Monday, October 3, 2011

Rijal yang cinta kepada jalannya




"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada diatas alan yang lurus."(Az-zukhuf:43)

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar..

Tiada lafaz yang mampu menggambarkan perasaan saya sekarang. Mungkin inilah perasaan para sahabat terdahulu tatkala melihat jahiliyah berkecamuk dimuka bumi. Dan mungkin perasaan itu jugalah yang menolak rijal-rijal dakwah untuk berbuat lebihhhh banyakkkk daripada yang dikerah.

Ketika Saad bin Abi waqqas tiba di China 1400 tahun dahulu, sudah pasti dia sangat bersungguh-sungguh untuk menyampaikan islam itu kepada mereka yang sangat innocent. Yang langsung tidak memahami erti rukuk dan sujud. Yang langsung tidak memahami konsep ketuhanan dan kecintaan Allah kepada makhlukNya. Beliau berbuat(menyampaikan dakwah) sehingga akhirnya islam itu benar-benar subur dan sampai kepada kita. Itulah usaha para sahabat. Pengorbanan mereka meninggalkan tanahair dan ketempat yang tidak familiar kepada mereka. Bukan bahasa,bukan budaya,bukan atas nama negara madinah atau mekah yang menyampaikan para sahabat kesana..tapi kerana FAHAM syahadah itulah yang menolak mereka.

Hakikatnya,para sahabat kesana hanya untuk menyampaikan 'tiada tuhan melainkan Allah dan rasul itu pesuruh Allah'. Agenda itu difokuskan lagi untuk membina rijal-rijal yang benar-benar faham konsep ketuhanan dan fiqh dakwah itu sendiri.

Melihat tummuhat para sahabat terdahulu, dapatlah disimpulkan bahawa konsep pembinaan rijal yang ideal adalah dengan menyuntik obses mereka dgn kalimah syhadah. Kerana itu yang akan menolak para rijaluddakwah untuk berbuat..FAHAM dan AMAL..dengan 2 perkara itu(FAHAM dan AMAL),secara automatiknya fikrah akan berkembang dlm diri mereka sedikit demi sedikit sehingga mereka menjadi dai super saiya.. Ketika ini jugalah, kita akan lihat kepada siapa tsiqah mereka sebenarnya..JEMAAH atau LILLAH.

"dalam usrah kita subur tarbiyah,janji setia dipatuhi."

Inilah yang dilaungkan dalam lagu IKRAM kita..Tetapi sejauhmana usrah itu berjaya menjadi medan pentarbiyahan dan core bisnes kita? segalanya adalah bergantung kepada kefahaman kita dimana kita berada dan kemana halatuju dakwah kita.

Dlm membawa satu beban dakwah dan tarbiyah, adakah kita mengalirkan ia dengan perasaan cinta atau kering semata?

Bagaimana kesuburan tarbiyah itu boleh mengalir dalam jiwa mad'u kita sedangkan kita sendiri tidak mampu mencintai beban yang ditanggung ini?

"Barangkali engkau akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan itu(AQ)."(al-kahfi:6)

LIhatlah, begitu sekali perasaan baginda dalam proses menyampaikan dakwah kepada ummatnya..Disebalik itu, betapa kasihnya Allah dalam memujuk orang yang benar-benar ikhlas berjuang keranaNya.

"Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk,akan tetapi Allah yang memberi petunjuk."(Al-Baqarah:272)

Inilah!pujukan dan rahmat Allah inilah yang menenangkan rasul s.a.w, para sahabat dan mereka yang bersama-sama dalam jalan ini.

Betapa seorang dai yang ikhlas kerana Allah,akan merasa benar-benar sakit apabila melihat hambatan dan penghinaan manusia terhadap Al-HAq ini. Namun, mereka tetap beriman dan beramal dengan yakin bahawa Allah sahaja yang mampu membuka hati orang yang didakwahi.

Hal inilah yang membuktikan perasaan cinta dan sayang seorang dai kepada jalan yang dilaluinya.

“Katakanlah -hai Muhammad-: Inilah jalanku, aku mengajak untuk -mentauhidkan- Allah di atas landasan bashirah/ilmu. Inilah jalanku dan jalan orang-orang yang mengikutiku. Maha suci Allah, aku bukan tergolong bersama golongan orang-orang musyrik.” (QS. Yusuf: 108)

wallahuallam


with love,
mumtazah
york,UK

2 comments:

ramlalh said...

Bagaimana kesuburan tarbiyah itu boleh mengalir dalam jiwa mad'u kita sedangkan kita sendiri tidak mampu mencintai beban yang ditanggung ini?


bagaimana hendak mencintai beban yang ditanggung itu mum?

fi zhilalil tarbiyah said...

(at-taubah:71)-org mukmin
(at-taubah:67)-org munafik

masing-masing bekerja dgn sungguh-sungguh..bersama-sama

carilah nikmat itu dibalik amal jamaei.. maka kita takkan rasa seorang diri melainkan segalanya ada Allah bersama kita..

dan kalau kita lihat sirah..selain Allah dan rasul, kekuatan para sahabat adalah dgn syura dan amal jamaei..semoga Allah redha dgn usaha yg sedikit ttp berterusan dan bersama..

hakikatnya, kerja dakwah..pelaksanaan memang fardi. nak tajmik adik2 caranya dll..semua tu fardi. tetapi utk penyusunan dlm pentarbiyahan mereka,semua tu tetap kene disusuli syura bersama-sama.dgn itu,beban itu akan dipikul bersama. dnt mengajar kita untuk berfikir untuk membina rijal bukan yang site kita je..tp overall..bersama-sama berfikir dan membina..begitulah sepatutnya dakwah mengajarkan kita.

wallahuallam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...