Monday, June 27, 2011

bezakah kita?

Allah swt menceritakan kepada kita tentang kisah hamba-hambaNya di dalam Al Quran. Kata Allah swt dalam firmanNya di dalam surah Al Furqan, yang bermaksud:

” Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan , “salam”, ” (Al Furqan: 63).

Aku teringat kerendahan hati para sahabat bila berhubung dengan para sahabat lain. Amirul mukminin, Khalifah pertama Islam, Abu Bakar As Siddiq, banyak sekali merendah hati. Setelah wafatnya Rasulullah saw, ketika seluruh kerajaan Islam berada dalam genggamannya, Khalifah Abu Bakar r.a tetap meneruskan rencana Rasulullah untuk menghantar batalion tentera ke Rom dibawah pimpinan Usamah bin Zaid yang usia baru berusia 20 tahun ketika itu (ada riwayat umurnya sekitar 17-18 tahun). Sedangkan di bawah pimpinan beliau, ada Umar Al Khattab r.a , Saad bin Abi Waqqas dan ramai lagi sahabat-sahabat veteran yang kalau ditimbang dengan neraca manusia biasa, pasti kita merasakan mereka ini lebih layak dari Usamah Bin Zaid, pemuda anak kepada seorang bekas hamba berkulit gelap.

Bahkan Khalifah Abu Bakar r.a merendahkan ego dan hatinya dengan mengiktiraf Usamah Bin Zaid sebagai ketua tentera ketika itu dengan meminta izin dan bertanya terlebih dahulu kepada Usamah sebelum meminta Umar Al Khattab menemaninya menjaga negara di Madinah. Syed Qutb malah mengkagumi kisah kerendahan hati Abu Bakr r.a di dalam tafsir fi zilal Surah ‘Abasa.

Rasulullah saw amat menekankan persamaan dan sifat merendah hati. Tidak sepatutnya ada soal siapa lebih bagus dan siapa lebih tinggi dalam kalangan barisan jundullah. Saat berlaku pertikaian antara Abu Dzar r.a dengan Bilal r.a, Rasulullah saw bangun menegur dengan tegas, “Wahai Abu Dzar, semuanya kurang belaka! Tidak ada kelebihan bagi anak mak kulit hitam atau anak mak kulit putih!”.

Bahkan, Rasulullah saw sendiri sangat banyak merendah hati padahal baginda terlalu mulia dan layak disanjung tinggi. Rasulullah rapat sekali dengan Julaybib r.a, seorang bekas hamba yang kemudiannya Rasulullah saw sendiri yang carikan jodoh baginya. Apabila Julaybib r.a syahid dalam sebuah peperangan setelah dibunuh musuh kerana Julaybib r.a telah membunuh 7 orang musuh sekali gus, Rasulullah saw mencari mayat Julaybib, memangku dengan kedua lengannya, menggali kubur Julaybib dan menanam beliau. Rasulullah saw mengangkat tinggi para sahabat dan memperlihatkan kasih sayang sepenuh hatinya.

Barangkali saff-saff pejuang hari ini perlu duduk sebentar dan bermuhasabah. Rata-rata sungutan dan rengetan yang sering singgah di telinga hari ini adalah kisah-kisah hati dan isu-isu perasaan yang tidak pernah henti. Semuanya, aku rasa, adalah gara-gara hati kita yang mati, pancaindera yang tuli, jiwa yang barangkali masih ada sekelumit benci, ukhuwwah yang mungkin belum benar-benar rabbani dan cita-cita yang mungkin juga belum betul-betul suci.

Apa yang menjadi punca kita terasa ingin meninggi diri?

Apa yang buat kita rasa kita lebih benar dari orang lain?

Apa yang membuat kita merasa tinggi?

Kadangkala kita jadi kaku dan kagum, melihat ketinggian iman dan muhasabah para sahabat Rasulullah saw. Mereka yang dijanjikan syurga, mereka yang syahid penghujungnya, mereka yang disukai RasulNya, mereka yang berjuang bermati-matian keranaNya, tetap juga mereka merendah hati dan mengerdilkan ego mereka. Di saat kuasa berada didalam genggaman mereka, mereka semakin tawaddu’, semakin merendah hati, semakin menjauhi ni’mat-ni’mat dunia, agar terjaga hati dan amal mereka.

Lantas, apakah pantas kita yang belum pernah tercalar walau segores luka dijalan Allah ini, layak merasa kita lebih benar, kita lebih tahu, kita lebih banyak dengar pengisian, kita lebih banyak membaca, kita lebih pandai menulis, kita lebih pandai memberi pengisian.. kitalah sekian sekian dan sekian.

Merendahlah.

