Thursday, July 9, 2009

Al-Fatihah buat Nabil Marwan

Pada 2hb Julai yang lalu,sepupu saya Nabil Bin Marwan telah kembali ke rahmatullah setelah terlantar sakit hampir 3 bulan lamanya. Ketika mendapat berita ni dari Pak Wan (ayah Nabil) pada jam 11 malam, seisi rumah saya tak boleh tidur. Ikutkan memang nak balik kampung kat sungai besar tapi tak mungkinlah sekarang sebab abah tak boleh memandu malam. Akhirnya,keesokan pagi barulah kami bertolak. Memang tak berniat nak melihat nabil untuk kali terakhir. Kalau Pak Wan nak tunggu kami,terlalu lewat. Pukul 3 petang baru kami sampai. Suasana suram membuatkan saya sebak sangat apatah lagi ketika menyalami dan memeluk Acik Idah(mak Nabil) dan sepupu-sepupu saya yang lain..Hamparan kesedihan jelas tergambar namun medan kesabaran menjadi tunjang keredhoan. Mak Cik saya cerita Nabil meninggal dengan mudah. Mak Ayah Nabil tak nampak Nabil nazak pun. Meninggal setelah membaca doa tidur untuk tidur. Itu jer..Betapa Allah sayangkan dia,keluarga,saudara-mara dan teman-teman jua. Sebulan sebelum meninggal,ketika nabil berubat kampung di rumah,dia ada meninggalkan wasiat pembahagian harta untuk adik-beradiknya. Apatah lagi Nabil sempat bergurau dengan mereka dengan menyatakan
'Nanti kalau aku dah takde mesti korang teringat kita sembang-sembang kat sini kan..'
Masa Noor(kakak Nabil) cerita kat saya,mengalir airmata saya. Betapa dia yakin dan tahu hidupnya sememangnya dah tak lama. Sedangkan adik-beradiknya semua menganggap itu satu gurauan. Nabil mengidap penyakit aplastic anemia. Autoimmune disease ini menyebabkan sumsum tulangnya gagal menghasilkan sel darah. Akhirnya,dia kekurangan sel darah merah,putih,platlets and soon. Mendengar nama penyakit Nabil sudah cukup membuatkan saya tersentak. Apakah autoimmune disease ada kaitan dengan genetik?..Wallahualam. Pagi tadi,selepas solat subuh,tak pasal-pasal airmata saya menitis. Bagaimana agaknya kehidupan Nabil di dunia baru?..Kadang-kadang, terasa cemburu dengan dia..Bukankah sakit itu penghapus dosa?.Bersihnya dia tatkala kematian menjemput tiba.Dia adalah pejuang. Dia bercita-cita untuk syahid. Saya teringat suatu ketika dulu masa saya Tanya
‘Nabil,ko nak sambung belajar kat mane?. ‘Aku nak g syiria kot. Senang nak sahut panggilan jihad,’jawab Nabil.
MasyaAllah,masa ni saya jahil lagi. Kami sama-sama baru habis SPM dengan keputusan yang sama,9A.Walaupun kami bersaing sejak kecil lagi,hakikatnya saya akui dia lebih hebat dari saya. Menjadi hafiz,anak,abang,adik yang soleh dan saya yakin dia seorang sahabat yang baik. Masa saya sampai rumah Nabil,ada tetamu, doktor yang mengubati Nabil dengan cara kampung. Katanya Nabil syahid. Wallahualam.Semoga rohnya kekal bahagia di alam baqa.amin.Al-Fatihah!..Saya pernah rasa perasaan menghadapi saat antara hidup atau mati. Betapa 100% pergantungan, kita serahkan pada Yang Esa..Redha andai malaikat menjemput. Tapi Allah telah berikan peluang buat saya untuk kembali pulih dan meneruskan kehidupan. Pada pendapat saya,ujian paling besar dalam hidup saya bila dilahirkan ke dunia. Matlamat saya adalah untuk hidup dan mati dalam islam. Misi yang terlalu besar dijunjung adalah untuk menjadikan islam sebagai ustaziyatul alam. Jalan mujahadah paling sukar saya lalui adalah untuk istiqamah dalam perjuangan. Ya Allah,hidup dan matikanlah daku dalam mentaatiMu dan RasulMu.InsyaAllah,amin. Apa-apa pun,hidup perlu diteruskan. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi.insyaAllah

6 comments:

Afif Zainuddin said...

kalaulah ada ramai penderma organ kat negara kita nih..
hhmmmm~

Anonymous said...

ya allah...teringinnya nk mati ngn tenang..mg2 Allah perkenan,amin...

mum...

k.aida.

Nur Ad-Durrah said...

salam ziarah...

menitis air mata saya baca entri ni..
arwah kenalan dalam kelas kt uia dulu..
sempat gi ziarah keluarga arwah isnin lepas..masih sugul lagi. Mak cik idah kdg2 menitis gak air mata..

terus terang, pemergian arwah sgt2 memberi kesan kpd kami semua..semoga tenang di sana..

jemput bertamu

mumtazahmaridi said...

buat nur ad-durrah..syukran jazilan..jazakillah..

buat kak aida
sama-sama mendoakan..semoga Allah perkenan.amin

buat afif..
kdg2 ada certain thing yang kita tak mampu lakukan..mati itu pasti,hidup itu insyaAllah...

nabella said...

saya kawan arwah masa di SBPij..
rasa terkilan sebab hanya diberitahu yang arwah telah tiada setelah 2 minggu dia pergi..
saya tak tahu arwah sakit..

sentiasa doa untuk arwah..
Al-Fatihah~~

syazanur said...

saya junior dia.. masa dia form 5 saya form 1.. tapi dia ni famous sangt.. Ketua pelajar, vokalis nasyid.. aktif sukan.. sopan santun je.. kalau dengar dia azan, mesti nagis punyelah..! dengar berita dia meninggal masa kat sekolah.. form 5 2009.. hibanya... Allah sayangkan dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...