manusia. Dan betapa beruntungnya umat akhir zaman. Tak ditimpa bencana besar apabila sesuatu kaum mengkufuri nikmat Allah seperti umat-umat terdahulu. And ayat kedua ni sangat related dengan topic kali ni.
“Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki“.
Yakinlah pada Allah , Tuhan yang memberi rezeki. Ada yang bekerja sehingga lupa pada tanggungjawab sebagai khalifah dan abid. Ada yang bekerja macam nak gila seolah-olah tak pernah cukup apa yang ada. Contoh yang paling mudah ialah semasa bekerja or belajar, some people prefer to complete their task before solat. Takut tak sempat siap kerja la. Takut nanti lupa till which part yang kita dah berhenti. Ada pula yang cakap, “Tengah semangat nak blaja ni. Bila dah slow siket I solat la”. Boleh pulak gitu ek? Allah tu second choice ke? Or hanya tempat mengadu apabila ditimpa kesusahan? Astaghfirullah al azim. Pesanan untuk diri sendiri sebenarnya. Adakala terlalu leka bekerja sampai tak sempat nak jeling jam dah masuk waktu solat ke belum. Tapi bila lunch tak payah tengok jam pun dah tau time makan. Or pernah bagi alasan pada diri sendiri, “lagi siket je nak habis ni..” So bad....InsyaAllah setelah diberi kesedaran, kita berusaha untuk berubah. Letakkan Allah sebagai matlamat utama kita. Tanpa Allah, bukan setakat nak buat kerja, untuk bangun keesokan harinya pun belum tentu kita mampu melakukannya. Bersyukurlah apa yang ada na… Tapi jangan cepat puas hati pulak. Usaha tak sekuat mana, beserah jela. Tu la penyakit orang kita. Imbalance. Satu perkara yang menarik perhatianku pada sahabat Rasulullah dan mujahid-mujahid ni. Contohnya pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh. Allah telah berjanji akan memberi kemenangan kepada umat Islam. Tapi adakah mereka menunggu kemenangan itu akan tiba begitu sahaja? Mengapa mereka perlu berjuang dan berperang sedangkan Allah telah menjanjikan kemenangan? Sesungguhnya Allah akan menepati janjiNya. Dan Allah akan memberikan kemenangan itu kepada orang yang mencarinya. Kerana itulah Sunnatullah.
“Bekerjalah kamu di dunia ini seperti kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seperti kamu akan mati pada keesokan harinya”
Mampukah kita menyeimbangkannya? Boleh. Umat Islam pasti boleh. Kan hari ini mesti lebih baik dari semalam? Fikir-fikirkanlah… Wassalam…

Friday, October 23, 2009

seimuslimah: X l a b M A T E S ^_^

Salam kemuliaan..
entri ni sebenarnya dedikasi buat tutor lab fizikal kami sem ni..
group T second cycle lab fizikal kimia III..
Murah rezeki Kak Munirah dan Kak Fana..
jazakillah..
Terima kasih jugak buat Ramlah kerana post entri nih..
minta link yee..
Syukran jazilan..
salam kemuliaan dan semoga berjaya dalam exam..
amin..
Selamat menduduki peperiksaan semua teman2 seperjuangan..
ingatlah sesungguhnya mereka yg berjihad dijalan Allah demi mencari redhaNya maka Allah akan menunjukkan jalan buatnya kelak..
Insyaallah..
wassalam