Syurga Allah terlalu mahal dan tidak mudah diisi. Sekelumit pun riya’, akan tergadailah syurga yang dicari. Andai hilang ikhlas, akan gugurlah amal yang sudah menggunung tinggi.

Allah, jagalah hati-hati kami. Jadikan kami pejuang-pejuang ta’at yang lebih banyak tafakkur dan berdiam diri, daripada riuh dan banyak berbicara, tetapi kecil amal dan penuh iri di hati. ameen.

sumber dr najwa

Kerana ukhwah kita berlandaskan akidah yang satu. bukankah begitu?

Wednesday, June 22, 2011

ukhwah luar biasa

apa beza ukhwah luar biasa dengan ukhwah biasa?

cuba renungkan sekejap...

pernahkah kita demand untuk mendapatkan sesuatu dari akhawat kita?

perhatian..
soal jawab ttg anak-anak usrah..
alert dengan emosi..
kasih sayang..
mesej..
emel berbalas..
calling..
hadiah..
senyuman..
gurau senda..
dll

kecewakah kita bila demanded kita itu tak tertunai?

sebenarnya,

siapa kita untuk demand banyak perkara?

sedangkan kita juga belum menunaikan hak-hak akhawat kerana sibuk melayan adik-adik yang beratur untuk dibelai extra.


andai ditakdirkan suatu hari ukhwah sesama kita diuji,

maka kembalikanlah segala rasa itu kepadaNya.

Cerminlah kekurangan akhawat dalam diri kita,

siapa kita untuk menjatuhkan rasa hormat kita keapadanya,

yakinlah,

akahwat juga manusia,

yang punya rasa dan prinsipnya.

dan cantiknya ukhwah kita yang menyatu atas jalan tarbiyah ini,

tarbiyah itu telah mengajarkan kepada kita untuk berlapang dada.

manis bukan?

itulah ukhwah luar biasa

wallahuallam

-doakan Allah beri kekuatan luar biasa juga kepada kita.

Friday, June 17, 2011

Eliminate

Mungkin ramai kader-kader dakwah yang mampu membina adik2 dengan jayanya. Dianugerahkan oleh Allah satu nikmat mudah dalam membina. Adik-adik yang diperoleh semuanya ‘jadi’ belaka. Selepas setahun, sudah bersama-sama murabbi meluncur laju dalam DNT ini. Bila ditanya “anti pegang berapa usrah sekarang?”…”Alhamdulillah 5 group.”


Ada juga sebilangan kader-kader dakwah yang tiada tampak hasilnya walau sudah memegang 5 usrah dibawahnya. Kebanyakan adik-adiknya kelihatan tidak tertarik untuk menggabungkan diri dalam gerak kerja diluar batas keselesaannya iaitu lokalitinya. Bila diajak berusrah di lokaliti; “boleh kakkkk.”. tapi bila diuji sedikit untuk naik komuter dan berjalan untuk keusrah diluar lokalitinya; “alaa kak, saya nak cepat.kalau buat kat luar x boleh la.”..setelah setahun dibina, itukah hasilnya? Masih berkira-kira untuk tarbiyah diri sendiri.

Biasanya, setiap murabbiah pasti ada expectation tertentu 'by end of this year, aku nak anak usrahku jadi begini.' Dan panjanglah senarai harapannya untuk membentuk anak-anak bawahannya menajdi seperti yang difikirkannya.

Tetapi bila tiba masanya atau dipertengahan pembinaan kita, berlakulah pelbagai masalah seorang demi seorang anak bawahan kita.. kalau 10 yang dijaga, maka 10 masalah lah yang perlu kita catter.

-apa masalah sebenarnya?-

Melihat kembali unsur-unsur tarbiyah yang ditekankan oleh IM(ikhwanul muslimin), ade 3 unsur yang menjadi point penting pentarbiyahan:

1. murabbi(pendidik)
2. mutarabbi(yang dididik)
3. manhaj(sistem)

so, kelambatan kita, kekurangan faham kita dan kesilapan kita adalah kerana salah satu dari perkara diatas.

salah murabbikah?

salah mutarabbikah?

salah manhajkah?

dan kita selalu meletakkan salah itu kearah murabbi kan? tak percaya?

-kenapa tak naik mustawar(level) lagi?kenapa tak bawa usrah lagi?

1. sebab silibus 00 tak habis lagi.
2. sebab mak naqibah tak habiskan tafsir juz 30 lagi.
3. sebab daurah tak de cuti semester ni.
4. mak naqibah tak sarankan buku apa nak baca.
5. naqibah tak tu..naqibah tak ni..naqibah..naqibah..naqibah..

hmmm, betul tak??semua alasan adalah menuding kepada naqibah..

memang betul tu:

sebagai naqibah,
Kita perlu sabar dalam menangani pelbagai ragam mutarabbi.

