“Akak suka kaler biru ye?” ty anak usrahku.
“Oh kenapa ty macamtu?” tyku kembali.
“Sebab akak banyak barang kaler biru.”
Balas adikku.
Hmmm, aku hanya senyum tak tahu nak
mengiyakan atau tidak. Aku memandang diriku. Tudung biru, baju biru, beg biru,
kereta abah pun biru.. opppsss kasut hijau. (tettttt..langsung tak matching).
Serius, aku sendiri tak berapa nak perasan
apa kaler baju aku sebelum ditanya adikku. Serius aku sendiri tak perasan
kesukaanku sehinggalah ditegur oleh orang lain.
Hakikatnya aku sendiri dah terlupa apa
kaler yang aku suka. Apa makanan yang aku suka.. Senang cerita, redah je..Kalau
dulu, bila nak keluar rumah wajib pakai matching dari atas sampai bawah. Kalau
tak sangat malu kot nak keluar rumah. Tapi sekarang kadang-kadang terlupa pakai
semua biru tapi kasut hijau.
Pelik!?.. kadang-kadang pakai baju hitam, tudung
main taram je kaler ape.. sauk je yang paling cepat, pantas dan mudah..
comotkah? Tidakkk laaa.. penampilan still dijaga Cuma aulanya, masa yang
diperuntukkan untuk berfikir pasal pakaian sekejap je. Apa yang ade dihadapan
mata, yg paling sedap dipandang, diambil.. dan apa yang paling penting adalah
pakaian takwa itu.. pakaian dalam kita..hati kita..
Hakikatnya, mengenali tarbiyah menajdikan aku terlupa banyak perkara yang selama ni dominan dalam hidupku.. eh bkn terlupa tapi tak sempat nak PK pasal tu..
Tarbiyah telah merubah hidupku serius! Dan
aku yakin ia juga terjadi kepada antunna.. yang juga alien dalam kalangan
manusia.. antunna yang juga berada dalam track yang sama denganku.. Cuma
mungkin gerabak kita berbeza.. tp kalau jumpa memang gegak gempita dunia..
bertanya soalan-soalan rabbani dan haraki.. “apa khabar imanmu?”, “ bagaimana
anak2 usrahmu?”, bagaimana imanmu?”, bagaimana waqie mu?”
Allahuakbar!
Kalau dulu, kita makan-makan kat midvalley
dengan kawan2 sambil shopping baju, kasut, perfume, barang2 dapur.. tambah lagi
sembang-sembang dari pagi sampai ke malam tak terasa pun..
Kalau dl.. kelaur masjid jamek..shopping2,,
solat kejap kat masjid merah tu then sambung lg shopping..huhu
Macamtulah itulah dunia paling best kita..
Bila dapat kasut baru, baju baru, dapat elaun beribu-ribu.. Allahhhh..
Sehinggalah kita terjumpa satu jalan pelik
nih.. jalan yang membuang segala unsur-unsur kepuasan duniawi.. jalan yang menjadikan
kita berani buat kerja gila dengan yakinnya..
jalan yang menyampaikan kita kepada hak
yang aku punya adalah milik orang lain juga.. Kereta aku boleh dipakai oleh
akhawat lain.. baju aku boleh dipakai oleh akhawat lain.. rumah aku boleh
diguna oleh akhawat lain.. duit aku duit akhawat lain.. makanan aku pun makanan
akhawat lain..
jalan yang membina networking keseluruh
pelusuk dunia.. yang tanahairnya adalah islam semata-mata.. Kemanapun kita
pergi, tidak mungkin kita risau untuk menyendiri..kerana kita yakin tanahair
yang dipijak tetap sama..
sedangkan bila kita bercerita kepada orang
lain yang belum merasai nikmatnya..mereka akan mengerut dahi sambil berkata:
“gila ke ape ko ni!?”
Lalu dijawab oleh kita didalam hati;
"Errr iya mungkin barangkali benar aku gila….kerana
Muhammad s.a.w juga dikatakan begitu.. dan itulah nikmatnya…nikmat menjadi gila
dengan kerja gila.."
wallahuallam
2 comments:
subhannallah.. best sgt kn.. wlupn org ckp sume bnde ni mcm gile.. tp org yg merasai nikmat dn indahnya je yg tau bertapa asyikkkkk.
rasa akhwat satu dunia ni adik beradik kita. ^_________^
betul ke akak suka biru?
sy suka biru juga!
=p
*heheh, komen x membina*
ayuh menjadi asing! ^_^
Post a Comment