Tuesday, February 21, 2012

Tentang perasaan

salam..

Aku tahu, dikalangan akhawat yg berada dalam track dnt(dakwah dan tarbiyah) ni, berapa ketul je yg berkesempatan untuk menulis. Menulis bait-bait pengalaman mereka. Menulis dan mengalirkan fikrah mereka kedalam bentuk penulisan.

Sejujurnya untuk aku, kalau aku baca penulisan-penulisan aku dl, ada juga yang nak gelak, nak add on, nak kurangkan siket dan nak edit macam2 lagi. Dan sejujurnya kini, aku terlalu berkira dengan masa aku untuk menulis bait-bait kata disini. Hakikatnya terlalu banyak perasaan yang aku simpan dalam draft atau folder tulisan aku, memo dalam hanfonku, buku usrahku..tetapi itulahhh.. sebagai alasan, aku tak menyediakan masa untuk menulis disini..huhu..asif jiddan diri sendiri!

Tetapi sejujurnya juga, sejak dulu lagi aku sangat suka menulis..lagi2 bab perasaan..hahahaha.. perasaan cinta, perasaan sayang, perasaan marah dan segala perasaan anugerah ilahi tu. Lagipun sejak dulu aku mengimani bahawa dalam banyak2 perkara perbezaan diantara manusia, tetap ada 1 persamaan kita iaitu perasaan..semua orang punya perasaan.. itulah key word untuk menyatukan manusia..satukanlah perasaan didalam hati manusia-manusia.. begitu juga dengan anak-anak usrah kita, kawan-kawan kita.. satukanlah perasaan sesame kita. Pandanglah manusia itu dengan pandangan kasih sayang… alirkanlah ia.. insyaallah segala yang datang dari hati akan turun kehati jua.. huhu.. (entri ni khas untuk akhawat shj yeh!hy perasaan sesame jenis je dihalalkan kecuali kpd mahram masing2).

Masa blk dr UK, aku buka kotak-kotak lama aku, bila baca diari lama yg penuh dengan sajak2 jiwang, aku gelak sendiri.. oh beginikah fikrahku dahulu.

Bait-bait sajak,puisi dan bicara dari hatiku seolah-olah aku mencari sesuatu yang hilang.. kuyakin tulah yang Allah hadiahkan kini..jalan dnt ini sendiri.Alhamdulillah

Baru aku sedar, walaupun br 3 tahun aku dalam jalan ni, rupanya telah lama dahulu aku mencari. Mencari wasilah terbaik untuk aku dekatkan diriku kepadaNya.

Mungkin benar itulah keyword turning point setiap manusia-manusia yg dahulunya jahil kemudian telah dihadiahkan cahaya..iaitu

“nawaitu dan berkehendak”
Nawaitu untuk menjadi lebih baik dan kesungguhan/keinginan untuk mencapainya..

Ingatkah kita kisah salman al- farisi bersama 5 orang pendeta. Mengenang kisah sesusuk tubuh sahabat yg hebat ini cukup menggetarkan jiwaku. Pencariannya terlalu lama dan payah sehingga beliau sujud tersungkur dibawah kaki rasulullah s.a.w kerana sangat-sangat bersyukur dengan nikmat pertemuan dan kesempatan yang Allah beri untuk bertemu rasulullah s.a.w dan kebenaran yang dibawa baginda.

Merefleks diri kita pula bagaimana? Sejauhmana kita bersyukur dengan nikmat tersadungnya kita diatas jalan tarbiyah ini?

Iyaaa, memang bersyukur..alhamdulillah.. tetapi dimana amalnya?

Mungkin sehingga saat ini, kita perlu muhasabah kembali, diamanakah dan kepada siapakah hati kita serahkan?kerana andai benar hati kita menuju kepadaNya insyaallah amal-amal kita juga menjurus kepadaNya cuma.

Minggu ni, ada beberapa orang yang saya temui termasuk anak usrah saya, mereka bertanya tentang ‘cinta’. Tentang perasaan.. huhuuu..

‘bagaimana untuk menangani ujian terjatuh cinta?’

‘bagaimana untuk menerangkan kepada anak usrah yang baru nak berubah meninggalkan jahilinya?’

Oh!pelik sebenarnya mengapa Allah hadirkan soalan-soalan begini kepadaku? Selalu dok nak PK haroki, akhirnya terkene juga soalan-soalan hati dan perasaan..huhu

Bersoal tentang cinta, aku sering bertanya semula dalam diriku:

‘adakah cinta selayaknya untuk yang lain selain allah?’


Kerana terlalu takut untuk jatuh cinta kepada yang boleh membawaku jauh dariNya, aku sentiasa mohon

“Ya Allah, berikanlah daku kekuatan untuk mencintaiMu lebih dari segala-galanya. Mudahkanlah daku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu serta beribadah dengan baik kepadaMu.”