Cuba kita meletakkan diri kita ditempat mutarabbi kita...

Apakah hak-hak mereka yang masih tergantung belum tertunai?

Sejujurnya untuk diriku sendiri, sangat banyak perkara yang aku terlepas pandang dalam proses pembinaan manusia ini. Sememangnya kita mengimani bahawa sebanyak manapun usaha kita, namun Allah lah yang membuka hati adik-adik kita. Sebanyak manapun usaha kita, tetap hanya Allah yang berhak memilih siapa dikalangan kita yang berlapang dada menerima setiap tarbiyah dariNya.

Tapi AWAS!!jangan menggunakan alasan diatas sebagai hujah untuk kita melambatkan adik-adik kita. Bagi sekadar cukup makan. Buat usrah sekadar cukup syarat. dan daurah sebagai rutin bulanan.

Selain itu juga, hakikatnya adik-adik kita sentiasa tertanya-tanya tugas apakah yang dituntut kepada kita setelah kita thiqah (percaya) pada jalan dakwah ini.Apakah tindakan yang patut dilakukan sekarang juga!!!-ini kerap berlaku seusai daurah. hamasah naik menyebabkan adik2 kita akan menggila auranya untuk melakukan sesuatu dengan segera. Nak cari mad'u, nak buat tu, nak buat ni!

Pada masa ini, cuba kita lihat rentetan kisah pentarbiyahan kita yang dahulu dalam setiap individu behimmah aliyah ini. Dan 'guide' la apa yang sepatutnya.

Dan sebenarnya, mutarabbi pun ada salahnya:

sebagai mutarabbi,
kita terlupa satu perkara..

bukankah mutarabbi itu adalah mereka yang 'BERKEHENDAK UNTUK DIDIDIK'..

kerana itu, be proaktif..be proaktif..be proaktif!

Suatu masa dahulu, aku pernah rasa geram sebab nak buat tapi tak tahu nak start macamane dan nak buat kat mana n nak buat macammane. Memang blurr..jumpa ramai je manusia.. nak cakap banyak je dengan mereka..Tp bila nak mula masuk jarum nak cerita tentang nikmat islam, aku jadi stuck!what's the point???im forgot everything.huhu..

sampailah suatu ketika aku diketuk oleh seseorang dengan lontaran peluru berpandu tepat kene ke wajahku..

"Masuk syurga nanti sorang-sorang ye. kat sanae baru jumpa member-member. so, takkan tak boleh PK sendiri. Buat je la apa saja yang enti imani."

DUSH3X!!

Sememangnya benar, jangan terlalu berharap mak naqibah memberi kepada antum segala alat, medan, cara, resepi, dan perasa baru antum nak bergerak. Kalau macam tu, segala saham kita dah bagi separuh kat naqibah kita.rugi kepada diri kita tapiiii..huisshhh, untungnyaaa kat naqibah kita..best tuh!

konsepnya,

Biar lambat asal bergerak..Biar payah asal puas.. biar salah asal dah buat!..faham keh!?

aku pernah ternaik suara dengan anak usrah bila berbincang tentang hal ni..

apa nak buat?

apa pengisian nak bagi?

apa modul nak pakai?

huhu..lama-lama aku akan jawab;

'lu pikir la sendiri.'

astagfirullahal azim3x. asif jiddan kepada antunna yang pernah terkena. wallahuallam.

hakikatnya,

sekarang, berduyun-duyun manusia sedang berlari-lari mencari erti hidup yang sebenarnya.. sekarang, berlumba-lumba orang mencari wasilah terbaik untuk mencapai redhaNya.

Kerana itu, Allah hanya akan memilih mereka yang betul-betul 'berkehendak dan bersungguh dengan jalan ini untuk terus melangkah bersama kafilah-kafilah dakwah'.

Kerana itu, Allah hanya akan memilih mereka yang betul-betul 'faham dan rela untuk bersusah payah' untuk menjadi jundi-jundiNya.

Kerana itu, tepuk dada, tanyalah diri sendiri..

layakkah aku untuk menjadi hawariyun itu andai sangat banyak lagi alasan kita untuk melaksanakan syahadatul haq itu?

"Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)"(3:52)

"Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar."(9:100)

segala apa yang tertulis diatas adalah teguran kepada diri sendiri yang utamanya. Adakah kerana diuji, kita menajdi lemah?


AWAS! bukan manusia yang akan meng'eliminate' kita dari landasan tarbiyah ini, tetapi secara fitrahnya, ALLAH sendiri yang akan memilih dan meng'eliminate' sesiapa yang dikehendakiNya..so, adakah kita masih ingin bermain-main?

