Wednesday, January 12, 2011

~dibawah bayangan AQ

"Aku hidup dibawah bayangan AQ,
dan disana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku miliki sebelum ini.
Nikmat yang benar-benar meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang.
dan aku terasa seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku melalui AQ..
Ya!!
Dia bercakap kepadaku, seorang hamba yang amat kerdil lagi kecil.
Manakah penghormatan yang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini?
~Syed Qutb dalam Mukaddimah Fi Zilalil Quran~
Mukaddimah zilalil quran..
hatta berpuluh kali aku baca dan ulangi, namun kesannya tetap mendalam setiap kali pembacaan.
benarlah Syed Qutb telah mengeluarkan puzzle2 AQ dan pati-pati kandungan AQ didalam mukaddimah yang panjang ini.
tak tahu nak terangkan macammane..
disaat ini, aku terasa nak menangis..(Oh mumtazah, benteng dimataku ini memang amat rapuh..huuuu)
sememangnya benar juga bait-bait kata dari Syed Qutb juga..
nikmat hidup dibawah bayangan AQ hanya mampu dirasai oleh mereka yang turut merasainya..
kerana sangat sukar untuk diterjemahkan melalui kata-kata hatta penulisan ini..
benar3x...tiada hidup ini lebih indah melainkan bila Allah kurniakan kita rasa dan nikmat syukur dan cinta untuk mencintaiNya..
"Dan orang2 yang terdahulu lagi dan pertama-tama masuk islam diantara orang2 muhajirin dan ansar dan ORANG2 YANG MENGIKUTI MEREKA dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah, Allah menyediakan bagi mereka syurga2 yang mengalir dibawahnya sungai2. Mereka kekal didalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang agung."(9:100)
sungguh..sungguh..sungguh...
ayat ini benar-benar menusuk kalbuku..
bila Allah redha dan kita pun redha..bukankah sangat dalam cinta itu..
mungkin mereka yang dah berBM(baitul muslim) pernah merasai saat redha meredhai dan cinta mencintai...tapi itu sekadar sekelumit cinta dunia..bagaimana pula cinta teragung teragung dan TERAGUNG dari DIA?
semoga kita tergolong dalam kalangan 'orang2 yang mengikuti mereka' itu..amin..
Sungguh tiada erti dunia ini, jika hilangnya rasa cinta untuk mencintaiNya.
kerana dari Dia kita datang dan hy kepada Dia kita kembali.
tinggalkanlah, jauhkanlah diri dari tertipu dengan pujuk rayu syaitan yang bersembunyi didalam dada kita(114:5)..
wallahuallam
sungguh disaat ini,
aku tidak mampu menulis lebih lagi..
sekadar airmata menjadi bukti..
indahnya andai Engkau matikan daku disaat ini.
by fz_tarbiyah; KL

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...