Tuesday, October 20, 2009

~Kesan-kesan hati yg basah adaptasi dr ISK~

ini gambar lama. ISK kali ni tak sempat ambil gambar..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Syukur sangat sebb diberi kekuatan untuk meng'updete' blog ni.. Kekangan masa dengan pelbagai kerja dan tanggungjawab lain menyebabkan aku terasa ragu yg mana lebih aula. Alhamdulillah, Allah tetap memilih aku untuk pergi ke 'program ISK' sekali lagi hujung minggu lalu.
'Ramlah, kita kene jugak cari masa untk post entri ISK ni dalam blog.'
Lebih kurang macam ni la aku cakap kat Ramlah. Setelah 2 hari baru kami berkesempatan menulis untuk 1 jam..Hanya satu jam je masa yg kami peruntukkan untuk meng'update' blog. Semoga Allah permudahkan untuk urusan kami yg seterusnya. Aminn. Untuk kali kedua, presenter yg berbeza memberi banyak input yg berbeza. Kak Mimi yang lembut orangnya membuatkan penyampaian mudah sampai dan meresap kedalam hati kami. Fitrah manusia yg sukakan kebaikan, kecantikan dan kelembutan. Apatah lagi segala medium penyampaian yg berhikmah ditunjangkan atas dasar LILLAHITAALA..InsyaAllah...^_^.. Beberapa perkara yg baru dan menusuk hatiku malah memberi impak maksima dalam jiwa. Insyaallah sama-sama kita berusaha dalam meraih CINTA YANG SATU.. 1) 'Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 beserta orang yang berbuat baik.(29:69)' MasyaAllah..mukaddimah dari kak mimi ni betul2 menghempap atas kepala aku.Setelah terhempap, aku terasa basah dan lembut hati. Syukur2 kerana Allah memilih aku untuk berada disini.. inilah kekuatan buat kami yg dalam perjuangan. Sesungguhnya kami yakin dengan janji2 Allah. Semoga Allah tunjukkan jalan terbaik buat kami dalam segala urusan dan pemilihan.Amin 2) 'Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman iaitu " berimanlah kamu kepada tuhanmu', maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan2 kami, dan wafatkanlah kami beserta orang yang berbakti. Ya Tuhan Kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul2 Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.(3:193-194)' Subhanallah walhamdulillah Allahuakabar.. Masa Ummi Ina (penceramah) sebut ayat ni, aku rasa nak melonjak-lonjak tau..Kenapa aku tak perasan doa ni dalam kalam Allah sebelum2 ni!!??? Geram sangat. Rasa nk cium2 semua orang.. Plg power terasa nk cium2 Allah s.w.t..tapi apakan daya..Layakkah daku??...(((( Dari ayat ni, aku teringat tentang 'bertawassul' (memohon sesuatu dari Allah dengan menggunakan wasilah kebaikan amal yg pernah kita lakukan)...... Macam Ummi Ina explain kat kami, amalkanlah doa ni. Semoga kami tergolong dikalangan mereka yg mendengar seruan iman dan diampunkan dosa2 kami. Insyaallah dan hanya Allah yg mampu menilai semua ini. Tapi aku yakin dengan janji2 Allah buat hambaNya. Siapa lagi yg lebih hebat dalam menunaikan janjinya selain ALLAH knn?..^_^.. 3) STUDY VS DAKWAH haaa, ni yg paling aku suka dengar...=)..Merujuk kepada hadith ke empat daripada hadith 40 imam nawawi (nak tulis terlalu panjang), sejak dialam roh lagi ada 4 perkara yang telah Allah tentukan buat kita. Sure punyalah! iaitu rezeki, ajal, amal, dan sengsara atau bahagia. So, sunnatullah ini telah ditetapkan!..Tak perlu kita bersusah payah cari nasib hidup sendiri padahal telah Allah tetapkan segalanya untuk kita.. Hakikat sebenarnya, sebelum kita lahir lagi Allah dah tahu berapa pointer kita masa sem ni..hahaha...so, buat apa kita study?..study or not, our result still the same as tercatat di luh mahfuz..jeng3x..Kenapa yek aku study?.. Kawan2, ketahuilah bahawa Allah tak pandang segala result2 kita yang cantik atau hodoh tu...Apa yang Allah pandang adalah usaha kita. Yakinlah dengan janji2 Allah.. Bersangka baiklah padaNya. Dan kalau difikirkan dakwah dan study mana yg lebih aula. Contohnya ada program ISK sabtu depan. hari isnin tu kita nak exam.. Macammaneee yek!?...
'Hai orang2 yg beriman, apabila dikatakan kepadamu berlapang-lapanglah dalam majlis ilmu", maka lapangkanlah nescaya Allah akan beri kelapangan untukmu.(58:11)'
Percayalah pecutan kita untuk mengejar kedua-duanya dipandang tinggi oleh Allah. Untuk kali ini, alhamdulillah saya dan Ramlah dapat merasai kemudahan urusan dalam belajar setelah balik dari ISK yg lalu. 2 malam kami berkampung di library UM untuk menyiapkan assignment,presentation dan tutorial. Terima kasih Tuhanku..'miss u a lot'..(hy untuk ALLAH kk)..hehe.. Kesimpulannya,betapa bahagianya kita orang islam kn?...ayat2 cinta dari Allah sajalah yg mampu menjawab segala ragu dan resah dihati. Semoga Allah tetapkan hati kita dalam iman, islam dan ehsan.. Apa yang penting buat pendakwah, dae'2 seperti kita, study dan dakwah takkan boleh di'separate' kan.. Once kita gagal dalam study, maka kita akan menggagalkan aktiviti dakwah itu sendiri dan begitu juga sebaliknya. Dan andai benar kita gagal dalam belajar walaupn telah berusaha untuk kedua2nya(dakwah dan study), yakinlah dengan janji2 Allah..DIAlah Yang Maha perancang atas segala-galanya..Bak kata Kak Mimi..
'MUNGKIN ITU YANG TERBAIK BUAT KITA'..
wallahualam..Alhamdulillah..walaupun sedikit tetapi aku bersyukur kerana mampu menyampaikan disini. Tak mampu rasanya nk tulis semua. Andai teknologi rasa hati boleh diaplikasikan disini, akan kuserah segalanya yg terbuku dihati. Namun, aku hylah manusia biasa. Hanya berharap akan redhaNya.WALLAHUALAM. Semoga apa yg termampu kutulis ini tetap bermanfaat. InsyaAllah..Salam syg buat semua..LILAHITAALA..