“Mereka tidak menjadi lemah kerana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh)”. (3:146)
wallahuallam

Wednesday, June 15, 2011

Kerana aku cinta


Siapakah kita untuk meletakkan tahap 'aku sudah buat banyak kerja dakwah'?

setakat dicemuh kerana bertudung labuh?

setakat dikatakan extremist oleh sebahagian yang anti dakwah?

setakat ditangkap untuk di 'brainwash' oleh mereka yang tidak mengetahui?

setakat tak tidur sehari atau terlalu penat sehingga terpaksa tidur di tepi lebuhraya bertemankan suara radio kereta?

setakat penat menaiki tren yang sesak utk ke usrah, daurah atau berjumpa anak-anak usrah?

setakat itukah indicator yang kita gunakan untuk meletakkan 'aku sudah buat banyak kerja dakwah'?

setakat itukah indicator yang kita gunakan untuk meletakkan 'aku penat' dan 'aku dah tak mampu nak pegang usrah'?

Murahnya bayaran kita untuk nikmat yang tak terhingga disyurga..

teringat kata-kata seorang murabbi..

'simpanlah segala alasan antum kat dalam kocek. nanti, sila hamburkan berjuta-juta alasan itu dihadapan Allah. fikirkanlah, adakah Dia akan terima?'


“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (2:214)

-Bukankah kita telah mengimani seawal langkah lagi bahawa jalan ini sangat panjang dan melelahkan. sungguh, tanpa rahmat dan kasih sayangNya, tidak akan mungkin kita akan mampu untuk memikul segala beban ini. Kerana kita sedang membina 'dunia baru islam'. Mudahkah itu?

-Bukankah kita pernah tersenyum dan gelak bersama kerana sangat indah dan takjub dengan segala rentetan tarbiyah yang disusunNya untuk kita? Adakah kerana sedikit kepayahan, kita terlupa segala cinta itu? sungguh, jalan ini benar-benar jalan cinta. Cinta yang memerlukan segala usaha dan nafas kita.

Kerana itu, kerana aku sangat cinta, maka aku ingin mengalirkannya kepada setiap insan yang bersamaku.

Mungkin kamu masih belum merasainya..

ya Allah, hidup dan matikanlah kami dalam mentaatiMu dan RasulMu.amin

Sedang asyik kita membina anak-anak bawahan kita, seringkali kita terlupa satu perkara.

-hy kerana nikmat Dia keatas kita, maka Dia hadiahkan manusia-manusia indah disekeliling kita-

wallahuallam

nk tulis panjang lg. doakan sy..=(((

Monday, May 30, 2011

Untukmu jiwa-jiwa kami!



baru-baru ni, seringkali aku terhidu bauan padang pasir..bahang debu-debunya juga melekat sehingga masuk kedalam mimpi-mimpiku.. apakah aku terlalu rindu untuk kesana?

3 tempat impian honneymoon aku:

1. Mekah
2. Madinah
3. Palestin

namun, jiwa aku lebih termimpikan tanah jihad fisabilillah itu..Palestin..

Tanah jihad anugerah ilahi..

bak kata seorang activist aqsa syarif;

palestin itu anugerah kepada ummat sejagat!kerana adanya palestin, kita berpeluang untuk melakukan sesuatu untuk agamaNya. adanya palestin, terbuka mata kita tenteang erti sebenar jihad fisabilillah.

teringat juga kata-kata seorang palestinian yang aku jumpa bulan lepas;

"mekarnya semangat jihad dalam diri wanita-wanita muslim, maka akan lahirlah rijal-rijal hebat dan mantap dalam jihad fisabilillah."

Allahuakbar!

Aku ingin membina rijal-rijal yang tidak memandang dunia sebagai matlamatnya..amin3x.

semoga Allah bantu, semoga Allah perkenankan..amin

Ya Allah, tsabatkan kami..tsabatkan kami..tsabatkan kami..

Ya Allah, Kau mekarkanlah semangat jihad dalam diri kami sehingga tiada lain yang kami lihat melainkan untukMu jiwa-jiwa kami..amin

wallahuallam

Tuesday, May 24, 2011

cukuplah

jam sudah menunjukkan pukul 12.46 pagi. Kalau ikutkan mata yang mengantuk mahu saja aku tidur mengadap laptop ni. Tetapi suasana yang sangat sunyi benar-benar meruntun hatiku untuk muhasabah sebentar. Sudah lama aku tidak menukilkan rasa dari hati yang dalam....disini..

sungguh aku rindu, untuk melakarkan kisah-kisah cinta dalam hidupku disini, sehari-hari..malah setiap hari.
setiap kali aku melalui detik tamparan 'tarbiyah' direct dari Ilahi, memang hati sangat berbunga-bunga untuk melakarkan kisahnya disini. macam-macam yang aku rancang untuk nukilkan disini. namun, sebaik manapun kita rancang, atau sehebat manapun semangat kita untuk melakukan sesuatu, kita tetap hambaNya....Dan Allah lah sebaik-baik perancang setiap detik kita.

