Monday, May 9, 2011

Kisah Ms. Italiana

Diceritakan kisah benar ini dari seorang syeikh yang aku kagumi. Betapa kata-katanya benar-benar menusuk masuk kedalam jiwa yang sedang rapuh dalam medan kefuturan. Ketika naqibahku mewar-warkan kedatangannya di dalam satu program umum, aku rasa lelah dan ragu samaada mahu mengikutinya atau 'ignore' sahaja.

Nah!bila naqibah kata wajib, maka kukuatkan jua kaki untuk melangkah. Tatkala ini, tiada apa yang menjengah akalku melainkan firman Allah yang turun tatkala buah kurma sedang masak ranum di kebun-kebun sekitar madinah sedangkan semboyan ke medan jihad telah dialunkan.
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At Taubah:41)
Pantas, kedatanganku kesini sungguh tidak sia-sia. makin membina himmah dan menambah perasa keimanan dalam jiwa. alhamdulillah, tiada lain melainkan syukur dengan nikmat yang Allah kurnia..Ingin aku kongsikan satu cerita menarik yang tidak akan senang tidurku hatta beralaskan tikar mengkuang semata sebelum aku menceritakan kepada ikhwah wa akhawat sekalian.

Kisah seorang remaja perempuan Italy yg berumur 18 tahun. Sukalah aku namakan dia sebagai Ms.A. Iyaaaa, Ms. A..

apa 'special' nya Ms.A ini?

Ms.A hanyalah seorang remaja perempuan yang berasal dari Italy. Kisah hidupnya menjadi 'special'  setelah melakar sejarah kerana meninggalkan kemewahan dan keselesaan di tanah tumpah darah sendiri semata-mata untuk melaksanakan agenda besarnya di bumi Cameroon,Afrika.  Sanggup merentas perjalanan lebih 3000km hanya untuk menyampaikan satu 'dakyah' yang diimaninya.

Bayangkan seorang remaja perempuan sanggup ke negara Afrika yg dipenuhi dengan semak samun, ular dan binatang berbisa hanya semata-mata utk "berdakwah" supaya semua Muslim yang ada di Afrika memeluk agama Kristian yang diimaninya.

Dimaklumkan seramai 1500 muslim yang berada di Cameroon dan semuanya hanya Muslim atas nama..Untuk beribadah sebagaimana seorang Muslim, jauh sekali kerana tiadanya sumber ilmu dan usaha  dakwah di sana.

Setelah setahun enam bulan berlalu, akhirnya Ms. A berjaya memurtadkan seramai 1499 orang muslim hasil usaha dakyahnya.Bayangkan, Ms. A hanya menggunakan 1 tahun enam bulan untuk memurtadkan seramai 1499 org Muslim.

Setelah itu, hanya seorang Syeikh yang masih 'maintain' dalam islam yang diimaninya.

Namun,  Syeikh ini juga hampir-hampir kehilangan semangat untuk melawan arus kristianisasi di sekelilingnya. Malah, telah menemui jalan buntu bagaimana mahu mengembalikan ahli masyarakat yang telah dipesongkan dari jalan Allah ini..
Alhamdulillah, disaat kebuntuan maha dahsyat, Allah telah mengilhamkan syeikh  ini untuk bertemu dengan seorang ikhwan dan membincangkan masalah besar yang melanda kampung Cameroon. Ikhwan tersebut telah memberi motivasi dan semangat kepada syeikh untuk terus kuat dalam memegang islam yang diimaninya. Malah, mereka sama-sama berbincang  cara terbaik bagaimana untuk berdakwah kepada Ms. A Italiana tersebut...

Akhirnya Syeikh tersebut mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ms. A Italiana dengan niat utk berdakwah !! Harapan yang sangat besar oleh Syeikh tersebut , sekiranya remaja ini memeluk Islam, sudah tentu ahli masyarakat yg lain juga akan berjaya di Islamkan kembali..

Lain pula perasaan Ms. A Italiana tatkala diajak untuk berdiskusi berdua.. pelbagai agenda dan 'dalil' pekat disediakan untuk menguatkan dakyahnya kepada syeikh tersebut, dengan harapan hati syeikh tersebut akan cair dengan dakyah kristianisasinya.

