Sunday, June 28, 2009

Syahadul Haq

Istimewanya Syahadatul Haq yang akak-akak semua anjurkan untuk kami. Kami menginap di rumah Melaka di Bukit Cerakah selama satu hari satu malam. Alhamdulillah, betapa indahnya ukhwah. Indah dan besar jua pengisian yang kami dapat disini. Satu turning point yang dalam berlaku dalam jiwa saya. Ya Allah,Engkaulah yang memegang hati-hati kami. Hasbunallah wa nikmal wakeel. Syukran jazilan antum semua. May Allah Bless you always.
Segala puji untukMu Ya Allah,Tuhan sekalian alam..Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad s.a.w serta kaum kerabat dan para sahabat baginda. Alhamdulillah,sekali lagi Allah memberi keizinan untuk saya menulis disini. Kalau dilihat pada tajuk,Syahadatul Haq yang bermaksud penyaksian atas kebenaran. Saya tahu barangkali ramai yang sudah tahu,pernah dengar atau pernah mengikuti program ini. Barangkali juga ada yang tak pernah dengar pun apa itu ‘syahadatul haq’. Disebabkan saya dah dengar,dah join dan dah faham apa itu syahadatul haq maka sukalah saya berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang apa yang saya dapat sepanjang program Syahadatul Haq ini. Syahadatul haq ni sebenarnya adalah satu ‘talk’ oleh Syeikh Abu Al-A’la Al-Maududiyy(1903-1979). Beliau adalah pengasas kepada Jemaah Islami di Pakistan. Bermula dengan dakwah secara penulisan pada tahun 1928M dan terus berjuang melalui khutbah-khutbah dan perjuangan fizikal menentang penjajah. Seperti Syeikh Hassan Al-Banna(1906-1949),yang menjadi pengasas kepada ikhwan muslimin,dan memulakan aktivis dakwahnya di warong-warong kopi pada tahun 1927M. Kalau kita lihat pada tarikh kelahiran dan ‘starting’ dakwah mereka berlaku pada masa yang sama,tetapi hakikatnya mereka tidak pernah bertemu. Seorang di Pakistan, dan seorang di Mesir. Kedua-dua gerakan besar yang telah mengubah persepsi masyarakat sekeliling tentang Islam dan tanggungjawab seorang muslim ini,benar-benar memberi impak dalam masyarakat yang fuquhu sehingga sekarang. Risalah-risalah dan khutbah-khutbah mereka dijadikan intipati dalam pelbagai program penyampaian dakwah. Kerana apa agaknya ye????hmmmm, kerana masalah ummat zaman sekarang,sama dengan ketika zaman itu. Zaman dimana kita ummat Islam menganggap lafaz ‘Asyhaduallailahaillah wa asyhaduannamuhammadrasullullah’ sudah cukup untuk melepaskan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Yang Maha Mencipta. Zaman dimana penyakit wahan(cintakan dunia,takutkan mati) menjadi tunjang dalam diri sehingga lupa pada janji di luh mahfuz dahulu. Berbalik pada program, Kak As sebagai presenter sangatlah sempoi,so memang kami tak mengantuk. Beliau memulakan program dengan refresh serba sedikit tentang ISK. Alhamdulillah,segala masih segar diingatan. Baiklah,tanpa membuang masa,saya teruskan dengan pengisian yang terkesan dihati ini.
1.Saya sangat tertarik ingin berkongsi tentang kepentingan baitul muslim. Analogi tentang 1+0=0,1,-1 dan 1+1=3. Jangan kata Kak As tak pandai mengira.. hmmm, Kalau kita tengok pada muratib amal bermula dengan INDIVIDU MUSLIM-BAITUL MUSLIM-MASYARAKAT MUSLIM-DAULAH MUSLIM-KERAJAAN MUSLIM-EMPAYAR MUSLIM-USTAZIYATUL ALAM. Untuk mencapai tahap islam sebagai ustaziyatul alam(pengikut kepada alam),kita mesti bermula dari bawah. Saya nak story disini tentang kepentingan baitul muslim. Kenapa perlunya seorang individu muslim berkahwin juga dengan individu muslim. Maksudnya yg fuquhu(faham) kahwin dengan yang fuquhu. Merujuk analogi number diatas. Kalu 1+0=0,1,-1..contohnya jika seorang isteri yang fuquhu(faham),1 dan telah berkahwin dengan seorang suami yang ‘tak faham tapi tahu’,0 maka,isi rumah tersebut akan jadilah 0,1 atau -1. Mungkin si isteri tabah memperjuangkan kefahamannya,mungkin si isteri akan meninggalkan kefahamannya dan mungkin tiada perubahan dalam diri si isteri. Tetapi,jika seorang IM berkahwin dengan IM juga maka terlahirlah satu sinergi yang mampu menambahkan kemantapan perjuangan dalam menaiki tangga seterusnya,melahirkan masyarakat muslim. That’s why 1+1=3(suami,isteri dan sinergi). InsyaAllah.
2. ‘Dan demikian pula Kami jadikan kamu(umat islam),umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan umat manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu’(Al-Baqarah:143)..