Wednesday, October 7, 2009

dedikasi buat Ramlah dan Kak Shi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani
Gambar diatas diambil masa walimah kak shi(my naqibah) dengan nor hafiz(abang haziana). Semoga Allah memberkati pasangan ini dan memberi zuriat yang memberi manfaat untuk Islam. InsyaAllah....petang semalam, sambil tengok2 gambar ni teringat pulak Ramlah yang jauh dimata. Rindu kot!Telefonlah dia..huhu ‘Ramlah nape balikkk??...aku nak nangis ko tak de...’ Ini lah antara ayat aku mase telefon Ramlah. Sejak aku sekolah menengah sampai masuk universiti, aku tak pernah terasa aku tak mampu hidup and survive seorang diri...i mean pergi kelas sorang, makan sorang,study sorang.. tapi hari ni aku rase sangat kosong. Seakan aku kehilangan something yg pernah aku ada. Aku cuba ingati banyak kenangan tapi aku masih belum pasti apa yang aku rindukan dan kehilangan. Mungkinkah aku rindu dengan semua orang yang pernah aku kenali?..Sebab bila aku teringat Diana aku nangis, aku teringat Kak Shi, aku nangis..aku teringat Ramlah aku nangis..What happen mumtazah?..Aku benar-benar tak tahu. Hati aku terasa sangat kosong..I miss something..Ya Allah, berikanlah jalan terbaik kepadaku utk terus berada dalam tarbiyyahMu. Jauhkanlah daku dari perkara yang boleh menjauhkan daku dariMu... Lama aku muhasabah diri, aku sedar sesuatu, apa yang aku cari, apa yang aku rindu, yang sebenarnya aku rindukan Tarbiyyah Andai dihitung hakikat sebenar tarbiyyah(didikan) yg aku terima selama ni especially dalam kelas sgt byk tetpii Aku rindukan tarbiyyah lain... Yg hanya aku dapati dari usrah yg baru aku join tak sampai setahun cuma Aku mengenali apa itu usrah secara generalnya sejak sekolah menengah tetapi aku faqih dan fuquhu ttg apa itu usrah baru jer.. Mungkin juga hari ni baru aku benar-benar sedar kepentingan usrah. Sebab apa yee???...Sebab aku telah benar-benar rindukannya. Berada dalam halaqah, bersama Ahli usrah DL2~~Kak Shi,Kak Nad, Kak Mun, Kak Aida, Kak Noni, Ain(supposely kakak juga), Kak CT, Diana, Ramlah,Kak Dija~~ Tadabbur Al-Quran dengan nawaitu mencari redhaNya, membersihkan jiwa sambil berusaha memperbaiki diri kejalan islam yg sebenarnya, bukan islam atas nama semata-mata. Sama-sama kita gelak ketawa, berkongsi ilmu, tangis dan tawa apatah lagi tanpa kita sangka Allah benar-benar mengikat tautan hati-hati kita dalam halaqah ini. Beginikah erti ukhwah kerana Allah yang sebenarnya?..Rindu dan cinta daku buat insan hanya keranaMu Ya Allah..Lindungilah dan peliharalah semua insan disisiku Ya Allah. Amin..Ketahuilah teman, setiap ingatanku padamu kuiringi dengan doa dan Al-Fatihah.. Buat Kak Shi, tulus ikhlas dari hati ini, secara peribadi mengucapkankan salam selamat pengantin baru..Barakallahu lakuma.. i miss you soo much.. mengenali Kak Shi memberi ruang buat saya memilih tariq terbaik sepanjang perjalanan hidup ini..Syukur Ya Allah Dalam halaqah kita bertemu Bermula dengan tadabbur wahyuMu Akhirnya telah mencairkan kekerasan hati ini Melunakkan naluri yang telah lama sepi Memberi erti ukhwah fillah abadan bada Ketahuilah daku amat yakin dengan jalan ini Meskipun kekadang terasa masih rapuh dalam langkah Namun hati tetap dalam cinta Sangat mengharap redhaNya Hanya mampu berdoa Supaya Allah kekalkan kita dalam jalan tarbiyyah ini Semoga Allah ketemukan kita dalam keadaan yg lebih baik Samaada didunia mahupun diakhirat InsyaaAllah Buat Ramlah, bila aku dengar lagu ni automatik teringat ko..teringat gak diri aku.. sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri dalam mencari redha Ilahi.. Semoga Allah tetapkan hati2 kita dijalanNya..InsyaAllah.. ~Rapuh by Opick~ Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka Tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi Berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Diantara Lelahnya jiwa Dalam resah Dan airmata Kupersembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidupku Meski kurapuh dalam langkah Yang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada kuharap hanya DiriMu yang bertakhta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...