Perjumpaan telah diatur dengan penuh semangat dan debaran dalam hati kedua-duanya.. Dengan bantuan Allah, penerangan dan dakwah yg penuh hikmah serta dalil-dalil yang jelas telah membuatkan Ms. A berfikir kembali tentang setiap tutur bicara syeikh tersebut. Lagi-lagi tentang keagungan Allah swt..akhirnya, kembalilah Ms. A Italiana tersebut kepada "Fitrah Azali" seorang hamba Allah kepada PenciptaNya..
"Manusia itu seperti logam. baiknya dia ketika jahiliyah, maka baiklah dia ketika islam, sekiranya dia faham."-hadith riwayat muslim

Sebagaimana Umar Al-Khattab tatkala menerima Islam sebagai 'deen' hidupnya, begitulah juga dengan Ms. A yang telah menyerah diri kepada Allah semata. Tanpa kompromi, tanpa banyak soal bicara, remaja ini mentajarrudkan diri dari segala unsur-unsur kristian sekaligus memasukkan dirinya kedalam islam secara kaffah.
Begitulah hakikatnya...bila manusia menggunakan logam dalam dirinya untuk perkara fitrah yang diilhamkan oleh Allah, secara automatik, matlamatnya sangat jelas dan amalnya mantap menggambarkan wala'  hanya untuk Allah semata.

Ms. A  telah disedarkan akan silap besar yang  dilakukan oleh syeikh tersebut bahawa perbuatan dia yg terdahulu boleh menjadi asbab dicampak kedalam neraka jahannam dan hanya satu cara yang boleh menebus semula kisah jahiliyah itu iaitu DAKWAH. Tanpa banyak soal bicara, Ms. A dengan penuh tekad dan keazaman mengubah dakyahnya kepada dakwah lillahi taala. Dan, hasil kesungguhan atas apa yang baru diimaninya ini, akhirnya 1499 orang yang murtad diatas tangannya telah kembali kepada islam semula.

Subhanallah!Subhanallah!Subhanallah!

dan lebih dahsyat lagi gempak bila kejayaan dakwahnya hanya mengambil masa  enam bulan sahaja. Yaaaa! 6 bulan sahaja iaitu separuh daripada masa dakyahnya.

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

akhawat wa ikhwah sekalian.

apa perasaan antum ketika membaca kisah ini?

Tidak terujakah kita mendengar kisah yg meniupkan semangat ini....

tepuk dada, tanyalah iman dalam hati kita..

adakah kita sudah benar-benar mengimani jalan ini adalah satu-satunya cara untuk kita membawa islam kepuncak dunia?

adakah kita sudah benar-benar mengimani jalan ini adalah satu-satunya 'short cut' untuk kita bertemu Allah dalam redha?
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang- orang "Muhajirin" dan "Ansaar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya selama-lamanya itulah kemenangan yang besar."(9:100)


Bagaimana kesungguhan kita dalam membawa dakwah dipundak bahu kita?

Bak kata syeikh yang menceritakan kisah ini kepadaku;

Kita tidak perlu pergi ke Afrika untuk jalankan usaha dakwah seperti mana Ms. A Italiana ini, tetapi lihatlah di sekeliling kita..

masyarakat,jiran,ahli keluarga, universiti dan remaja-remaja kita.atau di mana sahaja ruang dan medan yang kita ada....

Bagaimana seharusnya kita bertindak keatas mereka dan segala apa yang berlaku di persekitaran kita?

bukankah tarbiyah telah mengajarkan kita bahawa dakwah itu adalah nafas dalam gerak dan tidur kita?

fikir-fikirkanlah, apakah sumbangan kita dalam membawa islam kepada puncak ustaziyatul alam?

tidak malukah kita dengan Ms. A italiana yang berusia 18 tahun cuma?

wallahuallam

4 comments:

~NARAmuslimah~ said...

jzzk kak mum atas pkongsian ni,,
^_^
sgt2 mmberi smangat!

~NARAmuslimah~ said...

jzzk kak mum atas pkongsian ni,,
^_^
sgt2 mmberi smangat!

Liana said...

salam alaiki ukhti

jakillah khayran kongsi informasi ini. mashaAllah, ana sgt2 malu dgn diri sendiri tapi apakan dayanya, ana tidak sehebat Ms A ini. moga ALlah perkuatkan lagi keimanan diri ana. amin yaRabb.

teruskan berda'wah dan jgn lupa juga untuk kerjakan apa yg dikatakan spt dlm surah al-Imran.

moga sentiasa thabat di jalan benar i.e. jalan Allah.

wslm warahmatullah

Ariffah9 said...

subhanallah.

betapa perancangan Allah itu menakjubkan! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...