Sunday, January 23, 2011

~macam-macam cerita

salam, mataku sangatlah berat ketika menulis ni.. namun, tetap berharap dapat mengalirkan segala perasaan hati disini. aku menulis disini bukanlah untuk pembaca semata, namun, ia lebih untuk diriku sendiri.. mungkin kerana itu, aku amat senang menggunakan kata ganti diri "aku" itu... kerana aku tidak kisah andai tiada seorangpun yang berminat untuk membaca, namun inilah cerita "aku" yang panjang.. yang akan aku singkap dan ulang tayang pabila aku memerlukan. sepertinya, aku ingin melihat perkembangan diri sendiri dari sudut penulisan dan kefahaman tentang cinta ini. cinta kepada Allah dan RasulNya. cinta kepada segala apa yang membawa aku kepada cintaNya. dan tentunya cinta aku kepada jalan yang sukar dan mendebarkan ini. dan tentunya aku sangat suka andai kamu membaca..atau sesiapa sahaja membacanya.. kerana itu akan menjadi bonus dan bukti kepadaku.. bahawa aku sedang bekerja... meng'kreatif'kan method2 dakwah.. dan bakal menjadi hujah dan saksiku didepanNya kelak... duhai diri dan semua insan yang sedang hidup di dunia, sungguh! tiada apa didunia ini melainkan tipu daya belaka.. dan ketahuilah! dan ingatlah! bahawa kita sedang membina satu jambatan menuju antara DUA PENGAKHIRAN! SYUGRA @ NERAKA wallahuallam
(hmmmm, sebenarnya mukaddimah jer yg atas tu..heeeeee) ***************************************
subhanallah, sebenarnya sangat banyak yang aku nak share disini tetapi kekadang sangat sukar untuk menzahirkan perasaan melalui tulisan. mungkinkah aku yang belum pandai menterjemahkan rasa kedalam bait-bait ayat @ sebab apa yaaaa? (huh,monolog dalam hati)
***********
"akak, pernah tak akak rasa penat dan tak nak buat dah dakwah?" "akak, macammana nak maintain ruhi kita?" "akak, kenapa kesedaran itu kejap ada kejap xde?" arrrggghhhh, sekali lagi aku terasa seperti dihempap dengan batu balingan dari langit yang mungkin akan mematikan aku.. banyaknya soalan2 dari mereka dan semuanya adalah soalan2 aku dulu kepada akak2.. memang terasa macam melihat cermin diriku setahun yang lalu..sepertinya, mungkin inilah perasaan akak2 yang menerima soalan yang terpacul dari mulutku tatkala qodoya bersama-sama dulu. adikku, untuk dapat jawapan panjang.....adik2 perlukan masa yang panjang....bersabar ye.. tapi untuk diri akak, macammana akak dpt jawapan dari soalan tu dulu.. (sebab akak2 pun tak jawab..die senyum je) semua jawapan itu telah terjawab bila akak sendiri turun kemedan dakwah PRACTICALLY! not 'TEORI'tically ok! kita akan banyak belajar dimedan.. kita akan banyak faham juga dimedan... kita akan banyak pengalaman juga dari medan.. tak percaya??? rujuk (3:79), (65:23) untuk menjadi rabbani, formulanya (give and take).. kerana DAKWAH BUKAN TEORI.. tapi PRAKTIKAL.. teori(usrah,daurah,jaulah etc) itu hanyalah salah satu wasilah tarbiyah.. dan syura itu adalah methodologi untuk capai keyakinan langkah kita.. kerana dakwah takkan muntij(berkesan) jika kita sorang-sorang jer syok sendiri buat semua benda.. namun, dakwah takkan rugi andai kehilangan seorang dari kita yang suka tidur dalam gerak kerja.. jadilah pemerhati..andai itu yang kita nak Allah beri diakhirat nanti.. sangat2 terkesan dengan kata-kata murabbi "Dakwah tidak memerlukan orang yang lemau fikirannya, tidur dalam gerak kerjanya, beralasan dalam tanggungjawabnya." (sangat2 spark aku dulu dan kini!ranting kering dalam cabang pokok dakwah.dush3x) ingat! bukan manusia yang layak untuk meng'eliminate' ranting2 kering dalam cabang pokok dakwah yang sanat besar dan sentiasa membesar ini, tetapi Allah yang melakukannya.. tidakkah kita takut untuk di'eliminate' oleh Allah? Allah tidak akan meng'eliminate' orang yang serius dalam kerjanya kan? so, kita kene yakin dan tambahkan kesabaran dalam menggenggam janji2 kita untuk membawa islam sehingga Allah menentukan kita menang atau syahid dengannya. semoga kita terus tsabat atas jalan cinta para pejuang ini..amin wallahuallam mood: teringat dia.. "andai matahari ditangan kananku, dan bulan ditangan kiriku, tidak akan aku tinggalkan dakwah ini sehingga Allah menentukan samada islam menang atau aku mati keranyanya." by fz_tarbiyah; KL

2 comments:

everlasting said...

salam,,akak!

i like this post^^

fi zhilalil tarbiyah said...

jzzkhukhair

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...