Sunday, October 31, 2010

~Syukur Dia Tuhanku

Alhamdulillah..

Hmmm, murahnya air mata mengalir bila duduk bermuhasabah, mengenang dan merenung segala kebaikanNya kepadaku

Siapalah aku..

Apalah yang ada padaku..

Setakat manalah pengabdianku..

Namun tiada pernah Dia menjauhiku..

Kekadang aku terasa malu..

Namun tetap terharu..

Betapa Dia membantuku tatkala aku terasa blank untuk memberi pengisian kepada anak2 usrahku..

Betapa DIa mencukupkan masaku untuk berlari mengejar komuter ketika aku kelewatan mendapatkan hak dakwah dan tarbiyahku setiap minggu..

Betapa Dia memudahkan perjalanku yang mengejar masa untuk mentarbiyah mereka yang menuntut hak dakwah dan tarbiyah daripadaku setiap minggu..

Betapa Dia memberi untuk aku memiliki kerja,belajar,teman,keluarga,keupayaan dan segala yang memudahkan aku bekerja sebagai khalifah dimuka bumi

Betapa Dia memberi peluang kepadaku untuk hidup dibawah bayangan tarbiyah, kefahaman didalam agama, kecintaan kepada manusia, ketakutan kepada neraka, kemakmuran mengejar syurga dan keindahan mensyukuri nikmatNya..

alhamdulillah

ditambah lagi dengan kisah semalam yang begitu mengharukan daku..

Ya Allah, indahnya tarbiyahMu..

Berikanlah mereka kefahaman sebagai mana Engkau berikan daku kefahaman..

Berikanlah mereka nikmat kesyukuran bertuhankan Engkau..

Berikanlah mereka nikmat memahami erti islam, iman dan ehsan itu sendiri..

Dan sangatlah indah andai Engkau bukakan pintu hati mereka untuk menerima kebaikan dalam agamaMu melauiku..

Dan segalanya aku akui, hanya dengan izinMu..Ya Rabbi

amin

Sangat2 terharu dengan kisah semalam..

Aku merancang nak bawa adik2 DS2 tersayang bertadabbur alam di bukit gasing hari sabtu lepas(semalam)..

Tapi disebabkan sedikit kekangan, aku terpaksa memikirkan tempat lain yang lebih dekat..

Alhamdulillah seorang ukhti mencadangkan untuk bawa ke hutan rekreasi hill park..

Dan malam tu, mataku memang xmampu lena..

Kenapa?

Apa yang ade dalam kepalaku belum mampu dizahirkan kepada yang perlu diberitahu..

Hanya penuh didalam kotak fikiran, planner harian, dan folder tarbiyah didalam ladtopku..

Terlalu banyak yang aku rancang dan fikirkan..

Namun untuk lingkungan kecil adik2 usrah yang satu ni..

So special to me..

1st group yang banyak menerima salah dan benar dariku..

Tempat awal aku bertatih belajar mentarbiyah,mengalirkan arus2 kefahaman dan aura2 keindahan hidup bertuhankan Allah..

Merakalah yang terawal menerima aku mereka seadanya..

So special..

Merekalah hadiah dari Allah untuk aku..

Dan sememangnya aku realize..

Mereka adalah salah satu hadiah dari Allah setelah aku meninggalkan jahiliyah mensekutukan cinta Dia suatu ketika dulu..

Syukran Ya Allah..

Heee..

Berbalik kepada sessi tadabbur alam dengan adik2 tersayang..

Dengan beberapa konflik DnT yang berlaku baru2 ni dalam lingkungan usrah yang kecil ini..

Dengan beberapa ketetapan hadaf yang memberatkan fikiranku..

Dengan kepala yang berat memikirkan perancangan apa yang terbaik untuk mereka..

Ditambah lagi aku tak sempat pun survey hutan hill park tu macammna..

Mungkin kerana aku seorang yang terlalu memikirkan tentative supaya apa2 sahaja daurah@rehlah@ even usrah, mesti nak berjalan lancar..

Memang kita yakin yang kita sekadar merancang namun Dialah yang menentukan..

Tapi aku lebih suka berusaha merancang..dan after that, its depend on ALLAH, HE will give the best to us..

insyaallah

dan ditakdirkan hari sabtu pagi dalam pukul 7pagi, hujan yang sangat lebat turun dengan tiba-tiba..

terasa sebak sangat dada..

mungkin kerana beratnya beban dalam fikiran yang sedang memikirkan banyak benda menyababkan aku sekaligus teringat perang badar..

terasa semangat ruhul jadid menjalar dalam badan..Ya Allah, hambaMu sedang berjuang..

bantulah daku, bantulah kami..

mungkin lebih lagi perasaan rasullullah yang mengetuai ghuzwul badar..

beratnya menanggung amanah sebagai amir..

berat jua menanggung amanah sebagai daei..

membina manusia untuk bersama-sama kita menuju kepada redha Allah, menegakkan syariatNya dengan membawa agama yang haq ini kepada ustaziyatul alam bukanlah satu amanah yang boleh dipandang enteng..

mungkinkah aku yang tersalah fikir @ aku yang terlalu memikir?

Wallahuallam

Apa yang penting, aku sentiasa buat yang terbaik untuk mereka..

keranaMu dan tentunya dengan izinMu Ya Allah..

tidak mungkin aku faham, tidak mungkin aku tahu, tidak mungkin aku mampu menyubur iman tanpa izinMu, tanpa belas kasihanMu..

memandangkan hujan renyai2 ala-ala background ghuzwul badar gitu, mulanya aku merancang nak bawa mereka jalan2 kat bawah bukit jer..cari tempat best untuk sitting,

namun ditakdirkan Allah kami termasuk ke tengah2 bukit,(disebabkan kami termasuk ke laluan short cut bukit gasing), so..tak boleh la kami berpatah balik.

Perjalanan terpaksa diteruskan sehinggalah kami sampai ke puncak bukit..

Paling sweet lagi, rupanya hutan hill park ni adalah bukit gasing in other side..

Subhanallah, sy sangat2 teruja dengan perancangan Allah yang member kami kedua-duanya..

Hutan rekreasi hill park dan bukit gasing.

Hampir 2 jam kami jungle trekking accidently (memang tak warm up, setelah berpenat lelah berintaeraksi dengan alam yang menjadi golongan majority bersama manusia yang mengikut arus sunnatullah bertasbih kepadaNya,

Alhamdulillah kami dapat sitting di taman permainan kanak2 di hill park..

Subhanallah, hamasah yang dizahirkan oleh adik2 saya betul2 menaikkan semangat saya..

Dan tentunya apa yang paling best, hadaf yang sy tetapkan dan problems yang saya nak selesaikan telah diizinkan Allah untuk terlaksana..

Alhamdulillah..

Dengan segala apa yang terjadi disekelilingku,

Dengan segala apa yang aku miliki,

Dengan segala apa yang ada padaku,

Tidak pernah aku rasa ragu,

Dengan belas dan cinta Dia terhadapku..

Alhamdulillah Ya Rabbi, syukur Engkau adalah Tuhanku..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...