Hmmm, baru-baru ni terlalu banyak memikirkan tentang mereka.
Mereka yg berada disisiku.
Bermuhasabah kembali..
Apa yang telah aku lakukan kepada mereka?
Apakah aku telah menunaikan hak2 yang sepatutnya mereka terima dari aku?
Sebagai seorang sahabat, ukhti,rakan sekerja,rakan serumah, anak,adik,kakak?
Sangat2 terkesan..
Sangat2 terasa yang banyaknya kekurangan dalam memberi.
Sibuk..bekerja..belajar..berusrah..berdaurah..
Sekadar itukah alasan yang mampu aku senaraikan?
Tahulah kita syurga itu mahal..
apakah cukup dengan kesibukan begitu untuk membayar tiket masuk ke syurga yang mahal itu?
Semuanya bermula semasa 1st sitting usrah bersama adik-beradik dan ummi baru..
Sangat2 terkesan, tertampar dan terkesima bila diperingatkan tentang hak2 orang sekeliling yang berhak mereka terima dari kita
Apatah lagi kepada mad’u2 yang sedang kita bina
Selalu sangat berlaku
Kita berasa lemah bila tengok adik2 kita menjauh
Kita berasa sedih bila mereka masih tidak memenuhi kehendak kita walaupun telah setahun dibentuk dibawah kita
@ kita berasa terkilan bila mereka masih beralasan bila dipsiko@ditanya@diminta menjalankan shahadatul haq yang telah mereka terima
Tapi kenapa?
Kenapa kita terlupa bertanya kepada diri kita..
Adakah kita benar2 telah memberi hak2 mereka?
Adakah kita telah all out memenuhi shahadatul haq sehingga layak mengajak mereka berlari bersama kita?
Telitikah kita untuk memenuhi keperluan2 mereka yang kekadang kita sendiri terlepas pandang?
Malunya..malu sangat untuk mengaku bahawa aku seorang daei..
Bilamana hasil muhasabah keatas diri sendiri
Terlalu banyak hak2 orang sekeliling yang belum aku tunaikan..
Boleh aku telefon@mesej2@jumpa@ dengan adik2 yang aku bina setiap minggu..
namun lebih 2bulan tak balik menemui ibu bapa yang aku cinta..
Hanya Allah yang tahu.
Hati ini sangat2 berat menanggung rindu.
Hanya Allah yang tahu.
Semoga nilai ibadahku diberikan kepadamu.
betapa fahamnya dikau betul2 mengharukan anakmu.
maafkan daku kerana kurang memberi kepadamu.
Sentiasalah kita peringatkan diri..
Sememangnya benar setiap satu hati2 dipegang oleh Allah Yang Satu
Hanya Dia yang berhak member kefahaman tentang islam kepada sesiapa yang Dia mahu
namun indahnya andai mereka menerima kefahaman yang Allah berikan kepada mereka melalui kita
peringatan buat diri sendiri yang terlalu banyak masa rehatnya
siapakah yang boleh menjamin adanya hari esok untuk aku menunaikan shahadatul haq dengan sedaya upaya sehingga tiada ruang untuk aku memikirkan tentang ‘dunia yang indah’??
syurga itu mahal
dan untuk membelinya
kita perlu membayar dengan sejumlah pengorbanan yang mahal.
bukan sekadar materi yang digenggam
namun hati yang berat melepaskan
lepaskanlah segala beban dunia yang difikirkan
salam mujahadah
semoga ade nilai disisi Allah
jom sama2 tingkatkan hamasah dan amal!!!!
~lagi2, fikirkanlah hak2 seorang hamba kepada penciptanya~
No comments:
Post a Comment