Thursday, April 23, 2009

Doa Rasullullah s.a.w

dr Ammar Ibn Yassir: aku pernah mendengar rasullullah s.a.w berdoa
wahai Allahku, dengan keghaiban ilmuMU,dengan kekuasaanMU atas segenap ciptaanMU. hidupkanlah diriku dengan kehidupan yg baik menurutMU, dan matikanlah diriku dengan kematian yg baik menurutMU. Wahai Allahku, kurniakan kepadaku rasa takut kepadaMU baik dlm keadaan samar mahupun terang. Aku memohon kepadaMU perkataan yg benar dan lurus di saat marah dan reda.
Aku mohon kepadaMU, kewujudan tujuan disaat miskin dan kaya.
Aku mohon kepadaMU anugerah nikmat yg tiada pernah habis. Aku pinta kepadaMU permata hati yg tidak pernah terputus. Aku mohon kepadaMU perasaan rela menerima ketentuan takdirMU, serta kedamaian hidup selepas kematian. Aku mohon kepadaMU supaya mampu melihat wajahMU yg mulia, serta kerinduan untuk bertemu dgnMU tanpa ada yg menghalangi diriku. Aku mohon kepadaMU agar jauh dr fitnah yg memayungi hidupku. Wahai ALLAHku,rahmatilah diriku dgn kebaikan iman,hiasilah diriku dengannya. Wahai ALLAHku,berilah aku petunjuk sebagaimana org2 yg telah Engkau beri petunjuk...~Kisah Cinta Dalam Al-Quran oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...