Friday, September 20, 2013

Rasya Rayyan

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman,' dan mereka tdk diuji?"(29:2)

subhanallah alhamdulillah allahuakbar.... hampir setahun rupenye aku tidak menulis disini..rindu sangat rindu untuk menulis disini..hehehehe....

Alhamdulillah thummalhamdulillah, terlalu banyak pengalaman dan tarbiyah yang dihidangkan kepada kami sepanjang setahun 3bln perkahwinan kami.. baitul muslim itu tidak semudah terjemahannya "rumah islam".. Ia perlu diperjuangkan sebagaimana iman yang perlu dipupuk,dibina,dibaja, dijaga... Alhamdulillah, segalanya manis andai matlamat kita satu. Menuju redha Ilahi. mencari wasilah paling baik untuk menujuNya.. Teringat skrip lakonanku semasa PMS 2010 di UK

"kalau matlamat kita besar, kita akan rasa apa sahaja yang datang kat kita ni kecik jer, walau payah."

Dan aku teringat artikel2 yang aku baca tentang mereka di Gaza, tidak lekang senyum dan keyakinan mereka dengan ayat2 Allah:

"La tahzan, Innallaha ma'ana.."

mas kahwin rm22.50 masih elok walau dah setahun tak bersentuh.hehe

Alhamdulillah, qurratu a'yun aku dan zauj, Rasya Rayyan Muhammad Helmi dah berusia 8bulan. Teringat masa lahirnya hanya 1.8kg jer ebab tak cukup bulan. Alhamdulillah sekarang dah 7.4kg..;-)

Rasya 2minggu (1.9kg)

Rasya 7month (7.4kg)


bersambung..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...