Ya Allah,
Sungguh aku sangat terharu dengan setiap detik yang kau anugerahkan kepadaku,
Nafasku lebih bermakna setelah mengenalMu,
hidupku lebih indah dengan adanya rasa sedar akan kehadiranMu.

Ya Allah,
Maafkan segala kekurangan dalam memberi kepadaMu,
Maafkan segala kekhilafan dalam menunaikan hak-hakMu,
Pandulah hati-hati kami agar sentiasa hidup dalam rahmat dan cintaMu.

Ya Allah,
Dalam larianku yang kekadang samar dan gelap,
Tiada yang lain melainkan Engkau yang memandu,
Dalam kepayahan gerakku,
Tiada yang lain melainkan Engkau yang memberi kelapangan masaku.

Cukuplah sekadar Engkau tidak benci kepadaku,
Cukuplah sekadar engkau tidak berpaling wajah dariku,
Cukuplah Engkau redha denganku.

Cukuplah sekadar Engkau tsabatkan aku.

wallahuallam

amin

-mati itu pasti, hidup itu insyaAllah-

Monday, May 23, 2011

Law of Cause and Effect-suratan takdir atau kebetulan(I)

“Akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. 
Salah seorang sahabat bertanya:
“Apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit?”. 
Rasulullah menjawab :
“Jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” 
Lalu ada yang bertanya lagi :
“Apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” 
Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”.
(Silsilah hadith shahih no.958).


Kalau kita amati hadith diatas, jelas 2 sebab lunturnya tarbiyah islamiyah dalam diri muslim kini adalah kerana penyakit wahan dan takutkan mati. Atas sebab ini juga para pendakyah menyerang kita dari pelbagai aspek hanya untuk menyuburkan rasa cintakan dunia dalam diri ummat islam sedari 1800M lagi. Pelbagai hiburan lagha dihidangkan dikaca televisyen dan lagu-lagu sentimental yang kononnya boleh menghilangkan 'stress' makin berlambak di pasaran kini. Akhirnya, ummat islam sendiri sangat jauh dari sistem hidup islam. Tetapi, secara sunnatullahnya sistem islam itu tetap berjalan walau ramai yang melaksanakan sistem yang bercanggah darinya dan langsung tidak menyedari tentang kewujudan sistem islam yang sedang mengalir dalam diri para mukmin yang mencintai jihad fisabilillah.

“Mereka berupaya untuk memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas semua agama meskipun orang-orang musyrik benci.” (Ash-Shaff: 8-9)

Sedang asyik mereka bermaharajalela menawan hati-hati ummat islam sehingga ke akar umbi, tanpa sedar akhirnya kita dilalaikan dengan satu slogan 'law of cause and effect'. Satu perancangan rapi yang telah diprogramkan dalam minda kita sehingga ia menjadi satu batu asas kepada setiap tindak tanduk kita.

Apa 'law of cause and effect' tu?

-bersambung-

Monday, May 9, 2011

Kisah Ms. Italiana

Diceritakan kisah benar ini dari seorang syeikh yang aku kagumi. Betapa kata-katanya benar-benar menusuk masuk kedalam jiwa yang sedang rapuh dalam medan kefuturan. Ketika naqibahku mewar-warkan kedatangannya di dalam satu program umum, aku rasa lelah dan ragu samaada mahu mengikutinya atau 'ignore' sahaja.

Nah!bila naqibah kata wajib, maka kukuatkan jua kaki untuk melangkah. Tatkala ini, tiada apa yang menjengah akalku melainkan firman Allah yang turun tatkala buah kurma sedang masak ranum di kebun-kebun sekitar madinah sedangkan semboyan ke medan jihad telah dialunkan.
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At Taubah:41)
Pantas, kedatanganku kesini sungguh tidak sia-sia. makin membina himmah dan menambah perasa keimanan dalam jiwa. alhamdulillah, tiada lain melainkan syukur dengan nikmat yang Allah kurnia..Ingin aku kongsikan satu cerita menarik yang tidak akan senang tidurku hatta beralaskan tikar mengkuang semata sebelum aku menceritakan kepada ikhwah wa akhawat sekalian.

Kisah seorang remaja perempuan Italy yg berumur 18 tahun. Sukalah aku namakan dia sebagai Ms.A. Iyaaaa, Ms. A..

apa 'special' nya Ms.A ini?

