namun hakikatnya, dalam hati ini, dalam jiwa ini, dalam gerak dan langkah ini hanya Allah yang mengetahui..
berat atau ringannya jasad kita mengatur langkah, berat atau ringannya jiwa kita bermujahadah..
semua itu hanya mampu dinilai oleh Allah..hanya mampu dipandu oleh Allah..dan hy mampu di'reward' kepada Allah..
Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (An-Nahl :91)
ayat diatas aku dapat masa bace blog adik nih. Membacanya seolah-olah baru tadi pertama kali aku mendengar ayat ini..ayat ini benar-benar menyentap jantung malah ruhku seolah-olah ditarik oleh magnet keinsafan!
benar..
benar..
benar...
kita telah berjanji untuk hidup dan mati atas jalan ini..hidup atas landasan tarbiyah dan hidup dengan nafas dakwah..
jika benar kita meletakkan hidup kita dengan nafas dakwah..
bagaimana agaknya seorang manusia itu jika hidupnya tanpa nafas seketika cuma?
boleh bertahan sekejap barangkali..tapi sehingga bila?
sehingga Allah menentukan tempoh hidupnya..sehingga akhirnya dia mati kerana kekurangan oksigen pernafasannya..
cuba kita muhasabah 3 saat asbab kematiannya yang kurang valid ini..
1..
2..
3..
dapatkah kita simpulkan apakah natijah kepada kematian itu?
satu kerugian yang amat besar kepada manusia itu bila dia mati kerana tidak bernafas sedangkan Allah telah menyediakan oksigen free di dunia ini untuk dia hirup dengan banyaknya. PERCUMA! sekali lagi..PERCUMA!!
ambil lah oksigen sebanyak mana..terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya..dan terpulang kepada kita bagaimana untuk mensyukurinya..(kerana x semua orang perasan bahawa oksigen itu adalah satu nikmat percuma dari Ilahi)
begitu juga dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini..
dihamparkan kepada kita percuma..
Allah memberi kepada kita percuma..PERCUMA!!
tetapi terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya..
bagaimana untuk mensyukurinya..(kerana x semua orang perasan bahawa dakwah itu adalah satu nikmat percuma dari Ilahi)
bagaimana seharusnya kita?
menerima dan melaksanakannya?
atau menerima dan membelakanginya?
atau buat dun no sahaja?
hmmmmm,
betapa sayangnya Allah kepada kita. Maka Dia telah menghamparkan satu landasan tarbiyah yang sangat indah untuk kita hayati kisahnya. Dia telah memandu kita untuk bersegera dalam meng'grab' dan menikmati jalan ini.. sehingga suatu masa kelak, Dia juga yang menentukan pengakhiran kita samada tsabat atau kianat. (sob3x dengan lajunya)..
lebih istimewa lagi..
jalan ini Allah hamparkan dengan satu ikatan perjanjian. satu urusan jual beli yang sangat menguntungkan..
habuan materialnya tidak akan kita dapat selama kita di dunia. tetapi segalanya akan dibayar di akhirat kelak..
namun, disebabkan bayaran kepada jalan percuma yang kita tempuh ini terlalu mahal sehingga mencapai infiniti kebahagiaan,keindahan dan ketenangan, makanya..Allah menyediakan sedikit penapisan dan kepayahan untuk sesiapa yang meng'grab' jalan percuma ini.
memang kuakui, kekadang kerapuhan dan kefuturan itu berlaku bilamana aku menyandarkan perlakuanku dengan dunia hatta sedikit cuma. kerana aku mengimani bahawa syaitan itu sifatnya sentiasa bersiap siaga untuk mencari peluang terbaik dalam mencucuk rasa was-was dan cinta kepada dunia itu.
dan apakah kekuatan kita?
apakah bekalan para daei bagi menangkis godaan-godaan syaitan dan konco-konconya?
bagi aku 3 sumber kekuatan ini memang benar patut kita ada:
1. Keimanan dan ketakwaan
- yang menjadi pendokong kepada para daei supaya hati itu lebih kepada tarikan iman than tarikan syaitan.
-kerana iman itu yang akan menggerakkan amal kita.
-kerana takwa itu jambatan hubungan kita-Allah-manusia.
2. Ukhwah
- ukhwah yang akan menghidupkan jemaah.
-ukhwah yang akan membuahkan amal muntijah.
-ukhwah yang akan membantu melengkapi saqafah dan fikrah.
-kerana kita tidak mampu melakukan segalanya secara individu melainkan Allah juga sangat mencintaai kita berdiri dalam saf-saf yang tersusun kukuh.(61:4)
3. Material
-bagaimana dan kemana kita salurkan segala material yang kita ada?sungguh, Allah akan memberi kepada kita. tapi, sejauh mana kita memberi untuk DnT itu sendiri.
-sebanyak mungkin kita perlu mnyediakan material yang boleh melajukan dan memuntijkan gerak kerja kita. seperti kereta, RI, duit, dan paling utama adalah RIJAL2. itu material terpenting harus kita bina dan cari.
KETIGA-TIGA ini haruslah kita sandarkan kepada satu lagi bekalan yang menjadi push factor langkah kita agar tidak longlai ditengah perjalanan..itulah dia himmah aliyah!
teringat kata-kata ishab yang di 'distribute' kan di seluruh pelusuk dunia dan menjadi inspirasi kepada para daei sehingga kini:
”Anda sekalian adalah ruh baru yang mengalir dalam jasad umat ini.”
dan begitu juga, syeikh ahmad ar-rasyid juga pernah bicara:
Mukadimah jalan dakwah ialah mengasaskan himmah yang tinggi.
kerana himmah aliyah itulah, sumayyah sanggup disula kerana mempertahankan 'ALLAH itu Tuhanku.'
kerana himmah aliyah itu para sahabat berpanas terik tanpa selipar ketika mengharungi perjalanan yang jauh untuk ke Tabuk.
kerana himmah aliyah itu sultan muhammad fateh mengemudi sehabis baik tenteranya untuk menakhluk konstantinople.
kerana himmah aliyah itu, sultan salahuddin al-ayubi menerjah baitul maqdis sehingga menang.
kerana himmah aliyah, hassan al-banna, syed qutb, dr. rantisi, syeikh ahmad yassin syahid dalam mempertahankan kata-katanya.
itulah himmah aliyah!
semangat berkobar-kobar! cita-cita tinggi untuk melaksanakan satu obsesi dalam dirinya. seperti rijal-rijal yang obses dengan jalan-jalan yang diimaninya..
himmah itulah yg membuahkan iman dan melahirkan percakapan juga amal...
begitulah himmah aliyah mengajarkan kita..
bercita-cita tinggi sehingga melahirkan amal yang dahsyat..
sehingga janji Allah itu ditepati..
Sesungguhnya orang yang berbai'at (berjanji setia) dengan engkau, hanya sesungguhnya mereka berbai’at berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka sesiapa memungkirinya adalah dia sesungguhnya memungkiri atas dirinya sendiri, dan sesiapa memenuhi apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Dia (Allah) akan memberikannya pahala yang besar.(48:10)
sungguh!
jalan ini percuma...
bayarannya terpulang kepada kita..
dan habuannya terpulang kepada Allah..
wallahuallam
No comments:
Post a Comment