Jika kita teliti makna ayat ini,kita nampak yang Allah telah memilih kita sebagai ummat pertengahan yang akan menjadi saksi kepada ummat manusia. Masa ni,saya bayangkan suasana di court Allah diakhirat nanti. Rasullullah-----Ummat Islam yang faham(ummatan wasato)-------Umat maanusia yang tak faham(muslim dan non muslim)----------Neraka.
Mari kita lihat mahkamah Allah diakhirat kelak. Sahabat,secara fitrahnya,Allah takkan menghukum manusia yang tidak mengetahui. Sebelum mereka yang lay-kar dicampakkan kedalam neraka,kita sebagai saksi atas perbuatan umat man-usia-lay-kar ini. Jadi adakah kita(yang telah faham) telah menyampaikan kepada umat islam yang ‘tak faham’ ni tentang syahadatul haq? Adakah kita umat islam telah menyampaikan kebenaran ISLAM itu sendiri kepada mereka yang kafir?..IF NOT,maka kitalah(umat pertengahan) yang akan dihukum. Tatkala ini,adakah kita akan salahkan rasullullah yang telah sedaya upaya menyampaikan risalahnya sehingga kehujung nyawanya????? Kalau sahabat masih tak percaya dan ragu-ragu tentang tanggungjawab syahadatul haq ini silalah tengok makna lafaz syahadah kita sebagai orang islam
aku BERSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah’.
Mengapa lafaz itu bukan ‘aku percaya’??Kenapa???.. Sebab,once kita dah melafazkan ‘aku berSAKSI’,maka jadilah kita saksi diakhirat kelak buat kaum kafir. Jadi,adakah anda umat islam yang menjalankan penyaksian terhadap kebenaran ini?..Jika YA,fahamilah dengan hati,marilah teman seislamku,rasailah tanggungjawab besar yang Allah diberikan oleh Allah buat kita sebagai ummat pertengahan yang akur beriman kepada Allah. Sepatutnya kita dapat rasai tanggungjawab ini selepas melafazkan syahadah. Tanggungjawab yang tak mungkin akan terlaksana jika kita hanya beriman kepada Allah,malaikatnya,kitab-kitabnya,rasul-rasulnya dan hari kiamat. Tanggungjawab yang takkan tertunai dengan hanya puasa,zakat,haji,buat baik pada orang.NO!Ketahuilah,sedarlah bahawa ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting iaitu melaksanakan Syahadatul Haq ( pengakuan bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah) kepada SELURUH UMMAT MANUSIA.
‘(Mereka Kami utus) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar TIDAK ADA ALASAN(pada hari kiamat kelak) bagi manusia terhadap Allah sesudah mengutuskan rasul-rasul itu..’(An-Nisa’:165)
‘Bertasbih kepada Allah APA SAJA YANG ADA DI LANGIT dan DI BUMI..’(As-Sof:1)
"Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para Nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka" - Al Maududi
Sahabat,adakah kita sudah menunaikan tanggungjawab syahadah ini kepada semua ummat manusia sehingga man-usia-lay-kar dan kafir ini takkan ada hujah kukuh diakhirat nanti untuk tidak dihukum?.. Sahabat,adakah telah bertasbih semua yang ada di langit dan dibumi?..semua haiwan,tumbuhan,malah setiap apa yang manusia cipta(cth:kerata yang mengandungi jisim atom-atom yang sentiasa bergetar dan metal yang mengandungi electron,proton,neutron yang sentiasa mengililingi petalanya),semua bertasbih mengingati Allah…hanya MANUSIA jer yang lalai. Yang jauh dari Sang Pencipta. Nauzubillah.. Apabila kita berada disituasi sebegini,tanggungjawab yang perlu segolongan ini melakukannya (fardhu kifayah) telah menjadi fardhu ain keatas setiap ummat manusia itu untuk berdakwah.
Analogi dari Kak As
Analogi ‘orang sumo dan saya’. Contohla,satu hari di pagi yang hening,saya jalan-jalan dan terjumpa satu mayat orang kampung kita. Badannya besar macam orang sumo. Tapi badan saya kecik macam semut. Semua orang kampung tak de nih! Semua sudah pergi keje. Nak tunggu orang kampung balik keje terlalu lambat lagi,mayat dah berbau. Jadi,wajiblah keatas saya untuk menguruskan mayat ni. Bermula dengan mandikan,kafankan setakat yang mampu dan tatkala nak mengkebumikan apa jadi?macammana saya nak angkat orang sumo ni sedangkan saya nak tolak pun tak larat. Kafankan pun setakan mampu jer. Tak kira!saya berusaha juga dengan bersungguh-subgguh sehinggalah hari sudah petang. Akhirnya saya syahid dalam usaha nak mengkebumikan mayat orang sumo ni. Jadi sekarang ada 2 mayat yang belum selesai diuruskan. Tatkala hari sudah senja,maka baliklah penduduk kampung yang bekerja sejak pagi tadi. Maka sekarang,wajiblah keatas mereka untuk menyelesaikan tanggungjawab ini sehingga selesai. Kalau belum selesai,wajib keatas setiap mereka berusaha untuk mencari penyelesaian.