Aku berpendapat,

Ssiapa lagi yang lebih memahami mujahadah kita kalau tidak Allah?

Siapa yang lebih memahami kepayahan kita kalau tidak Allah?

Siapa yang lebih memahami tangisan dan keperitan hati kita menanggung perasaan kalau tidak Allah?

Duhai adikku,

Alirkanlah segala perasaan kita, kecintaan kita samada kepada ibu bapa, jejaka,harta atau apa saja yang kita cintai..alirkanlah ia melalui ilahi sebagai perantara..insyaallah kita akan bahagia walau jiwa terseksa menangung sakit menyimpan cinta.. Dialah yang memegang hati-hati manusia..maka berdoalah kepadanya.



“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.”(2:186)


“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan terhadap apa2 yg diingini(syahwat) dari wanita2, anak2 dan harta yang banyak dari jenis emas,perak kuda pilihan, ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia. Dan Allah, disisinyalah sebaik-baik tempat kembali”. ( Ali Imran:14)

Iya, jika kita menggunakan neraca akal dan nafsu semata-mata, kita akan turut mengikuti kecintaan material yang dilihat oleh kebanyakan manusia.Wanita, kecantikan, kekayaan, anak-anak, harta dll..

Tetapi hakikat sebaliknya, iman itulah yang men’drive’ nafsu dan akal kita untuk memilih yang luar dari materi iaitu Allah semata-mata. Itulah satu-satunya kebaikan, kedamaian, ketenangan dan kecintaan yang abadi. Cantik bukan? Kerana ia adalah abadi, maka untuk mendapatkannya juga perlukan jihad dari hati dan jiwa kita sendiri. Payah tetapi precious sangat untuk kita dapati..

Jom sama-sama kita mujahadah.. meletakkan cinta Allah yang tertinggi sebelum yang lainnya.. Begitulah juga dengan Rasulullah s.a.w.. bagaimana seharusnya kita katakana cinta kepada baginda sedangkan dakwah itu kita lakukan hanya bila free? Begitukah cinta? Bukankah bila kita cinta, segala yang dia suka akan kita sukakan juga…lagi-lagi itulah satu-satu obsesi baginda.. dakwah kasih sayang itu sendiri..

oh nak tulis panjang lg..huhuu..

wallahuallam

Sunday, February 5, 2012

3 tahun

Februari ini,
Cukup 3 tahun aku mengenali jalan ini,
Jalan yang membawa aku kepada cinta kepadaNya,
Dan segala cinta yang mendekatkan aku kepadaNya.

Hidup dibawah bayangan tarbiyah menjadikan aku tenang dalam mujahadah. Iyaaa, tidak mudah untuk meninggalkan jahiliyah yang berkarat melekat di hati. Tetapi tarbiyah itu sendiri memberi kekuatan kepadaku untuk berubah menjadi muslimah sejati. Aku ingin jadi muslimah sejati yang lahiriah dan batiniahnya suci dimata Ilahi.

sehingga kini aku tetap takut andai hati ini ada ilah lain selainNya. Iyaa, mudah untuk mengakui Dia cuma Rabb yang kita sembah tetapi sejauhmana kita mampu meletakkan Dialah satu-satunya Ilah kita. Boleh jadi kekadang laptop itu menjadi Ilah kita, atau TV, atau manusia itu sendiri. Astagfirullahal azim3x

Hidup dibawah bayangan tarbiyah menjadikan aku lebih waras dalam berfikir mengikut neraca Ilahi yang sebenarnya. Alhamdulillah, Aku dapat merasai ia membersihkan masa-masaku yang lampau. Membersihkan karat-karat yang melekat dihati yang dalam. Walaupun kini, bila dikenang aku malu sendiri dengan Ilahi, mengenang dosa-dosaku yang bertimbun menggunung sejak dulu lagi, aku rasa malu dengan Dia dan diri sendiri. Betapa kasih sayangNya mengatasi dosa-dosa yang menggunung itu. Dia tetap menghadiahkan 1001 nikmat yang tidak mampu aku ungkapkan..apatah lagi, nikmat mengenali jalan tarbiyah ini.


Nikmat yang menghadirkan satu dimensi baru dalam akal fikiranku malah segala gerak geri jasadku. Aku mula mengenali bahawa iman itu yang menajdi tunjang kefahaman kita dalam beramal. Dan ilmu tanpa diamalkan sememangnya tidak akan tumbuh menjadi pokok kefahaman dan keimanan. Ketiga-tiganya (ilmu, iman, amal) memang saling berkait rapat dan perlu disynchronizekan bersama-sama. Tidak akan mungkin boleh ditinggalkan salah satunya.


