Tuesday, January 19, 2010

~Aslim Taslam

Ketika Tuhan berfirman kepadanya iaitu Ibrahim,

” Berserah dirilah!”

Dia menjawab,

“ Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh alam”.(2:131)

Subhanallah! Setelah kali yg keberapa terbaca ayat ni sejak awal hidup dibawah bayangan Al-Quran, akhirnya mlm td meruntun jua hati yg sedang basah. Basah dgn aura2 hidayah..InsyaAllah..Dan tentunya tiada yg lain aku lakukan melainkan luahan dr hati yg dalam.

Ketika Tuhanku berfirman,

“Berserah dirilah”

Daku menjawab,

“Ya, hambaMu ini berserah diri padaMu Tuhan semester alam.“

“Ya, hambaMu ini berserah diri padaMu Tuhan sekalian makhluk.“

“Ya, seluruh jiwa, hati, jasad dan segalanya kuserahkan padaMu Tuhan yg menciptakan.“

Aku bermonolog sendiri

Beberapa kali dialog ini berputar dalam benak fikiranku

Dr hati, akal menterjemah terus kebibir

Sekadar utk didengar telingaku cuma

Ya Tuhanku,

Belailah daku dengan rahmat dan kasih sygMu

Agar daku tenang dalam mengharungi persinggahan yg melekakan ini

Belailah daku dgn cinta dan kehangatannya

Agar tiada lain yg kuharap selainMu

Dalam sujud

Pecah jua takungan air dipelopak mata

Sedu sedan dipagi yg hening

Seolah-olah jasad dan roh sujud disisiNya

Inikah interaksi antara makhluk dan penciptaNya?

Dia melihatku

Dia mendengarkanku

Dan tentunya

Dia menyayangiku

Oh!

Atau apakah sebaliknya?

Siapalah daku Ya Allah

Tiadalah sehebat waliMu Ya Rahman

Bukanlah a’bid seperti mereka yg terdahulu dicintaiMu Ya Rahim

Namun

Duhai Allahku

Inilah kemampuanku

Dengan izinMu

Perkenankanlah daku mencintaiMu semampuku

Maafkanlah daku dlm kekurangan memberi padaMu

Ampunkanlah keterlanjuranku berlebih-lebihan dlm urusan dunia

Dalam sujud daku mengharap

Pengampunan dan redhaMu cuma

Cukuplah Allah bagiku,

Tiada Tuhan selain Dia,

Hy kepada Dia daku bertawakkal,

Dan Dia adalah Tuhan yg memiliki singgahsana yg Agung.

Wujudkah cinta lain sehebat Dia?

Allahku,

Hidup dan matikanlah daku dlm mentaatiMu dan RasulMu

Wallahualam

Katakanlah,

“Apakah kita akan memohon kpd sesuatu selain Allah, yg tak dpt memberi manfaat dan tdk pula mendatangkan mudarat kpd kita,

Dan apakah kita akn dikembalikan kebelakang, setelah Allah memberi petunjuk kpd kita seperti org yg tlh disesatkan oleh syaitan dibumi dalam keadaan kebingungan…(6:71)