Ms.A hanyalah seorang remaja perempuan yang berasal dari Italy. Kisah hidupnya menjadi 'special'  setelah melakar sejarah kerana meninggalkan kemewahan dan keselesaan di tanah tumpah darah sendiri semata-mata untuk melaksanakan agenda besarnya di bumi Cameroon,Afrika.  Sanggup merentas perjalanan lebih 3000km hanya untuk menyampaikan satu 'dakyah' yang diimaninya.

Bayangkan seorang remaja perempuan sanggup ke negara Afrika yg dipenuhi dengan semak samun, ular dan binatang berbisa hanya semata-mata utk "berdakwah" supaya semua Muslim yang ada di Afrika memeluk agama Kristian yang diimaninya.

Dimaklumkan seramai 1500 muslim yang berada di Cameroon dan semuanya hanya Muslim atas nama..Untuk beribadah sebagaimana seorang Muslim, jauh sekali kerana tiadanya sumber ilmu dan usaha  dakwah di sana.

Setelah setahun enam bulan berlalu, akhirnya Ms. A berjaya memurtadkan seramai 1499 orang muslim hasil usaha dakyahnya.Bayangkan, Ms. A hanya menggunakan 1 tahun enam bulan untuk memurtadkan seramai 1499 org Muslim.

Setelah itu, hanya seorang Syeikh yang masih 'maintain' dalam islam yang diimaninya.

Namun,  Syeikh ini juga hampir-hampir kehilangan semangat untuk melawan arus kristianisasi di sekelilingnya. Malah, telah menemui jalan buntu bagaimana mahu mengembalikan ahli masyarakat yang telah dipesongkan dari jalan Allah ini..
Alhamdulillah, disaat kebuntuan maha dahsyat, Allah telah mengilhamkan syeikh  ini untuk bertemu dengan seorang ikhwan dan membincangkan masalah besar yang melanda kampung Cameroon. Ikhwan tersebut telah memberi motivasi dan semangat kepada syeikh untuk terus kuat dalam memegang islam yang diimaninya. Malah, mereka sama-sama berbincang  cara terbaik bagaimana untuk berdakwah kepada Ms. A Italiana tersebut...

Akhirnya Syeikh tersebut mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ms. A Italiana dengan niat utk berdakwah !! Harapan yang sangat besar oleh Syeikh tersebut , sekiranya remaja ini memeluk Islam, sudah tentu ahli masyarakat yg lain juga akan berjaya di Islamkan kembali..

Lain pula perasaan Ms. A Italiana tatkala diajak untuk berdiskusi berdua.. pelbagai agenda dan 'dalil' pekat disediakan untuk menguatkan dakyahnya kepada syeikh tersebut, dengan harapan hati syeikh tersebut akan cair dengan dakyah kristianisasinya.

Perjumpaan telah diatur dengan penuh semangat dan debaran dalam hati kedua-duanya.. Dengan bantuan Allah, penerangan dan dakwah yg penuh hikmah serta dalil-dalil yang jelas telah membuatkan Ms. A berfikir kembali tentang setiap tutur bicara syeikh tersebut. Lagi-lagi tentang keagungan Allah swt..akhirnya, kembalilah Ms. A Italiana tersebut kepada "Fitrah Azali" seorang hamba Allah kepada PenciptaNya..
"Manusia itu seperti logam. baiknya dia ketika jahiliyah, maka baiklah dia ketika islam, sekiranya dia faham."-hadith riwayat muslim

Sebagaimana Umar Al-Khattab tatkala menerima Islam sebagai 'deen' hidupnya, begitulah juga dengan Ms. A yang telah menyerah diri kepada Allah semata. Tanpa kompromi, tanpa banyak soal bicara, remaja ini mentajarrudkan diri dari segala unsur-unsur kristian sekaligus memasukkan dirinya kedalam islam secara kaffah.
Begitulah hakikatnya...bila manusia menggunakan logam dalam dirinya untuk perkara fitrah yang diilhamkan oleh Allah, secara automatik, matlamatnya sangat jelas dan amalnya mantap menggambarkan wala'  hanya untuk Allah semata.

Ms. A  telah disedarkan akan silap besar yang  dilakukan oleh syeikh tersebut bahawa perbuatan dia yg terdahulu boleh menjadi asbab dicampak kedalam neraka jahannam dan hanya satu cara yang boleh menebus semula kisah jahiliyah itu iaitu DAKWAH. Tanpa banyak soal bicara, Ms. A dengan penuh tekad dan keazaman mengubah dakyahnya kepada dakwah lillahi taala. Dan, hasil kesungguhan atas apa yang baru diimaninya ini, akhirnya 1499 orang yang murtad diatas tangannya telah kembali kepada islam semula.

