Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah hawa,
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok
Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa mahu terpesong dari landasan
Kerana aku buruan syaitan
Adam,maha suci Allah yang mentakdirkan
Kaumku lbh ramai bilangannya dari kaummu diakhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,
Kerana andainya Allah mentakdirkan,
Bilangan kaummu mengatasi kaumku
Nescaya merahlah dunia dgn darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sama adam bermusuh kerana hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan qabil
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 Allah
Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari 1
Tapi tdk lebih dr 4 dlm 1 waktu
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku,
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku,
Tapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa,
Seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu,
Patutlah..terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini
Namun sebagai hamba Allah,
Aku sayang padamu.
Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan,
Kau diberi kuasa terhadap wanita,
Kau diberi amanah mendidikku,
Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku,
Agar redha Allah sentiasa menaungi.
Tetapi Duhai Adam,
Lihatlah dunia kini,
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?
Kini,
Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu,
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku.
Jika terpaksa,aku keluar dari rumah
Seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki.
Tapi…realitinya kini,
Aku telah lebih dari yang sepatutnya.
Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini?
Sememangnya,
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu,
Tapi luar biasanya kini,
Aku jadi ibu,guru dan aku jualah yang memikul senjata,
Padahal kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga dipejabat bomba,
Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara.
Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?
Adam,
Marahkah kau jika kukatakan terpesongnya hawa sekarang,
Maka kau dipersalahkan!
Kenapa kau?
Bukankah orang sering bicara,
Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik,
Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar,
Jadi secara formulanya,
Aku binasa,kaulah punca!!!
Adam,
Kau selalu mengata,
Hawa memang degil!
Tak tahu dengar kata!
Tak mudah makan nasihat!
Kepala batu!
Tetapi duhai Adam,
Seharusnya kau bertanya kepada dirimu,
Siapakah ikutanmu?
Siapakah rujukanmu?
Dalam mendidik aku yang lemah ini…
Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w?
Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w?
Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?
Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu,
Aku adalah pengikutmu-pengikutmu
Kerana kaulah amir,
Jika kau benar maka benarlah aku,
Jika kau lalai,lalailah aku.
Lupakah kau duhai Adam?
Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan.
Akalmu 9, nafsumu 1,
Dan aku,
Akalku 1,nafsuku beribu!
Dari itu Adam,
Gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku,
Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai,
Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya,
Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu,
Agar duniaku sentiasa dijalan rahmah,
Tiupkanlah ruh jihad kedalam dadaku,
Agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda,
Masih gentar mencegah mungkar,
Maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah,
Malulah engkau Adam,
Malulah engkau pada dirimu sendiri,
Malulah engkau pada Allah yang kau agungkan itu…
wallahualam
~direkodkan dr risalah misis 09,edit by mumtazah~
4 comments:
sian si adam tu ek... naseb baik nama saya hafzi, bukan adam hahahah
ish2x,hafzi2..balasla dgn surat untuk hawa..kn awk suke bepuitis
Hawa,
dunia kelam tanpamu,
sepi, sunyi, ketandusan ceria,
sedangkan nikmat syurga tenggelam dalam kesepian Adam,
layakkah fatamorgana dunia ceria tanpa Hawa?
Hawa,
terciptamu penuh kemulian,
kejadianmu penuh kecintaan,
rusuk kiri punya seribu erti,
dekat di hati,
rapat di sisi,
peneman diri,
penghilang sunyi.
Hawa,
tingginya nilai kejadianmu,
engkau dimuliakan tuhan dengan penciptaanmu,
sama tinggi dengan sifatmu,
sama rendah dengan dayamu,
mengapa dicebik kedudukan si adam itu?
bukankah DIA Maha Tahu?
Hawa,
mengapa diungkit kisah kini dan dahulu?
Lupakah kamu?
Adam dan Hawa dahulunya satu.
mengapa disoal mengapa Adam begini dan begitu?
lupakah kamu?
kamu adalah dia, dia adalah kamu.
Hawa,
hidup ini aneh,
dari adam dijadikan hawa,
dari hawa lahir adam pula,
ajaib sungguh aturanNYA,
zaman purba kala,
mahupun zaman manusia meneroka angkasa,
sifirnya tetap sama.
Hawa,
masih engkau ingat dulu?
tika saat adam dan hawa dibuang ke dunia,
pujuk rayumu memakan buah larangan syurga,
Adam turuti atas dasar cinta,
Jabal rahmah menjadi saksi setia,
tiada dendam di dada,
yang ada hanya cinta.
Hawa,
jangan diletak harapan tinggi melangit,
pada pundak kerdil si adam,
kerana adam dan hawa sama,
manusia, lupa,
hari ini adam tersungkur, hawa menghulur tangan.
hari esok hawa tersungkur, adam pula menghulur tangan.
kerana adam dan hawa sama,
manusia,lupa.
Hawa,
bukan diri ini memuja,
apa lagi mendewa,
kerna kusedar,
walaupun tanpa puji dan puja,
kau tetap sama,
MULIA.
kaherah ~ 1.11 am~
masyAllah..syukran ya adam..^_^
Post a Comment