Tuesday, January 12, 2010

~Membina sejarah yg tenggelam

Dgn Nama Allah Yg Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakabar Ya Allah, tiada daya utk hambaMu ini melakukan apa sahaja melainkan hy dengan izinMu.. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan kekuatanmu Ya Rahman… Tiada kuat dan mampu daku tanpaMu Ya Rahim… Wallahualam
“MilikNya segala apa yg ada dihadapan kita, yg ada dibelakang kita,dan segala yg ada diantara keduanya dan Tuhanmu tidak lupa.” (Surah Maryam: 64)
Memang siapalah kita utk menafikan Dia dlm hidup kita. Sememangnya tiada daya langsung utk kita berbuat apa2 tanpa izinNya. Pernahkah sahabat2 terfikir yg even sekali ibu jari kita mampu bergerak, itu adalah anugerah dan nikmat dr Allah.
sy pun kdg terlali jugak..huhu..(astagfirullah).. Alhamdulillah
Dlm minggu ni sy cuba khatamkan buku '130 resipi utk menjadi wanita plg bahagia didunia' oleh Dr. Aidh Abdullah, so sukalah nk berkongsi cerita sikit kata2 yg terkesan dihati..
(byk sgt sebenarnya..^_^..ambil satu jer la)
“ Sesungguhnya terdapat ribuan manusia yg menghancurkan kehidupan mereka dgn kemarahan yg membakar diri mereka sendiri kerana mereka tidak mahu menerima kenyataan yg pahit dan menolak utk menyelamatkan apa yg mereka dpt selamatkan. Mereka tidak berusaha utk membangun kembali cita2 dr sesuatu yg baru melainkan mereka tetap mengingat-ingat kembali masa lalu.”~Dr. Aidh Abdullah Sekali baca ayat ni, memang sy relatekan dgn diri sy yg sering teringat kisah silam apatah lg bila ada free ( Sebab tu kene cari wasilah utk sibukkan diri sentiasa). Tp bila baca 2, 3 kali sy pandang jauh sikit, sy cuba relatekan dengan jalan dakwah kita ni..
Jalan para sahabat dan nabi2 terdahulu..
Mereka telah mencapai kemenangan setelah perit jerih yg bukan sekejap.
Dan selepas zaman kejatuhan khilafah islamiyah pada zaman bani uthmaniyah, sememangnya ramai umat islam yg marah, berdendam dan menyimpan 1001 geram yg teramat sgt apatah lagi bila sejak tu hingga sekarang ummat islam ditindas dgn pelbagai kecaman dan ancaman.
Sejak itu juga, byk jemaah yg terbentuk memohon agar satu muktamar diadakan utk memilih seorang khalifah, segera bentukkan kembali khilafah islamiyah.
Semudah itukah?
Hmmm Sy teringat kata2 ustaz hasrizal dalam ceramah 'khalifah uthmaniyah',
teringat juga kata-kata kak fisya dalam ISK yg lalu…
Jgn mimpilah kita nk capai kemenangan membina khilafah islamiyah semula kalau tak berusaha sebagaimana rasul s.a.w dan para sahabat dulu usahakan.JGN MIMPI!!!
Hmmm, memang berdetap jantung bila ingat kata2 ni... Apatah lg bila teringat pesan2 Allah dlm kalamNYA
“Ataukah kamu mengira bhw kamu akn masuk syurga, padahal blm dtg kpdmu cubaan sprti yg dialami org2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang dgn berbagai cubaan sehingga rasul dan org beriman bersamanya berkata, ’kapankah dtg pertolongan Allah?’ (2:214)
“Apakah kamu mengira kamu akn masuk syrga padahal belum nyata bg Allah org2 yg berjihad diantara kamu,dan belum nyata org2 yg sabar“ (3:142) Astagfirullah al azim Ampunkan kami Ya Allah...
Perkenankanlah kami utk mencintaiMu semampu kami. Letakkanlah kami dikalangan hamba yg Engkau redhai.
Tiada daya kami, tiada mampu kami,
tiada upaya kami melainkan dengan kekuatan dan kasihanMu cuma.
Amin Analogi:
Dalam pembinaan satu bangunan tinggi mrncapai dr bumi ke langit..bayangkan puncaknya adalah islam sebagai ustaziyatul alam dan org yg membinanya adalah muslim2 hebat belaka..Mereka menyusun batu bata utk membina bangunan tersebut tanpa henti, tanpa jemu malah sememangnya takkan terbengkalai kerana muslim2 hebat yg sedang membinanya sentiasa bekerja keras. Walaupun belum kelihatan puncaknya, walaupun belum tahu bilakah siapnya namun mereka tetap yakin masa itu akn tiba. Kerana apa?? Kerana mereka yakin dengan janji2 Allah bahawa agama islam sebagai ustaziyatul alam akan tercapai suatu hr nanti. So, tak nak ke kita menjadi salah seorang yg membantu dalam pembinaan bangunan ustaziyatul alam tersebut? Walaupun kita tak dpt tgk saat sejarah yg tenggelam bangkit semula, tetapi kitalah yg membantu dlm mengukir sejarah itu. Jgn risau, sudah pasti kita tetap akan ada dlm sejarah penilaian Allah..Janji Dia pasti benar.
" Hai org2 yg beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah kamu bersiap siaga di perbatasan negerimu dan bertakwalah kpd Allah supaya kamu beroleh kejayaan."( Ali-imran:200)
Wallahualam

Saturday, January 2, 2010

~Daku dan Dia

Sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. ( Al-Baqarah: 186 ) Ayat yg satu ini adalah jawapan kepada satu persoalan yg mudah. SIAPAKAH ALLAH? hmmmm, renung-renungkanlah.... ^_^ nilah mukaddimah blog saya utk tahun baru ni..Semoga tahun baru 1431 H/ 2010 M memberi semangat baru, azam baru, sekaligus memberi kekuatan fizikal dan mental utk terus melangkah malah berlari lebih pantas dalam kancah dakwah dan tentunya dalam study. Utk menjadi seorang muslimah yg berimpian memiliki kecemerlangan dlm pelajaran dan dlm pada masa yg sama berjuang dalam dakwah memanglah mudah tetapi untuk melaksanakannya pula? Saya masih malu utk mengaku diri sebagai seorang daei namun AZAM dan KEINGINAN yg ada tentu akan membantu diri memperbaiki diri, tingkatkan prestasi dan tambahkan amal lillahi taala..InsyaAllah.. Inilah keyakinan dan tentunya satu ayat al-quran diatas adalah kekuatan.. Sejak azali, itulah fitrah manusia yg sering mencari jawapan siapakah DIA? dan tentunya Allah memberikan segala jawapan didalam kalamullahNYA.. Buat diri sendiri yg kekadang masih dalam bayangan kisah silam, Semoga ibrah dr kisah jahiliyah menjadikan daku lebih mantap Dalam meyakini jalan terbaik yg kupilih ini Semoga Allah tetapkan hati ini dijalanNya Itulah harapan dan hadiah terbaik dr Allah buat daku hamba yg hina Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hy untukMu.. Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...