Subhanallah!Subhanallah!Subhanallah!

dan lebih dahsyat lagi gempak bila kejayaan dakwahnya hanya mengambil masa  enam bulan sahaja. Yaaaa! 6 bulan sahaja iaitu separuh daripada masa dakyahnya.

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

akhawat wa ikhwah sekalian.

apa perasaan antum ketika membaca kisah ini?

Tidak terujakah kita mendengar kisah yg meniupkan semangat ini....

tepuk dada, tanyalah iman dalam hati kita..

adakah kita sudah benar-benar mengimani jalan ini adalah satu-satunya cara untuk kita membawa islam kepuncak dunia?

adakah kita sudah benar-benar mengimani jalan ini adalah satu-satunya 'short cut' untuk kita bertemu Allah dalam redha?
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar."(9:100)


Bagaimana kesungguhan kita dalam membawa dakwah dipundak bahu kita?

Bak kata syeikh yang menceritakan kisah ini kepadaku;

Kita tidak perlu pergi ke Afrika untuk jalankan usaha dakwah seperti mana Ms. A Italiana ini, tetapi lihatlah di sekeliling kita..

masyarakat,jiran,ahli keluarga, universiti dan remaja-remaja kita.atau di mana sahaja ruang dan medan yang kita ada....

Bagaimana seharusnya kita bertindak keatas mereka dan segala apa yang berlaku di persekitaran kita?

bukankah tarbiyah telah mengajarkan kita bahawa dakwah itu adalah nafas dalam gerak dan tidur kita?

fikir-fikirkanlah, apakah sumbangan kita dalam membawa islam kepada puncak ustaziyatul alam?

tidak malukah kita dengan Ms. A italiana yang berusia 18 tahun cuma?

wallahuallam

Friday, April 29, 2011

Sungguh! jalan ini percuma

Kadang-kadang, akhawat disekeliling kita nampak kita kuat, nampak kita semangat, nampak kita laju bersama deru dakwah itu..

namun hakikatnya, dalam hati ini, dalam jiwa ini, dalam gerak dan langkah ini hanya Allah yang mengetahui..

berat atau ringannya jasad kita mengatur langkah, berat atau ringannya jiwa kita bermujahadah..

semua itu hanya mampu dinilai oleh Allah..hanya mampu dipandu oleh Allah..dan hy mampu di'reward' kepada Allah..




Dan tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar sumpah setelah diikrarkan, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (An-Nahl :91)

ayat diatas aku dapat masa bace blog adik nih. Membacanya seolah-olah baru tadi pertama kali aku mendengar ayat ini..ayat ini benar-benar menyentap jantung malah ruhku seolah-olah ditarik oleh magnet keinsafan!


benar..

benar..

benar...

kita telah berjanji untuk hidup dan mati atas jalan ini..hidup atas landasan tarbiyah dan hidup dengan nafas dakwah..

jika benar kita meletakkan hidup kita dengan nafas dakwah..

bagaimana agaknya seorang manusia itu jika hidupnya tanpa nafas seketika cuma?

boleh bertahan sekejap barangkali..tapi sehingga bila?

sehingga Allah menentukan tempoh hidupnya..sehingga akhirnya dia mati kerana kekurangan oksigen pernafasannya..

cuba kita muhasabah 3 saat asbab kematiannya yang kurang valid ini..

1..

2..

3..

dapatkah kita simpulkan apakah natijah kepada kematian itu?

satu kerugian yang amat besar kepada manusia itu bila dia mati kerana tidak bernafas sedangkan Allah telah menyediakan oksigen free di dunia ini untuk dia hirup dengan banyaknya. PERCUMA! sekali lagi..PERCUMA!!

ambil lah oksigen sebanyak mana..terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya..dan terpulang kepada kita bagaimana untuk mensyukurinya..(kerana x semua orang perasan bahawa oksigen itu adalah satu nikmat percuma dari Ilahi)


begitu juga dengan jalan dakwah dan tarbiyah ini..

dihamparkan kepada kita percuma..

