Tuesday, April 12, 2011

dakwah no.1, belajar/kerja no.2?

“Mum, tolong saya ajar budak ni pasal lattice energy. Sy ada discussion dengan _____.”

Aku terkesima sebentar..

“hmmm, dr. saya tak berapa ingat la..”

dan sekalis pandang, supervisor ku telah berlalu. Dan seorang adik junior 1st year sudah pun menunggu di luar pintu lab. Oh no...macammana aku nk ajar subject yang aku ambil hampir 3 tahun dulu.. serius dah lupa.

Akhirnya,
merangkak-rangkak aku mengajar adik tu..kejap buka internet, kejap buka buku..kejap2 jugak aku ty dia.

”apa yang adik belajar?”

”apa yang adik faham?”

aduhaiii, tazkirah direct dari Allah untuk mengingatkan aku bahawa aku perlu menguasai sebaiknya ilmu dalam bidang aku ini. Jika tidak, aku telah menzalimi orang sekelilingku.

Sepertimana seorang daei itu bersungguh-sungguh dalam kerja melasso mad’u, mem’prepare’ silibus usrah, masak untuk adik2 dan berusaha sehabis baik untuk kejayaan DnT ini, seringkali kita terlepas pandang tentang ilmu sihir itu..

Kita tidak seharusnya begitu..(direct peringatan kepada diri sendiri)


sebagaimana ghulam, dia tidak sesekali mengabaikan ilmu sihir yang dipelajarinya. Malah dialah ’best student’ dan orang kesayangan ahli sihir itu. Dalam pada masa yang sama, dia menguasai dengan baik ilmu akhirat bersama rahib.

Begitulah seharusnya para daei.

Tidak ada istilah dakwah number 1, belajar number 2.

Tidak ada istilah bila free buat dakwah, bila exam atau busy, cutilah kita dengan usrah(tarbiyah dan dakwah).

tidak ada istilah dahulukan kerja dakwah, bila free baru study..

Seringkali para daei terlalu memandang tinggi bahawa ’Allah bersama aku.” dan ”Kita tolong Allah, maka allah akan tolong kita.”

Iyelah tu, sedangkan kita terlupa untuk menolong diri sendiri. Sentiasa terlepas pandang untuk membantu diri sendiri..terlupa untuk ’manage’ kehidupan seharian dengan sebaiknya sehingga akhirnya menjadi fitnah kepada kafilah dakwah itu sendiri.

”oh, dia busy dengan dakwah, tu tak datang kelas.”

”oh, dia tido lambat semalam, ada usrah, tu lambat g keje.”
Begitukah alasan seorang daei?

Usrah bukan asbab kita lewat untuk ke kelas..usrah bukan asbab untuk kita tido waktu keje.. usrah bukan asbab kita terlupa nak qiam.

Sebenarnya, dengan usrah kita jadi semangat untuk ke kelas dan berusaha memahami ilmu yang menjadi alat dakwah kita.

Sebenarnya, dengan usrah kita jadi kuat untuk bekerja dengan efektif dan produktif.

Sebenarnya, dengan usrah juga, kita jadi lebih pantas untuk qiam dan berbunga-bunga untuk mengejarNya.

Kerana kita seringkali terlepas pandang untuk memandang tinggi kedua-duanya, maka akhirnya ramai juga yang menjadi lemah dan futur hanya kerana kerja-kerja ‘ahli sihir’ di duakan.

bagaimana seharusnya kita?


kita perlu menjadi SATU.

‘SATU’ personality.

Kuat dakwahnya dan kuat belajarnya.

Mantap tarbiyahnya dan mantap juga kerjanya.

Proaktif tindak- tanduknya dan proaktif juga dalam bidang diceburinya.


Insyaallah, jom sama2 kita tingkatkan amal dan hamasah dalam memperoleh sebanyak mungkin alat-alat dalam menuju redha Ilahi. amin

2 comments:

Ayu Saidi said...

Saya terkesan... indeed...
tgh mncari kkuatan utk stay up n study utk midsem... kl bleh brsedia n lapangkn dada n betulkn niat ktika hadiri usrah mhupun daurah, knapa cpat mmilih utk 'give up' bila brdepan dgn ilmu sihir ni.. kdg2 sy trlupa ilmu sihir ni jgak penting.. kne sllu 'ketuk' sy nih... huhu

Jzkkk... ^_^

fi zhilalil tarbiyah said...

kak ayu..=)..semoga kita sme2 terus tsabat.amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...