Oh! teringat trademark blog ni,


"Beramal kerana taat itu lebih indah daripada mengharap balasan kemanisan iman atau kemenangan"


Iyaa, benar.. pada asalnya sebilangan dari kita beramal secara paksaan dan semakin lama iman itu berbuah dengan sendirinya. Seperti solat.. masa kita kecil solat bila disuruh mak ayah, masam mencuka sambil solat laju2. Tetapi semakin kita besar, semakin kita berilmu, semakin kita mengamalkan, semakin kita faham erti sebenar solat itu sendiri.. Dan sekaligus iman itu bercambah dengan kefahaman yang benar tentang solat itu sendiri. Bukankah itu indah..


Ingat mudah ke untuk meraih cinta? lagi-lagi cinta Ilahi..hehehe.. sememangnya kekadang Dia suka tunggu- tunggu untuk memberi kepada kita. Kerana Dia pun nak tengok sejauhmana kita ni bersungguh-sungguh nak meraih cintaNya..Comel kan Allah tu? soo sweet..


Alhamdulillah... selamat berjuang dalam mujahadah untuk terus berusaha meraih cintaNya..


wallahuallam




“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).

Cinta dan Rindu


Ya Rasulullah s.a.w
Ya allahu rabbi,
Bantulah daku untuk menyampaikan salam rindu dan cinta dari ummat baginda yang rapuh imannya ini..
wallahuallam

Friday, February 3, 2012

cinta itu telah hilang dari hatiku

Tiba-tiba aku rasa mujahadah besar sangat untuk terus bekerja as a chemist.


Ditambah lagi dengan beberapa minit lalu dapat emel dari lecturer kat uni of York UK mencadangkan aku utk menambah 2 lagi koleksi complexes supaya apa yang aku buat di York dulu boleh dipublish..


Terasa berpinar juga mata sebab tiba-tiba hati rasa makin jauh dari bidang ini walaupun telah lama bergelumang dengannya.. kalau orang kata tak kenal maka tak cinta..tapi untuk kali aku kata makin kenal makin aku tak cinta..(airmata laju)


Suatu ketika dulu aku pernah jatuh cinta bersungguh dengan kimia, tetapi kini dipertengahan jalan tiba-tiba aku rasa hambar dan makin jauh dengannya..


Apakah itu ertinya aku dah tak berminat dengannya?

Bagaimana untuukku menyemarakkan kembali cinta ini sedangkan ia menjdikan aku lesu.lesu untuk terus bermujahadah mencintainya..

Kumohon padaMu bersungguh-sungguh Ya allah,

Hanya Engkau yang berhak memberi dan menarik kembali segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku..


Suatu ketika dahulu Kau memberikan rasa indah dan cinta kepada apa yang aku sedang pelajari ini..

Tetapi dipertengahan jalan, Kau hadirkan sedikit kesulitan kepadaku untuk terus mencintai apa yang sedang aku pelajari ini..

Kutahu ia kerana sedikit kepayahanku untuk memahami dan mendeklamasikan perasaanku kedalam chemicals2 yang kurasakan mati(walau hakikatnya ia adalah islam ijbari)..manusia-manusia yang kulihat gersang, tulisan2 dan explanation2 yang kurasakan sangat kerdil dibandingkan dengan ilmu al-quran yang telah Engkau hadiahkan kepadaku. Mengenali erti hidup dibawah bayangan al-Quran menjadikan aku lesu untuk terus berkecimpung dalam dunia research..kerana aku tidak nampak halatuju research ini.. manusia mengejar publish paper, manusia mengejar nama.. tetapi apa yang membuatkan aku masih bertahan hanyalah kerana aku ingin mencari redhaMu disebalik kerakusan manusia itu sendiri dalam mengejar mengejar ranking dimata manusia..

Ya Allah, cukuplah Engkau tidak membenciku..

Yang lain aku serah sebulatnya kepadaMu Ya Allah..

Dalam sujud dr hati yang dalam..kumohon bersungguh-sungguh kepadaMu Ya Allah..kemankah lagi harus kutunjangkan pengharapan kalau tidak kepadaMu..

Kuserahkan segala keputusan ditanganMu untuk meletakkan tempat kedudukanku..

Tunjukilah daku jalan-jalan yang Engkau redhai untuk aku lalui Ya allah..


Tunjukilah daku jalan-jalan yang Engkau redhai untuk aku tempuhi Ya Rahman..


Tiada lain melainkan kepada Engkau dan kerana Engkau..
amin

"Jagalah Allah maka akan kau dapati Dia menjagamu...."-hadith 19 imam nawawi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...