Allah memberi kepada kita percuma..PERCUMA!!

tetapi terpulang kepada kita bagaimana untuk menggunakannya..

bagaimana untuk mensyukurinya..(kerana x semua orang perasan bahawa dakwah itu adalah satu nikmat percuma dari Ilahi)

bagaimana seharusnya kita?

menerima dan melaksanakannya?

atau menerima dan membelakanginya?

atau buat dun no sahaja?

hmmmmm,

betapa sayangnya Allah kepada kita. Maka Dia telah menghamparkan satu landasan tarbiyah yang sangat indah untuk kita hayati kisahnya. Dia telah memandu kita untuk bersegera dalam meng'grab' dan menikmati jalan ini.. sehingga suatu masa kelak, Dia juga yang menentukan pengakhiran kita samada tsabat atau kianat. (sob3x dengan lajunya)..


lebih istimewa lagi..

jalan ini Allah hamparkan dengan satu ikatan perjanjian. satu urusan jual beli yang sangat menguntungkan..

habuan materialnya tidak akan kita dapat selama kita di dunia. tetapi segalanya akan dibayar di akhirat kelak..

namun, disebabkan bayaran kepada jalan percuma yang kita tempuh ini terlalu mahal sehingga mencapai infiniti kebahagiaan,keindahan dan ketenangan, makanya..Allah menyediakan sedikit penapisan dan kepayahan untuk sesiapa yang meng'grab' jalan percuma ini.

memang kuakui, kekadang kerapuhan dan kefuturan itu berlaku bilamana aku menyandarkan perlakuanku dengan dunia hatta sedikit cuma. kerana aku mengimani bahawa syaitan itu sifatnya sentiasa bersiap siaga untuk mencari peluang terbaik dalam mencucuk rasa was-was dan cinta kepada dunia itu.

dan apakah kekuatan kita?

apakah bekalan para daei bagi menangkis godaan-godaan syaitan dan konco-konconya?

bagi aku 3 sumber kekuatan ini memang benar patut kita ada:

1. Keimanan dan ketakwaan
- yang menjadi pendokong kepada para daei supaya hati itu lebih kepada tarikan iman than tarikan syaitan.
-kerana iman itu yang akan menggerakkan amal kita.
-kerana takwa itu jambatan hubungan kita-Allah-manusia.

2. Ukhwah
- ukhwah yang akan menghidupkan jemaah.
-ukhwah yang akan membuahkan amal muntijah.
-ukhwah yang akan membantu melengkapi saqafah dan fikrah.
-kerana kita tidak mampu melakukan segalanya secara individu melainkan Allah juga sangat mencintaai kita berdiri dalam saf-saf yang tersusun kukuh.(61:4)

3. Material
-bagaimana dan kemana kita salurkan segala material yang kita ada?sungguh, Allah akan memberi kepada kita. tapi, sejauh mana kita memberi untuk DnT itu sendiri.
-sebanyak mungkin kita perlu mnyediakan material yang boleh melajukan dan memuntijkan gerak kerja kita. seperti kereta, RI, duit, dan paling utama adalah RIJAL2. itu material terpenting harus kita bina dan cari.

KETIGA-TIGA ini haruslah kita sandarkan kepada satu lagi bekalan yang menjadi push factor langkah kita agar tidak longlai ditengah perjalanan..itulah dia himmah aliyah!




teringat kata-kata ishab yang di 'distribute' kan di seluruh pelusuk dunia dan menjadi inspirasi kepada para daei sehingga kini:

”Anda sekalian adalah ruh baru yang mengalir dalam jasad umat ini.”

dan begitu juga, syeikh ahmad ar-rasyid juga pernah bicara:

Mukadimah jalan dakwah ialah mengasaskan himmah yang tinggi.

kerana himmah aliyah itulah, sumayyah sanggup disula kerana mempertahankan 'ALLAH itu Tuhanku.'

kerana himmah aliyah itu para sahabat berpanas terik tanpa selipar ketika mengharungi perjalanan yang jauh untuk ke Tabuk.

kerana himmah aliyah itu sultan muhammad fateh mengemudi sehabis baik tenteranya untuk menakhluk konstantinople.

kerana himmah aliyah itu, sultan salahuddin al-ayubi menerjah baitul maqdis sehingga menang.

kerana himmah aliyah, hassan al-banna, syed qutb, dr. rantisi, syeikh ahmad yassin syahid dalam mempertahankan kata-katanya.

itulah himmah aliyah!

semangat berkobar-kobar! cita-cita tinggi untuk melaksanakan satu obsesi dalam dirinya. seperti rijal-rijal yang obses dengan jalan-jalan yang diimaninya..

himmah itulah yg membuahkan iman dan melahirkan percakapan juga amal...

begitulah himmah aliyah mengajarkan kita..

bercita-cita tinggi sehingga melahirkan amal yang dahsyat..

sehingga janji Allah itu ditepati..

Sesungguhnya orang yang berbai'at (berjanji setia) dengan engkau, hanya sesungguhnya mereka berbai’at berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka sesiapa memungkirinya adalah dia sesungguhnya memungkiri atas dirinya sendiri, dan sesiapa memenuhi apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Dia (Allah) akan memberikannya pahala yang besar.(48:10)

sungguh!

jalan ini percuma...

bayarannya terpulang kepada kita..

dan habuannya terpulang kepada Allah..

wallahuallam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...