Natijah dari analogi
Samalah juga dengan situasi sekarang. Yahudi dan Amerika telah menjadi ustaziyatul alam sehingga setiap mata yang memandang ingin mengikut mereka. Mata dan hati mereka telah ditutup dengan sekularism2 oleh Barat. Selagi islam belum tertegak,selagi belum sampai dakwah yang menyatakan jalan syahadah ini kepada seluruh ummat manusia maka selagi itulah tanggungjawab ini terpikul atas bahu mereka yang telah melafazkan syahadah. Fikir-fikirkanlah besama,semoga bermanfaat.
Percayalah,setiap kali kita lengah dalam menunaikan tanggungjawab syahadatul haq ini, setiap kali kita bertindak menyokong kesesatan dan tenggelam dalam kesesatan dan kesalahan,kita sebenarnya telah berundur ke belakang dan ditimpa kelemahan. Kita juga akan dihimpit kehinaan dan kemunduran.
Dan ‘kita’ yang dimaksudkan adalah ummat islam yang telah melafazkan syahadah. Sebab itulah berlaku pelbagai masalah kepada ummat islam sekarang. Kita ditindas,dikeji,dihina dan diinjak-injak oleh mereka yang menggelar diri mereka sebagai ‘The New World Order’. Inilah yang berlaku setelah gelaran ‘world order’ yang pernah kita genggam suatu masa lalu telah menjadi sejarah,terkubur,malah mereka berusaha membuang segala kisah kita. Melalikan kita tentang keindahan zaman pemerintahan islam suatu ketika dahulu.
Cara penyampaian syahadah
1. Perkataan-Jelaskan kepada manusia tentang kebenaran yang telah disampaikan dan diterima menggunakan lisan,pena atau apa jer cara dakwah. Blog,emel,chat....
2.Perbuatan-Melalui peribadi yang boleh menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang diyakini melalui syahadah kita. namun jangan sangka ini sudah cukup menandakan kita telah melaksanakan segala tanggungjawab kita dan mampu berhadapan dengan Allah kelak. TIDAK!Hakikatnya lafaz syahadah ini tidak akan berhasil melainkan terbentuknya sebuah negara yang tertegak berlandaskan prinsip yang abadi seperti yang jelas dinyatakan dalam agama Islam. Sebuah negara yang memartabatkan agama ini sebagai matlamatnya. Negara yang melaksanakan pelaksanaan sistem syariah sebagai objektif dan misi utamanya. Sebuah negara yang merealisasikan sebuah negara islam dimana negara dan rakyatnya ditadbir secara adil,benar dan bersumberkan seluruh teras dalam agama Islam.
Sahabat yang budiman,gunakanlah segala sumber yang ada,kekuatan fizikal dan mental yang kita ada,sama-sama kita berusaha dalam memahamkan mereka(bermula dengan orang islam) tentang syahadatul haq ini.
Pendapat saya setelah tahu dan jelas tentang lafaz syahadah yang saya lontarkan setiap kali solat ini adalah….Kita tak punya masa untuk fikir tentang masalah kecil2 dalam kehidupan kita. Untuk bergaduh tentang perbezaan pendapat dalam jemaah yang berbeza,berbalah tentang isu-isu,gosip2 artis,masalah cinta dan semua masalah remeh dunia. Kita punya matlamat yang lagi besar. Sebelum melangkah kaki untuk pulang,saya telah set dalam mind saya bahawa matlamat terbesar dalam hidup saya adalah berjihad dalam menegakkan syahadatul haq yang saya lafazkan sejak di luh mahfuz lagi sehingga saya mati. Hidup mulia atau mati syahid,dipandang mulia disisi Allah, tak hidup dek puji tak mati dikeji. Ya Allah, hidup dan matikanlah aku dalam mentaatiMu dan rasulMu..aminn. dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ‘Aku berSAKSI bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah”..Marilah sahabat,sama-sama kita hayati lafaz syahadah yang menjadi kunci kebahagiaan Akhirat kita..wallahualam

6 comments:

liang said...

The Language is?

sorry~I am just very interested in U&Ur things.

nice to meet U

mumtazahmaridi said...

the language?this is malay language..nice to meet u too..
thanks visit me.

mzaimmnor said...

Lame xmakan dalam dulang ramai2...

Nurul Wahida said...

assalamualaikum...
nk tny, baju biru itam,tudung itam putih tuh and pakai spek tu kak sal kn?

fi zhilalil tarbiyah said...

mum>nurul wahida:waalaikumussalam..iyeee,salbiah zulkifli..=)

Faridul said...

Assalamu'alaikum

Ukhti,
Ana copy & paste (serta edit sedikit) perkongsian SH anti ni untuk dimuatkan dalam modul halaqah sekolah kami. Harap anti redha.

jazakillah khairan

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...